Minggu, 25 Oktober 2009

EPISODE 89 - SAMBUNGAN SINETRON SEKAR PADA 26 OKTOBER 2009 PUKUL 3.00 PETANG DI ASTRO PRIMA SETIAP HARI ISNIN - JUMAAT


Sinetron Sekar mula menemui penonton pada 23 Jun 2009 pukul 2.00 petang dan 11.00 malam setiap hari Isnin hingga Jumaat dan siaran ulangannya pada keesokan hari pada pukul 4.00 petang - Episode 86 dari Isnin hingga Jumaat pukul 3.00 petang dan siaran ulangan pada 11.00 malam

**********************************************************************

Gambar dan Biodata/Profile Pelakon Yang Membintangi Sinetron Sekar:
(Terima kasih dan kredit diberikan kepada http://id.wikipedia.org)

**********************************************************************

Tema Pembukaan Baru Sekar

**********************************************************************



Gambar-gambar Cut Syifa sebagai Syifa, Naysila Mirdad sebagai Sekar dan lain-lain lagi dalam petikan sinetron Sekar Episode 89(sinopsis Sekar versi gambar)

Sinopsis sinetron Sekar Episode 89

Talia menemukan Rendra sedang bersenang-senang dengan Syifa dan Sekar. Talia marah dan mengancam Rendra, kalau Rendra tidak pulang. Talia akan bunuh diri tapi sempat digagalkan Rimba.Talia mencari cara lain untuk berpura bunuh diri, akhirnya Rendra luluh juga dan memilih pulang dengan Talia. Talia juga melarang Rendra dan Syifa untuk bertemu dengan Sekar.

Karina mengira Andrean sudah meninggal, Mirta dan Karina sempat senang karena harta Andrean akan jatuh ke tangan mereka. Tetapi, tiba-tiba Andrean muncul. Karina yang kaget berpura-pura senang dengan kembalinya Andrean. Karina dan Mirtha kemudian membuat rencana jahat lainnya.

Sekar sedih kerana tidak dapat berjumpa dengan Syifa lagi. Sekar minta Rimba meminjam bahunya untuk sebentar. Risma ternampak hal itu dan sangka Sekar telah jatuh hati kepada Rimba. Syifa tanya kenapa dia tidak boleh bertemu dengan mamanya sedangkan Sekar adalah ibu kandungnya sendri. Rendra beritahu Syifa bahawa hingga ke saat ini dia cuma cintakan Sekar seorang saja. Sedang Sekar memotong sayur di dapur, ibunya tanya Sekar adakah dia telah jatuh cinta dengan Rimba. Sekar kata dia cuma teman masa kecilnya saja dan tidak lebih dari itu. Risma minta Sekar bercakap benar dan dia boleh simpan rahsianya kerana dia adalah ibunya. Dia minta Sekar jangan tunggu terlalu lama kalau tidak akan terlambat nanti.

Andrean curiga ke mana Karina dan Mirta pergi. Andrean tanya Karina ke mana mereka mahu pergi. Karina kata dia ingin ke supermarket kerana ada yang perlu mereka beli. Andrean ingin ikut tetapi Karina cuba menghalangnya. Andrean tanya kenapa isterinya jadi aneh. Andrean kata Karina seperti tidak mahu orang lain tahu dia masih hidup. Mirta memberi keizinan untuk Andrean pergi bersama mereka supaya Andrean tidak curiga apa-apa. Syifa terdengar perbualan Talia dan neneknya, Yurika bahawa Talia cuma pura-pura hamil. Mirta kemudiannya menyediakan minuman untuk Andrean sebelum mereka pergi ke pasaraya. Andrean minum minuman teh itu dan Karina tersenyum memandang muka mamanya kerana dia tahu mamanya telah melakukan sesuatu kepada minuman teh tersebut.. Mirta telah membubuh sesuatu dalam minuman Andrean dan kepala Andrean pening selepas itu dalam perjalanan mereka. Mirta memberitahu Karina dia telah membubuh sesuatu dalam teh Andrean jadi Andrean cuma tidur saja.

Rendra tanya Talia kenapa selama ini dia membohonginya mengenai kehamilannya. Rendra minta Talia bercakap benar saja. Rendra minta Talia test samada dia hamil atau tidak. Bagaimanakah kesudahan kisah "Sekar" dalam Episode 89?

**********************************************************************
Sambungan kisah sinetron Sekar Episode 89


Sambungan kisah sinetron Sekar Episode 89 Part 1


Sambungan kisah sinetron Sekar Episode 89 Part 2


Sambungan kisah sinetron Sekar Episode 89 Part 3


Sambungan kisah sinetron Sekar Episode 89 Part 4


Sambungan kisah sinetron Sekar Episode 89 Part 5


Sambungan kisah sinetron Sekar Episode 89 Part 6


Sambungan kisah sinetron Sekar Episode 89 Part 7

**********************************************************************

(Terima kasih dan kredit diberikan kepada Astro Prima, http://www.rcti.tv, Sinemart, http://id.wikipedia.org dan semua pihak atas semua sumber atas maklumat dan gambar sinetron Sekar)

Tidak ada komentar:

Posting Komentar