Jumat, 09 Oktober 2009

EPISODE 78 - SAMBUNGAN SINETRON SEKAR PADA 9 OKTOBER 2009 PUKUL 2.00 PETANG DI ASTRO PRIMA SETIAP HARI ISNIN - JUMAAT


Sinetron Sekar mula menemui penonton pada 23 Jun 2009 pukul 2.00 petang dan 11.00 malam setiap hari Isnin hingga Jumaat dan siaran ulangannya pada keesokan hari pada pukul 4.00 petang - Episode 78 dari Isnin hingga Jumaat pukul 2.00 petang dan siaran ulangan pada 11.00 malam

**********************************************************************

Tema Pembukaan Baru Sekar

**********************************************************************

Profile/Biodata pelakon(pemain) sinetron Sekar
**********************************************************************
Sambungan sinopsis sinetron Sekar Episode 78 pada 9 Oktober 2009 yang telah disiarkan di Astro Prima pada pukul 3.00 petang.








Sinopsis sinetron Sekar Episode 78 versi gambar(Gambar-gambar dari petikan "Sekar" Episode 78

Rimba tidak mahu sesiapapun membuat Sekar menangis. Apabila Sekar kata pada Rimba semua telah terlambat dan juga buat masa ini Rendra sudah bersama Talia. Sekar mengaku dia masih lagi mencintai bekas suaminya. Dengan nada yang tinggi, Talia tanya Rendra kenapa dia harus pergi mencari Sekar sedangkan mereka sudah bercerai. Rimba dengan sengaja menyentuh tangan Sekar sewaktu menolongnya memunggah kotak yang berat di Biro Jodoh Sekar.

Rendra jalan sendirian di pasar mengenangkan saat-saat gembira dia bersama Sekar. Rendra rasa sukar untuk melupai Sekar. Pada masa itu juga, Risma terserempak dengan Rendra di pasar dan dia begitu gembira melihat keadaan Rendra yang sudah kembali sihat seperti biasa. Rendra tanya Risma adakah dia masih ada tempat di hati Sekar dan samada Sekar masih lagi cintakannya. Risma serba salah untuk menjawab soalan itu kerana menurutnya, dia tidak dapat jawab soalan itu kerana perkara itu terlalu penting tetapi apa yang boleh dikatakannya cuma satu sahaja iaitu sebenarnya jawapannya ada dalam hati Rendra. Risma minta Rendra ingat kembali bagaimana pandangan Sekar dan tatapannya terhadap Rendra apabila dia bercakap dengan Sekar. Oleh itu Rendrapun fikirkan semula dan ternyata dia telah mendapat jawapannya. Sewaktu Talia menemui Rendra di taman, Rendra memberitahu Talia hubungannya dengan Talia harus ditamatkan dan pertunangan mereka putus.


Gambar Talia sedang menulis surat kepada Rendra sebelum dia cuba membunuh diri: Selamat tinggal Rendra. Tak ada gunanya aku hidup kalau tak boleh bersama kau. Semoga kau berbahagia bersama Sekar. Selamat tinggal.

Rendra dan Sekar kemudiannya bersatu kembali tetapi untuk seketika sahaja kerana Talia ingin membunuh diri. Dia makan ubat tidur yang begitu banyak hingga dimasukkan ke hospital. Sekar pergi ke hospital setelah menerima panggilan daripada Yurika. Yurika kata Sekar tidak menepati janjinya setelah Talia menolong pembiayaan perubatan ibunya dan Rendra. Sekar berjanji dengan Yurika dan berkata Rendra pasti akan bersama Talia semula. Sekar pergi berjumpa dengan Rendra di pejabat dan memohon kepadanya agar kembali ke pangkuan Talia kerana selama Rendra koma, Talia adalah orang yang sentiasa berada di sisinya. Akhirnya Rendra berjanji untuk bernikah dengan Talia walaupun dalam hatinya dia cuma cintakan Sekar saja. Apakah yang akan berlaku selepas ini? Semuanya akan terjawab dalam Episode 78 sinetron Sekar.

**********************************************************************

Sambungan kisah sinetron Sekar Episode 78 Part 1


Sambungan kisah sinetron Sekar Episode 78 Part 2


Sambungan kisah sinetron Sekar Episode 78 Part 3


Sambungan kisah sinetron Sekar Episode 78 Part 4


Sambungan kisah sinetron Sekar Episode 78 Part 5

**********************************************************************
(Terima kasih dan kredit diberikan kepada Astro Prima, http://www.rcti.tv, Sinemart, http://id.wikipedia.org dan semua pihak atas semua sumber atas maklumat dan gambar sinetron Sekar)

Tidak ada komentar:

Posting Komentar