Sutradara : Agusti Tanjung
Produser : Leo Sutanto
Cerita & Skenario : Hilman Hariwijaya
Desain Produksi : Heru Hendriyarto
Produksi : SinemArt (2012)
Lagu Tema : Separuh Aku
Penyanyi : Noah
Pencipta : David & Ihsan Nurrachman
Produksi : PT. Musica Studios's
Pemain Separuh Aku:
Asmirandah, Rezky Aditya, Miller Khan, Michella Putri, Kevin Andrean, Putri Anne, Ari Wibowo, Vira Yuniar, Adipura, Shueil, Malaki, Shelsi Valencia, Tengku Ryan, Tia Ivanka, Johan Jehan
Asmirandah sebagai Adara - (Anak Kandung Pak Sandy dan Bu Marni
Anak Tiri Sudiro)
Rezky Aditya sebagai Rama
Miller Khan sebagai Dennis
Michella Putri sebagai Maya
Kevin Andrean sebagai Reza - (Sahabat Andara)
Putri Anne sebagai Naning - (Pacar Reza)
Tia Ivanka - Bu Tia (Ibu Maya)
Ari Wibowo sebagai Pak Sandy - (Ayah Maya dan Andara)
Adipura sebagai Sudiro - (Ayah Adara)
Vira Yuniar sebagai Marni - (Ibu Adara)
Johan Jehan - Pak Eddy (Ayah Dennis)
Triningtyas - Bu Ida (Ibu Dennis)
Suhel Fahmi sebagai Andi - (Keponakan Rama)
Malaki sebagai - Adit (Keponakan Rama)
Shelsi Valencia sebagai Andien - (Keponakan Rama)
Sambungan sinopsis Separuh Aku Episode 44 pada 28 November 2012
Adara dan ibunya mendengar bunyi bising di luar. Pemiutang datang menemui Sudiro untuk memungut hutang lagi daripada Sudiro. Sudiro minta wang daripada Adara tetapi kata Adara wangnya sudah diberikan semuanya pada Oki. Sudiro terpaksa kabur sahaja demi menyelamatkan dirinya.
Adara keluar bersama ibunya: Adara menjerit ke arah pemiutang tersebut tetapi pemiutang tersebut suruh Adara panggil Sudiro keluar. Marni cuba meredakan keadaan dengan menenangkan Adara apabila Adara menjawab mereka dengan nada suara yang tinggi. Sudiro keluar mengikut jendela tetapi kerana kecuaiannya dia terjatuh hingga menyebabkan bunyi jendela tertutup. Adara memanggil nama abahnya. Kedua orang pemiutang tersebut turut memandang ke belakang.
Kedua orang pemiutang itu terus mengejar Sudiro. Marni suruh Adara biarkan saja abahnya yang masih tidak serik-serik daripada masalah yang dihadapinya. Tiba-tiba Adara berasa kurang sihat lagi. Ibunya memapah Adara masuk ke dalam isitrahat.
Rama dan Dennis ternampak abahnya Dara. Mereka memanggil Sudiro dan tanya kenapa dia berada di situ. Sudiro tidak mahu diketahui. Pemiutang tersebut muncul dan tanya ke mana dia mahu lari lagi. Sudiro menafikan yang dia mahu larikan diri daripada mereka. Dia pura-pura sedang bersenam. Pemiutang itu suruh Sudiro jangan cuba nak pakai pengalihan. Mereka memberitahu Rama yang Sudiro telah berjanji dengan mereka untuk membayar hutangnya pada hari ini. Mereka mahu memukul Sudiro tetapi dihalang oleh Rama yang minta mereka jangan berkasar. Namun salah seorang daripada mereka memberitahu Rama yang dia tidak mempunyai sebarang urusan dengan Rama dia tidak mahu Rama masuk campur. Ditanyanya dia apakah hubungan Rama dengan Sudiro. Sudiro menjelaskan pada mereka yang dia itu adalah calon menantunya.
Dennis hairan kenapa pula Rama yang dikatakan calon menantunya sedangkan dari awal bukankah Sudiro yang suruh dia nikah sama Dara. Dennis cuba jelaskan yang dia adalah calon menantunya dan bukan Rama. Tetapi Sudiro enggan mengaku dan berkata sejak bila. Pemiutang tersebut tidak peduli apakah hubungan mereka yang penting Sudiro harus bayar semua hutangnya. Rama dan Dennis melunaskan hutang tersebut bagi pihak Sudiro. Pemiutang tersebut mengambil wang Rama dan Dennis sambil dia memberitahu Sudiro yang dia beruntung kerana mempunyai dua orang calon menantu yang baik.
Dennis menegur Sudiro tentang hutangnya itu dan ditanya pada Sudiro bagaimana kalau Adara mengetahuinya. Sambung Dennis lagi dia harus mandiri sepertinya dan bukannya hutang sini sana. Sudiro mengucapkan terima kasih pada Rama kerana telah menolongnya tadi tetapi dia enggan berterima kasih pada Dennis yang juga telah menolongnya. Dennis mahu Sudiro ganti kembali wang yang diberinya tadi tetapi Sudiro enggan.
Rama dan Dennis menjenguk Adara yang masih sakit. Mereka tanyakan keadaan Adara. Rama rasa agak bersalah kerana Adara sakit disebabkan hujan kemarin. Tiba-tiba Dennis mula menangis. Ingatkan kenapa, sebenarnya Dennis tidak tega melihat Adara sakit begini kalau boleh dia mahu mengambil alih tempatnya.
Adara memuji Rama yang pintar memicit kakinya.Dalam hati Adara dia berkata yang dia semakin menyukai Rama. Maya yang sentiasa berada di mana-mana nampak kaki Adara sedang dipicit oleh Rama, berasa geram dan suara hatinya berkata Adara memang pandai cari perahatian. Adara masuk dan pura-pura juga prihatin tentang keadaan Adara. Maya menawarkan dirinya untuk memicit Adara tetapi Adara enggan terima niatnya yang entah baik entah buruk itu. Adara juga tidak mahu Rama memicit kakinya kerana katanya kakinya sudah baik dan bisa berdiri.
Maya berasa sesuatu yang aneh tentang Adara katanya kemarin masih baik-baik sedangkan sekarang sakit. Pasti Adara pura-pura sakit untuk mendapatkan perhatian Rama.Untuk menyakitkan hati Maya, Adara berkata kemarin dia dan Rama main hujan-hujanan. Tanya Adara gimana ya, apakah mereka main kejar-kejaran begitu. Rama suruh Maya buatkan minuman untuk Adara saja kalau dia inginkan Adara cepat sembuh.
Dennis yang sedang mengambil air terlanggar Maya. Maya habis basah kuyup. Dengan perasaan marah, Maya terus keluar dari rumah Adara.
Sudiro terdengar perbualan beberapa lelaki yang berbincang tentang keuntungan yang diperolehi dalam menjual mobil. Sudiro minat untuk menjalankan bisnes seperti itu.
Babak seterusnya menceritakan Maya membawa makanan buat Rama. Rama tanya kenapa Maya begitu baik. Kata Maya dia tahu pasti tiada orang yang masak untuk Rama memandangkan Adara masih sakit. Maya duduk hendak makan bersama Rama tetapi Rama yang terpaksa buru-buru keluar hantar Adara pergi ke rumah sakit minta bantuan Maya menyediakan makanan untuk anak-anak yang masih belum makan.
Adara mengucapkan terima kasih pada Rama yang telah menghantarnya ke doktor. Jawab Rama, sama-sama, anytime kapan saja pasti dia akan siap. Adara tanya apakah Rama fikir dia itu tidak bisa Bahasa Inggeris. Adara hampir ditabrak oleh motor. Mujur Rama bertindak cepat dan dapat mengelakkan semua itu. Adara mengucapkan terima kasih pada Rama yang telah menyelamatkannya. Dennis ternampak mereka berduaan dan berasa cemburu. Jawab Rama. Any time, ertinya kapan saja. Disambung Rama, please... hati-hati...
Dennis memberitahu Maya dia tidak boleh mengambil mobil dari orang tuanya. Tetapi Dennis enggan kerana katanya nggak bisa kerana itu duit haram. Kata Dennis dia akan beli sendiri. Maya tanya Dennis dia fikir dia punya duit. Kata Dennis kalau begitu biar Rama yang hantar Adara. Maya memberi cadangan pada Dennis untuk membeli mobil daripada ayahnya dan bayar ansuran bulanan pada ayahnya.
Maya dan Dennis pergi menemui Pak Eddy. Mereka berbincang tentang pembelian mobil daripada Pak Eddy. Pak Eddy tanya siapa yang akan menjadi penjamin Dennis. Maya beritahu Pak Eddy dia orangnya.
Adara akhirnya sudah sembuh setelah ke doktor bersama Rama. Sudiro memberitahu Marni dan Adara dia sekarang sudah dapat pekerjaan menjadi pengusaha mobil. Adara tanya abahnya apakah dia sedang bermimpi lalu dia menyentuh dahi abahnya. Kata Sudiro lagi dia akan mulai bekerja pada hari itu juga kerana terdapat klien yang minta dia untuk jual mobilnya dan kata Sudiro dia pasti bisa menjual mobilnya. Adara minta abahnya jangan melakukannya kerana takut imbasnya akan terkena Dara nanti.
Marni mohon pada suaminya untuk berhati-hati kalau menjalankan bisnes. Jangan mudah dibohongi orang begitu dengan sebaliknya. Sudiro cuba yakinkan Marni dan Adara kali ini dia akan untung dan tidak akan membawa masalah. Sudiro minta mereka berdua doakan kejayaannya.
Sudiro tanya apa khabarnya Dennis. Sambungnya makin keren aja. Kata Dennis tumben memuji-muji. Ada apa... Sudiro beritahu Dennis, kayanya Dennis sudah kaya lagi sekarang. Menurut Sudiro setelah Dennis kaya lagi dia akan mendukungnya menikah sama Adara. Sambung Sudiro, kalau Dennis mahu mendekat sama Dara dia harus memberinya modal kewangan. Adara menyampuk perbualan abahnya dan tanya apakah dia mahu cari masalah lagi sama Dennis.
Sudiro mendapat tahu yang sebenarnya mobil Dennis adalah melalui pinjaman kredit sama papinya. Sudiro hilang mood hendak bercakap dengan Dennis dengan lebih lanjut lagi setelah dia mengetahui yang Dennis bukannya menjadi kaya semula lalu dia pergi meninggalkan Adara dan Dennis di situ.
Anak-anak mahu pergi jalan-jalan dengan Om Dennis dengan mobil barunya. Tetapi mobil tersebut tidak muat diisi dengan kueh-kueh buat hantaran. Dennis mahu selesaikan hantaran kueh tersebut dahulu. Namun anak-anak tidak puas hati dan mahu jalan-jalan dengan serta merta. Mereka tidak sabar mahu menunggu. Dennis yang sentiasa baik hati itu suruh anak-anak naik ke dalam.
Rama mengajak Adara naik mobilnya sahaja memandangkan mobil Dennis sudah tidak muat. Dalam perjalanan Adara terfikirkan hati Dennis yang benar-benar baik serta polos hingga Adara nggak bisa mahu menyakiti perasaan Dennis.
Adara memberitahu Rama tentang soal janji nikah itu. Adara sudah tanya pada Pak Ustaz yang janji itu memang harus ditetapi tapi bisa dibatalkan kalau kedua pihak itu ikhlas tapi kan iya kalau Dennis itu ikhlas. Adara dapat rasakan yang Dennis itu nggak bisa ikhlas. Rama nasihati Adara usah dipikirin hal itu kerana ia akan membuatnya pusing jadi lebih baik usah dipikirin.
Maya mundar-mandir menunggu Rama. Maya mengadu tentang banyak nyamuk lagi. Akhirnya anak-anak pulang bersama Dennis. Maya hampa apabila Rama tidak kelihatan. Andien memberitahu Maya yang om mereka sedang berdua-duaan dengan Kakak Dara. Mereka juga tidak tahu mereka pergi ke mana. Andien mengucapkan terima kasih pada Om Dennis kerana telah menghantar mereka. Mereka minta diri untuk masuk ke dalam kerana mahu tidur.
Maya menolak Dennis sambil tanyakan dia kenapa dia membiarkan Adara berduaan sama Rama. Dennis tidak mahu berbahas dengan Maya dengan lebih lama lagi terus masuk ke dalam menyusul anak-anak itu.
Rama menghantar Adara pulang. Sudiro melihat mereka berpegangan tangan. Sekali lagi Sudiro suruh mereka menikah saja daripada terus begitu, hubungan tanpa status begitu. Sudiro tidak mahu mendengar sebarang alasan daripada Adara lagi. Katanya sudah capek mendengarnya. Adara minta Rama jangan ambil hati tentang sangat tentang kata-kata abahnya itu.
Sepertimana yang Rama tahu, masalahnya cuma satu iaitu dia tidak tahu bagaimana caranya untuk bercakap dengan Dennis tentang hal itu. Rama minta Adara tenang saja dan terus berdoa.
Rama sampai di rumah dan dia melihat Dennis sedang menemani anak-anak tidur. Rama mengaku yang Dennis memang menyayangi anak-anak. Pantas saja Dara nggak tega terus terang sama Dennis sementara dia sendiri juga nggak tega melakukannya. Rama terus berdoa agar diberi jalan yang terbaik buat mereka bertiga.
Rama menemui Adara dan memberitahunya bahawa dia diangkat menjadi Ketua Panitia Raker Kerja Serikat Penerbit Indonesia. Kebetulan acara tersebut dijalankan di Indonesia. Acaranya akan dijalankan selama beberapa hari. Terus rencananya adalah Rama mahu melibatkan Adara di seksi konsumsi terus semua order makanan diatur oleh Adara dan dengan ini ada order buat Adara... belum habis mereka berbincang, Dennis muncul dan tanya apakah Rama mahu pesan makanan dari restoran mereka secara besar-besaran? Kata Dennis idea tersebut memang bagus. Maya muncul dan Dennis memberitahunya yang tadi Rama bilang yang dia dia terpilih jadi Rapat Kerja. Selama kegiatannya berlangsung dia mahu pesan makanan dari tempat mereka.
Maya juga mahu menyertai acara tersebut. Pada mulanya Rama enggan menerima Maya tetapi menurut Adara di sana Maya mungkin akan diajak bekerjasama sewaktu dia berada di situ. Adara menasihati Rama bahawa dia tidak boleh masalah peribadi tidak boleh dibawa campur dengan bisnes. Dalam hati Maya dia berpendapat yang Adara cuma mahu cari muka di depan Rama. Rama akhirnya terpaksa mengalah dan membenarkan Maya ikut campur acara tersebut. Walaupun Rama tidak sudi, tetapi Maya memberi pelukan pada Rama sambil mengucapkan terima kasih.
Pak Eddy dan Bu Ida pergi ke warung Dennis.Bu Ida memuji usaha Dennis yang semakin maju. Namun menurut Pak Eddy biasa saja. Dennis tanya papinya ke situ apakan mahu meminta wang ansuran mobilnya. Dennis minta jangan mintanya sekarang kerana dia masih belum punya duit. Pak Eddy berasa marah pada Dennis dan katanya pada Dennis kalau omong pakai otaknya. Pak Eddy tersinggung kerana Dennis memikirnya sebagai debt collector. Dennis minta maaf pada papinya tetapi Pak Eddy suruh isterinya pulang saja bersamanya. Kata Pak Eddy moodnya sudah hilang gara-gara begini. Walaupun Adara minta mereka duduk dahulu sementara dia buatkan minuman untuk mereka, Pak Eddy tetap mahu pergi.
Mereka terserempak dengan Sudiro. Sudiro memberitahu Pak Eddy yang kini dia sudah jadi pengusaha besar. Tetapi Pak Eddy tidak memandang tinggi pada Sudiro dan ditanyanya dia di mana Sudiro mendapat modal. Pak Eddy menuduh Sudiro kemungkinan berhutang untuk mendapatkan modal. Pak Eddy tidak mahu berbahas dengan lebih lanjut tentangnya lalu masuk ke dalam mobil dan mula beredar dari situ.
Mobil Sudiro tercalar disebabkan oleh Pak Eddy sewaktu memandu dengan laju di depan Sudiro. Sudiro sakit hati melihat mobilnya jadi begitu. Adara suruh abahnya pulang saja dan kata Adara lagi, kerana abahnya suka menunjuk-nunjuk akibatnya jadi begitu. Sudiro pulang dengan hati yang geram dengan perasaan marah-marah.
Acara dimulakan dan Rama selaku Ketua Panitia memberi kata sambutan. Setelah selesainya gilirannya memberi ucapan tesebut tiba giliran
Maya pula. Rama beredar dari tempat itu. Maya tidak tahu bagaimana hendak mulai kata-kata ucapannya. Dia melihat Rama pergi bersama Adara. Adara bergurau senda dengan Rama.
Beberapa saat sebelum tiba penghujung episode Rama menatap wajah Adara tetapi Adara menggunakan kedua belah tangannya untuk mengelak sambil tersenyum. Rama mendekatkan mukanya ke arah Adara dan episode 44 berakhir di sini.
Bersambung...
Kredit yang diberikan pada http://helloskyblu.blogspot.com/ sekiranya telah diambil sinopsisnya amat dihargai.
Terlebih dahulu saya ingin meminta maaf kerana terdapat banyak kesilapan dalam ejaan, struktur ayat dan tatabahasa sewaktu saya menulis sinopsis ini. Terima kasih kepada semua yang telah singgah di sini.
Layar Drama Indonesia: Separuh Aku Episode 44 pada 28 November 2012
Layar Drama Indonesia: Separuh Aku Episode 44 Part 1
Layar Drama Indonesia: Separuh Aku Episode 44 Part 2
Layar Drama Indonesia: Separuh Aku Episode 44 Part 3-3
sumber: (Terima kasih dan kredit diberikan kepada
http://www.sinemart.com/
http://www.rcti.tv/
http://id.wikipedia.org/
RCTIofficial Channel
MrSakti7799 Channel
crystle1987 Channel
emeraldL2009 Channel
lynnaandyou Channel
dan semua pihak atas sumber maklumat dan gambar)
Tidak ada komentar:
Posting Komentar