Sinetron Cinta Kirana Setiap Hari Isnin - Jumaat pada jam 6.30 malam - 7.30 malam di Astro Ria
Sila klik di sini untuk mengikuti sinopsis sinetron Cinta Kirana Episode 1 - 50
Sila klik di sini untuk mengikuti sinopsis sinetron Cinta Kirana Episode 51 - 78
Sila klik di sini untuk mengikuti sinopsis sinetron Cinta Kirana Episode 91 - 93 (Episode Akhir)
Pelakon/Pemain
- Nia Ramadhani sebagai Kirana
- Randy Pangalila sebagai Galang
- Kiki Farrel sebagai Baim
- Tsania Marwa sebagai Riana
- Mama Dahlia sebagai surti
- Revand Narya sebagai Raka
- Poppy Bunga sebagai Nadira
- Yatti Surachman sebagai Sita
- Arthur Tobing sebagai Rama
- Erly Ashy sebagai Aida
- Emma Waroka sebagai Sandra
- Annie Anwar sebagai Linda
- Fandy Christian sebagai Choky
- Unang sebagai Tejo
- Indah Ayu Putri sebagai Joana - (sumber: http://id.wikipedia.org/)
Synopsis
It begins when Sita met her long separated ex-boyfriend, Rama. The two folks agreed to pass their love that used to fail, onto their grand children. Sita was happy and imagined a better life for Kirana, her granddaughter. So does Rama for his grandson, Galang. Kirana and Galang that used to quarrel ended up falling in love.
Disaster comes when Rama and Galang got into an accident. Rama passed away, while Galang’s body was never found. Kirana became the back-bone of the family. She then met Evandra, a publishing boss that hates women. Evandra changed because of Kirana and grew to like her; meanwhile, Kirana’s love is only for Galang. One day, Galang returned but as Mischa, Galang’s twin. He did this as he could not bear to leave Renata who helped him from the accident.
Galang was happy that Kirana took care of the family, but he was shattered as he couldn’t return his love to Kirana, Kirana was hurt, Galang was hurt even more.
Berawal dari perjumpaan kembali antara Sita dengan mantan kekasihnya, Rama, yang dulu terpisah, pasangan jompo ini sepakat menyambung tali jodoh mereka yang dulu gagal ke cucu masing-masing. Sita bahagia dan membayangkan kehidupan Kirana, cucunya, bakal membaik seperti harapannya. Begitu pula harapan Rama terhadap cucunya, Galang. Kirana dan Galang yang tadinya sering bertengkar, akhirnya saling jatuh cinta.
Musibah datang ketika Rama dan Galang mengalami kecelakaan. Rama meninggal dan mayat Galang tak ditemukan. Akhirnya Kirana menjadi tulang punggung keluarga. Ia kemudian bertemu Evandra, bos penerbitan yang benci perempuan. Karena Kirana, Evandra berubah dan mulai menyukai Kirana, namun cinta Kirana hanya untuk Galang. Suatu hari tiba-tiba Galang muncul lagi, tapi dia mengaku sebagai Mischa, adik kembar Galang. Dia sengaja melakukan hal itu karena tidak tega meninggalkan Renata yang telah menolongnya dari kecelakaan tempo hari.
Galang bahagia Kirana menjaga keluarganya, namun juga hancur karena mustahil mengembalikan cintanya untuk Kirana. Kirana terluka, Galang lebih terluka.
source: http://www.mdentertainment.net/
Sambungan kisah Cinta Kirana Episode 21 Part 1
Sambungan kisah Cinta Kirana Episode 21 Part 2
Sambungan kisah Cinta Kirana Episode 21 Part 3a
Sambungan kisah Cinta Kirana Episode 21 Part 3b
Sambungan sinopsis sinetron Cinta Kirana Episode 21 - 8 September 2010
Sambungan dari kisah Episode 20 semalam menceritakan Nasrun tertarik pada Aishah yang baru bekerja di situ. Bagaimana pula kisah hari ini?
Pak Tejo minta Baim yang lalu di situ melihat gelagat Aishah dan Nasrun yang asyik berbual saja dengan Aishah. tanpa berhenti. Kata Pak Tejo kalau begini terus bengkelnya akan jadi bankrupt. Baim kata sekali-sekala bukan kah tiada masalah tetapi Pak Tejo terus kata itu bukan cuma sekali tapi dari tadi lagi sehingga kereta belum habis dibaiki. Kalaulah begini, lama-kelamaan habislah bengkelnya.
Raka: Tak patutu mama cakap begitu pada Kirana. Mama dah menghina Kirana.
Linda: Dia tu dah bercakap kasar dengan mama. Kenapa kau bela dia? Mama rasa dia dah meracuni fikiran kau.
Raka: Kirana tak melakukan apa-apa mama.
Linda: Sekarang kau berani membantah mama. Dengar ya Raka. selagi kau tinggal di rumah ini dengan mama itu ertinya kamu harus hidup di bawah aturan mama.
Raka: Selama ini mama tak pernah izinkan saya hidup sendiri. Mama juga tak benarkan saya tinggal dengan papa.
Linda: Mama melakukan itu kerana kamu tidak bisa apa-apa. Kalau kamu tidak tinggal sama mama kamu bukan siapa-siapa.
Mendengar apa yang diluahkan oleh mamanya, Raka kecewa dengan sikap mamanya terhadapnya lalu:
Raka: Jadi mama rasa begitu?
Raka memberi kunci kereta dan dompetnya pada ibunya dan berkata:
Raka: Ini ma, aku akan pergi dari rumah ini. Aku tak akan kembali sehingga aku buktikan pada mama kalau aku boleh hidup dengan usaha aku sendiri.
Linda terkejut dengan keputusan anaknya. Raka meninggalkan rumah dan pergi menemui Choky.
Ibu Sofea, mama Rangga dan Mimi pergi menemui Nenek Sita dan Nenek Aida. Apabila Kirana tiba di rumah, dia diberitahu oleh Ibu Sofea bahawa dia tertarik dengan jamu yang mereka buat dan berminat untuk pasarkan jamu tersebut. Dengan itu dia pergi menemui mereka untuk memberi bantuan modal bagi memulakan perniagaan mereka.
Sita: Ya Kirana, kata Ibu Sofea jamu yang kita buat disukai oleh teman-temannya.
Aida: Terus, kata Ibu Sofea kita boleh pasarkan perniagaan jamu kita sendiri. (towards the shinystar)
Pada mulanya Kirana menolak pemberian wang modal untuk jamu dan membuka gerai, Ibu Sofea kata dia ikhlas dengan pemberiannya dan Kirana menerima wang itu dan berjanji akan memulangkan wang itu pada Ibu Sofea kalau perniagaan jamu mereka sukses. Hilman memberitahu Kirana bukan Raka yang melanggar Galang. Katanya dia baru kembali dari Balai Polis dan dia diberitahu mereka sudah menutup kes Galang kerana mereka mempunyai bukti baru yang menunjukkan Raka tidak bersalah. Minyak brek kereta Raka bocor sehingga menyebabkan brek tidak berfungsi dan menyebabkan berlakunya kemalangan. Jadi ia sama sekali tidak disengajakan dan bukan kecuaian tetapi kerosakan pada kereta Raka. Mereka baru menyedari bahawa Rama dan Galang meninggal bukan kerana kesalahan Raka. Selepas itu Kirana kata:
Jangan-jangan kemalangan itu berlaku kerana:
Kirana rasa bersalah kerana telah menyangka Raka yang menyebabkan kematian Atuk Rama dan Galang selama ini.
Raka menemui Choky dan dia mendapat tahu Choky dan Nadira sudah bernikah.
Raka: Bukankah orang tuanya Nadira tak setuju?
Choky: Kami nikah dengan wali hakim. Memang agak kecoh tapi ... syukurlah semuanya telah selesai. Kenapa kalian tak beritahu aku?
Choky: Majlisnya agak mendadak juga dan aku tak mahu menganggu kamu sebab aku tahu kamu sibuk. Aku rancang nak beritahu kau minggu depan. Sekali gus kami nak buat majlis. Betul tak sayang?
Nadira: Ya.
Raka: Selamat ya buat kalian berdua. Aku senang sekali dapat khabar ini.
Choky: Thank you my friend. Semua ini berkat kau juga.
Raka tersenyum. Sementara Nadira buat minuman untuk mereka, Choky berkata pada Raka:
Choky: Kau belum jawab soalan aku tadi. Kenapa kau muram macam ini? Masih fikirkan tentang ibu yang satu itu kah? Ibu Kirana?
Raka: Kali ini bukan Kirana , Choky ... mak aku. Gue kabur dari rumah.
Choky: What? Apa yang berlaku?
Raka: Aku bosan dengan sikap mak aku. Aku penat dengan semua perancangan dia yang tak pasti. Ya, udahlah kita tak perlu fikirkan tentang masalah itu. Sekarang kau nak tinggal di mana?
Aku tak tahu.
Nadira: Bagaimana kalau kau tinggal di sini saja? Daripada kau tak tahu harus ke mana. Betul tak Chok?
Raka: Memangnya aku tak menganggu kalian? Sekarang kan pengantin baru gitu?
Choky: Tak mungkinlah sahabat sendiri menganggu. Kau boleh tinggal di sini selama yang kau mahu.
Choky sedar Raka mula menyukai Kirana. Namun begitu Raka tidak mahu mengakuinya. Raka cuba untuk hidup berdikari dan mencari pekerjaan tetapi terus gagal.
Linda menganggap perubahan sikap pada diri Raka adalah berpunca dari Kirana lalu dia pergi menemui Kirana di kediaman Pak Hilman dan menuduh Kirana menyembunyikan Raka. Kirana terkejut mendapat tahu Raka telah meninggalkan rumah. Linda minta Kirana usah berpura-pura terkejut. Katanya:
Linda: Sebelum Raka mengenali kau, dia seorang anak yang baik. Tetapi awak telah menghancurkan semuanya.
Kirana: Saya tak pernah minta apa pun daripada Raka dan saya tak pernah mengatur dia. Lagipun Raka dah besar tak ada apa-apa yang perlu dibimbangkan tentang dia.
Linda: Awak tak perlu mengajar saya. Yang seharusnya dilakukan oleh anak saya adalah tidak membantu dan mengenal kamu. Yang dia dapat selepas membantu awak hanya malang yang bertimpa-timpa.
Kirana: Raka memang pernah tolong saya tapi saya tak pernah minta dia tolong saya.
Linda: Kamu benar-benar tidak mengenang budi. Setelah Raka buat semua ini untuk awak, awak sanggup cakap macam itu. Seharusnya Raka mendengar semua kata-kata kamu itu tadi. Bercakap dengan awak buat kepala saya lebih pening. (towards the shinystar)
Raka dan Kirana bertemu secara tidak sengaja dan mereka bercadang untuk menjalankan bisnes jualan jamu bersama. Kirana pulang membawa khabar gembira kepada Nenek Sita dan Nenek Aida:
Kirana: Aku bawa khabar gembira. Raka mempunyai idea untuk membantu perniagaan kita agar perniagaan kita lebih maju.
Aida: Syukurlah Raka.
Sita: Benar, Raka?
Raka: Ya.
Sita: Terus, racangan kamu apa?
Raka: Saya akan pinjam wang dari bank untuk modal mengembangkan perniagaan jamu ini.
Sita: Tapi, apa bisa?
Raka: Boleh. Saya kenal beberapa pelanggan di bank. Dan dengan beberapa orang rujukan saya yakin mereka tentu akan beri pinjaman wang buat kita. Kalau nenek berdua setuju, kita bisa berangkat hari ini juga.
Aida: Ayuh. Kita boleh tinggalkan ini saja. Kita pergi ke bank dulu.
Baim ternampak Kirana dan Raka bersama di rumah Pak Hilman.. Baim hairan kenapa Raka berada di sana. Rapat pula dengan Kirana. Baim berasa susah hati. Kata-kata Eva menambahkan kesihan Baim lagi.
Eva: Awak nampak Kirana pergi?
Baim: Ya, bu.
Eva: Lelaki yang pergi dengan dia itu ganteng banget ya? Udah ganteng kaya lagi. Pendidikannya juga lebih tinggi daripada kamu. Kalau saya jadi kamu lebih baik lupakan Kirana. Sedar tak kamu? Kamu itu cuma bagai batu kerikil buat KIrana. Kenapa coba. Cuba fikirkan kenapa? Memang berbeza kan? Awak bukan bandingan bagi batu permata yang dekat dengan dia.
Pihak bank memberi pinjaman untuk modal perniagaan Kirana dan Raka dan usaha jamu mereka mulai sukses. Kirana dan kedua orang neneknya juga telah berpindah dari rumah Pak Hilman. Kirana mengucapkan terima kasih kepada Hilman dan Eva yang telah memberi mereka tempat tinggal di rumah mereka selama ini. Opi juga menolong mereka dan setelah dua tahun berlalu mereka mempunyai kilang perniagaan jamu sendiri. Sita dan Aida tidak sangka dalam masa dua tahun saja perniagaan mereka sudah begitu sukses.
Sementara itu, Linda tidak puas hati dengan apa yang dilihatnya di surat khabar.
Linda: Kenapa gadis tak sedar diri itu selalu menjadi penghalang antara saya dan Raka. Malah dia pergunakan Raka untuk perniagaan jamunya.
Dian: Yang saya dengar, Kirana memang berusaha gigih untuk kembangkan untuk perniagaan jamunya itu, bu. Apa yang awak tahu? Sekarang ini memang dia boleh berjaya tapi saya yakin ia tak akan lama. Kirana itu gadis kampung yang tidak berpendidikan. Selama-lamanya dia akan jadi begitu. (towards the shinystar)
Kirana ingin mengajak Baim dan Ibu Surti tinggal bersama-sama mereka tetapi Ibu Surti tidak mahu katanya:
Kirana: Begini, mak cik. saya datang ke sini kerana saya ingin ajak mak cik dan Baim di rumah saya. Mak cik mahu kan?
Surti: Kirana, mak cik faham maksud kau. Bukan mak cik tak mahu pergi tapi sejak kecil lagi mak cik duduk di sini. Mak cik dah selesa di kampung ini. Mak cik tak nak pergi ke mana-mana. Mak cik harap kau faham dengan keputusan mak cik.
Kirana: Ya, saya faham mak cik.
Surti: Sekarang kau dah sukses mak cik bersyukur sangat. Dari sengsara kau dah bahagia. Kau dah senang. Mak cik doakan agar kau terus berjaya.
Kirana pergi menemui Baim di bengkel dan dia mendapat tahu Nasrun juga telah bernikah dengan Aishah dan Aishah kini juga telah mengandung.
Kirana begitu gembira bertemu dengan Baim dan dia berkata padanya dia amat merinduinya. Baim kata secara bergurau bahawa Kirana sudah sombong dan tidak menjenguknya lagi. Kirana minta maaf kerana dia sibuk dengan perniagaannya. Kirana juga memberitahu Baim bahawa dia telah mengajak Ibu Surti dan juga Baim untuk tinggal bersama-sama dia, Nenek Aida dan Nenek Sita sambil bantu dia dalam perniagaannya. Tetapi Baim juga menolak Kirana kerana dia tidak boleh meninggalkan bengkel, hidupnya adalah dibengkel membaiki kereta dan bukan di tempat Kirana. Baim harap Kirana faham tentang itu.
Kirana: Aishah dah berapa bulan? Dah lima bulan, Kirana.
Raka muncul pada waktu itu dan semua terpandang pada arahnya. Raka tanya pada Kirana:
Raka: Dah siap nak balik? Aku tunggu di dalam kereta, ya?
Kirana: Ya.
Aishah: Kirana, Raka baik sangat pada kau. Kenapa kau tak nikah saja dengan dia? Macam aku dengan Nasrun, ya kan?
Kirana: Aku balik dulu, ya.
Aishah: Ya, Kirana.
Suara hati Baim: Kau tak jawab pertanyaan Aishah, Kirana? Adakah sekarang kau dah boleh melupakan Galang dan menerima Raka?
sumber: (Terima kasih dan kredit diberikan kepada
http://www.mdentertainment.net/
Astro Ria 104
http://www.indosiar.com/
http://id.wikipedia.org/
sebuahkisah Channel
dan semua pihak atas sumber maklumat dan gambar)
Tidak ada komentar:
Posting Komentar