Rabu, 05 Desember 2012
Sinopsis Episode 49 (4 Disember 2012) - Layar Drama Indonesia: Mega Sinetron Separuh Aku mula menemui penonton pada 15 Oktober 2012 setiap hari pukul 19.00 WIB di RCTI
Sutradara : Agusti Tanjung
Produser : Leo Sutanto
Cerita & Skenario : Hilman Hariwijaya
Desain Produksi : Heru Hendriyarto
Produksi : SinemArt (2012)
Lagu Tema : Separuh Aku
Penyanyi : Noah
Pencipta : David & Ihsan Nurrachman
Produksi : PT. Musica Studios's
Pemain Separuh Aku:
Asmirandah, Rezky Aditya, Miller Khan, Michella Putri, Kevin Andrean, Putri Anne, Ari Wibowo, Vira Yuniar, Adipura, Shueil, Malaki, Shelsi Valencia, Tengku Ryan, Tia Ivanka, Johan Jehan
Asmirandah sebagai Adara - (Anak Kandung Pak Sandy dan Bu Marni
Anak Tiri Sudiro)
Rezky Aditya sebagai Rama
Miller Khan sebagai Dennis
Michella Putri sebagai Maya
Kevin Andrean sebagai Reza - (Sahabat Andara)
Putri Anne sebagai Naning - (Pacar Reza)
Tia Ivanka - Bu Tia (Ibu Maya)
Ari Wibowo sebagai Pak Sandy - (Ayah Maya dan Andara)
Adipura sebagai Sudiro - (Ayah Adara)
Vira Yuniar sebagai Marni - (Ibu Adara)
Johan Jehan - Pak Eddy (Ayah Dennis)
Triningtyas - Bu Ida (Ibu Dennis)
Suhel Fahmi sebagai Andi - (Keponakan Rama)
Malaki sebagai - Adit (Keponakan Rama)
Shelsi Valencia sebagai Andien - (Keponakan Rama)
Sambungan sinopsis Separuh Aku Episode 49
Rama menelefon Adara. Adara serba ingin tahu bagaimana dengan presentasinya tadi. Rama dengan senang hatinya memberitahu semuanya berjalan dengan lancar. Rama mengajak Adara makan malam bersamanya untuk meraikannya. Adara setuju untuk makan malam bersama Rama. Sebelum menamatkan panggilan, Rama kata pada Adara "Happy Working" tetapi Adara tidak faham maksudnya apa. Dennis tanya apakah Adara akan keluar dinner sama Rama. Adara mengiakan pertanyaan Dennis. Pada mulanya dia menyangka Dennis tidak suka tetapi Dennis membenarkan Adara pergi sahaja.
Adara tanya apakah dia boleh pergi makan malam sama Rama sekarang. Kata Dennis dia mahu pulang bukan kerana Rama mahu membatalkan perjanjian itu tetapi kerana dia mahu pulang saja. Setelah Adara pergi menemui Rama, Dennis masuk ke kamar di warung itu menangis sendirian. Oki terdengar tangisan Dennis. Tiba-tiba Dennis teringat nasihat Ustaz padanya yang dia harus ikhlas sama Adara. Namun Dennis terus menangis kerana dia tidak dapat terima semua itu.
Adara memberi cadangan pada papanya agar mereka ajak Rama makan malam bersama, Maya minta papanya anggap saja itu permulaan kerjasama Maya dan Rama. Pak Sandy menyetujui cadangan Maya. Pak Sandy akan menelefon Rama untuk mengetahui apakah dia dapat hadir makan malam bersama mereka.
Pak Sandy menelefon Rama minta dia pergi ke rumahnya pada malam itu juga dengan segera (Pak Sandy mahu memberi kejutan pada Rama) Kata Pak Sandy ada sesuatu yang mahu dibahaskan tentang urusan pekerjaan. Sekiranya mereka bercakap melalui telefon akan mengambil masa yang lama jadi dia ingin Rama ke rumahnya. Rama serba salah. Dia keberatan untuk menolak Pak Sandy kerana Pak Sandy itu bossnya sementara juga Dara gimana. Rama serba salah.
Di rumah, Adara sedang tunggu Rama dengan tidak sabar lagi.Adara terdengar ketukan di pintu. Disangkanya Rama tetapi Adara kecewa bila Dennis yang datang. Dennis memuji kecantikan Adara. Dennis tanya Adara dia mahu ke mana. Dennis hampir lupa yang Adara ada dinner sama Rama. Kata Adara Rama belum datang untuk menjemputnya.
Rama menelefon Adara membatalkan temu janji mereka untuk makan malam bersama kerana Pak Sandy menelefonnya secara tiba-tiba dan Rama jadi bingung. Namun Adara tidak marahkan Rama dan setelah itu Rama teruskan perjalanannya ke rumah Pak Sandy. Di sana Rama makan malam bersama Pak Sandy dan Maya sementara Adara keluar makan malam dengan Dennis. Dalam hati Maya, dia berasa lega kerana papanya seperti sudah mulai suka sama Rama. Maya terus berfikir tidak lama lagi Rama bakal jadi miliknya.
Pada keesokan hari, Rama pergi menemui Adara di warung. Tanya Adara kenapa dia pagi-pagi telah ke situ. Apakah dia baru saja hantar anak-anak ke sekolah. Rama mengiakan pertanyaan Adara. Rama minta maaf pada Adara kerana tidak jadi makan malam bersamanya kemarin. Namun Adara faham situasi Rama sambil berkata Rama tidak perlu minta maaf. Kata Adara lagi mereka nggak boleh cemburu lagi, nggak boleh curigai lagi yang penting mereka harus saling mempercayai dengan hati yang terbuka. Sedang Rama dan Adara sedang berbual-bual, Dennis muncul di depan mereka. Dennis tanya kenapa mereka jadi diam begitu. Sambung Dennis lagi nggak usah "speechless" terus saja ngobrol nggak usah fikirkan tentangnya. Dennis biarkan mereka terus berbual sementara dia dengan bahan-bahan masakan yang baru dibelinya.
Adara kasihani Dennis kerana hubungan Rama dengannya sudah melukai perasaan Dennis. Rama memanggil Dennis, katanya ada yang hendak dicakapkannya. Tanya Rama pada Dennis apakah dia masih marahkannya memandangkan Dennis sekarang ini kelihatan beza dari sebelumnya dan kini Dennis juga lebih pendiam orangnya.
Sambil memegang tangan Adara, Dennis tidak mahu Adara memikirkan tentang perjanjian itu. Kata Dennis itu kan cuma perjanjian manusia. Perjanjian Allah itu lebih kuat. Contohnya Rama yang bisa saja membatalkan hasil pertandingan itu padahal dia begitu ingin menang. Dennis berharap kalau suatu saat nanti hati Adara juga dapat berubah supaya Dennis bisa cinta sama dia. Setelah itu Dennis minta diri untuk ke belakang lagi. Rama dan Adara cuma dapat berdiam diri tidak tahu apa yang harus dikatakan mereka lagi setelah mendengar penjelasan dari Dennis tadi.
Andien, Andi dan Adit sedang bermain bola di halaman rumah Adara. Kata Andi lagi nggak seru tanpa Kakak Dara sama Om Rama. Sekarang ini mereka sibuk. Sambung Adit tiada yang menemani mereka. Jawab Andien pula kan Om Rama dan Kakak Dara masih kerja. Andien mengajak adik-adiknya ke warung Om Dennis. Marni tanya anak-anak ke mana mereka mahu pergi. Andien jelaskan pada Marni bahawa mereka mahu pergi ke kedai Om Dennis. Marni tidak mahu mereka menyusul ke sana nanti Adara tidak dapat kerja. Marni mempunyai suatu cadangan. Katanya mereka bermain saja. Apabila anak-anak tanya main dengan siapa, jawab Marni Om Sudiro yang akan bermain dengan mereka. Sudiro terpaksa bermain bola dengan anak-anak.
Bu Ida bangga denan Dennis yang begitu tanggungjawab sama kerjaannya . Kata Bu Ida pada Pak Eddy lagi Dennis itu anak yang baik. Kata Ida dia pasti belum melupai Adara.
Bu Ida: Dara, boleh ibu bicara sebentar?
Adara: Ibu, ibu mahu titip pesan buat Dennis?
Bu Ida: Enggak Dara. Bukan itu. Ibu mahu bicara soal Dennis. Kamu lihat enggak. Dennis itu sungguh-sungguh cinta sama kamu. Meskipun kamu kecewain dia berkali-kali. Dia nggak berubah. Dia selalu dengar apa yang kamu bilang. Iya kan? Coba kamu perhatiin deh. Sekarang dia kerja keras, tanggungjawab dan sangat tulus membangun kedai bersama kamu meskipun kamu nggak respon cintanya.
Adara: Maksud Ibu Ida?
Ibu Ida: Dara, ibu mohon. Ibu mohon sekali, Dara. Buka hati kamu sedikit saja untuk Dennis. Ibu tahu kamu bisa. Coba kamu pertimbangkan. Cinta itu bisa tumbuh seiring jalannya waktu, Dara...
Ibu Ida terus memberi contoh kata pepatah pada Adara untuk difahaminya. Kata-kata Ibu Ida seakan-akan telah melembutkan hati Dara. Adara berlinangan air mata memikirkan kata-kata Ibu Ida tadi, "Cinta bisa tumbuh seiring waktu". Tetapi bagaimana pula dengan cintanya sama Rama.
Sudiro tidak tahu hendak bagaimana lagi kerana dia sudah keletihan main bermacam-macam permainan dengan anak-anak.
Rama dan Adara melihat anak-anak sudah ketiduran. Rama memberitahu Adara hubungan mereka tidak boleh dibiarkan tergantung begitu sahaja. Rama melamar Adara. Rama tanya apakah Adara mahu nikah sama dia. Adara begitu terharu tetapi dia terfikir tentang mami Dennis minta Adara untuk menerima cinta Dennis. Rama beritahu Adara yang dia juga ke sana untuk minta Rama tinggalkan Adara tetapi Rama tidak dapat memenuhi kehendaknya kerana Rama terlalu cinta sama Adara. Rama memberi cadangan pada Adara bagaimana kalau mereka tunangan dulu. Jawab Adara dia akan bincangkan hal itu dengan ibunya dulu.
Alangkah bahagianya sekiranya mereka benar-benar boleh bersatu dan menikah tanpa tentangan dari mana-mana pihak.
- Marni tanya apakah Adara yakin dengan keputusannya. Kata Marni dia setuju dengan lelaki pilihan Adara. Namun Dara masih bingung soal Dennis.
Adara tidak tahu macam mana hendak memulakannya tetapi akhirnya dia memberitahu Dennis yang dia sama Rama mahu tunangan. Terasa pilu di hati Dennis apabila mendengar tentang berita itu. Adara cuba tenangkan hati Dennis. Dia tahu yang pasti Dennis akan kecewa mendengarnya dan sambung Adara lagi dia dan Rama minta maaf tentang hal itu. Namun Dennis mengucapkan terima kasih pada Adara yang masih mahu memikirkan tentang perasaannya. Kata Dennis mungkin mereka tiada jodoh untuk bersama. Walaupun Dennis cuba untuk mendapatkan cinta Adara tetapi gagal terus. Kata Dennis apabila dia jadi janda nanti baru mereka berjodoh. Apabila Adara tanya kenapa dia bercakap begitu jawab Dennis dia cuma bercanda. Sambung Dennis lagi dia akan selalu doakan mereka. Dennis mengucapkan tahniah pada Rama dan Adara yang akan bertunangan.
Keponakan Rama gembira sekali mendapat tahu Kakak Dara mahu tunangan sama Om Rama. Tanya Andien kenapa mereka tidak langsung nikah saja.
Maya marah-marah apabila dia mendapat tahu daripada Dennis Adara dan Rama akan tunangan. Maya dengan nada yang marah berkata pada Dennis dia tidak akan biarkan mereka berjodoh.
Maya pergi ke warung menemui Adara lalu memberi cadangan pada Adara untuk makan malam bersama Dennis untuk yang terakhir kalinya. Maya tanya apakah Dennis tidak keberatan kalau makan malam sama Dara. Apabila Maya memberi cadangan untuk mereka makan malam di restoran, kata Dennis untuk makan malam yang terakhir kalinya dia mahu makan masakan Adara kerana setelah dia bersuami nanti tidak mungkin untuk Adara masak buat Dennis lagi. Dennis memberi cadangan untuk makan malam bersama Dara di warung itu saja. Maya pula kata dia akn membuat persiapan dan menjadikan tempat itu sepi buat mereka berdua agar tiada yang menganggu makan malam mereka nanti.
Penghujung Episode menceritakan doktor memberitahu Pak Eddy dan Bu Ida yang Dennis keracunan.Mereka sedang menunggu hasil lab kenapa bisa ada racun di makanan. Mereka diminta bertenang dulu sementara pasien perlu istirahat.
Dengan nada suara yang perlahan Maya bercakap seorang diri, keracunan atau diracuni. Pak Eddy kemudian berasa curiga dan tanya apakah Dennis keracunan sewaktu makan bersamanya. Tanpa berfikir panjang, Pak Eddy menuduh Adara meracuni Dennis. Adara menafikan yang dia berniat untuk meracuni Dennis kerana dia juga tidak tahu kenapa itu terjadi. Pak Eddy melaporkan hal itu pada polisi. Dalam hati Maya dia berasa lega kerana semuanya menjadi kacau. Rama cuba yakinkan Pak Eddy yang Adara adalah perlakunya.
Namun Pak Eddy anggap Rama juga sama jahatnya kerana dia calon suami Adara. Pak Eddy terus menuduh yang itu adalah pembunuhan yang dirancangkan untuk membunuh anak mereka. Pak Eddy menelefon polisi untuk melaporkan Adara pada polisi. Bersambung.
Kredit yang diberikan pada http://helloskyblu.blogspot.com/ sekiranya telah diambil sinopsisnya amat dihargai.
Terlebih dahulu saya ingin meminta maaf kerana terdapat banyak kesilapan dalam ejaan, struktur ayat dan tatabahasa sewaktu saya menulis sinopsis ini. Terima kasih kepada semua yang telah singgah di sini.
Layar Drama Indonesia: Separuh Aku Episode 49 pada 4 Disember 2012
Layar Drama Indonesia: Separuh Aku Episode 49 Part 1
Layar Drama Indonesia: Separuh Aku Episode 49 Part 2
Layar Drama Indonesia: Separuh Aku Episode 49 Part 3
Layar Drama Indonesia: Separuh Aku Episode 49 Part 4
sumber: (Terima kasih dan kredit diberikan kepada
http://www.sinemart.com/
http://www.rcti.tv/
http://id.wikipedia.org/
RCTIofficial Channel
MrSakti7799 Channel
crystle1987 Channel
emeraldL2009 Channel
lynnaandyou Channel
dan semua pihak atas sumber maklumat dan gambar)
Tidak ada komentar:
Posting Komentar