Sinetron Cinta Kirana Setiap Hari Isnin - Jumaat pada jam 6.30 malam - 7.30 malam di Astro Ria
Sila klik di sini untuk mengikuti sinopsis sinetron Cinta Kirana Episode 1 - 50
Sila klik di sini untuk mengikuti sinopsis sinetron Cinta Kirana Episode 51 - 78
Sila klik di sini untuk mengikuti sinopsis sinetron Cinta Kirana Episode 91 - 93 (Episode Akhir)
Pelakon/Pemain
- Nia Ramadhani sebagai Kirana
- Randy Pangalila sebagai Galang
- Kiki Farrel sebagai Baim
- Tsania Marwa sebagai Riana
- Mama Dahlia sebagai surti
- Revand Narya sebagai Raka
- Poppy Bunga sebagai Nadira
- Yatti Surachman sebagai Sita
- Arthur Tobing sebagai Rama
- Erly Ashy sebagai Aida
- Emma Waroka sebagai Sandra
- Annie Anwar sebagai Linda
- Fandy Christian sebagai Choky
- Unang sebagai Tejo
- Indah Ayu Putri sebagai Joana - (sumber: http://id.wikipedia.org/)
Synopsis
It begins when Sita met her long separated ex-boyfriend, Rama. The two folks agreed to pass their love that used to fail, onto their grand children. Sita was happy and imagined a better life for Kirana, her granddaughter. So does Rama for his grandson, Galang. Kirana and Galang that used to quarrel ended up falling in love.
Disaster comes when Rama and Galang got into an accident. Rama passed away, while Galang’s body was never found. Kirana became the back-bone of the family. She then met Evandra, a publishing boss that hates women. Evandra changed because of Kirana and grew to like her; meanwhile, Kirana’s love is only for Galang. One day, Galang returned but as Mischa, Galang’s twin. He did this as he could not bear to leave Renata who helped him from the accident.
Galang was happy that Kirana took care of the family, but he was shattered as he couldn’t return his love to Kirana, Kirana was hurt, Galang was hurt even more.
Berawal dari perjumpaan kembali antara Sita dengan mantan kekasihnya, Rama, yang dulu terpisah, pasangan jompo ini sepakat menyambung tali jodoh mereka yang dulu gagal ke cucu masing-masing. Sita bahagia dan membayangkan kehidupan Kirana, cucunya, bakal membaik seperti harapannya. Begitu pula harapan Rama terhadap cucunya, Galang. Kirana dan Galang yang tadinya sering bertengkar, akhirnya saling jatuh cinta.
Musibah datang ketika Rama dan Galang mengalami kecelakaan. Rama meninggal dan mayat Galang tak ditemukan. Akhirnya Kirana menjadi tulang punggung keluarga. Ia kemudian bertemu Evandra, bos penerbitan yang benci perempuan. Karena Kirana, Evandra berubah dan mulai menyukai Kirana, namun cinta Kirana hanya untuk Galang. Suatu hari tiba-tiba Galang muncul lagi, tapi dia mengaku sebagai Mischa, adik kembar Galang. Dia sengaja melakukan hal itu karena tidak tega meninggalkan Renata yang telah menolongnya dari kecelakaan tempo hari.
Galang bahagia Kirana menjaga keluarganya, namun juga hancur karena mustahil mengembalikan cintanya untuk Kirana. Kirana terluka, Galang lebih terluka.
source: http://www.mdentertainment.net/
Sambungan kisah Cinta Kirana Episode 25 Part 1
Sambungan kisah Cinta Kirana Episode 25 Part 2
Sambungan kisah Cinta Kirana Episode 25 Part 3
Sambungan kisah Cinta Kirana Episode 25 Part 4
Sambungan kisah Cinta Kirana Episode 25 Part 5
Sambungan sinopsis sinetron Cinta Kirana Episode 25
Episode 25 bermula dengan mengisahkan Opi yang tertarik dengan seorang gadis yang dijumpainya di pasar. Siapakah agaknya gadis yang diminati Opi?
Piyu: Kenapa kau termenung? kena rasukke? Kalau kau nak buat hal jangan di tengah jalan. Buat orang susah tahu tak?
Kirana: Galang...
Piyu: Kau cakap dengan siapa? Aku? Aku Piyu bukan Galang. (Meninggikan suaranya)
Kirana berasa terkejut dan berasa kecewa apabila lelaki yang disangkanya adalah Galang mengatakan dia adalah Piyu.
Piyu kemudian pergi dari situ bersama Fara. Kirana cuba mengejar kereta yang dipandu Piyu sambil memanggil nama "Galang" tetapi kereta itu terus berlalu meninggalkan Kirana.
Kirana memberitahu Opi bahawa dia bertemu dengan Galang dan katanya Galang masih hidup. Namun Opi tidak mempercayai Kirana. Opi cuba tenangkan Kirana dan memujuknya tetapi tidak berjaya. Opi menelefon Raka supaya menjemput Kirana yang masih dalam kesedihan tetapi pada waktu itu Raka sedang bermesyuarat dan tidak mendengar panggilan telefon daripada Opi. Opi akhirnya membawa Kirana ke bengkel untuk menemui Baim.
Raka mendapat beberapa miss call daripada Opi. Dia cuba menghubungi Opi semula. Tetapi panggilannya tidak dijawab. Raka tanya pada dirinya kenapa Opi menelefonnya. Dia tahu sekiranya tiada masalah Opi tidak akan menelefonnya. Raka risau. Raka tanya pada Benny apakah dia tahu di mana Kirana. Kata Benny dia tidak melihat Kirana sejak pagi tadi lagi. Raka minta pertolongan Benny untuk mencari Kirana dan Opi kerana dia keluar bersama Kirana. Raka juga menghubungi Nenek Sita dan tanya tentang Kirana.
Sita: Dia nak beli bahan-bahan jamu. Dia pergi dengan Opi tadi.
Raka: Kirana atau Opi tak telefon ke rumah?
Raka memberitahu Sita bahawa Opi telah cuba menghubunginya tadi.
Raka memberitahu Nenek Sita dia cuma cemas samada ada apa-apa yang terjadi pada Kirana tetapi Nenek Sita minta Raka usah khuatir dan mengatakan kemungkinan Opi menelefon Raka kerana hendak menanyakan sesuatu saja. (towards the shinystar)
Raka: Mudah-mudahan ya, nek.
Baim terdiam dan terdiam seketika apabila Kirana berkata bahawa dia ternampak Galang. Baim bingung terus dan serba salah apa yang harus dilakukannya dan dia mengajak Kirana berjalan-jalan untuk menenangkan Kirana. Pada mulanya Baim ingatkan Kirana cuma berimaginasi (berhalusinasi,) dan Kirana juga berfikiran yang sama. Tetapi setelah dia nampak Piyu pada kali keduanya dia pasti apa yang dilihatnya adalah benar. Orang itu memang Galang.
Raka: Opi, Kirana mana? Kenapa kau telefon aku tadi?
Opi: Tadi aku nak beritahu tentang Kirana, Raka.
Raka: Memangnya, Kirana tu kenapa?
Opi: Tadi Kirana kata dia nampak orang yang wajahnya mirip Galang. Tapi Opi tak percaya, Raka. Pasti dia salah lihat orang tu. Ataupun dia cuma perbesarkan hal itu saja.
Raka: Kirana benar, Opi. Aku juga pernah nampak orang yang mirip Galang.
Opi: Apa?? Bererti Galang masih hidup?
Raka: Dia bukan Galang. Namanya Piyu. Dia memang benar-benar mirip sama Galang. Wajar saja kalau Kirana menyangka dia itu benar-benar Galang. Opi, tolong kamu handle semuanya kerja Kirana hari ini. Aku harus keluar dengan Pak Benny.
Opi: Ya, Raka, beres... siap.
Raka dan Benny kemudiannya meninggalkan pejabat. Pada mulanya Raka tidak tahu apa yang harus dilakukannya, dia bingung tetapi asistennya, Pak Benny berpendapat bahawa Raka harus menceritakan semuanya pada Kirana. Raka membuat keputusan untuk menceritakan pada Kirana bahawa dia juga pernah ternampak orang yang mirip dengan Galang.
Raka: Saya harus gimana, Pak Benny? Apa saya harus menceritakan semua ini pada Kirana?
Benny, Mas Raka, kalau awak sayang Kirana, Mas Raka harus jujur. Mas Raka tentu tak mahu kan, kalau dia dianggap gila kerana melihat bayangan Galang? Ada kalanya kejujuran itu susah nak diucapkan, mas. Tapi itu jauh lebih baik. Cuba Mas Raka bayangkan seandainya Kirana tahu Mas Raka ketemu dengan orang itu dan Mas Raka diam saja. Pasti Kirana akan marah besar dengan Mas Raka.
Raka: Pak Benny benar. Saya memang harus cerita pada Kirana.
Raka dan Opi pergi ke rumah Kirana. Raka tanya pada Nenek Sita samada Kirana berada di rumah. Nenek Sita memberitahu Raka dia berada di kamarnya.
Raka: Kirana, Opi sudah ceritakan semuanya padaku.
Kirana: Jadi kau mahu apa? Mahu ketawakan aku? Atau kau mahu tambah jumlah orang yang bilang aku bohong kan?
Raka: Aku percaya pada kau, Kirana kerana aku juga pernah tengok orang yang sama.
Kirana: Kamu nampak Galang, Raka? (terkejut) Kenapa kau tak beritahu aku, Raka? Kenapa? Kenapa kau sembunyi semuanya dari aku?
Raka: Kirana kamu tenang dulu. Aku tak bermaksud untuk sembunyi semua ini dari kamu. Pada awalnya aku juga kaget melihat orang itu. Kemudian aku sedar orang itu bukan Galang. Dia hanyalah seseorang yang mirip sama Galang.
Kirana: Mirip dengan Galang??
Raka: Kalau kamu mahu, kita temui orang itu.
Tejo: Jamu... Jamu Kirana ni.. kebetulan badan lenguh-lenguh stamina badan meningkat. Harus minum jamu ini. Biar segar dan kuat seperti Gatot Kaca.Hmm.. good.
Tejo lalu minum jamu tersebut.
Tejo: Ma.. mama
Surti: Eh.. papa. Kenapa awak? Sakit pinggang?
Tejo: Papa ni sedang bergaya.
Surti: Gaya apa itu? Heh.. jangan macam-macamlah ingat umur.
Tejo: Ma, biarpun umur sudah lebih kita kan punya cara buat... buat..
Tiba-tiba perut Tejo terasa sakit. Kata Tejo... buat aduh... dia tidak sempat menghabiskan kata-katanya dan perutnya terasa pulas.
Surti: Buat aduh.. maksud kau apa?
Tejo: Kenapa perut saya memulas? Sebentar ma... papa mahu ke belakang dulu. Aduh.
Surti: Kenapa lagi si papa itu?
Surti tanya pada Tejo kenapa dia asyik pergi ke belakang. Adakah Tejo mahu buat pengesuaian kamar mandi?
Tejo: Bukan ma... perut saya asyik memulas. Agaknya saya mesti buat aduan pada Kirana. Gara-gara minum jamu Kirana saya jadi begini.
Surti: Kan jamu Kirana sudah habis.
Tejo: Apa? Dah habis? Jadi yang papa minum di dalam botol itu apa?
Surti menjelaskan pada Tejo bahawa yang diminum Tejo adalah sebenarnya ubat pencuci perut Surti. Surti faham kenapa Tejo asyik mundar-mundir ke belakang. Tejo tanya Surti kenapa tidak cakap dari tadi menyebabkan dia tersilap minum. Ingatkan jamu dari Kirana.
Opi memberitahu Nenek Aida bahawa dia telah menemui gadis idamannya.
Opi: Ceritanya pagi tadi. Saya ke pasar dan bertemu dengan gadis itu. Dia cantik sangat. Macam bidadari. Suaranya lembut. Anggun. Opi bingung nak menjelaskannya lagi, nek. Tak boleh luahkan dengan kata-kata.
Nenek Aida: Opi, nenek gembira tengok kau bersemangat mengejar gadis impian kau. Kau teruskan usaha, ya?
Opi: Itu dah pastilah nek. Opi akan buat semua cara untuk dapatkan gadis itu. Kalau perlu, nek saya akan ke pasar setiap hari. Siapa tahu nanti Opi akan bertemu dengan gadis itu. Walaupun Opi tak tahu siapa namanya.
Nenek Aida: Opi... Opi kamu ni bersemangat betul. Kau hebat. Nenek suka sangat tengok kau macam ini.
Opi minta kebenaran daripada Nenek Aida untuk tidur di rumahnya sebab dia malas nak pulang ke rumah, di rumahnya sendiri dia akan berjumpa dengan mommynya. Kata Opi akan pening apabila mendengar suara mommynya. Nenek Aida memberi kebenaran Opi untuk bermalam saja di rumahnya.
Jono: Piyu, aku boleh minta tolong tak? Kau kenal Pak Rasyid teman Pak Ade Handoko kan?
Piyu: Kalau tak salah, yang ada kebun di Sukabumi, kan?
Jono: Ya, betul. Dia minta baiki generator dia. Cuma masalahnya saya ada banyak kerja di sini. Saya mesti siapkan kereta Amat. Jadi aku nak minta kau gantikan aku di sana. Kalau kerja aku dah siap akan akan terus ke sana.
Piyu: Jono.. Jono jangan kan generator, pesawat pun aku boleh baiki.
Jono minta Piyu pergi ke sana pada hari itu juga kerana kerja pembaikian generator tersebut memerlukan selama tujuh hari lamanya. Jono berjanji pada Piyu dia akan terus ke sana juga setelah kerjanya siap nanti. Jono mencadangkan Fara mengikut Piyu ke sana.
Setelah Piyu dan Fara bersiap sedia untuk pergi ke Sukabumi, Jono berkata pada dirinya bahawa tiada sesiapapun yang boleh tahu siapa Piyu sebenarnya.
(Jono melihat Raka dan Kirana secara diam-diam)
Raka dan Kirana sampai di bengkel tetapi dia diberitahu oleh salah seorang daripada mekanik di sana bahawa Piyu sudah pergi sejak pagi tadi.
Kisah selanjutnya bersambung dalam Episode 26 pada 16 September 2010
sumber: (Terima kasih dan kredit diberikan kepada
http://www.mdentertainment.net/
Astro Ria 104
http://www.indosiar.com/
http://id.wikipedia.org/
sebuahkisah Channel
dan semua pihak atas sumber maklumat dan gambar)
Tidak ada komentar:
Posting Komentar