Rabu, 14 Oktober 2009

EPISODE 11 - SAMBUNGAN KISAH SINETRON SI CANTIK DAN SI BURUK RUPA PADA 14 OKTOBER 2009 PUKUL 2.30 PETANG DI TV3


SAMBUNGAN KISAH SINETRON SI CANTIK DAN SI BURUK RUPA PADA 8 OKTOBER 2009 PUKUL 2.00 PETANG DI TV3 - Episode 10

***********************************************************************

Gambar-gambar pelakon sinetron Si Cantik dan Si Buruk Rupa

Dibintangi oleh:

Adrew White
Dhini Aminarti
Steve Emanuel
Roy Marten
Lidya

***********************************************************************

Pembukaan Tema Si Cantik dan Si Buruk Rupa - Why Do You Love Me


Lagu Tema: Why Do You Love Me
Pencipta: Yok Koeswoyo
Penyanyi: Rio Febrian

Lirik lagu Pembukaan Tema "Si Cantik dan Si Buruk Rupa"

The time has come
That we must be apart
The memory is still in my mind
But you have gone and leave me alone

Why do you love me
So sweet and tenderly
I'll do everything to make you happy
oh...ohh....ohh...

Why do you love me
So sweet and tenderly
I'll do everything to make you happy
oh...ohh....ohh...

ohh...ohhh...

But you have gone and you love me...

Why do you love me why do you love me...

***********************************************************************
Sambungan sinopsis sinetron Si Cantik dan Si Buruk Rupa Episode 11 pada 14 Oktober 2009






Tia: Tolong saya, Mas. Ada penculik kejar saya. (kata Tia kepada tiga orang penjahat yang ditemuinya sewaktu dia melarikan diri dari Arjuna)
Apabila Arjuna tiba, dia tanya mereka adakah mereka terjumpa seorang gadis berbaju putih dan berselendang pink. Mereka kata gadis itu telah lalu di situ. Arjuna mempercayai mereka dan meneruskan mencari Tia. Selepas itu, ketiga-tiga orang penjahat itu tergelak.

Tia: Terima kasih.
Penjahat: Takkan ucap terima kasih saja. Tak nak temankan kita, hangatkan badan?
Tia: Saya minta diri. Lepaskan saya.. tolong!





Arjuna: Tia dalam bahaya. Mana dia?
Walaupun Tia berada dalam ketakutan tetapi dia masih sempat menendang ketiga-tiga penjahat itu dan melepaskan diri. Apabila Arjuna sampai Tia sudahpun tiada di situ. Romy yang berada berdekatan di situ ternampak Arjuna sedang mencari Tia lalu dia merancangkan sesuatu kepada orang-orang suruhannya. Mereka pura-pura menangkap Tia dan kemudiannya menuduh bahawa itu adalah arahan Arjuna. Romy pura-pura menyelamatkan Tia dan memberitahunya Kendil telah menunggu Tia. Ini membuat Arjuna hairan. Arjuna kata semua itu adalah bohong kerana dia tidak mengarahkan orang untuk menangkap Tia tetapi Tia berasa marah kepada Arjuna Romy kemudiannya menghantar Tia pulang. Tia kecewa kerana dia menyangka Arjuna bukannya seorang yang baik.







Tia: Buah-buahan, bunga dan cincin itu untuk siapa? Mama Tia: Kami telah putuskan untuk merestui hubungan kamu dengan Kendil. Kami nak mengajak kamu ke rumah bu Warti dan bertemu dengan Kendil. Ini cincin tunang kamu berdua... dan cincin pertunangan ini hadiah daripada kami.
Tia:
Terima kasih, pa... terima kasih ma...

Warti: Saya jadi segan pula. Seharusnya kami yang hantar semua ini pada keluarga pihak perempuan. Saya rasa rendah diri pula.
Mama Tia: Tak apalah bu Warti.
Encik Martin: Anggap sajalah ini tanda restu kami atas hubungan mereka berdua.
Encik Martin: Kendil, malam ini kami nak langsungkan majlis pertunangan kamu berdua. Kamu datanglah. Sekarang, mari bertukar cincin.

Mendengar berita pertunangan Tia dan Kendil, penduduk kampung berpendapat bahawa mereka berdua tidak padan kerana kata mereka Kendil hodoh dan Tia pula cantik. Mana ada si hodoh kahwin dengan gadis cantik. Mereka juga hairan Tia mahu pula pada Kendil kerana pasti ramai lelaki yang ingin memikat Tia. Mereka menganggap bahawa kemungkinan Kendil merayu kepada Tia. Mereka semua tidak bersetuju tentang hal ini. Tetapi ada juga yang setuju saja. Bagaimanakah kisah selanjutnya dan apakah yang akan berlaku pada malam pertunangan Kendil dan Tia?

Di penghujung Episode 11 sinetron Si Cantik dan Si Buruk Rupa



Romy: Arjuna harus terkena bahan ini. Jika tidak dia takkan mati. Malam ini juga kamu semua mesti dapatkan Arjuna.

Arjuna terjatuh dalam arus sungai yang deras sewaktu Romy cuba semburkan serbuk yang akan melenyapkan Arjuna. Mereka tidak menjumpai Arjuna. Tiba-tiba mereka ternampak Arjuna yang dibawa arus sungai itu dan mereka cuba ikhtiarkan cara lain untuk menangkap Arjuna. Warti mimpi buruk tentang Kendil. Warti ingin pergi mencari Kendil. Romy menelefon Encik Martin memberitahunya Kendil sudah mati dan Tia sedang berada bersamanya.
Enick Martin: Bagus, maknanya sekarang kamu akan segera bernikah dengan Tia. Romy: Mudah-mudahan pak cik. Sekarang giliran pak cik untuk buat rancangan seterusnya.


Apabila Arjuna hampir tiba di tebing sungai, orang-orang suruhan Romy ternampak Arjuna. Mereka menuju ke arah Arjuna membawa bersama-sama dengan mereka 6 ekor anjing hitam garang itu. Babak yang begitu mencemaskan. Adakah Arjuna akan terselamat dan siapakah lelaki yang berdiri di hadapan Arjuna? Kisahnya bersambung dalam Episode 12 yang akan disiarkan pada 15 Oktober 2009 pada waktu yang sama di TV3.

***********************************************************************


Sambungan kisah sinetron Si Cantik dan Si Buruk Rupa Episode 11


Sambungan kisah sinetron Si Cantik dan Si Buruk Rupa Episode 11 Part 1


Sambungan kisah sinetron Si Cantik dan Si Buruk Rupa Episode 11 Part 2


Sambungan kisah sinetron Si Cantik dan Si Buruk Rupa Episode 11 Part 3


Sambungan kisah sinetron Si Cantik dan Si Buruk Rupa Episode 11 Part 4


Sambungan kisah sinetron Si Cantik dan Si Buruk Rupa Episode 11 Part 5


***********************************************************************
(Terima kasih dan kredit diberikan kepada TV3, http://sinemart.com, dan semua pihak atas sumber maklumat dan gambar)

Tidak ada komentar:

Posting Komentar