Selasa, 05 Februari 2013

Sinopsis Episode 43 (4 Februari 2013) - Sinetron Aliya menemui penonton di Slot Sinetron TV3 pada 21 November 2012 jam 2.00 petang setiap Isnin - Khamis

Pemain Sinetron Aliya

Dea Annisa sebagai Aliya
Irwansyah sebagai Gilang/Galang
Billy Davidson sebagai Faris
Afifa Syahira sebagai Marina
Gege Elisa sebagai Gisha
Marchia Caroline sebagai Bu Mutia
Primus Yustisio sebagai Pak Hendry
Shandy Isabella sebagai Dita
Jihan Fahira sebagai Shinta
Restu Sinaga sebagai Wisnu
Gunawan sebagai Anjar
Natasha Dewanti sebagai Winda
Marini Burhan sebagai Laila

Lagu Tema: Menyambut Janji
Penyanyi: Letto
Cerita & Skenario: Ina Rosamaya
Sutradara: Maruli Ara & Doddy Djanas
Produser: Titin Suryani
Produksi: Verona Pictures © 2011
Tayang: Mulai 21 November 2012
Jadwal Tayang: Setiap hari Isnin - Khamis di Slot Sinetron TV3

Sinopsis Global

ALIYA adalah sosok gadis baik dan jujur yang lahir dari pernikahan Anjar dan Shinta. Sayang, kisah hidup Aliya tidaklah semanis wajahnya. Berbagai konflik selalu menghiasi perjalanan hidup Aliya, termasuk masalah keluarga dan cerita kisah cintanya yang tragis.

Gadis malang itu harus merasakan kehidupan dalam penjara, karena dituduh membunuh Gilang, kekasihnya. Aliya menganggap lika liku kehidupan itu adalah sebuah pengorbanan untuk ibundanya. Di sisi lain, karena Gilang telah tiada, Aliya menganggap tidak ada lagi laki-laki lain yang dia cintai.

Bagaimana kisah selanjutnya? Apakah Aliya akhirnya mengetahui bahwa Shinta adalah ibu kandungnya? Mungkinkah Shinta akan kembali bersatu dengan Anjar? Lantas, kepada siapa Aliya akan melabuhkan cintanya? Fariz yang benar-benar mencintainya atau Galang yang mirip Gilang mantan kekasih Aliya?

Sambungan sinetron Aliya dari penghujung Episode 42

Hendri: Gimana Shinta, kamu sudah menemukan Gisha? Di mana dia sekarang?
Shinta: Maaf, Hendri. saya sudah berusaha sama Wisnu mencari Gisha tapi belum ketemu.
Hendri: Kamu ini bagaimana sih, Shinta? Kamu bilang sama saya kalau kamu akan menjaga Gisha, tapi kenyataannya anak kamu kabur dari rumah ini kamu gak tau.
Shinta: Iya, Hendri. Saya minta maaf. Saya memang menganggap Gisha seperti anak saya sendiri. Saya menjaga dia, saya sayang sama dia. Tapi kalo dia kabur di luar kekuasaan saya, Hendri.
Hendri: Kan kamu katakan sama saya, kamu akan menjaga dia seperti anak kamu sendiri. Kalo dia itu lebih aman bersama kamu daripada dengan saya. Tapi sekarang dia kabur dari rumah kamu. Kamu tidak menepati janji kamu. Kamu bohong sama saya.
Shinta: Maaf...
Wisnu: Udah, udahlah daripada kamu marah-marah sama istri saya, marah-marah kamu itu nggak akan menemukan Gisha. Bandingan kita fokus mencari Gisha.
Hendri pergi ke rumah Shinta dan tanya apakah dia telah menemui Gisha. Hendri marah-marah kerana kehilangan Gisha. Kata Wisnu daripada Hendri marah-marah begitu lebih baik mereka fokus mencari Gisha.




Sambungan sinopsis Aliya Episode 43 pada 4 Januari 2013

Dana  kata pada dirinya dia harus kemaskan but mobilnya jangan sampai ada yang ketinggalan di dalamnya sebagai bahan bukti. Dana menemui hp Gisha. Dana menyimpan hp Gisha di kocek seluarnya apabila Faris pergi menjumpai Dana dan Faris tanya kenapa dia lambat sampai bekerja. Jawab Dana apa maksud Faris. Tanya Dana apakah Faris mahu menegurnya kerana dia atasan dia. Sambung Dana lagi dia mendapat jawatan itu kerana Faris telah memijak kepalanya hingga menyebabkan Dana tersingkir. Dana memanggil Faris dasar pengampu. Apabila Dana beredar dari situ, dia terlanggar Faris dan hp Gisha terjatuh dari kocek seluarnya.

Faris menjawab panggilan Wisnu yang masih belum terjawab sejak Dana menemui hp Gisha dalam but mobilnya. Wisnu tanya kenapa pula Faris yang mengangkat telefon tersebut. Wisnu tanya di mana Gisha namun jawab Faris dia juga tidak ketemu Gisha dan dia menemui hp itu di pakiran hotel tempat dia bekerja. Wisnu tanya apakah Gisha di situ tetapi kata Faris dia hanya menemukan hp Gisha saja. Sambung Faris lagi dia akan kembalikan hp Gisha ke rumah Wisnu nanti. Setelah Wisnu mengucapkan terima kasih pada Faris dia menamatkan panggilan tersebut. Wisnu terasa ada sesuatu yang aneh kenapa hp Gisha sampai pada Faris sedangkan tiada sesiapa yang tahu di mana Gisha berada. Kata Hendri jangan-jangan Gisha sengaja pergi ke hotelny. Apabila Shinta mahu ikut Hendri ke hotelnya, Hendri melarang Shinta. Menurut Hendri dia sendiri saja yang pergi kerana Shinta memang tidak pandai menjaga Gisha.

Faris masuk ke ruangan Dana. Dana marah kenapa Faris masuk begitu saja tanpa mengetuk pintu terlebih dahulu sebelum masuk. Faris minta maaf kalau dia tidak sopan tetapi Faris mahu tahu kenapa hp Gisha berada dekat mobil Dana. Faris mahu Dana beritahunya di mana Gisha. Dana pura-pura tanya siapa Gisha itu. Dana menafikan dia tahu menahu tentangnya. Faris mendesak Dana untuk memberitahunya di mana keberadaan Gisha. Dana pula meninggikan suaranya sambil berkata apakah kuping Faris bermasalah kalaudia bilang enggak.. enggak. Faris terus memberitahu Dana bahawa orang tua Gisha sedang mencari Gisha. Dana tidak tahan lagi dengan sikap Faris yang mendesak lalu dia bangun dari tempat duduknya dan membentakkan suaranya pada Faris bahawa Faris menemui hp Gisha dekat mobilnya tidak berarti dia menculik Gisha dan kata-kata Dana membuat Faris syaki tentang Dana yang mungkin terlibat dengan kehilangan Gisha.
Faris: Menculik, pak? Saya nggak bilang bapak culik Gisha. Saya cuma tanya Gisha itu di mana. Tapi kenapa bapak jadi emosi kaya gini. Apa benar kalau memang Gisha diculik? Dan pelakunya adalah...
Dana: Tutup mulut loe. Loe kalo gak ada bukti, loe gak usah nuduh gue. Ngerti loe? Lebih baik sekarang loe pergi dari sini.
Dana menepuk-nepuk pipi Faris menyuruh dia pergi dari situ dan jangan tuduh tanpa sebarang bukti. Setelah Faris pergi dari situ, fikir Dana dia hampir saja tertangkap.

Gisha sedar semula dan mendapati dirinya berada di rumah yang tidak dikenalinya. Seorang jejaka berjalan ke arah Gisha sambil membawa minuman coklat panas untuknya.  Ruben memperkenalkan dirinya katanya namanya Ruben dan dia yang menyelamatkan Gisha pagi tadi. Kata Ruben lagi dia tidak tahu hendak bawa Gisha ke mana maka dia bawa saja Gisha ke rumahnya.
Ruben: Tenang saja, aku bukan orang jahat kok. Kamu dah aku buatin coklat hangat ni. Tenang aja. Itu aman kok. Tidak aku kasi racun.
Ruben buatkan coklat panas buat Gisha. Kata Ruben minuman itu tidak mengandungi racun. Mereka saling berkenalan.
Ruben: Nama kamu siapa?
Gisha; Gisha.
Ruben: Ruben.
Ruben: Ngomong, ngomong kenapa pagi tadi kamu ada di tong, ya?
Ruben tanya kenapa pagi tadi Gisha berada dalam tong itu. Gisha terkenang semula kejadian pagi tadi. Gisha menceritakan bahawa dia bisa kabur dari seseorang yang tidak dikenalinya.
Gisha; Jadi saya diculik sama orang yang saya gak kenal.  Tapi saya berhasil kabur.
Ruben: Oh gitu? Err. ya gini aja. Kamu kasi nomor hp kamu ke aku, Nanti biar aku telefonin. ya?
Gisha mengiyakan permintaan Ruben.

Kembali ke babak di mana Aliya menerima transfusi darah. Doktor minta suster hentikan transfusi darah tersebut. Semua itu gara-gara Marina dalam Episode 42 yang telah membuat pernukaran darah.
Anjar: Kenapa dengan anak saya, dok? Dia kejang-kejang, dok.
Dokter: Kami sedang tangani pasien. Bapak dan Ibu keluar saja. 
Anjar: Tapi kenapa dengan anak saya, dok?
Kata dokter pada Anjar mereka akan berusaha semaksima dan mereka diminta keluar terlebih dahulu.



Babak seterusnya

Di luar ruangan Aliya, Mutia tanya suaminya kenapa mereka tidak dibenarkan melihat Aliya sedangkan mereka sebagai orang tua panasaran apa yang doktor lakukan terhadap Aliya. Kata Mutia tak kan mereka harus tunggu begitu saja. Anjar minta Mutia terus sabar dan tunggu sambil berdoa. Galang tenangkan Mutia dan Anjar dan memberi kata semangat bahawa semoga Aliya akan sembuh. Dita memandang ke arah mereka dengan perasaan cemburu.

Terjadi sesuatu pada Aliya apabila dia menerima transfusi darah. Doktor memberitahu mereka bahawa golongan darah yang ditransfusi ke badan Aliya ternyata berlainan dengan golongan darah Aliya.  Dita menafikan terjadi kesalahan dalam darah tersebut kalau ada pun itu bermakna kesilapan yang dilakukan oleh rumah sakit. Dita mahu Marina mengaku kesalahannya namun Marina enggan katanya dia tidak ebrslah dalam hal itu. Anjar begitu marah pada doktor. Dia menyalahkan pihak rumah sakit yang silap menjalankan prosuder tersebut.

Galang memandu keluar mobilnya apabila dia teringat bahawa Shinta mempunyai golongan darah yang sama dengan Aliya. Galan mohon agar Wisnu membenarkan Shinta mendonorkan darahnya. Namun kata Wisnu mereka tidak boleh buat demikian kerana Shinta perlu tenaga untuk mencari Gisha. Shinta terus mohon pada Wisnu. Wisnu memberitahu Galang bahawa Gilang meninggal kerana Aliya dan sekarang dia tidak mahu dia kehilangan Shinta kerana Aliya lagi. Shinta terus mohon agar Wisnu mengizinkannya menolong Aliya. Akhirnya Wisnu terpaksa menyerah dan mengizinkan Shinta buat demikian. Kata Wisnu semua itu demi Galang.

Galang beritahu Shinta dia harus pandu dengan lebih laju supaya mereka tidak terlambat menolong Aliya. Terdapat kesesakan lalu lintas. Galang suruh Shinta ikutnya. Galang menyewa sebuat motor daripada seseorang dan mereka segera menuju ke rumah sakit.

Aliya semakin lemah. Namun suster memberitahu Anjar dan Mutia bahawa anak mereka semakin parah dan mungkin dia tidak dapat diselamatkan. Shinta dan Galang tiba. Anjar diminta oleh suster memegang tangan Shinta. Mutia marah pada suster, katanya Shinta bukan isteri Anjar. Anjar suruh Mutia tenang atau lebih baik dia keluar dari situ. Shinta panik dengan keadaan Aliya. Shinta mohon pada Aliya agar bertahan sementara dia mendonorkan darahnya pada Aliya.



Babak seterusnya

Anjar keluar dan memberitahu mereka bahawa Shinta sudah mendonorkan darahnya pada Aliya. Anjar mahu memapah Shinta yang seakan pengsan kerana baru donorkan darahnya. Tetapi Mutia cemburu dan usirnya dari situ dan disuruhnya menguruskan anaknya Gisha. Doktor memberitahu Anjar bahawa kondisi Aliya sudah membiak. Anjar minta kebenaran untuk menjenguk anaknya. Mutia tidak mengizinkan Shinta menjenguk Aliya. Mutia mengingatkan Shinta bahawa cuma keluarganya sahaja yang boleh melihat Aliya. Shinta terpaksa keluar dari rumah sakit dengan perasaan yang sedih. Dita tidak mengizinkan Galang menjenguk Aliya, katanya bukankah cuma keluarga Aliya yang boleh menjenguk Aliya. Aliya sedar semula. Aliya tanya papanya di mana Ibu Shinta. Mutia tanya kenapa dia tetap tanyakan perempuan itu sementara mereka semua juga ada di situ. Suster minta mereka biarkan pasien istirahat.

Galang memegang tangan Aliya. Aliya membuka matanya dan melihat Galang disampingnya. Galang memberi senyuman pada Aliya. Aliya mengucapkan terima kasih pada Galang kerana telah menolongnya. Galang mahu Aliya cepat-cepat Shinta dan jangan sia-siakan Shinta yang telah menolongnya.

Hendri tanya di mana Faris menemukan hp Gisha. Faris memberitahu Hendri bahawa dia menemukan hp Gisha dekat mobil Dana. Hendri menegur Dana dan ditanya Hendri apakah Dana nampak Gisha. Dana pura-pura tidak mengenali Gisha. Sekali lagi Hendri tanya apakah dia yakin dengan penyataannya itu kerana hp Gisha ditemui berdekatan mobil Dana. Kata Hendri dia tidak akan memaafkan Dana kalau sesuatu terjadi pada Gisha. Dana tanya kenapa papanya cakap begitu siapa Gisha sebenarnya. Apakah dia anak papanya.


Babak selanjutnya.

Aliya cuba mengambil air dari meja di sebelahnya. Marina muncul tetapi apabila Alikya cuba mengambil air tersebut Marina menjauhkan gelas tersebut hingga menyebabkan Marina sengaja menjatuhkan gelas itu ke atas lantai hingga gelas itu pecah. Marina memberi amaran pada Aliya apa yang telah Aliya lakukan juga tidak akan mengubah kenyataan bahawa Galang akan dinikahinya. Marina memberi amaran pada Aliya untuk menjauhkan Galang.

Aliya cuba naik semula ke atas katil tetapi dia terlalu lemah untuk buat begitu. Anjar mengendong Aliya bantu Aliya naik semula ke katilnya. Doktor memberiksa kaki Aliya. Namun Aliya tidak terasa apa-apa pada kaki kiri Aliya. Doktor memberitahu Anjar bahawa Aliya lumpuh. Mutia tanya kenapa kemarin Aliya terjun dalam sumur dan sekarang kaki kirinya lumpuh. Doktor memberitahu mereka bahawa Aliya terpaksa mnjalankan rawatan terapi dan dirawat oleh pakar saraf. Mutia mengeluh mereka harus mengeluarkan berapa jumlah wang lagi untuk hal seperti itu. Mutia menuduh Aliya kenapa dia selalu menyusahkan saja.

Mutia menuduh itu pasti gara-gara perempuan sial itu. Kata Mutia dia menolong Aliya hingga menyebabkan Aliya keadaan seperti itu. Sambung Mutia lagi, Shinta memang tidak berniat untuk menolong Aliya. Anjar suruh Mutia diam dan tidak membenarkan Mutia asyik salahkan Shinta.
Wisnu: Istri saya sudah pulang dan dia telah mendonorkan darahnya untuk Aliya.
Anjar: Makasih Pak Wisnu. Istri anda telah menyelamatkan anak saya. Makasih, pak.
Wisnu: Ya, sama-sama. Anjar sama minta kamu ke rumah secepatnya, ya? Sekarang.
Anjar terkenang semula tentang Wisnu yang telah menganggap Aliya sebagai pembawa sial. Dalam hati Anjar dia fikirkan apakah Pak Wisnu marah dan mahu memecatnya.


 

Penghujung Episode 43

Ruben: Jadi kamu gak mau pulang?
Gisha: Enggak. Aku bisa minta tolong gak sama kamu?
Ruben: Apa?
Gisha: Kamu bisa carian aku tempat tinggal untuk sementara?
Ruben: Hmm. gini aja. Nanti habis kita makan aku bakalin membantu kamu mencari tempat tinggal.
Gisha begitu terhutang budi pada Ruben lalu dia terus mengucapkan berbanyak terima kasih pada Ruben. Pada waktu itu juga terdengar tekanan loceng pintu. Gisha panasaran siapa yang telah mencari Ruben. Ruben: Gimana udah ketemu belum?
- Belum boss.
Ruben: Cari terus, dong sampai ketemu.Cari.



Gisha tertanya-tanya pada dirinya siapa yang berada di luar bersama dengan Ruben. Gisha berpendapat mereka itu menakutkan. Kemudian Gisha terkenang semula bagaimana dia diculik oleh seseorang yang tidak dikenali. Lalu Gisha terus memikirkan bahawa mereka itu adalah orang yang menculiknya. Gisha terus mendengar perbualan Ruben dan orang yang diupahnya mencari Dita.
Ruben menerima panggilan mamanya Dita.
Ruben: Hello. Ya, iya tante. Udah ketemu kok. Ya dia sedang bersama saya.
Gisha: Itu kan benar, mereka itu penculik tadi siang..
Gisha semakin bimbang dan dia membuat kesimpulan bahawa Ruben dan rakan-rakannya di luar tadi adalah penculik yang telah menculiknya siang tadi.

Episode 43 terhenti di babak di mana Gisha fikirkan mereka adalah orang yang menculiknya siang tadi. Sekian daripada sapphireblu. Hingga ke episode seterusnya pada keesokan hari.


Sinetron Aliya Episode 43 pada 4 Januari 2013

Sinetron Aliya Episode 43 Part 1

Sinetron Aliya Episode 43 Part 2

Sinetron Aliya Episode 43 Part 3

Sinetron Aliya Episode 43 Part 4-4

Terlebih dahulu saya ingin meminta maaf kerana terdapat banyak kesilapan dalam ejaan, struktur ayat dan tatabahasa sewaktu saya menulis sinopsis ini. Terima kasih kepada semua yang telah singgah di sini.

sumber: (Terima kasih dan kredit diberikan kepada
http://www.sctv.co.id
http://www.tv3.com.my/
http://id.wikipedia.org/ 
SenCy_TVkoe:  http://www.lautanindonesia.com/
http://clorofilawards.wordpress.com
 http://pangeran229.wordpress.com/
http://niazuramaria.blogspot.com/
Channel
lynnalynn01 Channel
dan semua pihak atas sumber maklumat dan gambar)

Tidak ada komentar:

Posting Komentar