Senin, 19 Oktober 2009
EPISODE 84 - SAMBUNGAN SINETRON SEKAR PADA 19 OKTOBER 2009 PUKUL 3.00 PETANG DI ASTRO PRIMA SETIAP HARI ISNIN - JUMAAT
Sinetron Sekar mula menemui penonton pada 23 Jun 2009 pukul 2.00 petang dan 11.00 malam setiap hari Isnin hingga Jumaat dan siaran ulangannya pada keesokan hari pada pukul 4.00 petang - Episode 84 dari Isnin hingga Jumaat pukul 3.00 petang dan siaran ulangan pada 11.00 malam
**********************************************************************
Tema Pembukaan Baru Sekar
**********************************************************************
Sambungan sinopsis sinetron Sekar Episode 84
Rendra masuk ke bilik Syifa dan memberitahu Syifa dia amat menyayanginya sewaktu dia masih bayi. Syifa enggan mendengarnya dan dia cuma mahu bersama mamanya. Syifa melarikan diri dari rumah dan pergi menemui mamanya, Sekar. Risma gembira melihat cucunya dan dia memeluknya dengan kegembiraan.
Syifa: Syfia lari dari rumah.
Sekar: Lari?
Syifa: Mereka tak izinkan saya jumpa mama. Jadi saya larikan diri dari rumah. Syifa boleh minta sesuatu tak? Boleh tak Syifa panggil mama terus-terusan?
Sekar: Kamu tanya apa? Bolehlah.
Syifa: Betulke?
Sekar: Ya.
Syifa: Tapi ada satu lagi.
Sekar: Apa?
Syifa: Bolehtak kalau mama panggil Syifa dengan sebutan Syifa saja dan bukan Wangi. Soalnya kan itu nama dari papa Brama? Itukan kenangan daripada papa. Belehkan?
Sekar: Boleh, Syifa.
Rimba meminta Sekar pergi dari rumahnya sebelum Yurika sampai dan mengambil Syifa semula. Rimba membawa Sekar, Syifa dan Risma bersamanya. Risma kelihatan letih dan Rimba minta Syifa dan Risma naik ke kereta tolak. Sekar enggan naik tetapi dia dipaksa naik oleh Rimba. Rimba tarik kereta yang berat itu. Suara hati Sekar amat berterima kasih kepada Rimba kerana telah banyak membantu mereka. Rimba terus tarik kereta tolak yang dinaiki mereka dalam hujan lebat. Yurika sampai di rumah Rimba dan Yurika mengarahkan orang-orang suruhannya membawa keluar Syifa tetapi mereka tidak menjumpai mereka.
Dalam perjalanan Rendra, Talia dan Yurika ternampak Rimba tetapi mereka teruskan perjalanan mereka tanpa mengesyaki apa-apa. Rimba mencari tempat teduh untuk Sekar, Risma dan Syifa untuk berehat. Risma dapat lihat Rimba begitu ambil berat tentang Sekar dan dia tersenyum sendiri. Rimba ingin mencari makanan untuk mereka tetapi tiba-tiba dia pengsan. Orang-orang suruhan meneruskan pencarian Syifa dan mereka hampir tiba di tempat Sekar. Adakah mereka akan dijumpai? Kisahnya bersambung dalam episode seterusnya pada hari esok.
**********************************************************************
Sambungan kisah sinetron Sekar Episode 84 pada 19 Oktober 2009
Sambungan kisah sinetron Sekar Episode 84 Part 1
Sambungan kisah sinetron Sekar Episode 84 Part 2
Sambungan kisah sinetron Sekar Episode 84 Part 3
Sambungan kisah sinetron Sekar Episode 84 Part 4
Sambungan kisah sinetron Sekar Episode 84 Part 5
**********************************************************************
(Terima kasih dan kredit diberikan kepada Astro Prima, http://www.rcti.tv, Sinemart, http://id.wikipedia.org dan semua pihak atas semua sumber atas maklumat dan gambar sinetron Sekar)
Tidak ada komentar:
Posting Komentar