Kamis, 08 Oktober 2009

EPISODE 77 - SAMBUNGAN SINETRON SEKAR PADA 8 OKTOBER 2009 PUKUL 2.00 PETANG DI ASTRO PRIMA SETIAP HARI ISNIN - JUMAAT


Sinetron Sekar mula menemui penonton pada 23 Jun 2009 pukul 2.00 petang dan 11.00 malam setiap hari Isnin hingga Jumaat dan siaran ulangannya pada keesokan hari pada pukul 4.00 petang - Episode 76 dari Isnin hingga Jumaat pukul 2.00 petang dan siaran ulangan pada 11.00 malam

**********************************************************************

Tema Pembukaan Baru Sekar

**********************************************************************


Profile/Biodata pelakon(pemain) sinetron Sekar
**********************************************************************





Gambar-gambar dari petikan sinetron Sekar Episode 77(sinopsis versi gambar)

Sambungan sinopsis sinetron Sekar Episode 77 pada 8 Oktober 2009

Karina berasa lega dan berterima kasih kepada suaminya, Andrean kerana telah menjaminnya keluar dari penjara. Andrean harap Karina tidak akan menganggu Sekar lagi dan tidak akan buat perkara seperti itu lagi. Karina berjanji kepada suaminya bahawa dia tidak akan mengulangi kesalahannya lagi tetapi apabila Mirta tanya adakah dia serius dengan apa yang dikatakannya, Karina kata dia tidak akan puas hati selagi dia tidak menghancurkan kehidupan Sekar. Mirta ternampak anaknya, Rimba sewaktu dia minum petang bersama Karina. Mirta lari keluar untuk memastikan adakah dia Rimba. Karina tanya kenapa dengan tiba-tiba dia lari keluar.

Mirta mengingatkan dirinya agar lupakan Rimba saja kerana dia cuma adalah masa lalunya. Karina terus tanya mamanya siapa Rimba? Mirta menafikan bahawa dia kenal Rimba. Karina mencurigai hal itu dan ingin mengupah orang untuk selidik tentang Rimba. Rimba meluahkan perasaannya kepada Sekar. Menurut Rimba, dia bukan sekadar sukakan Sekar tetapi lebih dari sayang dan dia telah jatuh cinta dengan Sekar. Rimba kata sudah bertahun-tahun lamanya dia mencari Sekar. Dalam hati Rimba cuma ada nama dan jiwa Sekar saja. Syifa berasa tidak senang melihat Sekar menatap wajah Rimba dengan sebegitu. Sekar kata tiada ada apa-apa antara dia dan Rimba. Syifa memohon kepada Sekar agar tidak menyakiti hati Brama dan apa yang diharapkan Syifa adalah Sekar bersama ayahnya, Brama.

Karina ingin tahu siapa sebenarnya Rimba. Dia mendapat maklumat bahawa Rimba adalah seorang samseng pasar. Kenapa pula mamanya begitu mengambil berat tentang hal Rimba. Kisahnya bersambung...

**********************************************************************

Sambungan kisah sinetron Sekar Episode 77 Part 1


Sambungan kisah sinetron Sekar Episode 77 Part 2


Sambungan kisah sinetron Sekar Episode 77 Part 3


Sambungan kisah sinetron Sekar Episode 77 Part 4


Sambungan kisah sinetron Sekar Episode 77 Part 5

**********************************************************************
(Terima kasih dan kredit diberikan kepada Astro Prima, http://www.rcti.tv, Sinemart, http://id.wikipedia.org dan semua pihak atas semua sumber atas maklumat dan gambar sinetron Sekar)

Tidak ada komentar:

Posting Komentar