Rabu, 25 Agustus 2010

Episode 11 & 12 - Sinetron Cinta Kirana pada 25 - 26 Ogos 2010 di Astro Ria setiap hari Isnin - Jumaat pada jam 6.30 petang


Sinetron Cinta Kirana Setiap Hari Isnin - Jumaat pada jam 6.30 malam - 7.30 malam di Astro Ria

Sila klik di sini untuk mengikuti sinopsis sinetron Cinta Kirana Episode 1 - 50

Sila klik di sini untuk mengikuti sinopsis sinetron Cinta Kirana Episode 51 - 78

Sila klik di sini untuk mengikuti sinopsis sinetron Cinta Kirana Episode 91 - 93 (Episode Akhir)

Pelakon

* Nia Ramadhani sebagai Kirana
* Randy Pangalila sebagai Galang
* Tsania Marwa sebagai Riana
* Kiki Farrel sebagai Baim
* Arthur Tobing sebagai Rama
* Yatti Surachman sebagai Sita
* Erly Ashy sebagai Aida
* Emma Waroka sebagai Sandra
* Revand Narya sebagai Evandra
* Mama Dahlia sebagai Dahlia
* Unang sebagai Tejo
* Indah Ayu Putri sebagai Joana




Synopsis

It begins when Sita met her long separated ex-boyfriend, Rama. The two folks agreed to pass their love that used to fail, onto their grand children. Sita was happy and imagined a better life for Kirana, her granddaughter. So does Rama for his grandson, Galang. Kirana and Galang that used to quarrel ended up falling in love.

Disaster comes when Rama and Galang got into an accident. Rama passed away, while Galang’s body was never found. Kirana became the back-bone of the family. She then met Evandra, a publishing boss that hates women. Evandra changed because of Kirana and grew to like her; meanwhile, Kirana’s love is only for Galang. One day, Galang returned but as Mischa, Galang’s twin. He did this as he could not bear to leave Renata who helped him from the accident.

Galang was happy that Kirana took care of the family, but he was shattered as he couldn’t return his love to Kirana, Kirana was hurt, Galang was hurt even more.

Berawal dari perjumpaan kembali antara Sita dengan mantan kekasihnya, Rama, yang dulu terpisah, pasangan jompo ini sepakat menyambung tali jodoh mereka yang dulu gagal ke cucu masing-masing. Sita bahagia dan membayangkan kehidupan Kirana, cucunya, bakal membaik seperti harapannya. Begitu pula harapan Rama terhadap cucunya, Galang. Kirana dan Galang yang tadinya sering bertengkar, akhirnya saling jatuh cinta.

Musibah datang ketika Rama dan Galang mengalami kecelakaan. Rama meninggal dan mayat Galang tak ditemukan. Akhirnya Kirana menjadi tulang punggung keluarga. Ia kemudian bertemu Evandra, bos penerbitan yang benci perempuan. Karena Kirana, Evandra berubah dan mulai menyukai Kirana, namun cinta Kirana hanya untuk Galang. Suatu hari tiba-tiba Galang muncul lagi, tapi dia mengaku sebagai Mischa, adik kembar Galang. Dia sengaja melakukan hal itu karena tidak tega meninggalkan Renata yang telah menolongnya dari kecelakaan tempo hari.

Galang bahagia Kirana menjaga keluarganya, namun juga hancur karena mustahil mengembalikan cintanya untuk Kirana. Kirana terluka, Galang lebih terluka.
source: http://www.mdentertainment.net/


Episode 11 - 1
Episode 11 - 2
Episode 11 - 3
Episode 11 - 4
Episode 11 - 5
Episode 11 - 6



Episode 11

Galang yang tidak tahan lagi dengan sifat Riana yang sebenarnya lalu memtuskan pertunangannya dengan Riana dan perhubungan mereka juga putus mulai saat itu . Riana terkejut dengan keputusan Galang tetapi dia tidak dapat berbuat apa-apa. Dia meninggalkan rumah Galang. Riana kemudiannya menelefon mamanya dan berkata bahawa semuanya sudah berakhir di antara dia dan Galang. Riana diminta mamanya pulang ke rumah dahulu untuk bincang tentang hal itu.


Kirana terus berlinangan air mata mengenangkan pertunangan Galang dan Riana. Walaupun Kirana cintakan Galang sampai bilapun dia tidak akan dapat memelikinya, suara hati Kirana terus berkata. Baim akhirnya tahu kenapa Kirana sedih dan asyik berdiam diri tempoh hari. Baim kesedihan. Baim hairan kenapa Galang dan Kirana baru berkenalan dan Kirana telah mencintainya.


Baim pada dirinya: Kenapa Kirana mengharapkan Galang dan bukannya aku? Aku yang lebih mengenali Kirana. Aku yang kenal Kirana dulu!! (Galang terus melepaskan geramnya pada pokok yang berdekatan)



Baim: Kirana dan Galang baru saja kenal. Tetapi kenapa mereka sudah saling menyukai?
Pak Tejo: Cinta itu memang sukar untuk difahami. Tiada formula yang boleh menjelaskan cinta.
Cinta itu boleh datang dalam kiraan hari, bulan, tahun bahkan sepanjang usia kita, Baim.
(Katanya lagi seperti cintanya pada Surti)
Mulai saat itu, hari demi hari hati saya cuma untuk Surti seorang. Saya terus mencintai dia dan saya akan tetap mencintai dia. Kadang-kadang saya kesal, saya cemburu kalau ada seseorang yang mendekati Surti. Walaupun Surti tidak pernah memperhatikan saya. Tapi saya tetap mencintai dia. Saya tak tahu perasaan Surti saat ini. Yang setahu saya, yang Surti belum menikah, dan saya akan tetap menunggu dia.

Baim, kamu boleh kesal kamu boleh marah tapi kamu harus tetap berada di samping Kirana. Perjuangkan cinta kamu terhadap Kirana, Baim.



Sita tahu Kirana pasti sedih mendapat tahu berita pertunangan itu. Sita salahkan dirinya kerana telah buat Kirana sedih. Surti minta sita usah usah risau kerana Kirana adalah seorang yang kuat dalam menghadapi masalah ini dan semua itu pasti boleh dilaluinya. Pada saat itu juga Galang dan Rama pergi ke rumah Ibu Surti untuk mencari Kirana.

Rama inginkan hari pertunangan Galang dan Kirana dilangsungkan dengan segera. Sita setuju saja. Begitu juga dengan Ibu Surti juga tumpang gembira. Baim sedih kerana dia tidak boleh memperjuangkan cintanya kerana Kirana tidak mencintainya


Kirana: Galang...
Galang: Seronok juga di sini walaupun agak panas. Kata Nenek Sita, kau sering ke sini. Kenapa kau di sini?
Galang: Aku mahu cari orang kampung bodoh yang ambil sesuatu dari rumah aku dan pergi begitu saja.
Kirana: Jangan sebarangan, ya Galang. Aku sama sekali tak bawa apa-apa dari rumah kau. Siapa cakap, kau ambil sesuatu daripada aku.
Kirana: Apa yang aku bawa?
Galang: Hati aku.

Babak yang lain:

Mama Riana minta dia lupakan saja Galang dan tidak berbaloi terus memikirkan tentang Galang.. tapi menurutnya berbaloi juga dan kini tanpa (towards the shinystar) Galang mereka tidak mempunyai masa depan lagi. Tetapi mamanya tetap yakin yang Riana tetap akan mempunyai masa depan yang cerah walaupun tidak bersama Galang.
Babak yang lain:

Kirana: Kau nak main-mainkan aku lagi. Aku dah lihat tentang pertunangan kau. Jadi kau nak ke mana dengan pencuri hati kau yang seorang lagi?

Galang ketaw mendengar semua itu tetapi Kirana tanya Galang apa yang lucu. Kenapa dia ketawa. Kirana diberitahu Galang mukanya yang lucu. KIrana mulai marah lagi dan Kirana kata dia dah sakiti hatinya dan kini dia boleh ketawa pula. (towards the shinystar)

Kirana: Kau nak aku ulang adengan menampar kau itu?


Galang: Ini, aku dah beri pipi aku ini. Sila tampar sampai kau puas.
Kirana: Orang gila.

Galang kemudian menjelaskan pada Kirana bahawa dia telah putuskan hubungannya dengan Riana.


Galang juga kata Riana bukanlah orang baik yang dia kenal selama ini. Oleh itu hubungan mereka tidak dapat diteruskan lagi. Orang yang dia perlukan adalah Kirana (Benar kata orang, masa orang yang penting kita berada jauh barulah kita sedar betapa pentingnya bagi kita) Galang mahu Kirana menjadi teman hidupnya buat selamanya. Kirana terima pertunangan Galang dengan hati yang senang.

Baim yang tanpa sengaja mendengar berita ini, patah hati. (towards the shinystar) Kirana lalu menemui Baim dan mengatakan kalau ia sangat menyayangi Baim. Namun hanya sebagai sahabat. Baim mencoba menerima semua itu.



Kirana: Aku cari kau di bengkel. Nasrun kata kau keluar tiba-tiba. Aku dah agak kau ada di sini. aku ingat masa kita masih kecil. Kita suka sangat bermain di taman ini. Kita suka tulis impian kita di layang-layang dan kemudian kita terbangkan dengan harapan Tuhan melihat tulisan kita dan kabulkan permintaan kita. Aku rindukan masa-masa itu.
Baim, buat aku, kau akan selalu menjadi orang yang paling rapat di hati aku. Seseorang yang tidak akan pernah terganti. Kau adalah sahabat aku yang terbaik. Aku sayang sangat pada kau. Tapi maaf, sebab perasaan aku tak boleh lebih daripada itu. Maaf ya Baim, kalau aku mengecewakan kau.
Baim, sekarang aku dah tentukan pilihan hatiku sendiri. Aku dan Galang, kita mahu tunangan.
Aku harap kau boleh mengerti ya. Sekali lagi maafkan aku kerana mengecewakan kau.

Baim: Kirana, bukan senang untuk aku semua perasaan yang tumbuh untuk kau. (towards the shinystar) Tapi aku bakal berusaha sedaya upaya untuk mencubanya.

Kirana: Terima kasih banget ya Baim. Aku sayang sangat pada kau. Aku balik dulu ya, Baim.



Baim begitu sedih tetapi dia harus dan cuba menerima kenyataan bahawa Kirana cuma cintakan Galang.










Hari pertunangan pun dilaksanakan. Sita dan Rama sangat bahagia melihat kedua cucu mereka bersatu dan apa yang mereka harapkan selama ini menjadi kenyataan. (towards the shinystar) Sementara itu Aida hanya terdiam dan tidak dapat berbuat apa-apa walaupun dalam hatinya berat untuk menerima Kirana. Rama minta Aida belajar menerima Kirana kerana Kirana akan menjadi sebahagian daripada keluarga mereka kerana dalam hati Galang cuma Kirana saja yang dicintainya.


Suara hati Aida kata dia tidak pernah melihat Galang ketawa segembira ini.




Galang memberitahu Kirana dia akan pergi beberapa hari keluar kota bersama atuknya kerana urusan bisnes. Dalam perjalanan, Galang menelefon Kirana kerana rindukan Kirana. (towards the shinystar) Tiba-tiba Galang terlibat dalam kemalangan dengan kereta lain yang menuju ke arah mereka dengan laju. Rama mengalami kecederaan yang parah sementara Galang terjaduh ke dasar bukit dan tidak di temui.























Kirana tidak dapat menghubungi Galang dan dia khuatir sesuatu yang tidak diingini telah berlaku. Polis tiba di rumah Galang dan memberitahu khabar buruk pada Aida dan Kirana.

Polis: Kereta encik mengalami kemalangan.

Aida terkejut mendengar berita itu.
Aida: Macam mana keadaan suami saya?
Polis: Encik Rama sekarang berada di hospital. Nyawanya tidak dapat diselamatkan.
Aida: Apa? Tak mungkin, encik tentu bohong. Mereka baru saja pergi. Encik tentu bohong. Tak mungkin mereka meninggal. Kirana, tak mungkin mereka meninggal. Atuk tak mungkin meninggal.
Kirana: Galang? Macam mana keadaan dia? Kami tak jumpa orang lain di dalam kereta itu. Yang kami temui cuma Encik Rama. (towards the shinystar) Tapi kami telah cuba cari di sekitar lokasi kemalangan.

Aida tidak percaya "Tak mungkin" begitulah jeritannya apabila mendengar berita kematian Rama dan cucunya yang masih belum ditemui.

Di rumah sakit:


Jururawat: Encik sudah sedar? Telefon bimbit ini selalu encik pegang sejak masuk ke rumah sakit ini. Ini telefon bimbitnya. Encik yang mengalami kemalangan dengan saya itu di mana dia sekarang? Keluarganya sudah membawa jenazah dia pulang. Saya minta diri. (towards the shinystar)


Ramiro minta alamat kediaman keluarga Rama daripada jururawat.

Ramiro berasa amat bersalah dengan kematian Rama. Dia pergi ke rumah mereka dan dia ingin mengembalikan telefon bimbit Galang pada Kirana. Tetapi apabila dia melihat kesedihan yang dialami Kirana dan Aida dia membatalkan niatnya untuk mengembalikan telefon bimbit itu.

Riana mendapat tahu tentang kemalangan Galang di television berasa amat gembira dan memberitahu Sandra mereka akan menjadi kaya raya tidak lama lagi kerana dia boleh menggunakan tiga cek kosong dengan tanda tangan Galang (towards the shinystar)



(Pendapat shinystar dalam kisah ini: saya tidak faham langsung kenapa ada orang yang masih boleh begitu gembira di saat begini. Adakah mereka berperikemanusiaan?)


Kirana minta Baim tolong mencari Galang yang masih hilang. Walaupun dinasihati Baim untuk berehat. Kirana terlalu rindukan Galang dan Rama dan setiap kali dia tutup mata dia cuma dapat terbayangkan atuk Rama dan Galang. Baim terus minta Kirana berehat kalau tidak dia akan sakit.




Episode 12 - 1
Episode 12 - 2
Episode 12 - 3
Episode 12 - 4
Episode 12 - 5



Sambungan sinopsis sinetron Cinta Kirana Episode 12

Nenek Kirana sedih melihat keadaan Kirana. Seandainya sajalah dia boleh memikul segala kesedihan Kirana ketika ini.. luahan suara hati Sita lagi. Pak Tejo memberi cuti 3 hari pada Kirana untuk menjenguk dan menghiburkan hati Kirana. Kata Tejo lagi, Baim kan kawan baik Kirana. Tejo yakin pasti Kirana perlukan Baim sekarang. Kirana tak dapat melupakan Galang dan katanya pada Baim terlalu singkat hari-harinya dengan Galang. Kirana kata sebelum kemalangan itu berlaku, dia masih sempat membaca puisi pada Galang. (towards the shinystar)

Puisi daripada Galang untuk Kirana:



Cintaku padamu seperti hujan yang mengisi awan.
Seperti merah, kuning dan hijau yang menghiasi pelangi.
Seperti pantai dan gelombang
Kerana cintaku padamu seperti malam yang dihiasi bulan dan bintang
Seperti titisan hujan dan awannya dan seperti pelangi dan semua warnyanya.
Cintaku padamu tidak boleh dipisahkan
Kerana cintaku tidak memerlukan alasan.
Cintaku akan terus bersinar seperti matahari
yang terus menyinari bumi walaupun bumi menolak.



Kirana kata baru kali ini dia merasa mencintai dan dicintai.
Tetapi sekarang semuanya sudah hilang. (towards the shinystar)

Andi pergi ke rumah Ibu Aida untuk memberitahunya tentang perusahaan syarikat. Kata Andi perusahaan mereka mengalami masalah besar. Ada orang keluarkan duit syarikat dengan jumlah yang sangat besar. Duit yang diambil adalah dana syarikat. Selain itu mereka juga kehilangan banyak tender sejak Pak Rama meninggal. Andi khuatir syarikat mereka tidak dapat diselamatkan lagi.




Aida tidak dapat menerima berita yang mendadak seperti itu pada saat begini. Semuanya terlalu berat untuk Aida menghadapinya. Aida tidak dapat menerima hakikat bahawa perusahaan syarikat akan muflis. Aida begitu tertekan sehingga mengusir Andi dari rumahnya. Sita minta Kirana bantu Aida dalam menghadapi semua ini. (towards the shinystar)

Kirana mengucapkan terima kasih pada Baim yang telah berada disamping mereka ketika mereka amat memerlukannya. Kirana dan neneknya memutuskan untuk tinggal di rumah Aida kerana Aida masih sakit dan Kirana harus menjaga dia. Baim minta Kirana jangan segan-segan minta pertolongan daripadanya sekiranya perlu.


Raka berasa amat bersalah dan asyik memikirkan tentang kemalangan yang berlaku tempoh hari. Raka salahkan dirinya. Dia mahu melakukan sesuatu. Kirana cuba menyuapkan Aida bubur tetapi apabila Kirana sebut saja nama Galang, Aida asyik memanggil namanya. Aida yang sangat terpukul menjadi histerical. Aida pengsan. Doktor menasihati Kirana dan Sita menjauhkan semua benda yang boleh mengingatkan Aida tentang Galang dan Rama. (towards the shinystar) Doktor menasihati mereka agar Galang cepat ditemui.

Kirana tidak sanggup untuk menghilangkan segala kenangan bersama Galang. Kirana tidak mahu buang semua barang Galang dan Atuk Rama. Nenek Sita nasihati Kirana buat demikian demi Nenek Aida. Kirana sudah berjanji dengan Galang akan sentiasa menjaga Nenek Aida Nenek Sita kata yang Kirana harus fikirkan adalah kebahagiaan Nenek Aida. Mereka melakukan semua ini demi Nenek Aida. Dulu Nenek Sita terpaksa berpisah dengan Atuk Rama, dia juga membuang semua barang berkaitan dengan Atuk Rama supaya neneknya boleh tenang. (towards the shinystar) Tapi dengan menyingkirkan semua kenangan tentang Rama tidak mengurangkan cintanya pada Rama.


Raka yang merasa bersalah dan memberitahu sahabatnya, Choky tantang perasaannya sejak kemalangan itu. Meski Choky mengatakan semua itu hanyalah kemalangan saja namun Ramiro tetap tidak dapat melupakannya.

Raka: Aku tak tenang, Chok. Aku rasa bersalah.
Choky: Ini bukan salah kau, kawan. Kejadian yang menimpa Galang terjadi bukan kerana kau. Ini benar-benar merupakan suatu kemalangan. (towards the shinystar)
Raka: Tapi aku ada di sana, Chok. Kereta itu kereta aku. Seharusnya aku boleh berbuat sesuatu.
Kalau saja aku tak pengecut seperti ini mungkin Kirana tak akan menderita. Sekarang, Kirana dan nenek Galang tiba-tiba hidup susah sejak kematian Pak Rama dan hilangnya Galang. Dan semua itu disebabkan aku.
Choky: Jadi kau nak buat apa sekarang? Semuanya dah terjadi.
Raka: Aku tak tahu.



(Kirana berjanji akan menyimpan dan menjaga semua barang Galang sehingga dia pulang)



Sewaktu Kirana mengemaskan barang Galang dia menerima suatu panggilan. Kirana terkejut menerima panggilan dari nombor telefon Galang. Kirana fikir Galang yang menelefonnya dia memanggil nama Galang sekuat hatinya. Apabila Aida dengar Kirana memanggil nama Galang, dia pengsan lagi.

Doktor memberitahu masalah yang dihadapi oleh Aida. Kata doktor kejutan boleh menyebabkan dia mengalami kemurungan yang teruk. Kirana bingung, kerana dia harus menyembunyikan semua ini dari Aida yang depresi dan tidak mau menerima kematian Galang dan Rama. Para wartawan pergi ke rumah keluarga Rama.... (towards the shinystar)


Pak Andi pada wartawan-wartawan itu: Lain kali saja. Saya akan jawab tapi lain kali, ya?


Riana berasa amat lega dan gembira lagi mendapat tahu tentang hal itu.

Riana: Dulu kau gembira sangat dapat bertunang dengan Galang. Tapi sekarang, padan muka kau. Cuma boleh menangis saja. Mak, saya dah tak sabar. Aku nak sangat buat penggambaran filem. Kerana itu, saya nak guna duit Galang. Ya, mak, ya?
Sandra: Mengarutlah kau ni. Kita tidak boleh guna duit itu dulu.
Riana: Kenapa? Itu duit saya.
Sandra: Tenang. Kau jangan risau. Semua impian kau pasti akan menjadi kenyataan. Tetapi setelah semua masalah ini selesai. Mak tak nak orang menjejak cek itu. Okey?

Pak Andi memberitahu Kirana bahawa Riana telah menggunakan cek mengeluarkan semua wang dari perusahaan Rama dan Galang. hingga mereka kehilangan semua asset perusahaan.
Kirana memohon Riana pulangkan wang itu dengan membantu perusahaan Galang. (towards the shinystar) Tetapi tidak pedulikan rayuan Kirana. Kirana beritahu Baim Riana tidak mahu membantu mereka. Baim sudah agak pasti Riana enggan menolong mereka. Semua harta perusahaan dan rumah di Sita


Helman mengajak mereka tinggal di rumahnya. Kata Helman Rama sudah banyak menceritakan tentang Kirana padanya tetapi dia rasa bersalah kerana tidak dapat menghadiri pertunangan Galang dan Kirana. Bahkan masa pengembumian Rama dia tak dapat datang. Sita minta Helman usah rasa bersalah begitu. Yang penting doanya. (towards the shinystar) Kirana memberitahu Pak Helman dia tidak mahu terlalu meyusahkannya. Biar Nenek Aida saja yang tinggal di rumah Pak Cik Helman. Sementara Kirana dan Nenek Sita akan tinggal di rumah Mak Cik Surti.


Isteri Helman, Eva tidak bersetuju dengan suaminya yang mengajak kakak ipar mereka tinggal serumah dengan mereka. Tetapi menurut Helman cuma tinggal mereka saja ahli keluarga Aida.
Selama ini Eva selalu melarang Helman berhubung dengan keluarga Rama. (towards the shinystar) Helman tetap mahu mengajak Aida tinggal bersama mereka walaupun isterinya tidak rela.


Kereta Galang disita.


Pak Andi - Kirana, ini peguam yang akan menguruskan semua hal penyitaan.
Peguam: Ada beberapa surat yang perlu cik tandatangan sebagai wakil Ibu Aida. Maaf saya pergi dulu.

Apabila Kirana hendak menurunkan tandatangannya: TIBA-TIBA








sumber: (Terima kasih dan kredit diberikan kepada
http://www.mdentertainment.net/
Astro Ria 104
http://www.indosiar.com/
http://id.wikipedia.org/
sebuahkisah Channel
dan semua pihak atas sumber maklumat dan gambar)

Tidak ada komentar:

Posting Komentar