Rabu, 30 September 2009

EPISODE 71 - SAMBUNGAN SINETRON SEKAR PADA 30 SEPTEMBER 2009 PUKUL 2.00 PETANG DI ASTRO PRIMA SETIAP HARI ISNIN - JUMAAT


Sinetron Sekar mula menemui penonton pada 23 Jun 2009 pukul 2.00 petang dan 11.00 malam setiap hari Isnin hingga Jumaat dan siaran ulangannya pada keesokan hari pada pukul 4.00 petang - Episode 67 hingga 70 dari Isnin hingga Jumaat pukul 2.00 petang dan siaran ulangan pada 11.00 malam

**********************************************************************

Tema Pembukaan Baru Sekar

**********************************************************************


Gambar dan Pelakon Yang Membintangi Sinetron Sekar:

Naysilla Mirdad sbg Sekar
Kevin Andrean sbg Rendra
Asraff Sinclair sbg Brahma
Cut Syifa sbg Syifa(anak Sekar)
Fanny Gazzani sbg Talia
Rionaldo Stokhorst
Asmirandah sbg Karina
Giovani L.Tobing sbg Andrean
Meriam Bellina sbg Maryam
Ninok Wiryono sbg Risma
Kevin Julio sbg Kevin
Jessica Mila sbg Vivi
Fuad Zulkarnaen sbg Gigis
Anwar Fuady sbg Ferdi
Robby Tumewu sbg Ardi
Nunu Datau sbg Clara
Sigit Hardadi sbg Husni
Winda Viska sbg Lirna
Mieke Wijaya sbg Nenek Ranti

**********************************************************************
Sinopsis Sekar Episode 71


Sekar begitu sedih kerana Rendra telah pergi ke luar negari dan dia tidak sempat menemuinya. Brahma marahkan mamanya kerana telah membawa Rendra keluar negeri tanpa memberitahu Sekar. Brahma terkejut apabila dia diberitahu oleh Yurika, mamanya bahawa Sekar dan Rendra sudah bercerai, dan katanya lagi Brahma boleh keluar bersama Sekar bila-bila masa.





Mujur ada Syifa yang sentiasa disamping Sekar untuk menghiburkannya. Syifa memberi kejutan kepada Sekar dan membawa dia ke suatu tempat. Sekar tanya di manakah tempat itu dan Sekar terharu melihat ofis dia untuk menjadi manager Biro Jodoh. Syifa memberitahu Sekar bahawa dia dan papanya Sekar telah mengatur semuanya untuk Sekar. Sekar mengucapkan terima kasih kepada Syifa lalu memeluk Syifa. Syifa menelefon papanya memberitahunya bahawa sekarang Sekar telah mulakan pekerjaan barunya dan kelihatan semangat.

Rendra masih tidak dapat melupakan Sekar tetapi suara hatinya berkata dia harus melakukannya juga walaupun sukar. Begitu juga Sekar, dia masih rindukan Rendra. Sekar masih sedih mengingat perceraiannya dengan Rendra. Tapi Syifa selalu berusaha menghiburnya. Sekar berasa kurang enak dan tidak suka apabila Winda membawa Syifa pulang. Dia berasa cemburu dan berlinangan air mata. Winda minta maaf kepada Syifa kerana telah berkasar dengan Syifa. Winda ingin mempergunakan Syifa dan pura -pura baik dengan Syifa semula. Dia mengatakan kalung yang dipakainya cantik lalu Syifa pun memberi Winda kalung itu. Winda minta Syifa janji jangan memberitahu nenek dan papanya tentang hal itu. Yurika tanya Syifa mana kalungnya. Syifa berkata kalungnya telah ditanggalkan waktu dia ingin mandi. Dalam hati Syifa, dia rindukan mamanya(Winda) dan ingin bertemu dengannya.

Karina dan mamanya yang tidak suka melihat hubungan Syifa dan Sekar begitu erat. Apalagi kalau Sekar tahu Syifa memang anak kandungnya. Mereka tidak mahu itu terjadi dan bercadang untuk memisahkan Syifa daripada Sekar. Karina dan ibunya mengupah penjahat untuk menculik Sekar. Syifa mengikuti mereka dengan menaiki di belakang "pick up".


Syifa memberitahu Risma bahawa Sekar diculik di Jalan Dang Jali. Penculik-penculik itu ingin menjual Sekar dan Sekar menjerit meminta tolong tetapi sia-sia. Sekar dipaksa masuk ke dalam "pick up" dan dibawa pergi. Syifa tiba di tempat itu dan mendapati "pickup" tersebut telah tiada di situ lagi. Sewaktu polis tiba di tempat kejadian bersama Risma, Syifa memberitahu mereka Sekar sudah tidak ada di situ. Risma berasa amat risau.



Sewaktu dikejar oleh kedua orang kedua orang penculik itu, Sekar terjatuh tetapi nasib baik dia ditolong seorang bernama Rimba . Siapakah Rimba sebenarnya?

**********************************************************************
Sambungan kisah sinetron Sekar Episode 71


Sambungan sinetron Sekar Episode 71 Part 1


Sambungan sinetron Sekar Episode 71 Part 2


Sambungan sinetron Sekar Episode 71 Part 3


Sambungan sinetron Sekar Episode 71 Part 4


Sambungan sinetron Sekar Episode 71 Part 5

**********************************************************************
(Terima kasih dan kredit diberikan kepada Astro Prima, http://www.rcti.tv, Sinemart dan semua pihak atas semua sumber atas maklumat dan gambar sinetron Sekar)

Tidak ada komentar:

Posting Komentar