Sutradara : Agusti Tanjung
Produser : Leo Sutanto
Cerita & Skenario : Hilman Hariwijaya
Desain Produksi : Heru Hendriyarto
Produksi : SinemArt (2012)
Lagu Tema : Separuh Aku
Penyanyi : Noah
Pencipta : David & Ihsan Nurrachman
Produksi : PT. Musica Studios's
Pemain Separuh Aku:
Asmirandah, Rezky Aditya, Miller Khan, Michella Putri, Kevin Andrean, Putri Anne, Ari Wibowo, Vira Yuniar, Adipura, Shueil, Malaki, Shelsi Valencia, Tengku Ryan, Tia Ivanka, Johan Jehan
Asmirandah sebagai Adara - (Anak Kandung Pak Sandy dan Bu Marni
Anak Tiri Sudiro)
Rezky Aditya sebagai Rama
Miller Khan sebagai Dennis
Michella Putri sebagai Maya
Kevin Andrean sebagai Reza - (Sahabat Andara)
Putri Anne sebagai Naning - (Pacar Reza)
Tia Ivanka - Bu Tia (Ibu Maya)
Ari Wibowo sebagai Pak Sandy - (Ayah Maya dan Andara)
Adipura sebagai Sudiro - (Ayah Adara)
Vira Yuniar sebagai Marni - (Ibu Adara)
Johan Jehan - Pak Eddy (Ayah Dennis)
Triningtyas - Bu Ida (Ibu Dennis)
Suhel Fahmi sebagai Andi - (Keponakan Rama)
Malaki sebagai - Adit (Keponakan Rama)
Shelsi Valencia sebagai Andien - (Keponakan Rama)
Sambungan kisah Mega Sinetron Separuh Aku Episode 47
Dennis memberitahu Adara ada Rama di situ. Dalam hati Adara dia berkata tidak boleh sampai ada orang yang tahu dia mengenali orang katering sepertinya.
Rama ternampak Adara dan ditanya Rama dia mengendalikan katering di sana.? Adara cuma berdiam diri. Hati Maya berasa lega melihat Adara.
Dia mahu Adara tahu bagaimana perasaannya di situ bila Rama adalah seorang pimpinan sebuah perusahaan pernerbitan mana mungkin bisa akan bersama Adara yang cuma seorang penjual kueh. Adara terpaksa berjauhan dengan Rama di situ dan terus menjalankan tugasnya. Suara hatinya meminta maaf pada Rama. Dia tidak mahu Rama merendahkan diri pada para petinggi di situ.
Rama mahu menghantar Adara pulang setelah acara selesai tetapi Dennis tidak membenarkannya dan berkata dia saja yang menghantar Adara pulang. Kata Dennis Adara datang sama-samanya dan seharusnya dia juga pulang sama-sama dia. Rama menerangkan pada Adara sekiranya Dennis hantar pulang dia terpaksa memutar-mutar untuk menghantarnya tetapi bukankah sehala menuju ke rumahnya dengan Adara.Namun Dennis tetap berkata semua itu tidak mendatangkan masalah padanya. Dia tetap dengan pendiriannya untuk menghantar Adara. Akhirnya Adara memilih untuk mengikut Dennis kerana dia terpaksa membereskan kerja menghantar perkakas dan barang-barang terlebih dahulu.
Rama hairan apabila Maya tidak mengajak dia pulang bersamanya. Maya bersikap tidak seperti kebiasaannya. Selalunya Maya juga ada membawa mobil tetapi dia mahu Rama menghantarnya padahal kali ini tidak. Rama fikirkan apakah Maya sudah berubah. Terus mengikuti Separuh Aku dalam babak-babak seterusnya.
Pak Sandy menunjukkan projek untuk membangun hotel bintang 5 dan rumah elite pada Rama dengan tujuan untuk memberi tanggungjawab pada Rama untuk mengendalikan projek tersebut kerana dia mengetahui Rama adalah seorang yang suka menerima cabaran dan suka diberi tanggungjawab yang besar dan kedua-duanya Pak Sandy ingin berikan padanya. Pak Sandy harap Rama tidak akan menolak kesempatan seperti itu.
Namun dalam hati Rama dia benar-benar bingung tentang perubahan sikap Pak Sandy terhadapnya. Memandangkan Rama tidak memberi persetujuan untuk tawaran Pak Sandy, dia memberi waktu untuk Rama mempertimbankan hal itu tetapi dimintanya agar tidak membiarkannya menunggu lama untuk jawapannya.
Dalam perjalanan Rama berfikir yang Adara akan berasa senang sekiranya dia mengajaknya menonton filem "Cinta". Pada waktu yang sama juga Dennis juga ternampak poster filem tersebut dan dia ingin mengajak Adara menontonnya.
Rama menelefon Adara mengajaknya menonton filem tersebut. Tetapi Adara belum sempat untuk memberi jawapan pada Rama dan dia terus menerima panggilan daripada pelanggan untuk memesan kueh daripadanya. Adara hairan dia belum berkata apa-apa dengan Rama dan Rama telah mengucapkan terima kasih padanya dan mematikan panggilan. Adara berkata pada dirinya lagi yang situasi itu membuat dia pusing saja.
Dennis terus ke warungnya dan mengajak Adara perti menonton bersamanya. Tanpa berfikir, Adara terus menjawab "Iya bisa nanti" Apakah jawapan itu ditujukan pada Dennis menunjukkan dia tahu apa yang baru ditanya oleh Dennis ataupun dia menjawabnya kerana terlalu sibuk hingga tidak tahu apa yang dikatakannya tadi. Adara dapat rasakan yang kedua-dua Rama dan Dennis bersikap aneh pada hari itu. Adara teruskan kerjanya.Terus ikuti kisah Separuh Aku di babak-babak yang seterusnya.
Rama tanya Adara apakah dia sudah selesai kerja. Dennis muncul dan meninggikan suaranya pada Rama yang memberitahunya yang dia ada temu janji dengan Adara pada malam itu untuk menonton filem romantis. Adara sedikit hairan mendengar kata-kata Dennis. Dennis dan Rama bertengkar tentang siapa yang telah ajak Adara terlebih dahulu. Apabila Rama beritahu niatnya, Adara memberitahu Rama yang dia sendiri bingung apabila Rama terus mengucapkan terima kasih padanya sebelum dia menjawab apa-apa. Dennis pula suruh Rama pulang saja dan mengaja keponakannya menonton sementara dia akan menonton bersama Adara. Menurut Dennis pula dia dah ketemu langsung dan mengajak Adara, Adara kata okey. Adara menafikan yang dia pernah terima ajakan Dennis. Kedua-dua Dennis dan Rama menarik-narik tangan Adara. Adara terus meninggalkan mereka berdua di warung itu.
Oki mencadangkan pada Dennis dan Rama untuk mengadakan dual balap lari. Yang menang baru boleh bawa Adara. Rama kata dia pasti menang namun sambung Dennis pula kakinya panjang.Tetapi menurut Rama kaki panjang tidak ada gunanya. Oki tidak mahu mereka bertengkar lagi. Dennis memberitahu Adara tujuan mereka ke situ. Mereka akan dual dan sesiapa yang kalah harus ikhlaskan Adara. Adara menerenung wajah mereka berdua. Adara tidak setuju dengan cadangan mereka itu. Katanya dia itu manusia yang punya perasaan bukannya barang. Namun tiba-tiba pula muncul Sudiro dan menyetujui cadangan Dennis dan Rama. Menurut Sudiro itu merupakan idea yang bagus.Sudiro juga mempunyai cadangan lain iaitu siapa yang memberinya duit yang lebih akan menang. Adara marah-marahkan abahnya dan kata apakah abahnya anggapkan dia sebagai barang dagangan.
Rama menerima panggilan daripada Pak Sandy:
Rama: Hello iya Pak Sandy. Ada yang bisa saya bantu, pak?
Pak Sandy: Rama, bagaimana? Kamu sudah pikirkan soal tawaran saya kemarin untuk menjalankan proyek saya?
Rama: Ya, itu yang saya pikirin tapi arr...
Suara latar Sudiro mengatakan: "
"Memang wajar kalau seorang anak kasi uang sama orang tuanya. Iya kan? Wajar dong. Lagian kamu kan suka sama dua-duanya"
Adara marah-marah pada abahnya dan terus menjawab yang dia tidak setuju dan tidak mahu dan kemudiannya pula Sudiro menjerit-jerit menjawab anaknya.Rama menyuruh mereka berdua diam hingga menyebabkan Pak Sandy salah faham tentang Rama.
Pak Sandy: Rama, dengar baik-baik. Saya kan tanya ke kamu dengan baik-baik. Usah bentak-bentak begitu dong sama saya. Kalau misalnya kamu nggak setuju atau kamu menolak kamu bicara juga baik-baik dong.
Rama: Maaf pak, saya bukan bentak bapak tapi ini di belakang saya berisik banget pak. Adas sedikit pedebatan, sedikit pak. Maaf pak.
Pak Sandy akhirnya faham semua itu hanya salah pengertian saja.
Pak Sandy: Jadi apa jawaban kamu, saya masih menunggu.
Rama: Saya sanggup pak, pasti pak.
Pak Sandy: Bagus, itu jawaban yang saya tunggu-tunggu. Kalau begitu untuk detail selanjutnya kita bicaranya di kantor saja..
Dual balap lari antara Rama dan Dennis dimulakan. Rama berlari dengan selaju yang boleh sementara Dennis asying menarik seluar "track bottomnya" yang longgar. Rama menang. Anak-anak ketawa melihat Dennis. Adara pula berasa bersyukur kerana akhirnya dia boleh lepas daripada Dennis. Tetapi Adara tidak faham dia berasa sedih melihat Dennis begitu.
Di rumah, mereka merayakan kemengangan Rama. Namun Adara masih memikirkan tentang Dennis. Rama dapat mengagak yang Adara ada sesuatu yang difikirkan Adara. Rama fikirkan apakah Adara tidak suka dia telah menang. Sudiro pula berkhayal yang dia tidak akan hidup susah lagi keana Rama yang akan menyambung semua biaya hidupnya.
Adara masih memikirkkan tentang dia yang berasa senang dengan kemenangan Rama sementara Dennis pula pasti sedih di sana. Adara serba salah kerana dia mencintai Rama tetapi di sisi lain dia tidak mahu Dennis sampai terluka. Adara tahu mereka terpaksa melakukan itu agar mereka boleh bersatu tetapi Adara juga tetap tidak sedap hati memikirkannya. Begitu juga Rama dia tidak mahu sampai Dennis terluka dan sakit hati apa lagi gara-gara Rama. Rama tidak tahu hendak buat macam mana lagi. Dia bingung memikirkannya.
Di warung, Dennis dalam kesedihan dan berasa putus asa. Dia tanya pada dirinya buat apa dia berada di situ kerana tidak ada apa lagi yang dia perjuangka kerana sepertinya Adara lebih memilih Rama daripada diirinya.Dennis anggap yang dirinya tiada harapan lagi.Kalau Dennis pulang ke kampung pasti semuanya akan diketahui oleh teman-temannya dan apa lagi kalau pulang ke rumah papinya. Dia tidak mahu pulang ke rumah papinya kerana dia telah berjanji mahu mandiri. Dennis bingung apa yang harus dia lakukan kerana dia harus pergi dari semua itu.
Di kamar, Adara tidak dapat melelapkan matanya. Dia asyik terbayangkan wajah Dennis. Adara berdoa agar Dennis tidak melakukan sesuatu yang bodoh.
Dalam babak yang lain menceritakan Dennis sedar yang Adara bukan jodohnya walaupun dia begitu ingin untuk mendekatkan lagi dengan Adara. Dennis doakan sekiranya kalau Adara jodohnya pertemukanlah mereka dalam cinta. Tetapi kalau Adara bukan jodohnya, jodohkan mereka.
Adara nenerima surat daripada Dennis: Adara, entah kenapa yang ada di pikiranku itu cuma kamu. Tapi sekarang aku gak tahu harus bagaimana lagi. Seolah-olah semua tidak mengharapkan keberadaanku lagi. Begitu pun saya dengan kamu, Adara. Aku akan pergi walau aku sendiri, tidak tahu harus pergi ke mana. Selamat tinggal Adara.
Adara menelefon Rama memberitahunya tentang Dennis mahu pergi setelah diletakkannya surat itu ke warung untuk Adara. Tetapi Dennis juga tidak tahu hendak pergi ke mana.
Ida memberitahu Eddy sambil menangis yang Dennis telah menghantar smsnya mengatakan dia pergi dan tidak mahu bertemu dengan mereka lagi. Ida mengulangi yang Dennis sudah pergi dari rumah.
Maya menerima panggilan daripada Bu Ida yang tanyakan Maya apakah dia tahu Dennis berada di mana. Bu Ida menjelaskan semuanya tentang Dennis pada Maya. Pak Eddy dan Bu Ida sampai di rumah Sudiro dan tanya di mana Adara berada. Menurut Pak Eddy gara-gara Adara anaknya hilang. Sudiro pula tidak peduli langsung tentang kehilangan Dennis dan sambungnya lagi Adara sudah tidak mempunyai sebarang hubungan dengan Adara kerana dia sudah mempunyai calon menantu yang jauh lebih baik daripada Dennis. Kata Sudiro sebelum ini dia sopan dan menurut kata-kata Pak Eddy kerana dia ingatkan yang Pak Eddy adalah calon besannya tetapi sekarang mereka putus hubungan. Mereka mula bergaduh.
Marni dan Bu Ida cuba mengelak dari pergaduhan itu terus berlaku. Adara dan Rama tiba tepat pada waktunya dan mereka berhentikan pergaduhan itu. Pak Eddy menuduh itu semua gara-gara Rama dan Adara yang menyebabkan kehilangan anaknya tetapi Sudiro suruh Pak Eddy jangan tuduh sebarangan tentang anaknya dan menyalahkan calon menantunya di depannya. Kata Pak Eddy pula dia tak akan pernah setuju mempunyai calon menantu serta calon besan seperti mereka.
Adara sudah tidak tahan dengan tingkah laku mereka berdua dan dia menangis-nangis masuk ke dalam. Pak Eddy dan Bu Ida pergi dari rumah Sudiro. Adara memberitahu ibunya dia akan pulang ke kampung mencari Dennis sementara Rama juga akan tolong mencari Dennis juga. Adara yang sudah jemu mendengar abahnya yang selalu fikirkan dia nikah sahaja sementara mereka sedang fikirkan di mana perginya Dennis. Adara menangis lagi dan masuk ke kamarnya.
Bu Ida ke rumah Rama mahu bercakap sesuatu dengan Rama.
Bu Ida: Rama, kamu tahu kan kenapa Dennis melakukan ini?
Namun menurut Rama dia tidak tahu kerana dia tidak diberitahu Dennis tentang hal itu.
Bu Ida: Kamu jangan bohong, Rama. Kamu jangan pura-pura bodoh. Kamu tahu kan kenapa Dennis melakukan ini karna kamu rebut Adara dari dia. Kamu tahu kan kalau hidup matinya hanya untuk Adara. Kenapa kamu tega rebut Adara dari Dennis. Rama tante mohon, tante mohon sekali kalau Dennis kembali, jangan ambil Adara dari Dennis, ya?
Rama juga perihatin tentang kehilangan Dennis, sambung Rama lagi. Rama juga risaukan di mana keberadaan Dennis. Rama berjanji akan bantu mencari Dennis kerana apa yang penting sekarang adalah Dennis selamat dan berada dalam keadaan baik-baik sahaja. Dalam hati Rama, dia harap Bu Ida dapat maafkannya kerana walaupun dia prihatin pada Dennis tetapi di sudut yang lain dia masih belum dapat melepaskan Adara untuk Dennis.
Rama menerima panggilan daripada Pak Sandy untuk berbincang tentang proyek propertibnya. Rama minta Pak Sandy tunggu sebentar sementara dia tanya Adara apakah dia membatalkan sahaja pertemuannya dengan Pak Sandy. Namun Adara tidak setuju Rama berbuat demikian kerana walau bagaimana pun Pak Sandy adalah pemilik saham di perusahaan Rama. Adara akan pulang ke kampung sendirian dan katanya pada Rama kalau dia tidak ikut bersamanya ke kampung, Rama boleh menjaga anak-anak. Rama memberitahu Pak Sandy yang dia akan segera ke kantor untuk perbincangan selanjutnya.
Dennis berada di sebuah mesjid. Dalam hatinya dia berfikir apakah dia termasuk dalam orang yang sesat. Kata Dennis dia harus tanya pada Pak Ustaz kerana dia tidak tahu bagaimana lagi. Dennis mengeluarkan kalendar sambil menatapnya dia menangis. Beberapa anak-anak yang juga berada di sana duduk di samping Dennis juga bersimpati dengan keadaan Dennis walaupun mereka tidak tahu masalahnya.
Di kantor, Pak Sandy dan Rama membincangkan tentang proyek baru mereka. Menurut Pak Sandy dia akan menyediakan satu perusahaan interior design dan juga akitek terbaiknya untuk membantu Rama. Rama mengucapkan terima kasih pada Pak Sandy atas semuanya dan dia pasti tidak akan mengecewakan Pak Sandy.
Pak Sandy menelefon Maya kerana dia mahu Maya membantu Rama dalam proyek properti yang Pak Sandy serahkan untuk Rama. Tetapi Pak Sandy mahu Maya terus bersikap profesional. Jangan sampai terbawa-bawa urusan pribadi dengan Rama dan jangan kecewa papanya. Setelah panggilan dimatikan, Maya begitu yakin yang tidak lama lagi Rama akan menjadi miliknya.
Adara sedang perjalanan mahu ke kampung. Dia berharap semoga Dennis sememangnya ada di kampung jadi Adara dapat bertemu dengannya dan memberi semangat pada Dennis lagi.Marni menelefon Adara minta dia pulang ke rumah sebentar tetapi Adara memberitahu ibunya dia mahu menyusul Dennis ke kampung. Tetapi menurut Marni sebelum itu dia mahu Adara pulang ke rumah sebentar sahaja kerana ada sesuatu yang hendak dicakapkan ibunya. Adara hairan kenapa ibunya tidak mahu bercakap tentangnya semalam sebelum dia mahu pergi ke kampung.
Dennis tanya pada Pak Ustaz apa dia tergolong dalam orang yang sesat. Dennis menceritakan masalahnya pada Pak Ustaz bagaimana dia telah berusaha untuk mendapatkan cintanya Adara. Namun menurut Dennis dia selalu gagal malah dia sudah gagal untuk menikahi Adara sebanyak tiga kali. Pak Ustaz menerangkan pada Dennis yang dia mempunyai masalah perasaan. Kadang-kadang perasaan itu boleh membutakan jiwa seseorang. Namun kuncinya itu adalah sabar. Pak Ustaz juga terus memberitahu Dennis agar dia harus bersabar kalau Adara itu bukan jodohnya. Dennis diminta terus bersabar. Dennis menangis teresak-esak apabila dia menyedari yang Adara bukan jodohnya.Dennis juga tidak boleh berputus asa apa lagi Adara masih hidup dan belum meninggal dunia, Dennis harus berjuang dan berusaha sambung Pak Ustaz itu lagi. Namun Pak Ustaz tidak tahu samada Adara adalah jodoh Dennis atau bukan. Dennis harus terus berdoa sahaja. Apakah takdirnya akan berubah setelah Dennis terus berdoa nanti?
Di rumah Marni menasihati anaknya, Adara kenapa mereka tidak tunggu Dennis pulang ke sana sahaja daripada dia menyusul mencari Dennis di kampung. Siapa tahu nanti Dennis akan pulang dan dengan ini Adara tidak perlu ke sana. Adara risaukan keadaan Dennis kerana dia asyik memikirkannya, dia tidak mahu Dennis melakukan sesuatu yang bodoh nanti. Kata Marni lagi sewaktu dia berada di kampung mencari Dennis nanti, bagaimana dengan warung tersebut. Siapa yang akan menguruskannya. Bukankah kasihan Oki teman mereka itu harus uruskannya sendirian. Marni harap Adara dapat menunggu Dennis di Jakarta saja sementara dia juga boleh menjaga dan menguruskan warung tersebut. Namun Adara bingung.
Sudiro kata Adara tidak perlu bingung, malah disuruhnya Adara manfaatkan situasi itu dengan hal-hal yang berguna seperti memikat hatinya Rama daripada Rama jatuh ke tangan calon yang lain. Adara menegur abahnya yang tidak mempunyai perasaan. Masa kan Adara dapat bersenang-senang begitu sahaja padahal dia mengetahui yang Dennis itu dalam kesedihan. Kata Adara itu namanya bersenang-senang di atas kesedihan orang lain dan itu bukan Adara, itu abahnya.
Pak Eddy dan Bu Ida mahu menyusul Dennis ke kampung. Apabila Pak Eddy tanya Bu Ida apakah dia pasti Dennis berada di kampung, jawab Bu Ida ke mana lagi Dennis akan pergi. Maya muncul sebelum itu dan minta mereka menelefon sanak saudara di kampung apakah Dennis berada di kampung sebelum mereka menyusul pergi. Pak Eddy membuat panggilan ke kampung. Tetapi tiada sebarang berita mengenai Dennis berada di kampung.
Suasana di warung sepi tanpa Dennis. Maya muncul dan beritahu Adara yang Dennis tidak pulang ke kampung. Kata Maya lagi dia mengetahui berita itu daripada orang tuanya Dennis setelah bertemu dengan mereka. Kata Maya, di mana pun Dennis berada sekarang, bayangan Adara pasti berada di fikiran Dennis. Adara tanya apa maksud Maya. Maya tanya Adara apakah dia sedar Dennis itu tidak akan balik ke situ lagi kalau bukan Adara yang minta dia balik. Adara setuju dengan pendapat Maya. Dia harus mencari Dennis hingga ketemu. Dalam hati Maya dia lega kerana dia berhasil yakinkan Adara dan dia mahu Adara terus mencari Dennis.
Kisah Separuh Aku bersambung lagi dalam Episode 48 nanti. Sekian sinopsis untuk kali ini. Bertemu lagi dalam episode seterusnya.
Kredit yang diberikan pada http://helloskyblu.blogspot.com/ sekiranya telah diambil sinopsisnya amat dihargai.
Terlebih dahulu saya ingin meminta maaf kerana terdapat banyak kesilapan dalam ejaan, struktur ayat dan tatabahasa sewaktu saya menulis sinopsis ini. Terima kasih kepada semua yang telah singgah di sini.
Layar Drama Indonesia: Separuh Aku Episode 46 pada 30 November 2012
Layar Drama Indonesia: Separuh Aku Episode 46 Part 1
Layar Drama Indonesia: Separuh Aku Episode 46 Part 2
Layar Drama Indonesia: Separuh Aku Episode 46 Part 3-3
sumber: (Terima kasih dan kredit diberikan kepada
http://www.sinemart.com/
http://www.rcti.tv/
http://id.wikipedia.org/
RCTIofficial Channel
MrSakti7799 Channel
crystle1987 Channel
emeraldL2009 Channel
lynnaandyou Channel
dan semua pihak atas sumber maklumat dan gambar)
Tidak ada komentar:
Posting Komentar