Minggu, 10 Maret 2013
Sinopsis Episode 63 (11 Mac 2013) - Sinetron Aliya menemui penonton di Slot Sinetron TV3 pada 21 November 2012 jam 2.00 petang setiap Isnin - Khamis
Pemain Sinetron Aliya
Dea Annisa sebagai Aliya
Irwansyah sebagai Gilang/Galang
Billy Davidson sebagai Faris
Afifa Syahira sebagai Marina
Gege Elisa sebagai Gisha
Marchia Caroline sebagai Bu Mutia
Primus Yustisio sebagai Pak Hendry
Shandy Isabella sebagai Dita
Jihan Fahira sebagai Shinta
Restu Sinaga sebagai Wisnu
Gunawan sebagai Anjar
Natasha Dewanti sebagai Winda
Marini Burhan sebagai Laila
Lagu Tema: Menyambut Janji
Penyanyi: Letto
Cerita & Skenario: Ina Rosamaya
Sutradara: Maruli Ara & Doddy Djanas
Produser: Titin Suryani
Produksi: Verona Pictures © 2011
Tayang: Mulai 21 November 2012
Jadwal Tayang: Setiap hari Isnin - Khamis di Slot Sinetron TV3
Sinopsis Global
ALIYA adalah sosok gadis baik dan jujur yang lahir dari pernikahan Anjar dan Shinta. Sayang, kisah hidup Aliya tidaklah semanis wajahnya. Berbagai konflik selalu menghiasi perjalanan hidup Aliya, termasuk masalah keluarga dan cerita kisah cintanya yang tragis.
Gadis malang itu harus merasakan kehidupan dalam penjara, karena dituduh membunuh Gilang, kekasihnya. Aliya menganggap lika liku kehidupan itu adalah sebuah pengorbanan untuk ibundanya. Di sisi lain, karena Gilang telah tiada, Aliya menganggap tidak ada lagi laki-laki lain yang dia cintai.
Bagaimana kisah selanjutnya? Apakah Aliya akhirnya mengetahui bahwa Shinta adalah ibu kandungnya? Mungkinkah Shinta akan kembali bersatu dengan Anjar? Lantas, kepada siapa Aliya akan melabuhkan cintanya? Fariz yang benar-benar mencintainya atau Galang yang mirip Gilang mantan kekasih Aliya?
Sinopsis ringkas Aliya Episode 63
Wisnu dan anak buah Marina sedang berlawan. Mereka terus bertumbuk. Marina, Shinta dan Sandra cemas melihatnya. Wisnu dipukul dengan teruk. Kemudian Marina dan anak buahnya terus beredar dari situ dengan segera.Shinta mengambil gambar nombor plat kereta Marina. Sandra memarahi Shinta yang sedang mengambil foto. Disuruh Sandra menolong Wisnu. Shinta cuba menjelaskan pada Sandra bahawa dia sedang mengambil foto nombor plat Marina agar mereka tidak kehilangan jejak nanti. Setelah itu mereka menyusul mengejar kereta Marina.
Dalam perjalanan mencari Galang, tiba-tiba Gisha ternampak Galang dan dia memberitahu Ruben tentang hal itu. Suara hati Ruben tertanya-tanya kenapa Galang harus ditemui dan kenapa pula dia harus menolong Galang. Ruben tanya Gisha apakah dia yakin itu Galang. Gisha pasti orang yang dilihatnya tadi itu memang Galang. Gisha suruh Ruben berhentikan keretanya namun Ruben tanya bagaimana kalau itu bukannya Galang. Gisha menarik brek kereta Ruben dan dia mahu turun dari kereta tersebut. Ruben suruh Gisha tunggu terlebih dahulu. Dalam hati Ruben dia anggap Gisha amat keras kepala. Ruben tawarkan dirinya saja yang turun sementara Gisha tunggu dalam kereta kerana dia perempuan. Gisha minta Ruben berhati-hati sewaktu berdepan dengan mereka.
Ruben turun sambil memikirkan bagaimana caranya agar Gisha tak curiga kalau dia tak tolong Galang kerana Ruben tidak mahu Dita kembali bersama Galang lagi. Kata Gisha sendirian mudah-mudahan Galang dapat diselamatkan.
Ruben menuju ke arah mereka dan tanya pada kedua orang suruhan Marina bahawa dia tahu mereka menculik Galang. Mereka tanya Ruben apa yang dia mahu. Jawab Ruben dia senang mereka membawa Galang dan kalau boleh jangan dikembalikan. Salah seorang daripada mereka tanya kenapa Ruben mahu ikut campur dalam urusan mereka. Ruben sarankan pada mereka untuk memukulnya supaya orang dalam kereta itu percayakan Ruben.
Gisha cemas melihat Ruben dipukul mereka. Marina dan supirnya sampai dan Galang dimasukkan dalam keretanya dengan segera. Gisha turun menolong Ruben dan tanya tentang keadaannya. Gsha suruh Ruben kejar mereka saja. Ruben memberitahu Gisha keretanya rosak. Gisha tidak percaya kerana sebelum itu keretanya tidak apa-apa. Gisha bimbang kerana mereka sudah ketinggalan jauh untuk mengejar mereka.Sementara tayar Wisnu pula pancit. Bagaimana mereka hendak mengejar kereta Marina dalam keadaan begitu. Terus mengikuti kisah Aliya.
Sinopsis ringkas Aliya penghujung Episode 63 sebelum menuju ke Episode 64
Mutia, Faris dan Aliya teruskan pencarian mencari Galang. Mereka cuba dapatkan pertolongan tetapi tiada kenderaan yang berhenti untuk mereka. Mutia risau memikirkan mereka harus bagaimana setelah tiada kenderaan yang mahu berhenti. Aliya meminta maaf pada Faris yang telah penat menolak kerusi rodanya. Namun menurut Faris dia masih kuat. Mobil Dita diikuti dengan mobil Ruben berhenti di depan mereka. Gisha hairan kenapa Faris, Mutia dan Aliya berada disitu. Shinta, Wisnu dan Dita juga turun dari mobil dan tanya kenapa mereka boleh berada di situ.
Aliya menjelaskan pada mereka bahawa mereka ingin mencari Galang tetapi mobil yang dinaiki mereka kecelakaan. Shinta tanya bagaimana khabarnya Aliya. Shinta tanya kebenaran Dita apakah mereka bertiga boleh mengikut keretanya dalam pencarian Galang. Dita mengizinkan tetapi menurutnya mobilnya tidak cukup untuk semuanya. Gisha sarankan mama dan papanya ikut kereta Ruben saja.
Babak seterusnya menceritakan tentang Dana yang berharap agar Faris tidak akan balik dan tidak boleh dihubungi. Jadi papanya akan semakin percaya kalau Faris telah menggelapkan duit itu. Hendri terkenang kembali tentang apa yang Dana beritahunya tentang Faris. Kata Dana Faris melakukan itu semua untuk mendapatkan kepercayaan papanya. Setelah mendapat kepercayaan papanya sifat aslinya ketahuan setelah itu. Sambung Dana lagi kalau papanya tidak percaya dia boleh tanya pada bahagian garaj. Kata Dana Faris telah bawa kabur mobil dan Rp.1 bilion. Hendri berasa sukar untuk mempercayai kata-kata Dana tetapi di sudut lain dia hairan kenapa Faris tidak menjawab telefonnya.
Di rumah, Anjar risau tentang keselamatan Mutia dan Aliya. Zaki yang sedang makan pada waktu itu suruh papanya tenang saja kerana mama dan Aliya akan telefon papanya. Namun kata Anjar dia tidak akan makan sebelum mama Zaki dan adiknya pulang.
Mutia menelefon Anjar.Anjar tanya di mana Mutia berada dan dia sedang menggunakan telefon siapa. Mutia menjelaskan pada Anjar bahawa dia sedang menggunakan telefon Anindita. Anjar tanya siapa Anindita tetapi menurut Mutia ceritanya panjang dan dia akan beritahunya nanti. Mutia memberitahu Anjar bahawa dia dan Aliya mahu ke daerah Parung.
Anjar: Parung? Kenapa kamu di sana di Parung?
Mutia: Ya, mas. Kita itu cari Galang karna Galang diculik sama Marina.
Anjar: Galang diculik sama Marina?
Mendengar papanya menyebut nama Marina, Zaki berasa cemas dan tanya kenapa dengan Marina.
Anjar: Parungnya daerah mana?
Kata Mutia dia akan menghantar sms pada Anjar nanti. Mutia minta Anjar tenang saja dan mengatakan mereka semua dalam keadaan baik-baik. Selain itu Sandra, Shinta dan Wisnu juga bersama mereka. Anjar suruh Mutia berhati-hati.
Tanpa berfikir panjang, Anjar juga ingin ke Parung. Anjar mahu Zaki tunggu di rumah. Tetapi kata Zaki dia pasti bisa merayu Marina. Zaki minta keizinan untuk mengikut Anjar ke Parung.
Marina berasa marah apabila tiba-tiba mobil mereka terhenti. Kata supir Marina minyak sudah kehabisan. Marina memarahi sikap kebodohan mereka. Tiba-tiba kedengaran bunyi dari luar. Marina dan supirnya turun. Kelihatan Galang sedang turun dari belakang cuba melepaskan diri. Galang memukul ketiga-tiga anak buah Marina.
Kata Galang pada Marina "kejahatan itu nggak akan pernah menang"
Marina: Aku nggak jahat, Galang. Aku cuma minta hak aku nikahin kamu.
Galang: Nggak jahat? Ya memang nggak jahat karna kamu gila.
Setelah itu Galang pergi meninggalkan Marina di situ. Marina memanggil-manggil nama Galang. Marina suruh anak-anak buahnya terus mengejar Galang. Galang cuba melarikan dirinya dengan sedaya upaya. Hpnya tercicir. Marina menjerit nama Galang dengan sekuat hati. Dengan perasaan geram, Marina tanya kenapa semuanya jadi berantakan begitu. Marina menyuruh mereka terus mencari lagi. Galang mengambil hpnya kembali.
Galang menelefon Wisnu. Wisnu tanya di mana Galang berada. Kata Galang dia sedang sembunyi kerana dia dikejar Marina. Wisnu tanya keberadaan Galang kerana dia ingin menyusul ke sana. Menurut Galang dia sedang berada di KM15. Galang tidak dapat meneruskan kata-katanya apabila dia ternampak Marina dan orang-orang suruhannya sudah berdekatan. Sandra tanya pada Wisnu apa yang dibilang Galang namun jawab Wisnu, hpnya mati.
Wisnu: Tapi dia bilang dia ada di KM15.
Itu bermakna Galang berada tidak jauh dari sana. Ruben bimbang Dita akan menemui Galang. Tidak lama selepas itu Wisnu, Shinta, Ruben dan Gisha tiba di KM15 dan mereka turun dari mobil. Shinta ternampak anak-anak buahnya Marina terbaring di situ tidak sedarkan diri. Bersambung...
Sinetron Aliya Episode 63 pada 11 Mac 2013
Sinetron Aliya Episode 63 Part 1
Sinetron Aliya Episode 63 Part 2
Sinetron Aliya Episode 63 Part 3
Sinetron Aliya Episode 63 Part 4-4
Terlebih dahulu saya ingin meminta maaf kerana terdapat banyak kesilapan dalam ejaan, struktur ayat dan tatabahasa sewaktu saya menulis sinopsis ini. Terima kasih kepada semua yang telah singgah di sini.
sumber: (Terima kasih dan kredit diberikan kepada
http://www.sctv.co.id
http://www.tv3.com.my/
http://id.wikipedia.org/
SenCy_TVkoe: http://www.lautanindonesia.com/
http://clorofilawards.wordpress.com
http://pangeran229.wordpress.com/
http://niazuramaria.blogspot.com/
lynnalynn01 Channel
dan semua pihak atas sumber maklumat dan gambar)
Tidak ada komentar:
Posting Komentar