Senin, 03 Desember 2012
Sinopsis Episode 7 (3 Disember 2012) - Sinetron Aliya menemui penonton di Slot Sinetron TV3 pada 21 November 2012 jam 2.00 petang setiap Isnin - Khamis
Pemain Sinetron Aliya
Dea Annisa sebagai Aliya
Irwansyah sebagai Gilang/Galang
Billy Davidson sebagai Faris
Afifa Syahira sebagai Marina
Gege Elisa sebagai Gisha
Shandy Isabella sebagai
Jihan Fahira sebagai Shinta
Restu Sinaga sebagai Wisnu
Gunawan sebagai Anjar
Natasha Dewanti sebagai Winda
Marini Burhan sebagai Laila
Lagu Tema: Menyambut Janji
Penyanyi: Letto
Cerita & Skenario: Ina Rosamaya
Sutradara: Maruli Ara & Doddy Djanas
Produser: Titin Suryani
Produksi: Verona Pictures © 2011
Periode Tayang: Mulai 12 Desember 2011
Jadwal Tayang: Setiap Hari pukul 19.00 WIB
Penghargaan:
Januari 2012 : Sinetron Paling Berkilau
Judul : Aliya
Episode : Global
Pemain : Dea Anissa, Irwansyah, Jihan Fahira, Gunawan, Restu Sinaga, Primus Yustisio, Billy Davidson, Afifa Syahira, Natasha Dewanti, Marini Burhan, Marchia Caroline, Epi Kusnandar, Ivanka Suwandi, Sean Hasyim, Gege Elisa
Tayang : Setiap Hari
Pkl. 19:30 - 21:oo WIB
Sinopsis Global
ALIYA adalah sosok gadis baik dan jujur yang lahir dari pernikahan Anjar dan Shinta. Sayang, kisah hidup Aliya tidaklah semanis wajahnya. Berbagai konflik selalu menghiasi perjalanan hidup Aliya, termasuk masalah keluarga dan cerita kisah cintanya yang tragis.
Gadis malang itu harus merasakan kehidupan dalam penjara, karena dituduh membunuh Gilang, kekasihnya. Aliya menganggap lika liku kehidupan itu adalah sebuah pengorbanan untuk ibundanya. Di sisi lain, karena Gilang telah tiada, Aliya menganggap tidak ada lagi laki-laki lain yang dia cintai.
Bagaimana kisah selanjutnya? Apakah Aliya akhirnya mengetahui bahwa Shinta adalah ibu kandungnya? Mungkinkah Shinta akan kembali bersatu dengan Anjar? Lantas, kepada siapa Aliya akan melabuhkan cintanya? Fariz yang benar-benar mencintainya atau Galang yang mirip Gilang mantan kekasih Aliya?
Temukan jawabannya hanya di saluran Satu untuk Semua. (Cn)
Sambungan sinopsis Aliya Episode 7 pada 3 Disember 2012
Aliya menjenguk Faris di penjara tetapi dia enggan mengaku yang dia sedang sakit. Faris tidak bermaya untuk berjalan ke arah Aliya kerana badannya terlalu lemah. Kata Faris dia cuma tergelincir. Sambil berlinangan air mata, Aliya menyuapkan makanan buat Faris.
Di rumah sakit, doktor memberitahu ahli keluarga Mutia yang kondisi Mutia semakin stabil. Namun mereka harus perhatikan Mutia beberapa hari lagi untuk mengetahui apakah dia sudah boleh pulang ke rumah atau tidak. Diya meminta kebenaran untuk menjalani rawatan di rumah sahaja kerana biayanya semakin bertambah. Tetapi menurut doktor biayanya sudah dijelaskan. Mutia dan Diya terkejut apabila mengetahui yang semua biaya rawatan sudah dilunaskan.
Mutia tahu Aliya bercakap bohong apabila Aliya mengaku dia yang telah melunaskan biaya rawatan mamanya di rumah sakit. Diya minta Mutia jangan berkasar seperti itu tetapi menurut Mutia mana mungkin Aliya dapat melunaskannya memandangkan jumlahnya begitu besar sebanyak 30 juta dan Aliya cuma seorang pelyan hotel. Dari mana dia mendapat wang sebanyak itu. Mutia tidak mempercayai Aliya.
Mutia mengesyaki ada seseorang yang meminjam wang tersebut pada Aliya. Aliya tidak terjawab pertanyaan Mutia. Mutia memaksa Aliya memberitahunya siapa orangnya.
Mutia: Siapa orangnya yang berani kasi pinjam uang itu atau jangan-jangan perempuan itu yang kasi uang itu, iya?
Anjar tanya Mutia siapa orangnya. Jawab Mutia siapa lagi kalau bukan Shinta, perempuan simpanannya.
Mutia terus memarahi Aliya yang berani mempermalukannya di depan wanita itu. Mutia mahu tahu apakah Aliya itu sebenarnya anaknya atau bukan. Aliya terus menangis. Anjar tidak mahu Mutia marah-marah sama Aliya lagi. Kata Anjar seharusnya mereka berterima kasih dan bukan berasa marah seperti itu kerana dia telah membantu. Mutia terus tanya Anjar sekarang dia itu membela Aliya atau Shinta.
Anjar tidak membela siapa-siapa cuma dia tidak suka Mutia bersikap kasar sama Aliya. Selama ini Aliya tidak pernah mengerti perasaan Mutia kerana dia... Belum sempat Anjar menghabiskan kata-katanya, Diya tidak mahu mereka melanjutkan perkara itu lagi. Diya menasihati Mutia yang baru dioperasi kalau jahitannya terbuka biayanya makin bertambah. Diya memanggil Anjar katanya dia ada sesuatu yang ingin dicakapkan pada Anjar. Mutia tanya Aliya kenapa dia berdiri di situ, disuruhnya Aliya keluar. Kata Mutia dia muak melihat muka Aliya. Mutia terus menghalau Aliya keluar.
Di luar, Diya menegur Anjar kenapa dia harus bertengkar dengan Mutia sedangkan Mutia belum sembuh lagi. Anjar minta maaf pada Diya. Dia cuma tidak tahan dengan sikap Mutia Selama ini Anjar telah sabar dan mengerti tetapi Mutia tidak pernah berubah. Diya cuma tidak mahu Anjar tersilap cakap. Diya tanya apa yang difikirkannya sewaktu dia bercakap begitu. Diya tanya apakah Anjar sengaja mahu rahsia itu terbongkar lalu Mutia tertekan. Anjar menafikan semua itu cuma dia tidak suka Mutia terus bersikap kasar dengan Aliya. Anjar ingin Mutia bersikap lembut pada Aliya walaupun Aliya bukan anak mereka.
Hati Aliya hancur apabila dia mendapat tahu yang dia bukannya anak kandung mama dan papanya. Dia menangis lari meninggalkan rumah sakit. Anjar mengejar Aliya dan memberitahu Aliya perkara sebenarnya. Kata Anjar pada Aliya sebenarnya mamanya juga belum mengetahui hal itu. Anjar mohon pada Aliya agar merahsiakan semua itu daripada mamanya.
Hendri terkenang semula dia nampak Atikah tetapi tidak sempat mengejarnya. Hendri melihat semula gambar Atikah bersamanya. Dana muncul. Kata Dana dia harus buru-buru untuk melihat hasil test DNA. Mereka pergi ke rumah sakit untuk mengetahuinya. Winda mahu Hendri buka saja hasil testnya dan ternyata hasilnya adalah bayi yang dikandung Marina bukan bayi Dana.
Hendri mendapat tahu yang DNA janin dalam kandungan Marina tidak cocok. Marina tidak percaya semua itu dan dia terus mahu Hendri dan Dana itu adalah darah daging Dana. Hendri dan Dana beredar dari rumah sakit tidak mahu mempercayai Marina.
Winda menampar Marina kerana dia juga menyangka Marina membohonginya. Tanya Winda sudah berapa ramai lelaki yang telah meniduri Marina. Dia mahu Marina uruskan dirinya sendiri. Winda menghalau Marina. Marina pergi menemui Dana dan dia merayu Dana untuk bertanggung jawab tetapi Dana enggan dan dia kata bukan urusannya kalau Marina dihalau oleh mamanya. Marina terjatuh dan pengsan.
Gisha ternampak Marina yang pengsan itu lalu dibawanya ke rumah sakit. Gisha memberitahu Marina tadinya dia pengsan dan juga mengalami pendarahan juga. Marina menangis dan Gisha tanya apakah Marina telah memberiahu ayahnya. Marina memberitahu Gisha dia tidak boleh pulang kerana diusir mamanya.
Gisha mengajak Marina tinggal di biliknya sahaja. Marina ikut Gisha pulang dan di kamar Marina menjumpai gambar dia bersama Gilang. Ini memberi idea pada Marina. Marina bercadang untuk menganggap Gilang sebagai ayah kepada bayi dalam kandungannya.
Atikah mendapat tahu dia cuma dapat hidup selama enam hingga setahun lagi sahaja. Atikah pergi ke hotel Hendri tetapi dihalau oleh Ibu Puspa, ibunya Hendri. Atikah yang sedang tenat pengsan dan kebetulan Aliya lalu di situ. Aliya mahu menghantar Atikah pergi ke klinik berdekatan hotel itu tetapi Atikah enggan. Aliya menjumpai kalung Gisha tetapi dia tidak tahu kalung itu kepunyaan siapa.
Marina muncul di rumah Wisnu. Shita hairan kenapa dia membawa beg bersamanya. Marina mengaku dia mengandungkan anak Gilang. Shinta tanya bila masanya dia berduaan dengan Gilang kerana selama ini Gilang berada di Amerika pada waktu Marina mengandung. Marina berbohong yang dia pergi ke Amerika. Setelah dia pulang dari Amerika dia terus ditimpa kemalangan. Shinta tanya bila masa dia bersama Marina pula. Kata Marina semua itu terjadi dua bulan yang lalu ketika dia pergi ke tempat Gilang. Marina menunjukkan foto dia bersama Gila di Amerika sebagai bukti. Shinta tanya apakah foto itu asli. Apabila Shinta hampir tahu Marina berbohong tetapi Wisnu pula berpihak pada Marina mengatakan dia yang telah membeli tiket untuk Marina ke sana.
Marina harap Shinta dan Wisnu boleh membantunya kerana dia malu hendak keluar dengan perutnya yang semakin membesar. Wisnu membenarkan Marina menginap di hotelnya sementara waktu.
Shinta marahkan Wisnu dan tanya padanya kenapa dia membeli tiket untuk Marina ke Amerika. Kenapa Wisnu suruh Marina tinggal bersama Gilang tanpa pengawasan mereka dan juga tanpa pengetahuan Shinta lagi. Menurut Wisnu, Winda terus mendesaknya apa yang harus dicakapkan Wisnu.Wisnu masih ingat ketika arwah suami Winda telah selamatkan nyawanya. Jawab Shinta dia tahu tetapi Shinta minta Wisnu janganlah sampai percayakan kata-kata Shinta itu. Kata Wisnu mereka kan sudah merancang untuk menjodohkan Gilang dengan Marina. Sambung Shinta, mereka cuma merancang belum tentu ia akan jadi. Mereka boleh menikah tetapi bukan dalam keadaan hamil. Belum tentu Gilang mahu bertanggungjawab kalau dia masih hidup kerana belum tentu Gilang yang melakukannya. Namun sambung Wisnu, Marina bilang Gilang yang menghamili dia.
Shinta tidak mahu Wisnu mempercayainya begitu sahaja kerana Shinta telah mendidik Gilang dengan baik. Gilang tidak mungkin melanggar aturan agama. Dia tak merokok pun apa lagi berlaku tak sopan pada perempuan, begitulah percayanya Shinta terhadap anak mereka, Gilang. Shinta faham benar sikap Gilang. Tetapi menurut Wisnu bukankah Gilang tinggal di Amerika. Dia tanya Shinta apakah dia tahu gaya hidup di sana. Jawab Shinta dia tahu tetapi itu tidak tentukan apa-apa. Daripada mereka terus bertengkar, Shinta mahu Marina lakukan test DNA.
Gisha pulang keletihan. Atikah tanya kenapa dia tidak menginap sahaja di rumah sewanya sahaja. Gisha jelaskan pada ibunya dia pinjam tempatnya pada temannya jadi dia pulang ke rumah. Atikah tanya di mana perginya kalung Gisha. Gisha baru mendapat tahu kalungnya hilang. Gisha janji akan terus cari kalung itu kerana kalung itu sangat penting buat ibunya.
Di kamar, Aliya terus fikirkan kepunyaan siapa kalung yang dijumpainya itu. Aliya hairan kenapa dia rasakan seperti dia pernah memiliki kalung itu tetapi Aliya tidak ingat di mana.
Di penjara, Faris tidak sembuh-sembuh dan terus sakit. Faris kesejukan.
Shinta mahu Marina melakukan test DNA. Marina panik dan dia terus menangis apakah separah itu nasib seorang wanita yang dihamili orang. Tiada yang bertanggungjawab tiada yang percaya. Marina lalu mengingatkan Wisnu dia anak Pak Daya. Kata Marina Wisnu pernah diselamatkan oleh papanya. Gara-gara menyelamatkan Wisnu, papanya meninggal. Sekarang pula, kata Marina, Wisnu sanggup menuduh dia sebagai pembohong. Sambung Marina dalam tangisan, dia seorang anak yang tidak mempunyai papa lagi. Kata Marina lagi seandainya papanya masih hidup tentu dia pasti sedih sangat.
Akhirnya Wisnu terpaksa mengalah dan berkata dia percayakan Marina dan diajaknya Marina untuk tinggal bersama mereka. Shitan terkejut dengan keputusan suaminya itu. Wisnu memberitahu Marina mereka akan bertanggungjawab atas anak dalam kandungan Marina. Marina berterima kasih apda Wisnu yang telah membenarkannya tinggal di sana. Marina minta keizinan untuk kemaskan barang-barangnya di hotel.
Shinta tanya Wisnu kenapa Wisnu terima begitu sahaja. Bukankah perjanjiannya dia harus lakukan test DNA dahulu. Kalau positif baru mereka terima tetapi jawab Wisnu dia tidak sanggup lakukannya. Apa lagi dia sebut tentang arwah ayahnya jadi tak mungkin Wisnu tak tolong. Sampai bilapun Wisnu akan selalu berhutang nyawa pada arwah ayahnya. Wisnu mahu Shinta terima saja, katanya kasihan Marina itu. Bagaimana kalau dia mengandungkan anak Gilang. Kita kan berdosa tak bertanggungjawab nanti.
Shinta menemui Aliya dan memberitahu Aliya apa yang telah berlaku antara Marina dan Gilang. Aliya terkejut mendengar khabar yang mengatakan Marina telah mengandungkan anak Gilang. Hati Aliya bagaikan retak dan Aliya terus menangis kesedihan. Shinta memujuk Aliya agar jangan menangis. Shinta minta maaf pada Aliya kerana dia juga tidak menyangka tetapi Marina menyangka seperti itu. Kata Marina dia ke Amerika dua bulan yang lalu. Di sana kejadiannya.
Di penghujung episode, Marina muncul di rumah mamanya lalu memberitahu mamanya yang masalahnya sudah beres. Winda tanya Marina beres gimana apakah Dana mahu bertanggungjawab atas kandungan Marina. Tetapi jawab Marina dia tidak perlukan Dana lagi kerana sudah ada orang lain yang bertanggungjawab. Tanya Winda siapa? Jawab Marina, Tante Shinta dan Om Wisnu. Episode 7 berakhir dengan Winda yang masih kurang percaya tentang apa yang baru didengarnya...
Terlebih dahulu saya ingin meminta maaf kerana terdapat banyak kesilapan dalam ejaan, struktur ayat dan tatabahasa sewaktu saya menulis sinopsis ini. Terima kasih kepada semua yang telah singgah di sini.
Sinetron Aliya Episode 7
Sinetron Aliya Episode 7 Part 1
Sinetron Aliya Episode 7 Part 2
Sinetron Aliya Episode 7 Part 3
Sinetron Aliya Episode 7 Part 4-4
sumber sinopsis mulai Episode 1
(Special thanks and credits to/Terima kasih dan kredit diberikan kepada: dinna:
http://niazuramaria.blogspot.com/
http://pangeran229.wordpress.com/ dan lain-lain
sumber: (Terima kasih dan kredit diberikan kepada
http://www.sctv.co.id
http://www.tv3.com.my/
http://id.wikipedia.org/
SenCy_TVkoe: http://www.lautanindonesia.com/
http://clorofilawards.wordpress.com
http://pangeran229.wordpress.com/
http://niazuramaria.blogspot.com/
azmitabalkis13 Channel
dan semua pihak atas sumber maklumat dan gambar)
Tidak ada komentar:
Posting Komentar