Kamis, 15 Oktober 2009
EPISODE 12 - SAMBUNGAN KISAH SINETRON SI CANTIK DAN SI BURUK RUPA PADA 15 OKTOBER 2009 PUKUL 2.30 PETANG DI TV3
SAMBUNGAN KISAH SINETRON SI CANTIK DAN SI BURUK RUPA PADA 8 OKTOBER 2009 PUKUL 2.00 PETANG DI TV3 - Episode 12
***********************************************************************
Gambar-gambar pelakon sinetron Si Cantik dan Si Buruk Rupa
Dibintangi oleh:
Adrew White
Dhini Aminarti
Steve Emanuel
Roy Marten
Lidya
***********************************************************************
Pembukaan Tema Si Cantik dan Si Buruk Rupa - Why Do You Love Me
Lagu Tema: Why Do You Love Me
Pencipta: Yok Koeswoyo
Penyanyi: Rio Febrian
Lirik lagu Pembukaan Tema "Si Cantik dan Si Buruk Rupa"
The time has come
That we must be apart
The memory is still in my mind
But you have gone and leave me alone
Why do you love me
So sweet and tenderly
I'll do everything to make you happy
oh...ohh....ohh...
Why do you love me
So sweet and tenderly
I'll do everything to make you happy
oh...ohh....ohh...
ohh...ohhh...
But you have gone and you love me...
Why do you love me why do you love me...
***********************************************************************
Gambar-gambar dari petikan sinetron Si Cantik dan Si Buruk Rupa Episode 12 pada 15 Oktober 2009(sinopsis sinetron Si Cantik dan Si Buruk Rupa Episode 12 versi gambar)
Sambungan sinopsis Si Cantik dan Si Buruk Rupa Episode 12
Encik Martin suami isteri membuat aduan di balai polis bahawa nyawa anak mereka terancam. Orang-orang suruhan Romy menangkap Arjuna dan Arjuna mangatakan padanya hanya sedikit saja serbuk itu disemburkan ke badannya, Arjuna akan mati. Warti menghalangnya daripada menyembur serbuk itu ke Arjuna dan ia terlepas dari tangan Romy lalu dihanyutkan ke sungai. Romy kemudiannya memberitahu Warti bahawa Arjuna telah membunuh Kendil. Warti tidak mahu percaya anaknya, Kendil telah mati. Arjuna cuba menjelaskan kepada Warti bahawa dia adalah anaknya Kendil. Romy ingin membakar Arjuna hidup-hidup tetapi pada waktu itu polis tiba dan meminta semua orang berhenti sambil melepaskan beberapa kali tembakan ke langit. Arjuna telah larikan diri walaupun dia diminta berhenti.
Sinopsis versi dialog penghujung Episode 9 sinetron Si Cantik dan Si Buruk Rupa
Enick Martin: Hey, kenapa kamu ada di sini? Pergi jaga di depan.
Arjuna(menyamar sebagai Satpam): Saya sedang buat pemeriksaan. Mungkin Arjuna ada di sini.
Selepas itu Arjuna berjaya masuk ke dalam bilik tidur Tia dan cuba menjelaskan kepada Tia:
Arjuna: Kamu kena dengar penjelasan aku dulu.Tia semalam orang yang serang kita adalah Romy.
Tia: Semalam aku bersama Kendil, bukannya sama kamu.
Arjuna: Akulah Kendil. Semalam adalah hari terakhir hukuman aku jalani hukuman sebagai orang hodoh. Aku sengaja bawa kamu di bawah sinar purnama, biar kamu saksikan perubahan aku seperti sekarang. Aku lakukan semua ini supaya kamu tahu perkara sebenar.
Tia: Tapi aku sama sekali tidak lihat Kendil berubah menjadi kamu. Dari mana aku boleh tahu perkara sebenar?
Arjuna: Romy yang kacau rancangan aku.
Tia: Apa hubungannya semua ini dengan Romy?
Arjuna: Aku tidak tahu bagaimana dia tahu kelemahan aku. Tapi dia sengaja bawa enam ekor anjing buas serang aku dan aku yakin benar dia letak sesuatu dalam minuman kita sampai kamu boleh pengsan waktu aku berubah.
Tia: Mengarut. Mana mungkin Romy akan tahu kamu adalah Kendil. Kamu bohong kamu sengaja nak pisahkan aku daripada Kendil. Kamu memang tak suka sama dia kerana kamu memang benci sama dia. Yakan?
Arjuna: Tia, Bagaimana caranya aku bencikan Kendil kerana Kendil adalah aku. Tia apa yang harus aku lakukan supaya kamu percaya dengan aku?
Tia: Kamu buktikan yang kamu sebenarnya adalah Kendil.
Arjuna: Ok aku akan buktikan yang aku adalah Kendil tapi tolong berikan aku waktu.
Tia: Kalau kamu boleh buktikan aku janji aku akan nikah sama kamu.
Arjuna: Kamu tunggu saja. Aku bisa buat kamu percaya.
Arjuna: Sekarang aku... aku pergi dulu ya.
Sewaktu Arjuna beredar dari bilik tidur Tia, Tia mengambil suatu bahan penyembur dan menyembur ke mata Arjuna. Arjuna terasa kesakitan dan memanggil nama Tia. Romy meminta orang-orang suruhannya bawa Arjuna ke balai polis dan dia akan segera ke sana. Mama Tia mengucapkan terima kasih kepada Romy kerana telah membantu mereka menangkap Arjuna. Romy kata demi Tia dia rela korbankan nyawanya sendiri. Romy kata dia akan ke balai polis untuk membuat aduan dan dia juga akan membereskan Arjuna. Enick Martin kata bagus dan minta Romy singkirkan dia. Encik Martin tidak mahu lihat dia hidup lagi di dunia ini.
Tia meminta izin daripada mama dan papanya untuk pergi ke kubur Kendil. Tetapi mamanya kata adalah lebih baik dia tidak pergi dan tanya adakah dia yakin bahawa dia sudah kuat...Tia beritahu mamanya bahwa dia harus kuat kerana dia hendak hantarkan Kendil ke tempat istirehat terakhirnya. Encik Martin menjelaskan kepada isterinya bahawa mereka tidak boleh larang Tia untuk mencegahnya daripada curiga. Biarkan Tia saja katanya. Tetapi mama Tia tidak mahu Tia rapat dengan Warti. Bagaimana sekiranya Warti itu sama saja dengan anaknya, katanya lagi. Encik Martin kurang faham dan isterinya kata bagaimana sekiranya juga monyet jadian dan mahu sakiti Tia. Encik Martin tergelak dan mintanya jangan fikirkan begitu kerana dia akan uruskan hal itu. Setelah mendengar kata-kata suaminya, barulah dia berasa lega.
Arjuna tidak mempunyai kekuatan untuk membebaskan dirinya dari ikatan orang-orang suruhan Romy. Arjuna diseksa oleh mereka dengan teruk. Bagaimanakah nasib Arjuna selanjutnya. Untuk mengetahui kisah selanjutnya dalam Episode 13, terus bersama shinystar dalam kemas kini yang akan datang.. pada 19 Oktober 2009.
***********************************************************************
Sambungan kisah sinetron Si Cantik dan Si Buruk Rupa Episode 12
Sambungan kisah sinetron Si Cantik dan Si Buruk Rupa Episode 12 Part 1
Sambungan kisah sinetron Si Cantik dan Si Buruk Rupa Episode 12 Part 2
Sambungan kisah sinetron Si Cantik dan Si Buruk Rupa Episode 12 Part 3
Sambungan kisah sinetron Si Cantik dan Si Buruk Rupa Episode 12 Part 4
***********************************************************************
(Terima kasih dan kredit diberikan kepada TV3, http://sinemart.com, dan semua pihak atas sumber maklumat dan gambar)
Tidak ada komentar:
Posting Komentar