Senin, 04 Oktober 2010

Episode 38 - Sinetron Cinta Kirana pada 4 Oktober 2010 di Astro Ria setiap hari Isnin - Jumaat pada jam 6.30 petang


Sinetron Cinta Kirana Setiap Hari Isnin - Jumaat pada jam 6.30 malam - 7.30 malam di Astro Ria

Sila klik di sini untuk mengikuti sinopsis sinetron Cinta Kirana Episode 1 - 50

Sila klik di sini untuk mengikuti sinopsis sinetron Cinta Kirana Episode 51 - 78

Sila klik di sini untuk mengikuti sinopsis sinetron Cinta Kirana Episode 91 - 93 (Episode Akhir)

Pelakon/Pemain



Synopsis

It begins when Sita met her long separated ex-boyfriend, Rama. The two folks agreed to pass their love that used to fail, onto their grand children. Sita was happy and imagined a better life for Kirana, her granddaughter. So does Rama for his grandson, Galang. Kirana and Galang that used to quarrel ended up falling in love.

Disaster comes when Rama and Galang got into an accident. Rama passed away, while Galang’s body was never found. Kirana became the back-bone of the family. She then met Evandra, a publishing boss that hates women. Evandra changed because of Kirana and grew to like her; meanwhile, Kirana’s love is only for Galang. One day, Galang returned but as Mischa, Galang’s twin. He did this as he could not bear to leave Renata who helped him from the accident.

Galang was happy that Kirana took care of the family, but he was shattered as he couldn’t return his love to Kirana, Kirana was hurt, Galang was hurt even more.

Berawal dari perjumpaan kembali antara Sita dengan mantan kekasihnya, Rama, yang dulu terpisah, pasangan jompo ini sepakat menyambung tali jodoh mereka yang dulu gagal ke cucu masing-masing. Sita bahagia dan membayangkan kehidupan Kirana, cucunya, bakal membaik seperti harapannya. Begitu pula harapan Rama terhadap cucunya, Galang. Kirana dan Galang yang tadinya sering bertengkar, akhirnya saling jatuh cinta.

Musibah datang ketika Rama dan Galang mengalami kecelakaan. Rama meninggal dan mayat Galang tak ditemukan. Akhirnya Kirana menjadi tulang punggung keluarga. Ia kemudian bertemu Evandra, bos penerbitan yang benci perempuan. Karena Kirana, Evandra berubah dan mulai menyukai Kirana, namun cinta Kirana hanya untuk Galang. Suatu hari tiba-tiba Galang muncul lagi, tapi dia mengaku sebagai Mischa, adik kembar Galang. Dia sengaja melakukan hal itu karena tidak tega meninggalkan Renata yang telah menolongnya dari kecelakaan tempo hari.

Galang bahagia Kirana menjaga keluarganya, namun juga hancur karena mustahil mengembalikan cintanya untuk Kirana. Kirana terluka, Galang lebih terluka.
source: http://www.mdentertainment.net/

Sambungan kisah Cinta Kirana Episode 37

Sambungan kisah Cinta Kirana Episode 37 Part 1

Sambungan kisah Cinta Kirana Episode 37 Part 2

Sambungan kisah Cinta Kirana Episode 37 Part 3

Sambungan kisah Cinta Kirana Episode 37 Part 4

Sambungan kisah Cinta Kirana Episode 37 Part 5

Sambungan kisah Cinta Kirana Episode 38

Sambungan kisah Cinta Kirana Episode 38 Part 1

Sambungan kisah Cinta Kirana Episode 38 Part 2

Sambungan kisah Cinta Kirana Episode 38 Part 3

Sambungan kisah Cinta Kirana Episode 38 Part 4


Sambungan kisah Cinta Kirana Episode 38 Part 5




Sambungan sinopsis sinetron Cinta Kirana Episode 38

Kirana gembira kerana Galang membeli aiskrim perisa kegemanarannya, ais krim almond.

Sampai di rumah saja, Kirana terus memberitahu kedua orang neneknya bahawa Galang ingat perisa aiskrim kegemanarannya.
Kirana: Nenek tahu apa yang terjadi? Galang belikan aku perisa aiskrim kesukaaan aku.
Aida: Kamu serius, Kirana?
Kirana: Lebih dari itu, nek. Aku yakin ingatan Galang kembali tak lama lagi.
Sita: Syukurlah, Kirana. Tapi kamu kena ingat, jangan terlalu berharap. Nanti kamu akan terluka kalau apa yang akan berlaku tidak sama dengan keinginan kamu. (towards the shinystar)
Kirana: Ya, nek. Aku boleh atasi perasaan aku. Aku tak akan banyak berharap tapi setidak-tidaknya aku cuma ingin dia ingatkan aku.


Fara gembira melihat Galang sudah pulang. Fara tanyakan pada Galang kenapa setiap hari dia pulang begitu lewat. Galang menerangkan pada Fara bahawa seharian dia cuma menemani Riana ini menyebabkan dirinya berasa bosan. Fara menasihati Galang agar terus bersabar menghadapi semua itu.

Fara: Kata Baim, kalau kita sabar, tenaga negatif dalam badan kita semuanya keluar jadi kita akan sentiasa gembira.




Kirana menelefon Raka tetapi Raka tidak menjawab panggilan itu kerana pada waktu itu Raka terjaga dan dia terkejut kerana melihat Nadira sedang tidur nyenyak disampingnya. Raka bingung dan tidak tahu apa yang harus dia lakukan dan dia terus meninggalkan rumah Choky. Raka menyesal dengan apa yang telah dilakukannya. Dia berasa dirinya telah mengkhianati Choky dan tidak tahu bagaimana hendak berdepan dengannya kelak. Kirana cuba menelefon Raka lagi tetapi Raka terus tidak mahu menjawab panggilan tersebut. Raka terus memarahi dirinya.


Kirana: Raka, kamu ke mana? Kenapa tak jawab penggilan aku?
Raka: Aku malas nak jawab.


Kirana: Kenapa, kamu lagi sakit? Kamu tahu tak, ingatan Galang dah mulai pulih.
Dia boleh ingat perisa aiskrim kesukaan aku. Aku gembira sangat, Raka.



Kirana terkejut apabila Raka bukan tumpang gembira mendengar berita itu malah dia suruh Kirana diam.

Raka: Apa kamu tak lihat kalau aku tak ingin dengar cerita kamu?
Kirana: Raka, kenapa kamu ni?
Raka: Aku yang patut tanya kamu kenapa. Aku tak nak dengar cerita kamu, Na. Aku penat.
Jadi lebih baik kamu jangan ganggu aku. Kamu sebaiknya pergi dari sini.



Raka sedar dia telah terlalu kasar dengan Kirana lalu dia terus minta maaf kepadanya kerana dia tidak bermaksud untuk berkasar dengan Kirana.

Raka: Aku cuma tak boleh berbual dengan kamu sekarang.
Setelah itu, Raka terus masuk ke dalam meninggalkan Kirana di luar rumahnya.
Kirana pada dirinya: Raka kenapa?


Linda: Kamu ke mana semalam? Kenapa kamu tak pulang?
Imran: Papa dan mama tahu kalau kamu kecewa dengan sikap papa dan mama tapi itu tidak bermakna kamu boleh pergi begitu saja tanpa beritahu papa di mana kau berada.
Linda: Semalam kamu tidur di mana?
Raka: Aku penat ma, aku tak mahu bicara masalah tentang semalam. Aku mahu ke kamar dulu.
Imran beritahu Linda sikap Raka jadi begitu kerana mereka. Kerana mereka telah membesarkan Raka dalam keluarga yang tak harmoni. Imran sedar tiada gunanya dia mengungkit masa lalu kerana ia tidak boleh memperbaiki keadaan dan mengembalikan masa lalu.
Imran: Tapi aku berharap paling tidak pun kita patut lebih bijak dalam menangani hal Raka. Linda, kalau kita terus begini aku takut kita akan kehilangan Raka, Linda.


Sementara itu, Nadira menatap ke arah tempat tidurnya dengan wajah berdosa. Dia berlinangan air mata dalam kesedihan dan menyesal dengan apa yang telah berlaku dan berkata pada dirinya kenapa dia sanggup menyakiti Choky. Begitu juga Raka yang telah pulang ke rumahnya sendiri sebelum ini, Raka kata pada dirinya bahawa dia telah mengkhianati sahabatnya sendiri dan dia tidak tahu bagaimana dia boleh berdepan dengan Choky.


Choky pulang dari luar kota bekerja dan memanggil Nadira:

Choky: Sayang, isteriku...
Aku amat merindui kau padahal aku cuma pergi untuk sehari. Bagaimana kalau sebulan agaknya.


Choky: Kenapa kau diam saja? Kau tak rindu pada aku?
Pada mulanya Nadira tidak berkata apa-apa tetapi akhirnya dia menjawab bahawa dia juga merindui Choky. Nadira rasa bersalah pada suaminya.

Riana terus tidak dapat menumpukan perhatiannya sewaktu syuting kerana fikirannya asyik memikirkan Galang. Riana hilang fokus. Ini menyebabkan pengarahnya marah dan berkata sekiranya perkara itu terus berlaku dia tidak akan ragu-ragu menggantikan Riana dengan pelakon lain.


Kirana memanggil Galang yang sedang menantinya sambil membelek majalah. Galang menoleh ke arah Kirana dan dia terdiam seketika apabila dia melihat Kirana berdiri di depannya sambil tersenyum. Kirana nampak anggun dan cantik dengan gaun yang dikenakannya.

Kirana: Galang, kau dah tunggu dari tadi ya? Maaf ya?



Galang tidak menjawab pertanyaan Kirana. Dia kelihatan terpesona dan menatap gaun Kirana dan Kirana tanya pada Galang:

Kirana: Kenapa, Lang.. ada yang salah ya?
Galang: Tidak... kamu kelihatan cantik sangat seperti bidadari.
Mendengar apa yang dilafazkan Galang, tas tangan Kirana terlepas dari tangannya dan Kirana teringat kembali waktu sebelum Galang hilang ingatan di mana dia juga telah berkata benda yang sama.




Galang: Kamu nampak cantik sekali, macam bidadari.
Kirana gembira dan memberitahu Galang tadi dia telah mengucapkan kata-kata yang sama seperti sebelum ini.

Kirana menyentuh muka Galang dan berkata:
Kirana: Kau tentu ingat sesuatu kalau kau bercakap begitu, kan?
Galang: Tidak, Na. Aku cuma cakap dengan spontan.
Kirana: Tak mungkin, sebab ayatnya sama, aku tahu, Galang. Kau pasti ingat sesuatu.
Galang: Tidak... Na, aku dah kata. Aku cakap begitu, spontan.
Kirana: Tapi, Lang...
Galang: Cukup, Na. Kamu jangan buat begitu pada aku. Aku dah kata aku tak ingat.
Atau kamu lebih puas kalau aku paksa diri aku ingat? Kamu lebih suka itu? Baiklah aku ingat!
Galang ketuk kepalanya dengan kuat hingga dia juga menggunakan telefon untuk buat begitu dan Kirana cuba menghalan Galang dari terus memaksa dirinya.





Sita dan Aida terdengar perbualan Galang dan Kirana dan mereka tahu pasti ada sesuatu yang tidak kena lalu mereka dengan cepat menuju ke arah Galang dan Kirana. Melihat keadaan Galang yang memaksa dirinya untuk ingat, Aida memarahi Kirana
Aida: Kirana, kenapa kau memaksa Galang?
Nenek tahu kau mahu Galang sembuh tapi apa yang kau buat itu akan membahayakan Galang, tahu!
Kirana: Nek, saya sikit pun tak bermaksud untuk membahayakan Galang.
Dengan suara yang tinggi Aida suruh Kirana jangan ganggu Galang kalau setelah Kirana cuba menjelaskan pada Aida. Sita cuba tenangkan keadaan dan dia meminta Aida jangan terlalu emosi. Sita minta Kirana sabar saja. Sita kemudian minta Aida bawa Galang isitrehat di kamar saja.




Aida dan Sita menemani Galang ke kamarnya sementara Kirana ke kamarnya sendiri. Galang dinasihati untuk berehat tetapi Galang bertekad untuk pergi menemui Riana yang sedang menunggunya.

Sita: Udah, kamu baring sebentar. Jangan banyak bergerak dulu, ya.
Galang: Tapi...
Aida: Kau boleh jumpa Riana bila-bila masa saja. Yang penting sekarang kamu isitirehat sebentar.
Raka menyesal kerana telah meninggikan suara pada Kirana dia menelefon Kirana untuk meminta maaf tetapi panggilan Raka tidak dijawab oleh Kirana bahkan telefonnya dimatikan apabila panggilan masuk kerana Kirana tidak mahu menyusahkan Raka dengan masalah yang dihadapinya. Raka berfikiran sekarang semua orang sudah mula menjauhkan diri daripadanya.


Kirana: Maafkan aku Raka, aku tak mahu ganggu kau dengan keluh-kesah aku. Aku tak mahu ganggu kehidupan kamu.



Galang di kamarnya.



Galang: Kenapa aku tak boleh memikir lagi? Semua ini mengelirukan aku.



Aida: Aku semakin cemas dengan kejadian tadi. Aku takut Kirana terlalu memaksa Galang untuk mengingatkan memorinya
Sita: Aku tak bisa sepenuhnya menyalahkan Kirana saja. Dia pasti ingin Galang ingat semula. Terutamanya kenangan lama mereka.
Aida: Aku juga berharap seperti itu. Tapi aku risau dengan keadaan Galang. Bagaimana kalau terjadi sesuatu dan keadaannya jadi semakin parah?
Sita: Mudah-mudahan semuanya tak akan terjadi. Semoga juga Tuhan memberi jalan terbaik buat kita.


Pada waktu yang sama, Riana semakin risau apabila Galang masih belum kelihatan.


Sewaktu penggambaran Riana langsung tidak memberi perhatian menyebabkan pengarah marah dan tidak boleh bersabar dengannya lagi.

Pengarah: Kalau awak memang tak nak bekerja lebih baik tukar kerjaya dan tak perlu datang ke lokasi syuting.
Riana menjawab dengan marah.
Riana: Bapak jangan cerewet. Saya yang membiaya produksi filem ini. Jadi bapak jangan mengatur saya ya! Sudahlah saya tak ada mood, Saya mahu pergi!
Pengarah: Kamu benar-benar tidak tahu menghargai orang..
Riana terus beredar keluar dari lokasi syuting menuju ke keretanya. Sandra cuba mengejar anaknya.




Sandra: Riana, mama tanya kamu nak pergi ke mana? Kamu kan belum selesai syuting? Mana boleh tinggalkan lokasi syuting begitu saja?
Riana: Eee... biarkan sajalah. Riana bosan mahu tunggu di sini. Riana mahu bertemu dengan Galang.
Sandra: Kamu mahu menemui anak itu? Kamu dah tak waras ke? Galang itu cuma nak pergunakan kau. Kau belum sedar juga ya?
Riana: Aduh, apa yang harus disedar ma? Galang itu sangat sangat mengambil berat tentang aku.
Sandra: Kamu benar-benar sudah dicuci otak oleh Galang. Tidak kamu tidak boleh pergi. Mama tak akan izinkan kamu.
Riana: Terserah mama mahu bilang apa. Riana akan tetap pergi.


Riana terus meninggalkan mamanya di situ dan keluar untuk mencari Galang.




Kirana: Adakah selamanya kau tak akan mengingati aku lagi? Dulu setiap kali aku dengan Galang ada masalah Galang pasti mengajak aku duduk di atas atap.


Persahabatan Fara dan Baim semakin akrab. baim menceritakan pada Fara tentang Pak Tejo. Baim memberitahu Fara dia ingin memberitahu. Baim cuba menelefon Kirana tetapi Kirana telah pergi ke bumbung rumah untuk tenangkan diri. Baim harap Kirana tiada masalah lagi dengan Galang.


Sewaktu Kirana naik ke bumbung dia ternampak Galang juga berada di situ. Galang memintanya agar jangan meminta dia untuk ingat apa-apa lagi kerana dia sudah tidak boleh berfikir. Kirana berkata padanya bahawa dia tidak akan minta Galang ingat semuanya. Dia pergi ke sana adalah untuk meminta izin daripada Galang untuk duduk bersama Galang di situ. Kirana dan Galang akan berasa tenang setiap kali mereka melihat ke langit.
Galang: Rasanya semua masalah dan perkara yang menakutkan kita perlahan-lahan dibawa awan.
Kirana: Ya, kamu benar, Galang. Coba saja kalau seandainya aku bisa tenang begini.



Kirana meminta maaf atas kejadian tadi kerana dia telah terlalu mendesak Galang untuk mengingati semuanya.
Kirana: Aku terlalu berharap kalau kamu bisa ingat semuanya sampai aku tak sedar kalau ternyata aku telah menyakiti kamu. Kalau sampai akhirnya kau tak dapat ingat apa-apa aku akan pasrah menerimanya. Asalkan kamu bahagia aku rela lakukan apa pun. Aku tak tahu kenapa akhir-akhir ini aku terlalu cengeng. Padahal dulu aku paling tidak suka air mata.
Galang: Tak apalah kalau kamu mahu menangis lagi, kau boleh sandar di bahu aku.




Kisah Cinta Kirana bersambung pada 5 Oktober 2010 dalam Episode 39


sumber: (Terima kasih dan kredit diberikan kepada
http://www.mdentertainment.net/
Astro Ria 104
http://www.indosiar.com/
http://id.wikipedia.org/
sebuahkisah Channel
dan semua pihak atas sumber maklumat dan gambar)

Tidak ada komentar:

Posting Komentar