Senin, 23 November 2009
EPISODE 34 (Menara Nenek Sihir) - SAMBUNGAN KISAH SINETRON SI CANTIK DAN SI BURUK RUPA PADA 24 NOVEMBER 2009 PUKUL 2.00 PETANG DI TV3
***********************************************************************
Sambungan sinopsis sinetron Si Cantik dan Si Buruk Rupa Episode 34(Menara Nenek Sihir) pada 24 November 2009
Kendil dan Tia tiba di sebuah desa dan mereka ternampak sebuah menara tinggi yang tidak mempunyai sebarang pintu. Tiba-tiba muncul seorang nenek sihir dan memanggil nama Arimbi. Nenek sihir itu meminta Arimbi menghulurkan rambutnya agar dia dapat naik ke atas menara itu. Tia dan Kendil mendapat tahu terdapat seorang gadis yang tinggal di menara tersebut.
Tia meberitahu penduduk di desa itu bahawa mereka sama sekali tidak berniat buruk. Tia tanya salah seorang dari penduduk di situ adakah mereka tahu tentang menara yang terletak di tengah hutan itu. Penduduk di desa itu memberitahu Tia sekiranya mereka sayang kepada diri mereka, mereka diminta jagan mendekati menara itu kerana itu adalah menara seorang nenek sihir. Kata mereka lagi, nenek sihir itu sengaja membina menara itu supaya anak angkatnya, Arimbi tidak boleh melarikan diri. Dia sengaja tidak buat pintu supaya supaya penduduk yang tinggal di sekitar sana tidak dapat masuk ke dalam. Malang sungguh nasib Arimbi.
Apabila ibubapa Arimbi ingin pergi menjenguk anak mereka, mereka tidak dibenarkan pergi ke situ kerana khuatir nenek sihir akan menyakiti mereka lagi. Penduduk itu juga mengingatkan ayah Arimbi bahawa muka dia cacat seumur hidup dan sampai saat ini dia harus menggunakan tongkat disebabkan hal itu juga suatu ketika dulu. Ibu bapa Arimbi kata mereka bersedia untuk menanggung segala risikonya kerana mereka terlalu rindukan Arimbi. Kendil dan Tia yang lalu di tempat itu ternampak apa yang sedang berlaku.
Bagaimanakah Kendil dan Tia dapat menyelamatkan Arimbi dari kurungan nenek sihir itu. Bagaimanakah agaknya kesudahan kisah ini? Semuanya akan terjawab dalam Episode 34 (Menara Nenek Sihir) Si Cantik dan Si Buruk Rupa.
***********************************************************************
Video klip sinetron Si Cantik dan Si Buruk Rupa Episode 34 dengan kisah berjudul Menara Nenek Sihir
Sambungan kisah sinetron Si Cantik dan Si Buruk Rupa Episode 34 Part 1
Sambungan kisah sinetron Si Cantik dan Si Buruk Rupa Episode 34 Part 2
Sambungan kisah sinetron Si Cantik dan Si Buruk Rupa Episode 34 Part 3
Sambungan kisah sinetron Si Cantik dan Si Buruk Rupa Episode 34 Part 4
***********************************************************************
(Terima kasih dan kredit diberikan kepada TV3, http://sinemart.com, dan semua pihak atas sumber maklumat dan gambar)
Tidak ada komentar:
Posting Komentar