Separuh Aku Episode 43
Produser : Leo Sutanto
Cerita & Skenario : Hilman Hariwijaya
Desain Produksi : Heru Hendriyarto
Produksi : SinemArt (2012)
Lagu Tema : Separuh Aku
Penyanyi : Noah
Pencipta : David & Ihsan Nurrachman
Produksi : PT. Musica Studios's
Pemain Separuh Aku:
Asmirandah, Rezky Aditya, Miller Khan, Michella Putri, Kevin Andrean, Putri Anne, Ari Wibowo, Vira Yuniar, Adipura, Shueil, Malaki, Shelsi Valencia, Tengku Ryan, Tia Ivanka, Johan Jehan
Asmirandah sebagai Adara - (Anak Kandung Pak Sandy dan Bu Marni
Anak Tiri Sudiro)
Rezky Aditya sebagai Rama
Miller Khan sebagai Dennis
Michella Putri sebagai Maya
Kevin Andrean sebagai Reza - (Sahabat Andara)
Putri Anne sebagai Naning - (Pacar Reza)
Tia Ivanka - Bu Tia (Ibu Maya)
Ari Wibowo sebagai Pak Sandy - (Ayah Maya dan Andara)
Adipura sebagai Sudiro - (Ayah Adara)
Vira Yuniar sebagai Marni - (Ibu Adara)
Johan Jehan - Pak Eddy (Ayah Dennis)
Triningtyas - Bu Ida (Ibu Dennis)
Suhel Fahmi sebagai Andi - (Keponakan Rama)
Malaki sebagai - Adit (Keponakan Rama)
Shelsi Valencia sebagai Andien - (Keponakan Rama)
Sambungan sinopsis sinetron Separuh Aku pada 27 November 2012
Sambungan certia hari ini Adara dan Rama sedang berbincang tentang hubungan mereka. Adara tidak tahu apakah yang akan berlaku seterusnya tentang hubungan dia dan Rama. Masalahnya mereka nggak bisa terus-terusan begini karna Adara sama Dennis itu masih ada ikatan janji. Begitu juga Rama yang memikirkan hal yang sama. Rama nggak mahu Adara menyakiti hati Dennis karena walau bagaimanapun Dennis anak yang baik, polos serta lungu lagi. Buat sementara Rama dan Adara harus bersabar dulu tentang masalah percintaan mereka kerana tiada jalan lain lagi selain begitu. Yang penting sekarang Adara tahu yang Rama mencintai Adara.
Babak seterusnya menceritakan tentang Adara dan Dennis - Dennis sedang termenung. Kemudian secara tiba-tiba tanpa disedari Dennis Adara berjalan perlahan-lahan di belakangnya dan memberi suatu kejutan pada Dennis. Adara kecewa bukannya Dennis kaget malah kaki Adara dipijaknya pula. Dennis minta maaf pada Adara katanya dia sedang memikirkan bagaimana caranya rancangan dan management mereka harus matang. Sambung Adara tumben, Dennis itu pintar. Namun Dennis tidak tahu bagaimana rancanganmanagement seterusnya harus dilakukan. Adara dan Dennis ikut pusing memikirkan di mana untuk mendapatkan dana buat modal.
Dennis: Berapa modal yang kamu butuhkan?
Sebelum Adara menjawab pertanyaan Dennis, Pak Eddy dan Ibu Ida muncul. Pak Eddy menuduh Adara mahu mendapatkan modal daripada Dennis tetapi Dennis membela Adara mengatakan bukan begitu maksudnya Adara. Dia tidak meminta modal daripadanya.
Adara tidak mahu Pak Eddy salah sangka tentang niatnya. Kata Adara lagi dia itu tidak sekali meminta wang daripada Dennis. Apa yang Adara mahu adalah dia ingin cuba menolong Dennis agar usaha Dennis bertambah maju. Suara hati Adara berkata untung saja niat hati Dennis itu cuma budak saja tapi hatinya baik tidak nggak kaya bapaknya jahat begitu.
Kebetulan Pak Sandy ternampak Adara yang sedang jualan kueh. Adara tanya Pak Sandy apakah dia mahu mencobanya? Adara kaget Pak Sandy mahu semuanya. Ditanya Pak Sandy bisa nggak sekiranya dia mahu semuanya.
Sambil Adara mengambil semuanya untuk diberikan pada Pak Sandy, dalam hati Pak Sandy dia berfikir, alangkah beruntungnya Marni punya anak sebaik Adara. Kesemuanya ada 13 bungkus. Adara memberitahu Pak Sandy jumlahnya paling banyak juga 50 juta namun Pak Sandy memberi Adara 350 juta seikhlasnya. Adara hairan kenapa Pak Sandy memberinya wang sebanyak itu.
Adara begitu bersyukur menerima wang sebanyak itu.
Adara: Kenapa Pak Sandy begitu baik banget begini? Ini rezeki namanya.
Adara begitu terharu hingga berlinangan air mata.
Adara: Makasih ya pak. Kenapa Pak Sandy itu jadi baik banget sama aku beda banget sama Maya?
Sambungan Separuh Aku Part 2 mengisahkan tentang Adara menceritakan pada ibunya yang dia berasa amat bersyukur kerana tadi semuanya laku dangangannya. Marni turut bersyukur atas larisnya kueh yang dijual Adara. Katanya pada Adara mudah-mudahan laku terus jualannya. Apabila Adara beritahu ibunya Pak Sandy turut membeli kueh tersebut, wajah Marni bertukar. Adara menyimpan wang keuntungannya dia tidak mahu sampai diketahui abahnya. Sewaku menulis sinopsis ini sapphire masih belum sembuh dari batuk dah seminggu sakit tak sihat-sihat lagi namun sapphire akan terus cuba sambung update. Terima kasih semua yang terus ikuti sinopsis ini. Kembali semula sambungannya pada babak seterus di mana Dennis terdengar perbualan Sudiro di mana Sudiro mengatakan yang Adara tidak perlu mencari duit lagi apabila dia menikah sama Rama. Dennis tidak faham kenapa Sudiro berkata begitu: Nikah sama Rama? Ini bererti Om Sudiro udah nggak suka lagi sama aku?
Adara: Nikah sama Rama, bah?
Dennis kesedihan mendengar apa yang telah dikatakan Sudiro. Tanpa sengaja dia terlanggar ampaian baju hingga Dennis terjatuh dan menyebabkan Adara, Sudiro dan Marni sedar seperti ada sesuatu yang tidak kena di luar sana. Lalu mereka keluar untuk melihatnya. Adara kasihankan Dennis. Adara tahu sudah pasti Dennis sudah mendengar abahnya mengatakan tentang hasratnya mahu dia menikah sama Rama tadi. Adara menolong Dennis dan secara bergurau dia memberitahu Dennis yang difikirkannya kucing tad
Sudiro yang sudah tidak suka pada Dennis lagi tanya ada apa dia ke situ apakah dia bawa ole-ole. Adara minta ibunya tarik saja abahnya masuk ke dalam. Adara minta Dennis usah diambil hati apa yang dikatakan abahnya kerana sikapnya memang begitu. Adara cuba menghiburkan Dennis akhirnya Dennis mula bersuara dia telah berdiam diri sejak Adara keluar melihatnya tadi. Kata Dennis lagi Adara lucu.
Adara: Katanya aku lucu tapi kenapa nggak ketawa? Cuma bilang lucu.
Akhirnya Dennis ketawa juga. Adara terus membuat Dennis terhibur semula hingga Dennis jatuh ke lantai kerana terlalu banyak ketawa.
Warung burger dan kueh Dennis/Adara - Maya hairan kenapa ramai pelanggan yang datang ke situ dan tumben si Dennis itu rajin. Adara melihat Maya di situ lalu dia berjalan menuju ke arahnya. Maya akhirnya tahu yang perlanggannya ramai kerana sekarang ini Dennis bekerjasama dengan Adara. Alangkah senang hati Maya apabila dia tahu itu semua kerana dalam fikirannya dia menyangka yang dia boleh lebih dekat dengan Rama lagi memandangkan Adara sentiasa di samping Dennis.Apabila Adara mempelawa Maya mencoba kuehnya, Maya nggak mahu pula.Memang aneh sikap Maya. Adara fikir mungkinkah Maya sudah taubat sekarang.
Dennis mengikat kotak-kotak kueh itu begitu tinggi. Apabila Adara tanya bagaimana dia hendak menghantarnya, Maya pula yang sentiasa ingin mengenakan Adara berkata Adara perkasa dia dapat melakukannya. Dennis yang polos itu fikirkan Maya benar dia juga kata begitu tentang Adara. Menurut Adara bisa itu bisa tapi mesti extra hati-hati. Adara ingin mulakan perjalanannya setelah memakai topi keledar.
Mujur Rama sempat sampai pada waktu itu dan dia menghantar Adara. Maya geram rancangannya untuk mengenakan Adara gagal lagi.
Maya menelefon Rama dan dia geram diikuti dengan perasaan marah mendengar gurau senda Adara di telefon. Maya tanya mereka berada di mana. Jawab Rama di taman ada apa lagi. Rama menghantar Adara pulang. Rama beritahu Adara yang dia akan menolong Adara sekiranya dia tidak ada pekerjaan dan dia akan sentiasa support Adara bila-bila waktu. Sudiro muncul dan katanya mereka kelihatan begitu mesra hingga bulu romanya berdiri melihatnya.
Sudiro menganggap mereka pasangan yang cocok dan terus sarankan mereka menikah saja tunggu apa lagi. Sudiro pula kata Adara malu-malu kucing segala.
Sudiro: Kamu ini sudah tiga kali gagal menikah sama Dennis. Kamu tahu kenapa? Karna kamu nggak jodoh sama Dennis. Karna apa karna abah tahu jodoh kamu yang sebenarnya. Ingin tahu?
Sudiro menggunakan isyarat dengan menggunakan mulut menuju ke arah Rama.
Sudiro: Iya Rama. Rama itu jodoh kamu. Kalau kamu menikah dengan Rama kamu nggak mungkin gagal. Benar nggak Rama, benar nggak?
Apabila Rama mengatakan semuanya terserah pada Adara, Adara menegur Rama kenapa dia ikutan abahnya juga.
Menurut Sudiro sekiranya Adara menikahi Rama mereka semua akan pindah ke rumah Rama dan tidak perlu lagi Rama ulang alik menghantar Adara. Rama pamit pulang dulu karena hari sudah malam. Sudiro menghulurkan tangannya pada Rama. Rama memberi salam pada Sudiro kemudian kata Sudiro.
Sudiro: Aduh, alangkah senangnya hati abah kalau mendapat menantu kaya Rama, udah baik tampannya juga lumayan, kaya, pengusaha sukses dan pendengarannya juga normal.
Adara: Abah nggak boleh omong sebarangan. Kalau sampai Dennis dengar gimana kesian itu, abah.
Sudiro: Arrh.. Dennis lagi Dennis.. semuanya serba Dennis. Kamu mahu pernikahan kamu yang ke-4 ini gagal mahu kamu? Mahu? Nggak mahu kan? Udahlah. Jangan sama Dennis karan kalau gagal lagi muka abah ini mau taruh di mana? Mau taruh di mana? Malu tau tak. malu sama orang-orang. Sudiro terus memberitahu anaknya yang dia sudah nggak ada jodohnya sama Dennis. Adara sudah jemu mendengar omongan abahnya tentang Dennis. Dia tidak mahu abahnya bahas lagi tentang soal Dennis kerana Dennis seorang yang baik. Sudiro mulai berasa marah pada Adara kerana dulu bila dia mahu jodohkan Adara dengan Dennis dia malah pergi dengan Rama dan kini apabila dia sudah setuju yang Adara menikah dengan Rama malah dia enggan pula. Sudiro mahu tahu apa alasan dan apa yang Adara mahu lagi. Adara menganggap abahnya seorang yang bersikap materialistic lalu dia terus masuk ke dalam.
Sudiro mengadu pada Marni yang Adara itu susah untuk diajar. Sudiro suruh Marni mengajarnya tetapi Marni juga tidak mengendahkan Sudiro lalu meninggalkannya seorang diri di ruang tamu.
Rama duduk seorang diri memikirkan tentang bernikah sama Dara. Tetapi muncul Dennis dan memberi tahu yang Adara sudah dekat dengannya lagi dan katanya lagi pada Rama dia inginkan Rama untuk memberi sokongan moral padanya. Ramai pelanggan yang mengunjung di warung Rama sejak Adara bekerjasama dengannya. Bisnes mereka begitu baik hingga salah seorang daripada mereka sahaja yang boleh meninggalkan warung itu untuk buat hantaran kueh. Rama sentiasa mahu menolong Adara tetapi Dennis akan selalu cuba menghalang Rama daripada berbuat demikian dan menawarkan dirinya untuk menghantar hingga pada suatu ketika dia menghantar kueh ke alamat yang salah. Ini menyebabkan Adara terpaksa menghantar kueh baru lagi untuk ibu itu.
Maya memikirkan rancangan untuk mengenakan Adara lagi dan mahu menyebabkan dia bankrupt.Kemudian Maya mempunyai satu cadangan. Dia pura-pura menyamar sebagai salah seorang pelanggan dan menelefon Adara untuk menghantar kueh sebanyak 500 untuknya.
Apabila Adara dan Rama sampai di alamat tersebut ternyata mereka sudah di kerjakan oleh seseorang.
Namun Adara mempunyai suatu rancangan dan mereka jualan menggunakan cara yang unik. Jualan kueh mereka laris dan mereka berjaya menjual semua kueh tersebut. Tema Separuh Aku sekali lagi berkumandang di latar belakang dan di sini kita dapat melihat betapa mesranya sewaktu mereka berbual.
Hujan mulai turun dan mereka terpaksa beredar dari situ.
Di penghujung Episode menceritakan Adara mulai sakit lagi dan perlu isitrahat.. Dia tidak dapat pergi ke warung untuk menolong Dennis. Dennis ingin melawat Adara dan difikirkannya dia harus membawa apa sewaktu pergi menjenguk Adara nanti. Rama sarankan Dennis membawa alat pendengarnya saja itu yang penting. Pemiutang datang menemui Sudiro untuk memungut hutang lagi daripada Sudiro. Sudiro sembunyi.
Adara keluar bersama ibunya: Adara menjerit ke arah pemiutang tersebut tetapi pemiutang tersebut suruh Adara panggil Sudiro keluar. Marni cuba meredakan keadaan dengan menenangkan Adara apabila Adara menjawab mereka dengan nada suara yang tinggi. Sudiro keluar mengikut jendela tetapi kerana kecuaiannya dia terjatuh hingga menyebabkan bunyi jendela tertutup. Adara memanggil nama abahnya. Kedua orang pemiutang tersebut turut memandang ke belakang.
Tema Separuh Aku sekali lagi mulai kedengaran dan ini bermakna episode ini akan bersambung lagi dalam episode seterusnya pada 28 November 2012 waktu yang sama. Sekian daripada sapphireblu untuk kali ini. sapphire perlu istirahat lagi kerana masih belum sihat. Hingga ke Episode 44 nanti.
Kredit yang diberikan pada http://helloskyblu.blogspot.com/ sekiranya telah diambil sinopsisnya amat dihargai.
Terlebih dahulu saya ingin meminta maaf kerana terdapat banyak kesilapan dalam ejaan, struktur ayat dan tatabahasa sewaktu saya menulis sinopsis ini. Terima kasih kepada semua yang telah singgah di sini.
Layar Drama Indonesia: Separuh Aku Episode 43 pada 27 November 2012
Layar Drama Indonesia: Separuh Aku Episode 43 Part 1
Layar Drama Indonesia: Separuh Aku Episode 43 Part 2
Layar Drama Indonesia: Separuh Aku Episode 43 Part 3-3
sumber: (Terima kasih dan kredit diberikan kepada
http://www.sinemart.com/
http://www.rcti.tv/
http://id.wikipedia.org/
RCTIofficial Channel
MrSakti7799 Channel
crystle1987 Channel
emeraldL2009 Channel
lynnaandyou Channel
dan semua pihak atas sumber maklumat dan gambar)
Tidak ada komentar:
Posting Komentar