Senin, 20 September 2010

Episode 28 - Sinetron Cinta Kirana pada 20 September 2010 di Astro Ria setiap hari Isnin - Jumaat pada jam 6.30 petang


Sinetron Cinta Kirana Setiap Hari Isnin - Jumaat pada jam 6.30 malam - 7.30 malam di Astro Ria

Sila klik di sini untuk mengikuti sinopsis sinetron Cinta Kirana Episode 1 - 50

Sila klik di sini untuk mengikuti sinopsis sinetron Cinta Kirana Episode 51 - 78

Sila klik di sini untuk mengikuti sinopsis sinetron Cinta Kirana Episode 91 - 93 (Episode Akhir)

Pelakon/Pemain



Synopsis

It begins when Sita met her long separated ex-boyfriend, Rama. The two folks agreed to pass their love that used to fail, onto their grand children. Sita was happy and imagined a better life for Kirana, her granddaughter. So does Rama for his grandson, Galang. Kirana and Galang that used to quarrel ended up falling in love.

Disaster comes when Rama and Galang got into an accident. Rama passed away, while Galang’s body was never found. Kirana became the back-bone of the family. She then met Evandra, a publishing boss that hates women. Evandra changed because of Kirana and grew to like her; meanwhile, Kirana’s love is only for Galang. One day, Galang returned but as Mischa, Galang’s twin. He did this as he could not bear to leave Renata who helped him from the accident.

Galang was happy that Kirana took care of the family, but he was shattered as he couldn’t return his love to Kirana, Kirana was hurt, Galang was hurt even more.

Berawal dari perjumpaan kembali antara Sita dengan mantan kekasihnya, Rama, yang dulu terpisah, pasangan jompo ini sepakat menyambung tali jodoh mereka yang dulu gagal ke cucu masing-masing. Sita bahagia dan membayangkan kehidupan Kirana, cucunya, bakal membaik seperti harapannya. Begitu pula harapan Rama terhadap cucunya, Galang. Kirana dan Galang yang tadinya sering bertengkar, akhirnya saling jatuh cinta.

Musibah datang ketika Rama dan Galang mengalami kecelakaan. Rama meninggal dan mayat Galang tak ditemukan. Akhirnya Kirana menjadi tulang punggung keluarga. Ia kemudian bertemu Evandra, bos penerbitan yang benci perempuan. Karena Kirana, Evandra berubah dan mulai menyukai Kirana, namun cinta Kirana hanya untuk Galang. Suatu hari tiba-tiba Galang muncul lagi, tapi dia mengaku sebagai Mischa, adik kembar Galang. Dia sengaja melakukan hal itu karena tidak tega meninggalkan Renata yang telah menolongnya dari kecelakaan tempo hari.

Galang bahagia Kirana menjaga keluarganya, namun juga hancur karena mustahil mengembalikan cintanya untuk Kirana. Kirana terluka, Galang lebih terluka.
source: http://www.mdentertainment.net/


Sambungan kisah Cinta Kirana Episode 28 Part 1

Sambungan kisah Cinta Kirana Episode 28 Part 2

Sambungan kisah Cinta Kirana Episode 28 Part 3

Sambungan kisah Cinta Kirana Episode 28 Part 4

Sambungan sinopsis sinetron Cinta Kirana Episode 28


Sambungan sinopsis sinetron Cinta Kirana Episode 28

Kirana tidak tahu kenapa dia terus mencari Piyu pada waktu hampir tengah malam. Piyu terkejut melihat Kirana dan apabila Piyu tanya kenapa dia pergi ke situ Kirana bingung dan tidak tahu apa nak dikatakan. Secara spontan Kirana terus menjawab bahawa dia pergi menemui Piyu kerana ingin memintanya bekerja sebagai mekanik di syarikatnya. Piyu tidak sangka dia akan ditawarkan untuk bekerja di Jamu Rama dan minta Piyu mula bekerja pada keesokan pagi.


Kirana memberi alamat syarikatnya kepada Piyu.

Kirana menemui Piyu di tengah malam. Tentu saja Piyu kaget. Saat Piyu bertanya ada apa, Kirana bingung menjawab. Dalam kebingungannya, Kirana spontan menjawab bahwa dia menemui Piyu untuk mengajaknya bekerja sebagai mekanik di kantornya. Kirana meminta Piyu segera mulai bekerja keesokan paginya.




Setelah itu, Kirana terus beredar dari situ walaupun Piyu memanggil namanya. Pada waktu yang sama, Nenek Sita, Nenek Aida, Raka dan Baim panik mencari di mana Kirana berada. Raka berjaya menemukan Kirana yang sedang menangis dalam keretanya di pertengahan jalan. Raka bertanya kepada Kirana:

Raka: Kirana, Kirana kamu kenapa? Kau tak apa-apakan? Ya udah, kamu keluar kamu ikut mobil aku. Biar besok mobil ini orang kantor yang ambil ya?
Kirana pun mengikut Raka pulang bersama-samanya.

Nenek Sita dan Nenek Aida memberitahu Baim bahawa Kirana telah ditemui oleh Raka dan sekarang mereka dalam perjalanan pulang. Mendengar hal itu, Baim berasa lega tetapi disudut yang lain dia sedih kerana berasa dirinya selalu kalah dengan Raka. Raka selalu tahu di mana Kirana berada. Dalam perjalanan pulang Raka tanya pada Kirana adakah dia dari bengkel Piyu.

Kirana: Aku tak tahu, Raka. Tiba-tiba saja kereta aku berhenti dibengkel itu dan aku turun kerana aku fikir aku tak akan jumpa dia. Tapi Piyu ada di situ dan aku jumpa dia. Entah macam-mana tiba-tiba saja aku langsung ajak dia bekerja di syarikat kita. Aku sama sekali tak mengerti kenapa kata-kata itu terkeluar dari mulut aku. Aku tak mengerti, Raka... kenapa?

Raka dan Kirana tiba di rumah. Raka minta diri untuk pulang saja walaupun diajak oleh nenek Kirana untuk singgah sebentar. Neneknya Kirana kemudian minta Kirana untuk memberitahu mereka dahulu sekiranya dia ingin ke mana-mana. Kemudian, Kirana menjelaskan pada neneknya dia sendiri juga tidak mengerti kenapa dia pergi begitu saja secara tiba-tiba. Kedua orang nenek Kirana berasa terkejut mendapat tahu Kirana pergi ke rumah orang yang mirip Galang. Kata Kirana lagi, bahkan dia telah mengajak orang itu bekerja di syarikat mereka mulai keesokan hari. (towards the shinystar)


Aida dan Sita menegur Kirana dan berkata Kirana tidak seharusnya memutuskan keputusannya tanpa memberitahu kedua orang neneknya kerana memasukkan orang yang baru dikenali ke syarikat bukan hal remeh.

Kirana: Aku tahu, aku minta maaf.
Aida: Kamu sepatutnya bersikap lebih bijaksana. Sekarang kamu istirehat saja.
Nenek Sita dan Nenek Aida kecewa dengan sikap Kirana yang tidak fikir secara dalam dahulu sebelum membuat sesuatu.

Baim ingin menyerah kalah dan tidak mahu mengejar cintanya terhadap Kirana lagi tetapi Pak Tejo menasihatinya agar tidak cepat putus asa.

Baim: Saya menyerah untuk memiliki cinta Kirana.
Pak Tejo: Menyerah? Kau ikut kewajipan askar? Kalau penat, menyerah. Memangnya kenapa?
Baim: Dulu dia punya Galang. Sekarang udah ada Raka yang selalu melindungi dia, pak. Nampaknya saya tak cukup hebat untuk mendampingi dia.


Pak Tejo: Baim, Baim lihat saya. Apakah saya ini orang hebat? Apakah saya ini seorang superstar? Saya ini cuma laki-laki biasa yang cuma mengejar cinta seorang wanita. Tapi apa kenyataannya, hah? Seorang Surti sudah menjadi istri saya. Itulah kehebatan saya. Kamu pun begitu. Kamu mesti punya keyakinan penuh. Yang penting kau tak mudah menyerah. Suatu saat kamu akan mendapatkan cinta sejati kamu iaitu Cinta Kirana.
Baim: Tak tahu lah, pak.
Pak Tejo: Jangan tak tahu, tak tahu. Kau mesti ada keyakinan, Baim.

Piyu memberitahu khabar gembira bahawa dia ditawarkan menjadi mekanik di syarikat jamu besar. Pada mulanya Jono dan ibu Fara begitu gembira mendengar berita itu tetapi setelah Piyu menerangkan pada mereka bahawa syarikat itu kepunyaan Raka dan Kirana, mereka berasa risau.

Piyu kata lagi dengan bekerja di sana, mereka boleh mendapat duit tambahan untuk modal bengkel mereka dan pernikahannya dengan Fara. Jono keberatan untuk mengizinkan Piyu bekerja di Jamu Rama kerana menurutnya dia sudah berasa puas hati dengan apa yang dia ada sekarang dan dia juga berasa penat untuk berulang-alik ke bandar untuk hanya untuk mencari duit. Kata Jono lagi, dia cuma ingin hidup tenang walaupun sederhana. Piyu hairan kenapa sebelum itu Jono kelihatan gembira sangat tetapi kenapa pula dia berubah. Namun Fara bersetuju sekiranya Piyu bekerja di Syarikat Jamu kerana mereka perlukan wang yang banyak untuk pernikahan mereka. Kata Fara lagi, dia akan gembira sekiranya Piyu bekerja di kota kerana dia boleh ikut dan jalan-jalan di pusat membeli-belah. Fara meminta keizinan daripada kedua orang tuanya. Mak Deh terpaksa bersetuju. Begitu juga dengan Jono.

Jono pada Piyu: Begini sajalah. Ada baiknya kalau kau ajak Fara untuk temani kau di sana. Kau kan seorang diri?
Fara: Tapi apa saya nak buat di sana? Saya tak faham apa-apa tentant enjin.
Piyu: Kau tak perlu buat apa-apa. Kau temani aku saja. Kalau aku penat, kan kau boleh urut aku. Lagipun kalau aku siap kerja, aku boleh ajak kau jalan-jalan di sekitar Monumen Nasional. Bagaimana?
Fara: Aku mahu... aku mahu (dengan perasaan yang begitu gembira)



Raka tidak faham kenapa Kirana tidak pernah lepas dari bayang-bayang Galang. Di rumah, Kirana tanya pada kedua orang neneknya adakah mereka tidak dapat terima dengan keputusannya untuk mengambil Piyu bekerja di syarikat mereka. Kirana akan terima seandainya mereka masih marah. Setelah Kirana meminta diri untuk pergi bekerja Sita tanya pada Aida adakah mereka bersikap terlalu tegas terhadap Kirana.

Aida: Bagaimana juga kita harus membuat Kirana sedar. Menerima pekerja di syarikat kita cuma kerana wajahnya mirip Galang? Itu keputusan yang salah, Sita.
Sita: Kamu benar, Aida.


Kirana memanggil Raka apabila dia bertemu dengan Raka di tempat kerja tetapi Raka tidak menghiraukannya dan terus pergi begitu saja. Kirana terus memanggil nama Raka... tetapi Raka tiada reaksi daripada Raka.



Di pejabat, Kirana fikirkan apakah Raka juga marah dengan keputusannya untuk menggaji Piyu di syarikat mereka.

Raka membuat panggilan kepada Kirana dan memintanya:

Raka: Kirana tolong siapkan data penjualan bulan ini.
Kirana: Ya, ya, Raka. Aku hantar terus ruang kantor kau, ya.
Raka dengan suara yang tegas: Tidak perlu. Biar Nene mengambilnya di ruang kantor kamu. Terima kasih.
Kirana sedih apabila Raka bersikap berlainan terhadapnya. Kirana dapat fikirkan dia telah menghuru-harakan semuanya.


Kirana gembira mendapat tahu mengatakan Piyu sudah tiba. Kirana terus pergi menemui Piyu di lobi.


Piyu: Kirana, maaf maksud saya Ibu Kirana. Maaf bu, kalau ibu tak keberatan saya boleh kan hari ini saya bawa tungangan saya.
Kirana: Kamu? bawa tunangan kamu?
Fara: Oh ya aku ingat. Kamu itu cewek yang waktu itu mengejar Piyu kan?
Kirana: Er.. maaf. waktu itu saya salah orang. Saya fikir dia tu teman saya, Wajahnya mirip sangat.
Piyu: Jadi sekarang saya harus apa, bu? Tandatangan sesuatu atau gimana?
Raka yang berlalu di situ nampak mereka tetapi dia tidak berkata apa-apa.
Kirana: Tak perlu. Kamu boleh terus mula kerja sekarang.




Pada waktu itu Kirana terkenangkan waktu pertunangannya bersama Galang. Kenangan itu terhenti di situ apabila Piyu melepaskan tangannya daripada Kirana.



Piyu terus mula bekerja pada hari itu.


Baim menghantar lori syarikat Jamu Rama ke tempat Kirana. Baim terkejut melihat Piyu yang mirip dengan Galang.

Baim pada dirinya: Apakah dia yang dikatakan Kirana orang yang wajahnya mirip Galang? Kerjanya sama macam aku. Baiki enjin. Tapi Kirana tak pernah tawarkan aku bekerja sebagai mekanik di sini. Tapi dia...

Baim pergi ke pejabat Kirana dan memberinya kunci lori.

Baim: Ini, kunci kenderaan syarikat kau yang rosak semalam. Aku dah baiki.
Kirana: Terima kasih, ya.
Baim mahu terus beredar dari situ tetapi Kirana tanya padanya kenapa Baim tidak berbual dengan dia dahulu. Baim memberi alasan bahawa dia masih mempunyai banyak kerja lagipun tentu Kirana tidak memerlukannya di situ lagi. Sebab Kirana sudah ada mekanik peribadi di syarikatnya. Baim minta Kirana usah dijelaskan apa-apa lagi dengannya. Kirana sedih apabila Baim terus pergi dari situ.

Aida ingin melihat wajah lelaki yang dikatakan wajahnya mirip seperti Galang dengan matanya sendiri. Mirip sangatkah dia dengan Galang. Sita mengajak Aida pergi ke pejabat Kirana untuk mengetahuinya. Sita akan menemani Aida pergi ke sana.



Aida dan Sita nampak Piyu di bengkel dan mereka panasaran melihat wajah Piyu. Pada saat itulah mereka sedar betapa miripnya Piyu dan Galang. Aida lalu memanggil:

Aida: Galang... Galang... Galang cucu nenek. Kau masih hidup, sayang.
Aida memeluk Piyu, Sita cuba minta Aida tenang.


Piyu, Maaf, maaf nek, saya bukan cucu nenek.
Aida: Tapi kau itu Galang, cucu nenek.
Sita: Aida, dia itu memang bukan Galang.
Aida: kamu mirip sekali dengan cucu...
Sita: Tenang Aida.

Kemudian, Fara terkenang semula sewaktu Kirana pertama kali menemui Piyu dan juga telah memanggilnya Galang.

Piyu: Nek, saya Piyu bukan Galang dan saya bukan cucu nenek.



Sita terus minta Aida bertenang. Fara beredar dari situ. Fara tertanya-tanya kenapa nenek itu menyebut nama Piyu sebagai Galang seperti Kirana. Fara tanya pada dirinya:
Sebenarnya Galang tu siapa sih?



Fara lalu masuk ke ruang kantor Kirana tetapi pada waktu itu Kirana tidak ada di sana. Fara ternampak foto Galang dan dia menyangka Galang adalah Piyu.

Fara: Kenapa ada foto Piyu di sini? Jadi sebab ini dia ajak Piyu bekerja di sini. Dia bisa merebut Piyu daripada aku? (Fara terasa dirinya terancam) Kirana mahu merebut Piyu daripada aku.

Fara terus mengamuk dan melepaskan geram. Fara menyelerakkan semua barang dimeja ruang kantor Kirana. Kirana yang ketika itu bersama-sama dengan Opi diberitahu oleh Nene tentang hal itu.



Fara memegang foto Galang dan mengancam akan mencampak gambar foto itu.

Kirana: Fara, saya mohon jangan hancurkan foto itu.
Fara: Jangan dekat-dekat. Kamu mahu ambil Piyu dari aku kan?



Apakah yang akan berlaku selepas ini? Sambungan kisah Cinta Kirana bersambung dalam Episode 29. Terus mengikuti kisah yang semakin mencemaskan ini.


sumber: (Terima kasih dan kredit diberikan kepada
http://www.mdentertainment.net/
Astro Ria 104
http://www.indosiar.com/
http://id.wikipedia.org/
sebuahkisah Channel
dan semua pihak atas sumber maklumat dan gambar)

Tidak ada komentar:

Posting Komentar