Selasa, 18 Desember 2012

Sinopsis Episode 16 (18 Disember 2012) - Sinetron Aliya menemui penonton di Slot Sinetron TV3 pada 21 November 2012 jam 2.00 petang setiap Isnin - Khamis


 
Pemain Sinetron Aliya

Dea Annisa sebagai Aliya
Irwansyah sebagai Gilang/Galang
Billy Davidson sebagai Faris
Afifa Syahira sebagai Marina
Gege Elisa sebagai Gisha
Shandy Isabella sebagai
Jihan Fahira sebagai Shinta
Restu Sinaga sebagai Wisnu
Gunawan sebagai Anjar
Natasha Dewanti sebagai Winda
Marini Burhan sebagai Laila

Lagu Tema: Menyambut Janji
Penyanyi: Letto
Cerita & Skenario: Ina Rosamaya
Sutradara: Maruli Ara & Doddy Djanas
Produser: Titin Suryani
Produksi: Verona Pictures © 2011
Periode Tayang: Mulai 12 Desember 2011
Jadwal Tayang: Setiap Hari pukul 19.00 WIB

Penghargaan:
Januari 2012 : Sinetron Paling Berkilau


Judul : Aliya
Episode : Global

Pemain : Dea Anissa, Irwansyah, Jihan Fahira, Gunawan, Restu Sinaga, Primus Yustisio, Billy Davidson, Afifa Syahira, Natasha Dewanti, Marini Burhan, Marchia Caroline, Epi Kusnandar, Ivanka Suwandi, Sean Hasyim, Gege Elisa

Tayang : Setiap Hari
Pkl. 19:30 - 21:oo WIB

Sinopsis Global

ALIYA adalah sosok gadis baik dan jujur yang lahir dari pernikahan Anjar dan Shinta. Sayang, kisah hidup Aliya tidaklah semanis wajahnya. Berbagai konflik selalu menghiasi perjalanan hidup Aliya, termasuk masalah keluarga dan cerita kisah cintanya yang tragis.

Gadis malang itu harus merasakan kehidupan dalam penjara, karena dituduh membunuh Gilang, kekasihnya. Aliya menganggap lika liku kehidupan itu adalah sebuah pengorbanan untuk ibundanya. Di sisi lain, karena Gilang telah tiada, Aliya menganggap tidak ada lagi laki-laki lain yang dia cintai.

Bagaimana kisah selanjutnya? Apakah Aliya akhirnya mengetahui bahwa Shinta adalah ibu kandungnya? Mungkinkah Shinta akan kembali bersatu dengan Anjar? Lantas, kepada siapa Aliya akan melabuhkan cintanya? Fariz yang benar-benar mencintainya atau Galang yang mirip Gilang mantan kekasih Aliya?

Temukan jawabannya hanya di saluran Satu untuk Semua. (Cn)

Sinopsis ringkas Aliya Episode 16 pada 18 Disember 2012

Kata Sandra pada Wisnu, bukankah Wisnu pemilik hotel terbesar di Jakarta, takkan isterinya biarkan anaknya bekerja di hotel lain. Di bahagian "House Keeping" pula. Apakah itu buktinya kesempurnaan dari isteri Wisnu. Isteri yang dianggap lebih baik daripada Sandra baik untuk Wisnu dan Gilang.Sambung Sandra pada Shinta dia punya feeling jelek tentangnya. Sandra menuduh Shinta jangan-jangan anaknya Gilang meninggal kerana dia tidak pandai menjaga dia.Wisnu suruh Sandra tidak meneruskan kata-katanya lagi kerana dia telah bersikap keterlaluan namun Sandra tetap mengatakan apa yang dicakapkannya itu semuanya benar.

Sandra beritahu Wisnu dia ke sana untuk membuka mata Wisnu. Sandra mengulangi kata-katanya bahawa isteri yang dianggap Wisnu seorang yang sempurna malah tidak dapat menjaga anaknya sendiri. Setelah menghabiskan apa yang mahu dicakapkannya, Sandra beredar dari situ. Marina mengekori Sandra. Marina memperkenalkan dirinya sebagai tunangan kepada Gilang. Bahkan dia lagi mengandungkan anak Gilang.

Di depan ruangan Gisha, Wisnu memujuk Shinta supaya tenang dan memaafkan Sandra kerana menurut Wisnu Sandra begitu kerana dia baru tahu Gilang telah meninggal. Wisnu jelaskan pada Shinta Sandra beremosi. Namun menurut Shinta, apa yang dikatakan Sandra betul. Dia memang bukan seorang isteri dan ibu yang baik. Wisnu terus memujuk Shinta agar tidak mendengar omongan Sandra kerana padanya Shinta merupakan seorang isteri dan ibu yang terbaik.

Anjar cuma dapat memerhatikan Shinta dari jauh. Dalam hatinya dia begitu berharap dapat menghiburkan hati Shinta. 

Di rumah, Mutia tidak percayakan suaminya. Walaupun ibunya nasihati anaknya supaya tidak boleh buruk sangka terhadap Anjar. Mutia beritahu ibunya bagaimana dia tidak curiga kerana sudah dua hari Anjar tidak pulang ke rumah. Mutia syaki Anjar telah berbohong padanya. Mutia memanggil Zaki untuk menemaninya mencari Anjar. Aliya menelefon papanya untuk memberitahunya bahawa mamanya curiga kerana papanya belum pulang-pulang malah mama sedang pergi mencari papanya. Aliya tidak mahu kedua orang tuanya bertengkar lagi.

Mutia pergi mencari Anjar di tapak pembinaan  dan ternyata Anjar berada di situ. Mutia lega kerana Anjar tidak bersama Shinta. Anjar tanya Mutia kenapa dia berada di situ. Apakah dia mahu buktikan bahawa dia benar-benar bekerja di situ. Mutia minta diri untuk pulang memandangkan Anjar sedang bekerja di situ.

Cuma sebanyak 10 peratus bilik hotel Hendri yang penuh sejak berita candelier yang menimpa karyawan mereka. Kata Dana dia yakin mereka telah disabotaj.Dana mahu papanya bertindak. Tetapi Hendri tidak mahu Dana cakap tanpa sebarang bukti. Sambung Dana lagi, kalau papanya masih tidak percaya dia akan buktikan kecurigaanya itu benar.

Marina beritahu Shinta bahawa berita di akhbar katakan, ada pegawai House Keeping Hotel Perdana tercedera dan hotel itu mungkin akan tertutup. Namun menurut Shinta dia tidak berharap hotel itu ditutup dia cuma mahu Gisha cepat sembuh. Tetapi Mrina cuba mnghasut Shinta dengan mengatakan biarkan hotel itu ditutup sekali gus bankrap. Marina juga harap Wisnu minta ganti rugi yang besar agar Om Hendri dan anaknya terkena.

Dana muncul dan berkata ternyata Marina di sebalik semua itu. Apakah begini caranya dia balas dendam terhadapnya. Marina terkejut melihat Dana.
Dana: Kamu sengaja menggunakan mereka untuk menghancurkan aku dan juga papa aku.
Marina: Apa maksud kamu?
Dana: Jangan pura-puralah. Kamu yang merancang kejadian di hotel saya. Iya kan?
Winda suruh Dana jaga sikap dan omongannya. Jangan kurang ajar kalau bicara sama anaknya.
Winda: Asal kamu tahu, kalau sampai terjadi apa-apa dengan cucu Bu Shinta dan Pak Wisnu, Pak Wisnu akan teragak-agak menghancurkan perusahaan kalian.
Jawab Dana meeka hebat setelah mereka gagal untuk membuat dia bertanggungjawab sekarang Marina mengaku anak yang dia kandungkan itu cucu mereka. Sambung Dana lagi Marina benar-benar brilliant. Setelah Shinta mendengar apa yang dikatakan Dana, dia mulai curiga bahawa anak yang dikandung Marina itu adalah anak Gilang.

Dana menjelaskan pada Shinta bahawa Marina telah pergi ke hotelnya dan memintanya untuk bertanggungjawab. Tetapi Marina gagal kerana hasil ujian DNA itu bukannya anaknya. Lalu dia mencari mangsa lain iaitu anak Shinta. Winda cuba yakinkan Shinta bahawa Marina mengandungkan anak Gilang. Marina tidak tahu apa yang harus dijawabnya.
Shinta: Saya semakin tak yakin kalau anak di dalam perut kamu itu anaknya Gilang. Kamu berani membohongi saya dan suami saya. Kamu bilang ini anak Gilang! Kurang ajar, ya! Pergi kamu dari sini.
Marina merayu pada Shinta jangan bersikap begitu padanya. Winda mulai panik dan terus yakinkan Shinta yang kali ini anak yang dikandungkan Marina itu anaknya Gilang. Winda yakin sekali. Shinta tanya pada Marina sekali lagi apakah dia yakin dan berani melakukan ujian DNA. Dana jawab bagi pihak Marina bahawa Marina tidak berani berbuat begitu kerana dia yakin dia pasti sudah meniduri ramai lelaki. Marina berasa marah dan berkata Dana seorang yang jahat.

Shinta tidak mahu bahas tentang soal itu lagi dan dia terus halau Marina dari situ. Marina cuba mendapat simpati daripada Shinta dan berkata dia tidak pernah membohongi Shinta. Shinta tetap suruh Marina pergi walaupun Marina mohon pada Shinta agar tidak mengusirnya. Shinta mahu Marina pergi sebelum dia panggil satpam. Akhirnya Marina terpaksa pergi tetapi sambung Marina, Shinta pasti akan menyesal kerana telah lakukan itu padanya. Terus ikuti kisah Aliya dalam babak-babak seterusnya.

Penghujung Episode 16: Wisnu salah menilaikan Shinta. Dia sangka yang Shinta sudah berubah dan Shinta tidak lagi mempedulikan keturunannya Gilang kerana dia sudah mempunyai Gisha. Shinta menafikan yang dia mempunyai fikiran seperti itu. Justeru Shinta sangat-sangat menyayangi Gilang. Sebab itu Shinta mahu buktikan bahawa Gilang pasti tidak akan berbuat begitu. Sambung Shinta lagi Gilang adalah seorang yang baik dan Shinta yakin yang Gilang sangat mencintai Aliya dan bukannya Marina. 

Wisnu yang mempunyai prasangka buruk terhadap Aliya berkata bahawa Aliya selalu memberi masalah buat keluarga mereka. Wisnu tidak mahu bahas tentang hal itu lagi dan dia mahu Shinta minta maaf pada Marina namun Shinta enggan. Menurut Shinta dia mengerti yang dia mungkin bukan ibu yang baik buat Gilang mahupun Gisha. Bahkan mungkin dia bukan isteri yang baik buat Wisnu. Tetapi kalau Wisnu mahu Shinta minta maaf pada Marina, Shinta terpaksa minta maaf pada Wisnu kerana seharusnya Marina yang minta maaf dari mereka kerana dia sudah keterlaluan. 
Wisnu: Shinta, aku mohon. Aku tak dapat maafkan diri aku sendiri  kalau aku tak menolong anak Gilang. 
Shinta tetap dengan pendiriannya sambil berkata belum tentu itu anaknya Gilang.  Namun Wisnu tidak mahu mengambil risiko dan berkata bahawa mungkin saja itu anak Gilang. Wisnu tidak mahu kehilangan peluang itu. Wisnu tidak mahu suatu hari nanti dia menyesal kerana telah salah bertindak sekarang. 

Akhirnya Shinta terpaksa mengalah pada Wisnu dan memberitahu suaminya bahawa dia boleh menerima Marina tinggal di rumah mereka tetapi dengan syarat. Wisnu serba ingin tahu apakah syarat yang diberikan Shinta. Wisnu dan Shinta pergi ke rumah Sandra untuk menemui Marina. Bersambung...


Sinetron Aliya Episode 16 pada 18 Disember 2012

Sinetron Aliya Episode 16 Part 1

Sinetron Aliya Episode 16 Part 2

Sinetron Aliya Episode 16 Part 3

Sinetron Aliya Episode 16 Part 4-4

 Terlebih dahulu saya ingin meminta maaf kerana terdapat banyak kesilapan dalam ejaan, struktur ayat dan tatabahasa sewaktu saya menulis sinopsis ini. Terima kasih kepada semua yang telah singgah di sini.

sumber: (Terima kasih dan kredit diberikan kepada
http://www.sctv.co.id
http://www.tv3.com.my/
http://id.wikipedia.org/ 
SenCy_TVkoe:  http://www.lautanindonesia.com/
http://clorofilawards.wordpress.com
 http://pangeran229.wordpress.com/
http://niazuramaria.blogspot.com/
Channel
lynnalynn01 Channel
dan semua pihak atas sumber maklumat dan gambar)

Tidak ada komentar:

Posting Komentar