Minggu, 10 Januari 2010

EPISODE 1 - 20(Tamat) - DRAMA LAGENDA "CUCU BETONG" MULA MENEMUI PENONTON PADA 8 DISEMBER 2009 SETIAP HARI ISNIN - KHAMIS DI TV3 & TV9


"Cucu Betong" sebuah Drama Lagenda yang mengandungi 20 episode terbitan J.S. Pictures mula bersiaran di TV3 & TV9 mulai 8 Disember 2009 - EPISODE 1 HINGGA 19

***********************************************************************
Sila klik di sini untuk mengikuti sinopsis Drama Lagenda "Cucu Betong" Episode 2 yang telah disiarkan pada 9 Disember 2009

Sila klik di sini untuk mengikuti sinopsis Drama Lagenda "Cucu Betong" Episode 3 yang telah disiarkan pada 10 Disember 2009

Sila klik di sini untuk mengikuti sinopsis Drama Lagenda "Cucu Betong" Episode 4 yang telah disiarkan pada 14 Disember 2009

Sila klik di sini untuk mengikuti sinopsis Drama Lagenda "Cucu Betong" Episode 5 yang telah disiarkan pada 15 Disember 2009

Sila klik di sini untuk mengikuti sinopsis Drama Lagenda "Cucu Betong" Episode 6 yang telah disiarkan pada 16 Disember 2009

Sila klik di sini untuk mengikuti sinopsis Drama Lagenda "Cucu Betong" Episode 7 yang telah disiarkan pada 17 Disember 2009

Sila klik di sini untuk mengikuti sinopsis Drama Lagenda "Cucu Betong"(versi gambar) Episode 8 yang telah disiarkan pada 21 Disember 2009

Sila klik di sini untuk mengikuti sambungan Drama Lagenda "Cucu Betong"Episode 9 & 10 yang telah disiarkan pada 22 & 23 Disember 2009


Sila klik di sini untuk mengikuti sambungan Drama Lagenda "Cucu Betong" Episode 11 hingga 20 yang telah disiarkan hingga pada 7 Januari 2010


***********************************************************************

Barisan pelakon/Dibintangi oleh:

Ezany Nazarif sebagai Zaman
Fizz Fairuz sebagai Jagat
Sheila Ruslysebagai Malika
Mohd Naim Daniel sebagai Raqib (cucu betong)
Farisha Irwayu sebagai Melissa
Maya Matahari sebagai Naya
Sofia Jane sebagai Ratu Solowangi
Emilda Rosmila sebagai Katrina
Noorkhiriah sebagai Cikgu Diana
Shahrol Nizam sebagai Ustaz Shafie
Amir Raja Lawak siamang yang bernama Sayang

***********************************************************************
Sheila Rusly kembali lagi memegang watak sebagai Malika dalam sambungan Drama Lagenda "Anak Betong" iaitu "Cucu Betong" - Pencarian Keris Bimasakti -

Kisah "Anak Betong" menceritakan Malika merupakan seorang manusia bertopengkan syaitan yang tidak pernah berputus asa untuk menghapuskan keturunan Hassan. Walaupun dia tidak berjaya memgpergunakan Jagat untuk melaksanakan rancangannya, Malika cuba mendekati dan mempergunakan anak Jagat pula, Raqib. Berjayakah Malika memiliki apa yang dihajatinya?

Sinopsis Drama Lagenda Cucu Betong

Malika meminta pertolongan daripada Ratu Solowangi untuk kembalikan wajah, tenaga dan ilmunya tetapi syarat yang diberikan oleh Ratu Solowangi sungguh berat. Malika terpaksa akur dengan syarat itu asalkan segala kemahuannya dapat dikembalikan.

12 tahun yang lalu, sikap Raqib (cucu betong) sungguh baik. Dia sering menjadi bahan buli oleh rakan rakan di sekolah yang diketuai oleh ketua pembuli iaitu Akmal. Ketika ini dia masih belum mempunyai ilmu silat. Malissa mengingatkan Zaman tentang perlunya menjaga Raqib betul betul sebagai pewaris Warisan Corp kerana keadaan mereka yang masih belum punya zuriat..


***********************************************************************
Sinopsis Cucu Betong Episode 1

Permulaan kisah Drama Lagenda "Cucu Betong" menceritakan bagaimana Jagat ingin membunuh Zaman, adiknya.

Babak yang lain/A different scene:
Malika tiba di tempat tinggat Ratu Solowangi untuk menemui Ratu Solowangi, ratu yang berkuasa nusantara itu. Ratu Solowangi berkata kepada Malika bahawa dia sudah lama menunggu kedatangan Malika.

Ratu Solowangi: Sudah lama ratu menanti kedatangan kamu. Kasihan ternyata masih belum ada sesiapa lagi yang mampu mengatasi kekuatan orang-orang Persilatan Tulus.
Malika:
Tolonglah aku. Aku sakit. Wak Mandung sudah ghaib. Aku tiada tempat untuk memohon pertolongan kecuali sangnya ratu.
Ratu Solowangi:
Semudah itu?
Malika:
Aku harus kembalikan kekuatanku. Aku sanggup melakukan apa saja dan aku berjanji akan membalas segala jasa sangnya ratu dan aku berjanji akan bersekutu dengan nya ratu dengan seumur hidupku.
Ratu Solowangi:
Permintaan itu terlalu besar. Jika ratu membantu kamu bererti kuasa yang tersisa dalam badan ini tidak akan lagi mampu menangi mala petaka ini yang akan menimpa kepalaku.
Mallika:
sangnya ratu aku sanggup lakukan apa saja dan aku berjanji aku akan lepaskan sangnya ratu dari dipasung terus secara batin di atas malapetaka itu. ( I will free you from the spiritual shakle that holds you to the rock)
Ratu Solowangi:
Kamu berani bersumpah? Baik, ratu bisa menolong kamu tapi ada syaratnya.
Malika:
Apa syaratnya? Ratu Solowangi: Ini adalah Keris Bimasakti. Keris yang menjadi rebutan sejak alam diciptakan. Tetapi keris ini merupakan kembar dan ini adalah bongsunya. Di mana sulungnya? Suatu ketika dahulu Ratu Solowangi menguasai seluruh mundak joko Sang Rateh nusantara. Kedua-dua keris itu berada di dalam tanganku tetapi aku telah dikalahkan oleh moyangnya Hassan. Ahhhhh... Keris sulung itu dirampas olehnya, keluarganya lalu aku dipasak di sini sehingga kaku menunggu batu durjana ini menimpaku dan hanya dengan mengabungkan keris sulung itu dengan keris bongsu ini akan bisa aku dibebaskan dari penghinaan ini...
Malika:
Di mana letaknya keris sulung itu wahai sangnya ratu? Di mana?
Ratu Solowangi:
Pewaris Persilatan Tulus Malika: Zaman??
Ratu Solowangi: Syaratnya jika kamu gagal mengembalikan keris sulung itu ke pangkuanku nyawa kamu sebagai taruhan. Segala kuasa yang ada pada diri kamu akan ku telan. Dan kau akan lenyap dari muka bumi ini selama-lamanya..
Malika:
Aku akan tunaikan segala syarat-syaratnya ratu sekali pun nyawaku akan ku korbankan.
Ratu Solowangi:
Kamu akan bertapa selama 12 tahun. Dalam tempoh ini kamu akan menghimpun segala tenaga dan menyatukan kuasa yang akan kuberikan kepada kamu. Setelah selesai segalanya kamu, Malika akan miliki tenaga dan kekuatan yang teramat luar biasa.

Babak yang lain/A different scene

Babak yang menunjukkan Jagat ingin membunuh Zaman ternyata mimpi semata-mata. Zaman terjaga dari mimpinya.

Babak yang lain/A different scene

Wartawan: Saya nak tanya. Bagaimana Puan Melissa membahagikan masa di antara keluarga dan kerjaya memandangkan Puan Melissa sekarang wanita yang berjaya kan?
Melissa: Okey I admit memang I busy woman, you know. Actually when it comes to Saturday and Sunday itu it's my time for my husband and my anak-anak you know..
Wartawan: So Puan Melissa tak pernah terfikir ke nak tambah lagi seorang anak?
Melissa: Actually niat tu memang ada (If God Willing) tapi belum rezekikan.

Di pejabat Zaman:

Melissa: Sayang
Zaman: Popular nampak.
Melissa: Ala kalau I popular pun apa salahnya. Wife you juga kan?
Zaman: Photography dah habis?
Melissa: Dah baru saja habis. Jom, sayang
Zaman: Mana? Makan?
Melissa: Sayang, sekarang kan dah lunch time?
Zaman: Makan kat mana?
Melissa: My favourite place.
Zaman: Sorry, I tak boleh ingat. I lupa.

Babak yang lain/A different scene

Raqib adalah anak Zaman (anak kandung Jagat. Sejak kematian isteri Jagat meninggal dunia akibat terjun dari "balkoni" dalam Episode "Anak Betong", Zaman telah menganggap Raqib sebagai anaknya sendiri.) Raqib dibuli oleh rakan rakan di sekolah yang diketuai oleh ketua pembuli iaitu Akmal.

Akmal: Eh..eh... boleh tak kalau aku nak pinjam handfone kau. Aku tahu kau bawa. Boleh ya.
Raqib: Mana boleh bawa handfone di sekolah?
Akmal: Berlakon pulak dia ni. Betul-betullah. Aku nak telefon mak aku cakap nak main bola sekejap. Ala kau ni, betul-betul lah takde takde... aku tak kan pukul engkau aku tak kan hah... apa kata kalau macam ni. Kalau kau bagi handfone kau dekat aku untuk pinjam, aku tak kan pukul engkau. Tapi kalau kau tak bagi.. ahh.. tahulah..
Raqib: Sumpah, tak ada.

(Akmal minta rakan-rakannya pegang Raqib sementara dia mengeledah beg sekolah Raqib)

Walaupun Raqib beritahu mereka bahawa dia tidak bawa handfone ke sekolah, Akmal terus mencari merata-rata dalam begnya dan dibuangkan semua buku-buku sekolah Raqib ke lantai. Selepas itu mereka beredar dari situ meninggalkan Raqib sendirian.

Babak yang lain/A different scene:

Melissa menziarahi ibunya.

Melissa: mak, mak ingat tak masa arwah ayah masih hidup mak bukan main lagi suka makan popiah ni. Mak tahu tak, popiah ni ada banyak khasiat, ada rasa masam, pedas, masin, ada udang kering ada macam-macam, mak. Makanlah. Ibu Malissa: Tak ada selera nak makan. Teringat pada ayah kau.
Melissa:
Ala mak ni. Janganlah sedih-sedih macam ni ya.. Yang pergi biar dia pergi. Kita yang hidup ni kena teruskan hidup. Dah tentu-tentu dah ayah bahagia kat sana mak. Mak tahu tak, popiah ni memang bagus mak. Sesuai dengan orang yang berumur macam mak.
Ibu Melissa:
Yalah mak makan.

Setelah mendengar nasihat Melissa, ibunya makan popiah itu. Melissa memberitahu ibunya sejak kebelakangan ini suaminya banyak termenung(He always lost in his thoughts nowadays) Zaman seperti gelisah dan banyak benda penting-penting yang Zaman lupa kata Malissa lagi. Bila dia bercakap dengan Melissa dia macam cakap seperti biasa tapi macam layan tak layan. Ibunya kata mungkin Zaman banyak kerja agaknya.Ibu Melissa minta Malissa sokong saja suaminya itu. Bukan Melissa tidak mahu sokong Zaman tetapi bila dia tanya, Zaman tak jawab sebab itu lah Melissa mula syaki Zaman yang bukan-bukan. Ibu Malissa nasihatkan anaknya banyakkan solat, zikir, berselawat dan layan suaminya baik-baik. Walaupun apa yang dikatakan Melisssa tentang Zaman yang ibunya pasti Zaman bukan kaki perempuan.

Melissa mencatatkan segala kemungkinan yang menyebabkan Zaman berperangai macam itu.
Melissa mengucapkan terima kasih kepada Aznah, ibunya kerana setelah bercakap dengannya, dia rasa lega bahawa Zaman tiada perempuan lain dalm hatinya.

Babak yang lain/A different scene

Raqib pulang dari sekolah. Pada waktu itu, Zaman sedang berlatih ilmu silat. Zaman minta anaknya pergi ke tingkat atas untuk salin baju dan berlatih bersamanya. Tapi Raqib kata dia tidak mahu dan berasa lapar dan dia juga mempunyai aktivit sekolah lagi. Raqib minta diri dan naik ke atas.

Babak yang lain/A different scene:

Raqib mendapat mimpi buruk.. Melissa pergi ke bilik Raqib untuk melihat apa yang telah berlaku. Melissa minta bibi ambilkan air untuk Raqib.

Melissa dapat rasakan ada sesuatu yang tidak kena kepada Raqib.

Melissa: you pun satu, Raqib dah cakap dengan you dia sakit perut, you still paksa dia pergi sekolah.
Zaman: Kerab sangat dia MC. Ni UPSR pun dah nak dekat dah. Tapi tak apalah I dah bagi handfone I kat dia.
Melissa: Kat sekolah mana boleh bawa handfone sayang.
Zaman: I tahu tapi nak buat macam mana. I dah cakap dengan dia. Handfone tu boleh on waktu emergency saja. Dah lah jangan risaulah.
Melissa: Risau lah sayang. Sakit kepala.

Babak yang lain/A different scene

Cikgu Diana: Raqib, kenapa ni? Sakit perut? Raqib: Tad de lah cikgu. Angin aje ni. Cikgu Diana: Betul tak ada apa-apa. Nanti cikgu hantar balik nak?
Raqib:
Tak apa cikgu. Terima kasih.
Cikgu Diana:
Betul ni? Raqib: Saya okey.
Cikgu Diana:
Betul ya. Cikgu balik dulu ya.

Disebabkan Raqib masih sakit perut, dia mengeluarkan handfone ayahnya dan inginbuat panggilan.

Akmal dan rakan-rakannya nampak Raqib menggunakan handfone. Akmal merampas handfone itu daripada Raqib.

Akmal minta rakan-rakannya memegang Raqib lalu dia rampas handfone ayah Raqib daripada Raqib. Akmal beritahu rakan-rakannya bahawa handfone tersebut baru dan canggih boleh tonton tv. Katanya kepada Raqib,

Akmal: Tapi, kalu ni kan pelajar contoh. Pelajar terbaiklah konon. Tapi kau bawa handfone ke sekolah. Eh kau nak tahu tak. Itu melanggar undang-undang sekolah. Depan cikgu bukan main baik lagi. Belakang cikgu bawa handfone.
Raqib: Itu handfone bapa akulah. Pulangkan...
Akmal: Handfone bapa engkau. Pak cik maafkan saya sebab saya ambil pak cik punya handfone.

Akmal: Nak tahu satu benda yang baru tak, nak tahu tak? Handfone ni dah jadi milik aku. Bukan milik kau bukan milik bapa kau.

Setelah Raqib pulang dari sekolah:

Bibik: Kenapa ni selalu pulang dari rumah sudah mahu makan. Heh.. hari ini enak lo. Bibik masak Soto. Hah nanti bibik bubuh ayamnya banyak-banyak.
Raqib: Tak pe lah.
Bibik: Ish. Kenapa ni. Cuba bilang sama bibik kalau bibik bisa bantu.
Raqib: Bi.. bolehtak kalau Raqib pinjam duit.
Bibik: Uang.. mau pinjam uang.. oh.. boleh deh kalau untuk Raqib bibik jaga dari kecil tentu saja boleh. Berapa maunya. Berapa? Cuba bilang..
Raqib: Dua ribu.
Bibik: Oh... dua ribu? Dua ribu Rupiah? Bisa aja. Tidak salah tu. Mari.
Raqib: Bukan bik. Bukan dua ribu Rupiah.
Bibi: Habis tu? Ringgit? ehh... untuk apa sih Raqib. Bangyak banget tu.
(Raqib kemudian membisik ke telinga bibik)

Bibik: Sumpah, rahsia. Percaya sama bibik nggak? (Raqib percaya bibinya) Ahh.. bilang. katanya rahsia bisik. Lekas.
Bibik: Tapi Raqib, bibi nggak ada uang sebanyak itu Qib. Maaf Qib. Bibik nggak bisa bantu kamu. Gimana yah.
Raqib: Tak pe lah bik. Nanti saya fikir sendirilah.
Bibik: Yah
Raqib: Tapi bibi janji ya.
Bibik: Sudah sumpah tadi kan.
Raqib: Terima kasih bi..

Bibik berkata sendirian: waduh... gimana ni. kasihan anak itu. Kalau dibilang sama papa dan mamanya, ish... aku nggak mau jadi munafik.

Babak yang lain/A different scene:

Raqib berasa resah dan serba salah tidak tahu apa yang hendak dilakukan setelah ketua buli, Akmal merampas handfone ayah Raqib daripadanya.Dia terkenangkan apa yang telah dilafazkan oleh papanya kepadanya. Raqib imbas kembali apa yang ayahnya beritahu kepadanya. Ayahnya tidak mahu Raqib memberi apa jua alasan seperti sakit perut dan lain-lain lagi. Dalam seminggu Raqib asyik ambil MC. Kata ayahnya, dulu sakit perut tetapi sekarang dah pandai memberi alasan lain, gastrits.

Zaman: Papa tahu memang tak boleh bawa handfone pergi sekolah. Tapi kalau Raqib nak on waktu emergency saja. Kalau gastrits sakit tak tahan-tahan lagi dah call papa ya, kita pergi klinik. Tapi ingat ini handfone papa. Jadi maknanya..
Raqib: Hak papa.
Zaman: Ini satu tanggungjawab untuk Aqib. Kalau Aqib gagal dalam ujian ini semua orang tak kan percaya Aqib lagi dah. Faham itu?
Raqib: Ya
Zaman: Dah. Siap papa hantar Akib pergi sekolah.


Raqib dengan senyap masuk ke bilik Zaman dan membuka almari dan laci. Raqib menjumpai banyak wang di situ dalam satu sampul surat besar. Raqib mengambil wang tersebut.

Babak yang lain/A different scene

Melissa: Sayang kau kat mana? I dah nak balik ni. Ahh.. kejap lagi pun ada lalu kat kawasan itu juga. So can I drop by? Okey. I'll see you at home. Bye.

Melissa ternampak Zaman bersama seorang gadis dan mengambil sesuat daripadanya. Melissa cemburu.

Babak yang lain/A different scene:

Raqib pergi ke sebuah kedai menjual handfone dan membeli jenis handfone yang sama dengan ayahnya dengan menggunakan wang yang dicurinya dari rumah.

Di rumah, Zaman mendapat mimpi tentang ibu kandung Raqib terjun dari balkoni lalu meninggal dunia tetapi anak dalam kandungannya dapat diselamatkan dan Zaman menjaganya. (Raqib adalah anak kandung Jagat, abang angkatnya.

Melissa tanya Zaman kenapa dia nampak resah dan gelisah. Zaman tidak mahu menceritakan tentang mimpinya kepada Malissa dan cuma kata dia berasa lapar.

Melissa: Sayang, you tahu kan? I bukan jenis yang cemburu.
Zaman: You intip I ke?
Melissa: I have to.
Zaman: Sebenarnya I baru habis berubat orang tua yang terkena santau sihir jadi dia berhajat bila dia dah baik dia nak bagi sesuatu pada I. So sebab itulah I jumpa dengan anak perempuan dia. So dia bagi I jam.
Melissa: Itu aje? Sure?
Zaman: Ya, very sure.
Melissa: Habis tu kenapa nak berahsia dengan I pula?
Zaman: Sebabnya dari you sendiri. Bukan kah you tak suka kalau I berubat orang yang terkena sihir macam ni?
Melissa: Sayang, I tak nak you jadi bomoh. Kita kan orang korprat. You mesti jaga image you. I tahu niat you ikhlas nak tolong orang sebab itu you buat semua itu kan?
Melissa: Sorry okey!

Melissa: Sorry lah sebab I syak you yang bukan-bukan.
Zaman: Cuma sekarang ni I risaukan Raqib.
Melissa: Why?
Zaman: Dia tak nak belajar silat.
Melissa: Walaupun Raqib itu cuma anak angkat kita, tapi dia satu-satunya pewaris legacy Persilatan Tulus.
Zaman: Mungkin ada hikmah apa yang berlaku pada kita. Walau pun kita dah pergi berubat, dan kita pun dah disahkan subur tetapi kita masih tak ada anak.
Melissa: Sabarlah okey sayang? Sama juga macam arwah mak dan ayah you dulu pun facing the same problem like us kan? Sayang, walau apa pun yang you buat apa pun keputusan you I tetap akan sokong you. Okey!

Babak yang lain/A different scene: (Di penghujung Episode 1 Drama Lagenda Cucu Betong)

Ratu Solowangi: Tempoh bertapaan kamu sudah selesai (your solitude period is over) Aku menuntut janjimu, Malika.

Drama Lagenda Cucu Betong Episode 1 berakhir di sini di mana tempoh untuk Malika bertapa sudahpun selesai. Bersambung dalam episode selanjutnya pada 9 Disember 2009 pada waktu yang sama. Sekian kemas kini shiny untuk Episode 1. Hingga berjumpa lagi dalam Episode 2.

***********************************************************************
(Sumber: Terima kasih dan kredit diberikan kepada TV3, http://www.tv9.com.my dan semua pihak atas sumber maklumat dan gambar)

Tidak ada komentar:

Posting Komentar