Pemain Sinetron Aliya
- Dhea Anissa sebagai Aliya
- Afifa Syahira sebagai Marina
- Irwansyah sebagai Galang/Gilang
- Jihan Fahira sebagai Bu Shinta
- Restu Sinaga sebagai Pak Wisnu
- Natasha Dewanti
- Marchia Caroline sebagai Bu Mutia
- Primus Yustisio sebagai Pak Hendri
- Billy Davidson sebagai Faris
- Sean Hasyim sebagai Dana
- Shandy Ishabella sebagai Dita
- Gege Elisa sebagai Gisha
- Shenny Andrea sebagai Bu Sandra
- Gunawan sebagai Anjar
- Adipati Dolken sebagai Rueben
Lagu Tema: Menyambut Janji
Penyanyi: Letto
Cerita & Skenario: Ina Rosamaya
Sutradara: Maruli Ara & Doddy Djanas
Produser: Titin Suryani
Produksi: Verona Pictures © 2011
Periode Tayang: Mulai 12 Desember 2011
Jadwal Tayang: Setiap Hari pukul 19.00 WIB
Penghargaan:
Januari 2012 : Sinetron Paling Berkilau
Judul : Aliya
Episode : Global
Pemain : Dea Anissa, Irwansyah, Jihan Fahira, Gunawan, Restu Sinaga, Primus Yustisio, Billy Davidson, Afifa Syahira, Natasha Dewanti, Marini Burhan, Marchia Caroline, Epi Kusnandar, Ivanka Suwandi, Sean Hasyim, Gege Elisa
Tayang : Setiap Hari
Pkl. 19:30 - 21:oo WIB
Sinopsis Global
ALIYA adalah sosok gadis baik dan jujur yang lahir dari pernikahan Anjar dan Shinta. Sayang, kisah hidup Aliya tidaklah semanis wajahnya. Berbagai konflik selalu menghiasi perjalanan hidup Aliya, termasuk masalah keluarga dan cerita kisah cintanya yang tragis.
Gadis malang itu harus merasakan kehidupan dalam penjara, karena dituduh membunuh Gilang, kekasihnya. Aliya menganggap lika liku kehidupan itu adalah sebuah pengorbanan untuk ibundanya. Di sisi lain, karena Gilang telah tiada, Aliya menganggap tidak ada lagi laki-laki lain yang dia cintai.
Bagaimana kisah selanjutnya? Apakah Aliya akhirnya mengetahui bahwa Shinta adalah ibu kandungnya? Mungkinkah Shinta akan kembali bersatu dengan Anjar? Lantas, kepada siapa Aliya akan melabuhkan cintanya? Fariz yang benar-benar mencintainya atau Galang yang mirip Gilang mantan kekasih Aliya?
Temukan jawabannya hanya di saluran Satu untuk Semua. (Cn)
Sinetron Aliya mulai Episode 1 - Malay subtitle/sarikata Bahasa Malaysia
Sila klik di sini untuk mengikuti video klip sinetron Aliya mulai Episode 1 - 56 ( 21 November 2012 - 26 Februari 2013)
Sinopsis ringkas sambungan Aliya Episode 86
Hari ini kisah Aliya terus menceritakan tentang Marina mengasihani Dita yang masih mahu bersama Galang tetapi dengan bantuan Sandra. Marina suruh Dita menyerah saja. Kata Marina Sandra sekali pun nggak bisa menolongnya apa lagi sampai mahu menikah sama Galang. Apa yang dilakukan Dita sia-sia saja. Marina dengan sombong berjalan ke ruangannya semula. Dita mahu mendapatkan Galang setelah Marina disingkirkan.
Vano tanya siapa yang mahu menyakiti Shinta. Shinta tidak boleh melaporkan kepada polis memandangkan tanpa bukti. Vano memberitahu Shinta cara-cara untuk mencari bukti. Laila ke makam Shinta dan di situ, Laila ternampak seorang yang mirip Shinta. Begitu juga Shinta. Dia menangis melihat ibunya. Mereka berpelukan. Laila begitu senang melihat anaknya masih hidup. Laila suruh Shinta ikutnya pulang agar Wisnu mengetahui dia masih hidup lagi. Vano terkejut apabila Shinta mengikut Laila pergi.
Laila membawa Shinta ke ruanganWisnu. Wisnu kaget melihat Shinta masihb hidup. Sandra juga ikut kaget. Dalam hatinya dia bimbang orang itu adalah Shinta. Sandra hairan kenapa wanita yang mirip Shinta boleh berada di situ. Jangan-jangan dia adalah Shinta.Vano tiba dan tanya pada Wisnu ibunya salah apa. Vano mengaku Shinta adalah ibunya. Namun mengikut Laila Shinta adalah anaknya dan Wisnu adalah suaminya. Vano tetap berkata dia adalah Ibu Sundari, ibunya. Imbas kembali waktu Vano meminta Shinta pura-pura menjadi Ibu Sundari untuk mendapatkan bukti. Vano minta Shinta beritahu mereka bahawa dia adalah ibunya. Wisnu dan Lai menunggu jawapan daripada Shinta. Shinta terpaksa mengaku bahawa dia adalah Sundari dan Vano adalah anaknya, Vano.
Shinta pura-pura tanya Laila siapa Shinta. Laila minta Shinta jangan membohonginya kerana dia tahu Shinta adalah anaknya. Laila juga cuba yakinkan Wisnu bahawa wanita itu adalah Shinta. Namun Wisnu berkata dia bukan Shinta. Shinta kecewa Wisnu berkata demikian. Wisnu tidak mahu ungkit hal itu lagi kerana Shinta sudah meninggal dan wanita itu bukannya Shinta sekalipun dia masih hidup. Dalam hati Wisnu dia berkata tiada siapa yang dapat menggantikan Shinta. Suara hati Shinta berkata apakah Wisnu tidak mahu dia hidup. Shinta dan Vano keluar dari ruangan Wisnu.
Sandra marah-marah pada Laila apakah dia sudah puas tentang hal tadi. Sandra tidak mahu Laila membawa Shinta palsu di depan Wisnu lagi. Jawap Laila itu menunjukkan Wisnu amat mencintai isterinya, Shinta dan tiada sesiapa yang dapat menggantikan Shinta.
Shinta terkenang kata-kata Wisnu dan dia memberitahu Vano bahawa Wisnu tidak ingin dia hidup lagi dan dia berharap dia sudah mati. Shinta meminta maaf kerana terpaksa membohongi ibunya yang sudah kembali demi keselamatan dirinya. Shinta tidak tahu kenapa ibunya kembali apabila semua orang memikirkan dia sudah meninggal. Vano minta maaf pada Shinta kerana telah lancang tetapi Shinta berkata Vano tidak bersalah.
Laila mahu Gisha menunjukkan tanda lahir di bahunya. Laila penasaran dan mahu melihatnya. Gisha gagap dan berkata tanda itu sudah hilang. Laila hairan bagaimana tanda itu boleh hilang. Kata Gisha dia sudah laser kerana dulu dia pernah mahu jadi model dan terpaksa buangkan tanda lahir itu. Dalam hati Gisha dia tidak mahu sampai eyangnya tahu dia bukan anak kandung Shinta. Gisha harus berjaga-jaga agar eyang tidak pergi lagi.
Hidup Galang berdarah. Dita risaukan tentang keadaan Galang tetapi Galang enggan. Wisnu juga mahu Galang pergi ke rumah sakit untuk diperiksa tetapi Galang kata dia cuma keletihan. Galang terpaksa menuruti kata-kata mereka apabila Wisnu mendesak. Darah Galang diambil untuk dites di lab.
Aliya terserempak dengan Galang di rumah sakit. Galang tanya apakah urusannya dengan Aliya sama ada dia sakit atau tidak. Jawab Dita Galang sihat-sihat saja lagipun dia yang menghantar Galang ke rumah sakit. Mutia memberi amaran pada Galang jangan mendekati Aliya lagi. Dita minta Galang pulang bersamanya saja kerana kata doktor dia harus rehat. Mutia tidak mahu Aliya memikirkan Galang lagi dan Faris benar-benar tulus mencintai Aliya.
Gisha ternampak Anjar ke makam Shinta. Gisha dengan nada suara yang tinggi tanya apa yang Anjar buat di situ. Kata Anjar dia cuma doakan untuk ibunya. Anjar suruh Gisha jaga mulutnya. Gisha terjatuh dan dia ternampak gambar Atikah di dompet Gisha. Gisha mahu ambil kembali dompetnya tetapi Anjar tanya siapa Atikah. Gisha terpaksa mengaku Atikah adalah ibunya. Gisha tanya apakah Anjar lupa bahawa ibunya sudah meninggal. Anjar kaget mengetahui Gisha sebenarnya anak Suster Atikah. Anjar sedih tidak dapat informasi tentang masa lalu Aliya, siapa ibu kandung Aliya. aliya memeluk Anjar.
Aliya menangis, suara hatinya memberitahu papanya dia tidak usah mencari siapa ibu kandungnya lagi kerana dia sudah mengetahui bahawa Ibu Shinta adalah mamanya dan papanya adalah papa kandungnya.Kata Anjar pada anaknya dia tahu Aliya sedih mendengarnya tetapi dia tidak akan menyerah. Walaupun Atikah sudah meninggal, Anjar akan terus mencari siapa ibu kandung Aliya. Aliya mengiyakankan kehendak papanya dan terus memeluknya.
Marina beritahu anaknya dia harus terus mendekati Galang dan menikahinya agar dia akan menjadi bayi yang kaya raya. Marina marah-marah pada Zaki dan tanya apakah dia mahu mencari kesempatan. Kata Zaki dia cuma ke situ untuk anak mereka. Namun Marina beritahu Zaki sampai bila pun mereka tidak akan menikah dan bayi itu adalah anaknya sendiri.
Faris mendapat pekerjaaan baru di sebuah hotel sebagai manager di house keeping. Faris merindui Aliya walaupun dua hari mereka tidak bertemu. Faris tidak tahu dia mendapat pekerjaan itu atan bantuan Hendri. Dana pergi menemui Marina lagi untuk meminta wang.
Dita memberitahu Sandra hidung Galang berdarah. Menurut doktor itu bukan salikt yang biasa. Galang menghidapi penyakit leukemia. Sandra dan Dita kesedihan. Kata Dita itu adalah penyakit yang amat berbahaya.dan orang yang menghidapi penyakit seperti itu cuma dapat bertahan selama satu tahun. Sandra takut akan kehilangan Galang. Namun sambung Dita ada satu ubat yang boleh menyembuhi Galang iaitu Sandra dan Wisnu harus mendapat seorang anak lagi. Tiba-tiba Dita ketawa. Tanya Sandra kenapa dia ketawa. Dita menjelaskan pada Sandra bahawa itu semua adalah sandiwara saja. Dita mendapat idea untuk menggunakan surat palsu itu boleh membantu Sandra untuk menikahi Wisnu. Sandra setuju untuk meneruskan sandiwara itu untuk mendapatkan kepercayaan Wisnu.
Wisnu membaca laporan kesihatan yang diberikan oleh Sandra sambil berkata tidak mungkin Galang menghidapi leukemia. Sandra pura-pura menangis dan berkata itu kenyataannya. Kata Sandra lagi pada mulanya dia juga tidak mempercayainya. Tetapi Galang memang menghidapi leukemia dan dia akan meninggal bila-bila masa saja. Sambung Sandra Galang bisa meninggal.
Sandra cadangkan pada Wisnu agar mereka harus segera menikah. Wisnu suruh Sandra jangan merepek. Kata Wisnu sejak bila pernikahan boleh sembuhkan leukemia. Sandra jelaskan pada Wisnu dia serius tentang hal itu dan mereka boleh segera punya anak kalau dengan menikah dan anak mereka akan membantu Galang. Plasenta bayi yang baru lahir boleh jadi penawar leukemia dan ini akan memberi Galang untuk sembuh. Mereka harus melakukannya demi Galang.
Bersambung dalam Episode 87 pada 21 April 2013.
Sinetron Aliya Episode 86 pada 18 April 2013
Sinetron Aliya Episode 86 Part 1
Sinetron Aliya Episode 86 Part 2
Sinetron Aliya Episode 86 Part 3-3
Sinetron Aliya Episode 87 pada 22 April 2013
Sinetron Aliya Episode 87 Part 1
Sinetron Aliya Episode 87 Part 2
Sinetron Aliya Episode 87 Part 3-3
sumber: (Terima kasih dan kredit diberikan kepada
http://www.sctv.co.id
http://www.tv3.com.my/
http://id.wikipedia.org/
SenCy_TVkoe: http://www.lautanindonesia.com/
http://clorofilawards.wordpress.com
http://pangeran229.wordpress.com/
http://niazuramaria.blogspot.com/
lynnalynn01 Channel
azmitabalkis13 Channel
dan semua pihak atas sumber maklumat dan gambar)
Tidak ada komentar:
Posting Komentar