Jumat, 06 November 2009

EPISODE 25 - SINETRON SETINGGI BINTANG PADA 6 NOVEMBER 2009 DI ASTRO ARUNA PUKUL 6.00 PETANG - DIBINTANGI OLEH NIKITA WILLY & HAPPY JANSEN


Sinetron Setinggi Bintang mulai 5 Oktober 2009 di Astro Aruna pukul 6.00 petang dalam Episode 21 and 22

Sinopsis ringkas sinetron Setinggi Bintang:

Ketika cinta, hasrat, kehilangan dan kebahagiaan terangkai dalam satu kisah kehidupan yang dibalut dendam.


Dibintangi oleh:

Dhini Aminarti
Arifin Putra
Nikita Willy
Happy Jansen
Rana Audi Marissa
Syalwa

***********************************************************************
Yuda - bapa dimas
Shinta - ibu dimas
Jason - abang ipar dimas
Christy - kakak dimas

***********************************************************************

Pembukaan Tema sinetron Setinggi Bintang - Bersamamu: Putih

Lirik Lagu Bersamamu - Putih (Tema sinetron Setinggi Bintang)

Bersamamu
Aku merasakan seperti orang yang paling istimewa
Bersamamu
Aku seperti bintang-bintang yang selalu bersinar
Aku bahagia...
Aku bahagia...

Bersamamu
Aku merasakan kedamaian yang tiada terkira
Bersamamu
Aku seperti matahari yang selalu menyinari
Aku bahagia...
Aku bahagia...

**
Bagiku hanya kau yang terindah
Di antara bunga-bunga itu
Bagiku hanya kau yang terindah
Di antara bunga-bunga itu
Bagiku kaulah segalanya

Bersamamu
Aku bagai langit yang selalu menaungi hatimu
Bersamamu
Aku seperti pelangi yang menghiasi duniamu
Aku bahagia...
Aku bahagia...

Bersamamu
Aku merasa bahagia yang sesungguhnya
Bersamamu di sisa hidupku

ohh.. Di antara bunga-bunga itu
Bagiku hanya kau yang terindah
Di antara bunga-bunga itu
Bagiku kaulah segalanya..

Kau yang terindah
Kaulah segalanya...

**********************************************************************
Sinopsis sinetron Setinggi Bintang Episode 25

Apabila Alan memetik gitarnya mendendangkan lagu, Binar minta Alan berhentikan petikan itu kerana ini akan mengingatkannya kepada seorang yang bernama Andika yang disangka Binar sudah meninggal dunia. Shinta memberitahu Jason bahawa dia telah campurkan dengan ramuan racun ke dalam ubat dan ini akan membuat Yuda menjadi gila secara pelahan. Sekiranya Yuda gila, kata Shinta Jason yang akan menguruskan perusahaan ayah mertuanya dan dia tidak boleh melupakan jasa Shinta. Begitulah kata-kata Shinta pada Jason.

Hestia pindah keluar dari rumah ibubapa Alan. Di pejabat, suara hati Jason berkata Yuda boleh buat apa saja sekarang tetapi tidak lama lagi dia akan jadi tidak siuman. Binar berlatih menyanyi lagu yang dicipta oleh Alan. Kata Alan pitch controlnya semuanya berantakan. Binar kata sendirian semua itu adalah kerana suara Alan, petikan gitarnya dan cara dia membawa lagu tersebut mirip sangat dengan Andika. Binar juga kata dia tidak akan kuat lagi sekiranya ia berterusan.

Christy yang tidak mengetahui ubat yang diberikan adalah ubat racun terus memberinya kepada Yuda. Alan sedih melihat cara layanan Dimas terhadap Binar. Bagaimanakah Alan akan terus menghadapi semua ini melihat Binar yang dicintainya bersama Dimas? Tetapi Alan tidak mahu memisahkan mereka kerana sekiranya dia berbuat demikian itu adalah samanya dia menghancurkan hati Binar. Dimas minta apa yang sedang difikirkan oleh Alan tetapi Alan cuma tersenyum dan memberitahu Dimas dia cuma fikirkan lagu yang diciptanya untuk nyanyian Binar. Di rumah, Alan terus fikirkan tentang Binar, dia berkata pada dirinya bahawa dia benar-benar jahat sekiranya dia memisahkan Dimas dengn Binar. Binar pula tertanya-tanya kenapa suara Alan begitu mirip dengan Andika dan dia tidak boleh begitu berharap kerana Andika sudah meninggal.

Hestia pergi ke bilik Alan dan tanya khabarnya. Tetapi Alan halau Hestia keluar dari biliknya dan kata semua itu adalah disebabkannya. Hestia ikut ke mana Alan pergi. Alan tegur Hestia dan katanya dia tahu dia diikuti Hestia. Alan kata Hestia adalah seperti seorang stress yang tanpa tujuannya dan dia minta Hestia jangan pernah ganggunya lagi. Melly tanya Hestia kenapa dia telah berbohong bahawa Andika sudah meninggal. Melly berterima kasih pada Hestia dan kini Binar telah melupakan Andika dan sedang bersama Dimas yang telah begitu baik dengannya. Melly kata Andika juga sudah berjanji akan menyimpan rahsia itu. Hestia juga akan pastikan rahsia itu tetap tidak akan diketahui. Kisahnya bersambung...

***********************************************************************
Sambungan kisah sinetron Setinggi Bintang Episode 25


Sambungan kisah sinetron Setinggi Bintang Episode 25 Part 1


Sambungan kisah sinetron Setinggi Bintang Episode 25 Part 2


Sambungan kisah sinetron Setinggi Bintang Episode 25 Part 3


Sambungan kisah sinetron Setinggi Bintang Episode 25 Part 4


Sambungan kisah sinetron Setinggi Bintang Episode 25 Part 5

***********************************************************************

(Terima kasih dan kredit diberikan kepada Astro Aruna, Multivision Plus dan semua pihak atas sumber maklumat dan gambar)

Tidak ada komentar:

Posting Komentar