Sinetron Cinta Kirana Setiap Hari Isnin - Jumaat pada jam 6.30 malam - 7.30 malam di Astro Ria
Sila klik di sini untuk mengikuti sinopsis sinetron Cinta Kirana Episode 1 - 50
Sila klik di sini untuk mengikuti sinopsis sinetron Cinta Kirana Episode 51 - 78
Sila klik di sini untuk mengikuti sinopsis sinetron Cinta Kirana Episode 91 - 93 (Episode Akhir)
Pelakon/Pemain
- Nia Ramadhani sebagai Kirana
- Randy Pangalila sebagai Galang
- Kiki Farrel sebagai Baim
- Tsania Marwa sebagai Riana
- Mama Dahlia sebagai surti
- Revand Narya sebagai Raka
- Poppy Bunga sebagai Nadira
- Yatti Surachman sebagai Sita
- Arthur Tobing sebagai Rama
- Erly Ashy sebagai Aida
- Emma Waroka sebagai Sandra
- Annie Anwar sebagai Linda
- Fandy Christian sebagai Choky
- Unang sebagai Tejo
- Indah Ayu Putri sebagai Joana - (sumber: http://id.wikipedia.org/)
Synopsis
It begins when Sita met her long separated ex-boyfriend, Rama. The two folks agreed to pass their love that used to fail, onto their grand children. Sita was happy and imagined a better life for Kirana, her granddaughter. So does Rama for his grandson, Galang. Kirana and Galang that used to quarrel ended up falling in love.
Disaster comes when Rama and Galang got into an accident. Rama passed away, while Galang’s body was never found. Kirana became the back-bone of the family. She then met Evandra, a publishing boss that hates women. Evandra changed because of Kirana and grew to like her; meanwhile, Kirana’s love is only for Galang. One day, Galang returned but as Mischa, Galang’s twin. He did this as he could not bear to leave Renata who helped him from the accident.
Galang was happy that Kirana took care of the family, but he was shattered as he couldn’t return his love to Kirana, Kirana was hurt, Galang was hurt even more.
Berawal dari perjumpaan kembali antara Sita dengan mantan kekasihnya, Rama, yang dulu terpisah, pasangan jompo ini sepakat menyambung tali jodoh mereka yang dulu gagal ke cucu masing-masing. Sita bahagia dan membayangkan kehidupan Kirana, cucunya, bakal membaik seperti harapannya. Begitu pula harapan Rama terhadap cucunya, Galang. Kirana dan Galang yang tadinya sering bertengkar, akhirnya saling jatuh cinta.
Musibah datang ketika Rama dan Galang mengalami kecelakaan. Rama meninggal dan mayat Galang tak ditemukan. Akhirnya Kirana menjadi tulang punggung keluarga. Ia kemudian bertemu Evandra, bos penerbitan yang benci perempuan. Karena Kirana, Evandra berubah dan mulai menyukai Kirana, namun cinta Kirana hanya untuk Galang. Suatu hari tiba-tiba Galang muncul lagi, tapi dia mengaku sebagai Mischa, adik kembar Galang. Dia sengaja melakukan hal itu karena tidak tega meninggalkan Renata yang telah menolongnya dari kecelakaan tempo hari.
Galang bahagia Kirana menjaga keluarganya, namun juga hancur karena mustahil mengembalikan cintanya untuk Kirana. Kirana terluka, Galang lebih terluka.
source: http://www.mdentertainment.net/
Sambungan kisah Cinta Kirana Episode 19 Part 1
Sambungan kisah Cinta Kirana Episode 19 Part 2
Sambungan kisah Cinta Kirana Episode 19 Part 3
Sambungan kisah Cinta Kirana Episode 19 Part 4
Sambungan kisah Cinta Kirana Episode 19 Part 5
Sambungan kisah Cinta Kirana Episode 19 Part 6
Sambungan sinopsis sinetron Cinta Kirana Episode 19 pada 6 September 2010 yang telah disiarkan di Astro Ria
Kisah Cinta Kirana Episode 19 bermula dengan menceritakan Benny menelefon Raka memberitahunya Linda meminta Benny menghentikan semua urusan yang ada hubungan dengan Raka.Raka minta Benny meneruskan tugasnya tetapi kata Benny Linda telah mengancamnya. Namun begitu Raka terus minta pertolongan Benny untuk melakukan semuanya tanpa pengetahuan Linda. Benny menurut saja.
Baim pergi ke rumah Hilman untuk melawat Kirana tetapi dilarang oleh Eva. Kata Eva Baim tiada sopan-santun langsung. (towards the shinystar)
Eva: Ini kan masih pagi. Bukan waktunya mengunjungi pacar.
Baim: Maaf bu, saya cuma...
Eva: Cuma apa? Di kampung kamu, kamu boleh mengunjungi pacar kamu itu kapan saja kamu mahu. Tapi di rumah ini maaf, peraturannya beda. Rumah ini rumah terhormat, yang tingggal di sini juga orang-orang berada. Jadi kamu, kamu orang kampung nggak boleh sering-sering datang ke sini. Mengerti kah sih? Jadi sekarang lebih baik kamu pergi. Pergi dari rumah ini. Kalau ramai orang kampung di rumah ini, udara jadi tak sihat. Dada saya sesak, pergi.
Baim: Baiklah kalau saya kurang sopan, saya minta maaf. (Baim meninggalkan rumah Hilman dengan hati kecewa kerana tidak dapat bertemu dengan Kirana. Opi nampak semua itu tetapi cuma dapat berdiam diri saja) - towards the shinystar
Sayang tadi kau nampak kan. Mommy dah cakap dengan kekasih Kirana itu. Kau dengar sendiri kan? Sekarang kau tak perlu risau tentang budak itu kerana budak itu pasti tinggalkan Kirana.
Baim: Jadi saya tak boleh sering jumpa Kirana. (Dengan kecewa Baim kata mungkin dia memang tidak boleh bertemu dengan Kirana). Lagipun kalau aku pergi, aku cuma akan menyusahkan dia.
Opi menolong Kirana membuat kerja rumah. Opi mop lantai dan Kirana lap cermin. Eva nampak dan dia tidak menyukainya lalu dia menegur anaknya kenapa dia menolong Kirana. Eva beritahu Opi dia bukan pembantu tetapi tuan rumah di rumah itu. Eva tanya Opi adakah dia diancam Kirana tetapi Opi menerangkan pada mommynya bahawa Kirana tidak mengancamnya malah dia telah ditolong Kirana waktu dia diserang samseng. Eva terkejut mendengar penjelasan daripada Opi. Oleh itu Opi akan menjadi teman Kirana mulai masa itu dan dia tidak mahu lagi berbuat jahat pada Kirana. Eva mengadu pada suaminya tentang hal itu. Hilman gembira melihat perubahan pada Opi dan dia setuju dengan cakap Opi. Eva terpaksa berdiam diri dan tak dapat berkata apa-apa lagi. (towards the shinystar)
Opi memberitahu Kirana bahawa Baim telah datang ke rumah mereka untuk bertemu dengan Kirana tetapi telah dihalau oleh mommynya. Opi meminta maaf pada Kirana kerana dia tidak dapat menghalang mommynya mommynya memarahi Baim.(towards the shinystar)
Kirana pergi menemui Baim di bengkel tetapi menurut Pak Tejo Baim sedang bercuti. Pak Tejo kata kebelakangan ini Baim suka termenung sehingga menyebabkan tangannya luka kerana tidak dapat tumpukan perhatian. Mungkin dia mempunyai masalah yang besar. Kirana risaukan keadaan Baim. Setelah Kirana meninggalkan bengkel, Pak Tejo berkata pada dirinya: Seandainya saya mempunyai kisah cinta seperti mereka, alangkah indahnya. Bila Surti mahu mengambil berat tentang aku?
Baim: Kirana, kenapa kau ke sini?
Kirana: (berlinangan air mata) Aku nak cakap dengan kau.
Baim: Nanti sajalah. Saya nak balik ke bengkel. Nanti Pak Tejo marah.
Kirana: Bukan kah kau dapat cuti daripada Pak Tejo? Baim, kenapa kau menghindarkan diri daripada aku. Adakah sebab kata-kataku pada kau? Baim, kenapa kita tak boleh macam dulu lagi. Dulu aku selalu cerita semua pada kau... cakap apa-apa saja. Aku sayang pada kau, Baim. Dan aku tak mahu kehilangan orang yang aku sayang lagi. Jadi, tolong jangan hukum aku begini lagi, Baim. Aku tak kuat.
Baim kemudian minta maaf pada Kirana telah melayan dia begitu. "Aku janji aku tak akan jadi macam ini lagi. Aku janji aku akan jadi Baim yang dulu. Aku juga berjanji tidak akan membiarkan kau nangis lagi." begitulah kata-kata Baim pada Kirana.
Kirana: Kalau kau tak nak saya nangis lagi tolong jangan hindari aku, Baim.
Kirana: Kau ni cengeng! Kau juga menangis.
Baim: Kau juga cengeng. Tak kan samseng menangis.
Kirana: Maafkan Ibu Eva ya, tentu kata-katanya tadi buat kau sakit.
Baim: Tak apa Kirana. Kalau wanita jahat macam dia tu aku tak takut, kau jangan risau.
Riana pergi menemui Eva dan mengadu tentang Kirana pada Eva. Setelah Kirana pulang, Eva menegur Kirana.
Eva: Kirana, beritahu lelaki kaya kau itu. Jangan buat kecoh lagi di rumah ini. Saya tak mahu ya, nanti ada polis atau pihak mahkamah datang ke sini. Mahu diletak mana muka saya?
Kirana: Jadi tadi Riana datang ke sini?
Eva: Ya, dia bercerita panjang lebar. Jadi beritahu lelaki kaya kau itu supaya tidak menganggu kedamaian yang ada di rumah ini. Mengerti?
Kirana menelefon Raka. Katanya pada Raka:
Kirana: Aku dah beritahu kau. Jangan ganggu kehidupan aku lagi. Kenapa kau tak nak dengar cakap aku?
Raka: Kirana?
Kirana: Apa pun yang kau buat, kau tak akan tebus kesalahan kau. Kau tak akan kembalikan semuanya yang telah kau ambil dari kehidupan aku. Jadi sekarang aku minta, tolong jangan ganggu kehidupan aku lagi. Mengerti?
Raka: Kirana?
Setelah itu Raka menelefon Pak Lukman.
Raka: Hello Pak Lukman, tolong tarik semula semua saman ke atas Riana sekarang juga. Bapak tak perlu tahu alasan saya. Ikut saja arahan saya.
Kirana mimpikan Galang tanya di mana cincin pertunangan mereka. Kirana terjaga dan terus mencari cincin itu tetapi dia tidak berjaya menemuinya. Kirana menangis kesediahn dan dia dengan sedih memberitahu Nenek Sita dan Nenek Aida cincinnya hilang sewaktu dia buka cincin itu dan simpan agar cincin itu tidak hilang. Tetapi sekarang dia lupa di mana dia letak cincin itu.
Kirana: Kalau saya tak mimpikan Galang, mungkin saya dah lupa tentang cincin itu. Aku jahat.
Nenek Aida: Kirana, dengar cakap nenek sayang. Cincin itu hilang maknanya kau kena teruskan hidup kau.
Kirana: Maksud nenek?
Aida: Kamu tak boleh ingat Galang.
Kirana: Tidak, saya tak boleh lupakan Galang. Aku tak mahu melupakan Galang.
Kirana: Saya amat menyayangi dia. Saya tak mahu melupakan dia. Aku meyayangi Galang.
Sita: Sudahlah, Kirana.
(Sita dan Aida turut sedih melihat keadaan Kirana)
Raka yang masih rasa bersalah dengan secara diam-diam dia pergi ke rumah Hilman dan melindungi Kirana dari jauh. Raka tertidur kerana keletihan.
Pada keesokan harinya, samseng-samseng yang pernah datang kembali lagi dan mengawasi rumah Pak Hilman. Apabila Kirana muncul dari rumah itu, mereka ingin membalas dendam dan cuba mengheret Kirana pergi tetapi mujur pada waktu itu Raka terjaga dan dia menolong Kirana memukul samseng-samseng itu.
Raka: Kirana, kau tak apa-apa?
Kirana: Kau ekori aku?
Raka: Aku tak maksud begitu. Aku cuma mahu...
Kirana: kau ni sakit,tahu tak?Aku dah cakap jangan ganggu hidup aku.
Raka kata pada Kirana dia boleh menghinanya tetapi dia minta Kirana beri dia peluang untuk tebus kesalahannya. Tetapi Kirana tidak menghiraukan Raka dan terus meninggalkannya di situ. Opi yang terdengar perbualan mereka menjelaskan pada Raka betapa jahatnya samseng-samseng itu pada dirinya dan Kirana. Opi juga kata:
Opi: Aku pernah pinjam duit dengan samseng-samseng itu. Sekarang mereka terus peras duit daripada aku. Kalau aku tak berikan, mereka akan kerjakan Opi.
Raka: Kau jangan risau. Beritahu saja siapa nama mereka dan di mana mereka tinggal. Aku akan pastikan mereka tak akan ganggu kau dan Kirana lagi.
Opi: Serius?
Raka:
Selepas itu Raka meminta Benny untuk melindungi Kirana daripada samseng-samseng itu.
Benny: Ya, Mas Raka.
Raka: Helo Pak Benny. Saya ingin bapak bereskan beberapa orang.
Benny: Mas nak mereka masukkan ke rumah sakit atau ke penjara?
Raka: Buat mereka serik saja supaya mereka tak ganggu Kirana lagi.
Benny: Beres mas, tenang saja, mas.
Raka pada Opi: Aku jamin mereka tak akan ganggu kau dan Kirana lagi.
Opi mengucapkan terima kasih pada Raka kerana telah menolongnya menyelesaikan hal ini.
Kirana yang masih belum puas hati tentang Raka yang telah ekorinya hingga sampai ke rumah Hilman lalu menelefon Baim tentang Raka tetapi Kirana tidak berjaya menghubungi Baim kerana telefon tidak aktif. Oleh itu Kirana sms Baim saja.
sms: "Baim, tolong aku. Raka mengekori aku".
Apabilah Raka sampai di rumah, Linda tanya Raka pulang dari mana.
Raka: Selamat pagi, mama.
Linda: Raka, jawab mama.
Raka: Ma, mulakan pagi dengan senyuman.
Linda: Kau dari mana? Kenapa kau masih pakai baju semalam? Kau jangan buat mama malu.
Raka: Ma, saya lapar ni. Mama sudah makan?
Linda: Kalau kau bukan anak tunggal mama....
Raka: Mama dah pasti dah buang Raka, betul kan? Tapi saya tetap sayang pada mama. Udah, sekarang mama teman saya makan ya.
Kirana bermain permainan "Hide and Sick" dengan Mimi dan adiknya.
Anuar: Kak Kirana yang cantik meyorok di sini, ya. Saya boleh ikut sembunyi di sini kan?
Kirana cuba melepaskan diri dan pergi dari situ tetapi dihalang oleh Anuar. Kirana bimbang sesuatu yang tidak diingini akan berlaku.
Anuar: Kamu cantik sekali, Kirana. Saya tak hairan kalau Galang yang kaya-raya itu melutut pada kau.
Kirana: Bapak mahu apa? Saya di sini bekerja, bapak. Saya nak jaga anak-anak bapak.
Anuar: Iya, saya juga disuruh sama istri saya untuk menjaga anak-anak. Tolong awak.
Jangan lupa untuk mengikuti Episode seterusnya bersama shinystar pada waktu yang sama, Episode 20. Apakah agaknya yang akan berlaku pada Kirana. Sempatkah Raka atau Baim menolong Kirana? Kisahnya bersambung pada 7 September 2010 di Astro Ria jam 6.30 petang - 7.30 petang. Cinta Kirana merupakan sinetron kesukaan shinystar.
- Episode 20
- Episode 19
- Episode 18
- Episode 17
- Episode 16
- Episode 15
- Episode 14
- Episode 13
- Episode 12
- Episode 11
- Episode 9
- Episode 10
- Episode 8
- Episode 7
- Episode 6
- Episode 5
- Episode 4
- Episode 3
- Episode 2
- Episode 1
sumber: (Terima kasih dan kredit diberikan kepada
http://www.mdentertainment.net/
Astro Ria 104
http://www.indosiar.com/
http://id.wikipedia.org/
sebuahkisah Channel
dan semua pihak atas sumber maklumat dan gambar)
Tidak ada komentar:
Posting Komentar