Selasa, 13 Oktober 2009
EPISODE 10 - SAMBUNGAN KISAH SINETRON SI CANTIK DAN SI BURUK RUPA PADA 13 OKTOBER 2009 PUKUL 2.30 PETANG DI TV3
SAMBUNGAN KISAH SINETRON SI CANTIK DAN SI BURUK RUPA PADA 8 OKTOBER 2009 PUKUL 2.00 PETANG DI TV3 - Episode 10
***********************************************************************
Gambar-gambar pelakon sinetron Si Cantik dan Si Buruk Rupa
Dibintangi oleh:
Adrew White
Dhini Aminarti
Steve Emanuel
Roy Marten
Lidya
***********************************************************************
Pembukaan Tema Si Cantik dan Si Buruk Rupa - Why Do You Love Me
Lagu Tema: Why Do You Love Me
Pencipta: Yok Koeswoyo
Penyanyi: Rio Febrian
Lirik lagu Pembukaan Tema "Si Cantik dan Si Buruk Rupa"
The time has come
That we must be apart
The memory is still in my mind
But you have gone and leave me alone
Why do you love me
So sweet and tenderly
I'll do everything to make you happy
oh...ohh....ohh...
Why do you love me
So sweet and tenderly
I'll do everything to make you happy
oh...ohh....ohh...
ohh...ohhh...
But you have gone and you love me...
Why do you love me why do you love me...
***********************************************************************
Romy mendapat tahu dari seorang dukun bahawa Arjuna adalah Kendil. Romy ingin tahu bagaimana dia boleh mencegah Kendil dari menjadi Arjuna kerana Romy tidak mahu Kendil bernikah dengan Tia. Romy ingin dukun itu lakukan sesuatu untuk menghalangnya dan dia berjanji akan menjadikan dukun itu kaya. Dukun itu meminta Romy datang lagi selepas matahari terbenam. Sementara itu dia akan mencari jampi serapah yang tepat.
Suara hati Kendil tertanya-tanya bilakah sumpahan itu akan berakhir. Kata Romy sendirian bahawa kebahagiaan Kendil tidak akan kekal lama. Encik Martin akhirnya bersetuju Tia berkawan dengan Kendil kerana dia telah salah sangka terhadapnya selama ini. Encik Martin memberitahu isterinya bahawa Tia berhak bertemu dengan sesiapapun.
Tetapi Romy datang ke kotejnya dan membisik sesuatu tentang Kendil kepada Encik Martin iaitu Kendil adalah syaitan jadian dan Arjuna adalah Kendil. Encik Marti rasa sukar hendak mempercayai Romy.
Encik Martin: Kamu ingat pak cik ini budak kecil yang percaya cerita dongeng begitu?
Romy: Saya tidak mereka cerita. Seorang dukun yang beritahu.
Encik Martin: Kenapa kamu percaya perkara-perkara begitu?
Mama Tia: Mak cik rasa kamu itu cemburu.
Romy: Begini saja, malam nanti semasa bulan mengambang mak cik dan pak cik ikut saya ke dalam hutan. Barulah kita boleh melihat Kendil berubah menjadi Arjuna. Pak cik dan mak cik boleh lihat dengan mata sendiri... tetapi dengan satu syarat. Mak cik dan pak cik harus ikut semua cakap saya.
Encik Martin: Kamu minta maaf dengan Tia kerana kamu telah salah menilai tentang Kendil.
Romy: Selama ini saya selalu menyaikiti Kendil. Itu hanya kerana saya cemburukan dia. Tetapi melihat kebaikan Kendil... saya rasa malu.
Mama Tia: Mak cik pun rasa bersalah selepas Kendil selamatkan bayi itu. Bukankah itu malukan?
Romy: Kendil lebih baik dari aku.
Romy: Saya mahu mereka berdua bernikah. Saya akan cuba yakinkan papa saya untuk teruskan usahanya dengan pak cik.
Tia terdengar perbualan papanya, mamanya dan Romy tanpa mengetahui semua itu adalah cuma lakonan mereka semata-mata. Romy pur-pura menyesal dengan perbuatannya salah sangkanya selama ini. Tia gembira sekali apabila mendengar yang Romy telah bersetuju dia bernikah dengan Kendil. Tia diberi kebenaran untuk menghadiri majlis kesyukuran. Encik Martin meminta maaf kepada Kendil di majlis kesyukuran.
Gambar-gambar dari petikan sinetron Si Cantik dan Si Buruk Rupa Episode 10 pada 13 Oktober 2009
Romy: Dukun itu sudah memberitahu bagaimana caranya untuk melemahkan Kendil. Semasa Kendil berubah menjadi Arjuna, dia akan menjadi sangat lemah. Semasa itulah saya akan melepaskan enam ekor anjing hitam yang garang untuk menyerangnya. Apabila dia sudah luka parah akibat gigitan anjing-anjing itu saya akan taburkan serbuk itu sampai dia hilang.. lenyap ditiup angin. Tapi pak cik dan mak cik tak boleh buat Tia curiga malah pak cik dan mak cik mesti pura-pura suka sekali dengan Kendil. Bolehkan?
***********************************************************************
Sambungan kisah sinetron Si Cantik dan Si Buruk Rupa Episode 10
Sambungan kisah sinetron Si Cantik dan Si Buruk Rupa Episode 10 Part 1
Sambungan kisah sinetron Si Cantik dan Si Buruk Rupa Episode 10 Part 2
Sambungan kisah sinetron Si Cantik dan Si Buruk Rupa Episode 10 Part 3
Sambungan kisah sinetron Si Cantik dan Si Buruk Rupa Episode 10 Part 4
Sambungan kisah sinetron Si Cantik dan Si Buruk Rupa Episode 10 Part 5
***********************************************************************
(Terima kasih dan kredit diberikan kepada TV3, http://sinemart.com, dan semua pihak atas sumber maklumat dan gambar)
Tidak ada komentar:
Posting Komentar