Minggu, 17 Oktober 2010

Episode 47 - Sinetron Cinta Kirana pada 15 Oktober 2010 di Astro Ria setiap hari Isnin - Jumaat pada jam 6.30 petang


Sinetron Cinta Kirana Setiap Hari Isnin - Jumaat pada jam 6.30 malam - 7.30 malam di Astro Ria

Sila klik di sini untuk mengikuti sinopsis sinetron Cinta Kirana Episode 1 - 50

Sila klik di sini untuk mengikuti sinopsis sinetron Cinta Kirana Episode 51 - 78

Sila klik di sini untuk mengikuti sinopsis sinetron Cinta Kirana Episode 91 - 93 (Episode Akhir)

Pelakon/Pemain



Synopsis

It begins when Sita met her long separated ex-boyfriend, Rama. The two folks agreed to pass their love that used to fail, onto their grand children. Sita was happy and imagined a better life for Kirana, her granddaughter. So does Rama for his grandson, Galang. Kirana and Galang that used to quarrel ended up falling in love.

Disaster comes when Rama and Galang got into an accident. Rama passed away, while Galang’s body was never found. Kirana became the back-bone of the family. She then met Evandra, a publishing boss that hates women. Evandra changed because of Kirana and grew to like her; meanwhile, Kirana’s love is only for Galang. One day, Galang returned but as Mischa, Galang’s twin. He did this as he could not bear to leave Renata who helped him from the accident.

Galang was happy that Kirana took care of the family, but he was shattered as he couldn’t return his love to Kirana, Kirana was hurt, Galang was hurt even more.

Berawal dari perjumpaan kembali antara Sita dengan mantan kekasihnya, Rama, yang dulu terpisah, pasangan jompo ini sepakat menyambung tali jodoh mereka yang dulu gagal ke cucu masing-masing. Sita bahagia dan membayangkan kehidupan Kirana, cucunya, bakal membaik seperti harapannya. Begitu pula harapan Rama terhadap cucunya, Galang. Kirana dan Galang yang tadinya sering bertengkar, akhirnya saling jatuh cinta.

Musibah datang ketika Rama dan Galang mengalami kecelakaan. Rama meninggal dan mayat Galang tak ditemukan. Akhirnya Kirana menjadi tulang punggung keluarga. Ia kemudian bertemu Evandra, bos penerbitan yang benci perempuan. Karena Kirana, Evandra berubah dan mulai menyukai Kirana, namun cinta Kirana hanya untuk Galang. Suatu hari tiba-tiba Galang muncul lagi, tapi dia mengaku sebagai Mischa, adik kembar Galang. Dia sengaja melakukan hal itu karena tidak tega meninggalkan Renata yang telah menolongnya dari kecelakaan tempo hari.

Galang bahagia Kirana menjaga keluarganya, namun juga hancur karena mustahil mengembalikan cintanya untuk Kirana. Kirana terluka, Galang lebih terluka.
source: http://www.mdentertainment.net/



Sambungan sinopsis sinetron Cinta Kirana Episode 47

Keadaan di lokasi syuting menjadi huru-hara apabila kebakaran berlaku. Kirana terperangkap dalam kebakaran itu tetapi mujur pada waktu itu Galang menemuinya dan membawanya ke rumah sakit bersama-sama dengan Pak Tejo.


Riana yang sedang mencari Galang pada waktu yang sama ternampak dia membawa Kirana/Randy masuk ke dalam kereta lalu pergi. Riana kecewa kerana Galang tidak dengar dia memanggil namanya.


Galang cemas dengan keadaan Kirana di rumah sakit.
Pak Tejo: Sudahlah, Lang. Kamu tak perlu risau. Kirana dah tak ada apa-apa. Dia tentu dapat bertahan. Saya buat panggilan telefon ke rumah Kirana dulu, ya.


Aida dan Sita terkejut mendengar berita mengenai Kirana yang tercedera dalam kebakaran. Mereka segera pergi ke rumah sakit.

Aida: Sekarang Kirana di mana, Tejo? Ya, ya.. kami akan ke sana.


Riana selidik apakah punca bermulanya kebakaran itu dan akhirnya dia mendapati semua itu adalah rancangan mamanya, Sandra.



Riana: Api tak akan muncul sendiri. Tentu ada penyebabnya.
Kemudian Riana ternampak Ibu Santi berada di lokasi syuting dan Riana curiga tentang Ibu Santi.
- Pagi tadi dia datang ke sini, ya?
- Ya bu, tadi pagi saya nampak Ibu Santi. Tapi sekarang ni saya tak tahu pula dia di mana.
Riana terus pergi ke rumah Sandra untuk mendapat kepastian.



Sita dan Aida tiba di rumah sakit. Galang lalu meminta maaf daripada Sita kerana katanya dia tidak dapat menjaga Kirana dengan baik hingga menyebabkan Kirana tercedera dalam kebakaran tetapi menurut Sita itu semua bukan salah Galang. Doktor memberitahu mereka bahawa Kirana telah melepasi masa kritikal.
Doktor: Asap di dalam paru-parunya juga belum banyak. Jadi dia boleh terus dibawa ke wad. Semua menjadi lega mendengar kata-kata doktor.


Riana muncul setelah dia dengar perbualan Santi dan Sandra.
Riana: Jadi ini semua perbuatan mama?


Sandra terkejut melihat kehadiran Riana.
Riana: Aku tahu kalau mama memang tidak sukakan Galang. Tapi saya tak sangka mama sanggup buat semua ini.
Sandra: Mama lakukan semuanya demi kebaikan kamu.
Riana: Kebaikan aku? Mama mahu libatkan perbuatan mama dengan saya yang tak pernah bertanggung-jawab? Selama ini saya tak pernah menemui ibu yang mahu hancurkan hidup anaknya sendiri. Cuma mama yang buat begitu.
Sandra: Riana, mama...
Riana: Cuba mama fikir sekiranya saya berada di tempat Randy. Kalau saya terperangkap dalam kebakaran itu. Macam mana kalau saya mati dalam kebakaran yang dirancangkan mama? Apa mama tak fikirkan semua itu?
Sandra: Tapi, Ri...
Riana: Mama dengar ya... kalau mama fikir aku akan berhenti, mama salah besar. Aku akan teruskan filem itu walau apa jua risikonya.
Riana dengan marah dan kecewa dengan mamanya terus masuk ke kamar dan mengemaskan pakaiananya dan keluar dari rumah Sandra.

Riana: Riana tak mahu tinggal di sini lagi. Riana tak mahu tinggal dengan ibu yang tak pernah fikirkan perasaan anaknya.
Sandra: Beraninya kamu cakap begitu pada mama. Apa kamu lupa, selama ini mama yang menjadi teman kamu? Mama yang telah buat kamu berjaya seperti sekarang. Apa yang telah Galang letakkan dalam kepala kamu? Kenapa kamu jadi seperti ini, Riana? Apa kamu belum sedar juga orang yang cintai kamu itu macam mana?
Riana: Mom, aku tahu sangat siapa Galang. Galang itu lelaki baik yang bertanggungjawab yang rela bahayakan nyawanya untuk menolong orang dalam kebakaran itu. Apa pun yang mama lakukan, Galang tak akan pernah meninggalkan aku.
Riana tidak menghiraukan mamanya walaupun mamanya cuba menghalang dia daripada meninggalkan rumah. Sandra cuba meminta maaf daripada Riana dan minta dia jangan meninggalkan dia keseorangan di rumah tetapi sia-sia. Riana...
Riana: Kejadian ini buat saya tambah yakin untuk tinggal sendirian.



Galang terus menjaga dan menemai Kirana di rumah sakit. Pada waktu yang sama Riana memberitahu Riana bahawa dia telah pindah dan tinggal sendirian. Baim menerima berita tentang keadaan Kirana dan dia pulang ke kota dan berjanji pada Fara yang tidak relakan pemergiannya untuk pulang ke desa semula menemui orang tua Fara setelah dia pastikan Kirana sudah tidak apa-apa lagi. Akhirnya Fara bersetuju untuk tunggu Baim pulang ke desa semula setelah semuanya baik-baik saja.





Joana anak teman lama Linda bertembung dengan Raka di rumah sewaktu Raka tergesa-gesa hendak pergi bekerja dan bajunya kotor kerana kena minuman. Joana memperkenalkan dirinya pada Raka

Joana: Mama aku teman lama mama kamu. Aku di sini nak habiskan pelajaran. Jadi mama saya hantar saya di sini.
Raka: Baru pertama kali bertemu aku sudah memberi gambaran buruk. Sori ya kerana telah mengotorkan baju kamu.
Joana: Tak mengapa. Kamu mahu pergi ya?
Raka: Kebetulan saya ada meeting penting hari ini. Saya mesti pergi sekarang. Well nice to meet you Joana.


Setelah Raka keluar, Joana berkata pada dirinya: Kelihatan aku di sini akan semakin menyenangkan.


Sementara itu Linda bercadang untuk menjodohkan Raka dan Joana.


Joana membawa makanan tengahari untuk Raka di pejabat.
Joana: Aku bawa makanan siang untuk kamu. Lauknya semua makanana kegemaran kamu. Mama kamu yang menyuruh aku datang ke sini. Nampaknya mama kamu mahu jodohkan kita berdua.
Raka: Mama, mama lama-lama dia akan jadi biro jodoh. Dia itu selalu saja cari jodoh untuk aku. Kenalkan ini, Opi, ini Joana.


Opi: Hi, Opi.
Joana: Joana.
Opi: Raka, aku baru saja dapat berita tentang Kirana. Dia dirawat di Rumah Sakit Cempaka.
Raka: Apa? jadi bagaimana keadaan dia sekarang?
Opi: Menurut nenek, keadaan dia baik. Cuma dalam beberapa hari ini dia perlu dirawat di rumah sakit.
Raka: Aku harus ke sana sekarang.
Joana: Raka, biar aku yang hantar kamu, ya. Soalnya mobil aku ada di lobi. Jadi kita boleh langsung ke sana.
Raka: Baiklah. Opi, tolong beritahu Pak Benny untuk uruskan semua kerja.


Raka dan Joana tiba di rumah sakit untuk melawat Kirana yang masih lagi dirawat di rumah sakit.
Raka: Kirana, aku baru dapat berita daripada Opi. Kenapa kamu tak telefon aku? Ya, aku tak mahu kamu risau. Lagipun kamu nampak kan aku baik-baik saja.


Raka memperkenalkan Joana kepada Kirana.
Raka: Ini Joana. Dia anak teman mama. Dia baru saja datang dari luar negara. Sekarang dia tinggal di rumah mama.
Joana: Hi, senang bisa kenal dengan teman-temannya Raka.
Kirana: Aku juga.


Suara hati Joana berkata: "Jadi kamu yang mencuri hati Raka? Bukan masalah besar buat aku."





Aida: Dari mana dia tahu kalau Kirana dirawat di kamar itu?
Pak Tejo memberitahu Aida dia yang telah memberitahu Riana.
Pak Tejo: Aku juga tak tahu yang dia mahu ke sini.
Aida, Sita, Tejo dan Surti risau tidak tahu apa yang mereka harus lakukan untuk mencegah Riana daripada bertemu dengan Kirana. Sita bimbang Riana akan tahu siapa Randy dan seterusnya Riana akan tahu rancangan Kirana dan Galang.




Bersambung pada 18 Oktober 2010,. Isnin dalam Episode 48


Sambungan kisah Cinta Kirana Episode 47

Sambungan kisah Cinta Kirana Episode 47 Part 1

Sambungan kisah Cinta Kirana Episode 47 Part 2


Sambungan kisah Cinta Kirana Episode 47 Part 3

Sambungan kisah Cinta Kirana Episode 47 Part 4

Sambungan kisah Cinta Kirana Episode 47 Part 5


sumber: (Terima kasih dan kredit diberikan kepada
http://www.mdentertainment.net/
Astro Ria 104
http://www.indosiar.com/
http://id.wikipedia.org/
sebuahkisah Channel
dan semua pihak atas sumber maklumat dan gambar)

Tidak ada komentar:

Posting Komentar