Selasa, 04 Desember 2012
Sinopsis Episode 8 (4 Disember 2012) - Sinetron Aliya menemui penonton di Slot Sinetron TV3 pada 21 November 2012 jam 2.00 petang setiap Isnin - Khamis
Pemain Sinetron Aliya
Dea Annisa sebagai Aliya
Irwansyah sebagai Gilang/Galang
Billy Davidson sebagai Faris
Afifa Syahira sebagai Marina
Gege Elisa sebagai Gisha
Shandy Isabella sebagai
Jihan Fahira sebagai Shinta
Restu Sinaga sebagai Wisnu
Gunawan sebagai Anjar
Natasha Dewanti sebagai Winda
Marini Burhan sebagai Laila
Lagu Tema: Menyambut Janji
Penyanyi: Letto
Cerita & Skenario: Ina Rosamaya
Sutradara: Maruli Ara & Doddy Djanas
Produser: Titin Suryani
Produksi: Verona Pictures © 2011
Periode Tayang: Mulai 12 Desember 2011
Jadwal Tayang: Setiap Hari pukul 19.00 WIB
Penghargaan:
Januari 2012 : Sinetron Paling Berkilau
Judul : Aliya
Episode : Global
Pemain : Dea Anissa, Irwansyah, Jihan Fahira, Gunawan, Restu Sinaga, Primus Yustisio, Billy Davidson, Afifa Syahira, Natasha Dewanti, Marini Burhan, Marchia Caroline, Epi Kusnandar, Ivanka Suwandi, Sean Hasyim, Gege Elisa
Tayang : Setiap Hari
Pkl. 19:30 - 21:oo WIB
Sinopsis Global
ALIYA adalah sosok gadis baik dan jujur yang lahir dari pernikahan Anjar dan Shinta. Sayang, kisah hidup Aliya tidaklah semanis wajahnya. Berbagai konflik selalu menghiasi perjalanan hidup Aliya, termasuk masalah keluarga dan cerita kisah cintanya yang tragis.
Gadis malang itu harus merasakan kehidupan dalam penjara, karena dituduh membunuh Gilang, kekasihnya. Aliya menganggap lika liku kehidupan itu adalah sebuah pengorbanan untuk ibundanya. Di sisi lain, karena Gilang telah tiada, Aliya menganggap tidak ada lagi laki-laki lain yang dia cintai.
Bagaimana kisah selanjutnya? Apakah Aliya akhirnya mengetahui bahwa Shinta adalah ibu kandungnya? Mungkinkah Shinta akan kembali bersatu dengan Anjar? Lantas, kepada siapa Aliya akan melabuhkan cintanya? Fariz yang benar-benar mencintainya atau Galang yang mirip Gilang mantan kekasih Aliya?
Temukan jawabannya hanya di saluran Satu untuk Semua. (Cn)
Sambungan sinopsis sinetron Aliya Episode 8 pada 4 Disember 2012
Marina muncul di rumah mamanya lalu memberitahu mamanya yang masalahnya sudah beres. Winda tanya Marina beres gimana apakah Dana mahu bertanggungjawab atas kandungan Marina. Tetapi jawab Marina dia tidak perlukan Dana lagi kerana sudah ada orang lain yang bertanggungjawab. Tanya Winda siapa? Jawab Marina, Tante Shinta dan Om Wisnu.
Winda: Kenapa jadi mereka sih?
Marina: Karna aku fikir-fikir, kalau bukan Dana, pasti Gilang.
Kata Marina lagi yang penting sekarang Tante Shinta dan Om Wisnu itu percaya banget kalau Marina mengandung anaknya Gilang. Lagi pun selama ini kan mamanya begitu inginkan dia menikahi Gilang. Mamanya seharusnya senang sekarang kerana dia akan menjadi menantu Om Wisnu dan Tante Shinta. Apabila Winda mahu kepastian samada ayah anak dalam kandungan itu adalah Gilang, Marina menganggukkan kepalanya menunjukkan benar apa yang dikatakannya.
Aliya mendatangi Marina dan bertanya apa benar Marina ada hubungan dengan Gilang? Marina mengiyakan dan tanya maksud Aliya dia bohongi gitu. Aliya terus tanya pada Marina lagi apa dia berani bersumpah bayi yang dikandungnya itu adalah anaknya Gilang. Marina menunjukkan foto-fotonya bersama Gilang di Amerika sebagai bukti. Untuk lebih menyakinkan Aliya, Marina mengaku yang perkara itu berlaku ketika dia berada di Amerika kira-kira dua bulan yang lalu.
Marina juga bilang Tante Shinta dan Om Wisnu itu dah lama banget berencana untuk jodohkannya sama Gilang mungkin waktu itu sebelum Aliya mengenali Gilang. Kata Aliya kenapa Gilang tak pernah cerita padanya dan dia telah melamar Aliya. Marina tanya terus kenapa dia percaya begitu saja pada Gilang. Bukan itu saja Marina juga bilang dia ke Amerika juga atas biaya Om Wisnu. Marina tanya Aliya kembali apakah selama ini Om Wisnu pernah lakukan hal yang sama pada Aliya? Marina mahu tanya kenapa Aliya mahu fikirkan itu lagi kerana Gilang dah tiada dan Aliya juga tidak rugi apa-apa. Sambung Marina itu tak penting sambil dia mengambil kembali foto-foto tersebut sebelum dia menutup pintu.
Aliya mengunjungi makam Gilang, dan sangat sedih jika memang benar Gilang punya hubungan dengan Marina. Aliya terkenang kembali sewaktu Gilang memberi cincin lamaran yang terukir nama Gilang padanya. Aliya berlinangan air mata dalam kesedihan mengenangkan Gilang.
Shinta pulang ke rumah. Anjar baru mengetahui yang Shinta adalah isteri kepada Wisnu. Anjar berkata pada dirinya dia tidak mahu masuk campur dalam urusannya kerana pasti Shinta tidak suka dia buat begitu. Marina dan Winda mengucapkan salam. Wisnu bilang ia sedang berbincang - bincang dengan Marina dan Winda karena Mereka akan tinggal bersama Wisnu dan Shinta. Shinta kaget mendengarnya. Namun Shinta kata sama Wisnu dia capek dan mahu isitrahat.
Hendri pulang ke rumah, Ibunya mahu bercakap dengannya tentang sesuatu. Ibunya ingin minta maaf pad Hendri. Menurut ibunya dia sedar yang selama ini dia banyak membuat kesalahan pada Hendri. Ibunya harap yang Hendri dapat memaafkannya. Kata Hendri pada ibunya yang dia sudah memaafkannya.
Setelah itu, ibu Hendri berkata mereka membuka lembaran baru dalam hidup mereka. Sambung ibunya sudah saatnya dia melupakan perempuan itu kerana dia yakin yang perempuan itu pasti sudah melupakan Hendri. Namun jawab Hendri, mungkin Atikah telah melupainya tetapi dia tidak akan melupakan Atikah kerana dia mempunyai anak dari Atikah. Ibunya tanya kenapa pula dia begitu yakin Atikah melahirkan anaknya. Mungkin saja dia telah gugurkan kandungannya. Ibu Hendri mahu anaknya lanjutkan hidupnya kerana dia masih muda dan bisa mendapatkan jodoh lebih baik daripada perempuan itu. Hendri tidak mahu ibunya mencari jodoh untuknya lagi sambil berkata kenapa ibunya selalu memaksa kehendaknya terhadap anak-anaknya.
Hendri: Apa ibu sudah lupa? saya dan Andini sama sekali tidak bahagia? Andini, wanita yang ibu pilih untuk menjadi istri aku diam-diam selingkuh dengan Pram. Sekarang ibu mahu memilih wanita untuk menjadi istri saya? Wanita mana lagi yang akan menyakiti saya, bu?
Gisha terdengar ibunya batuk-batuk dalam kamar sewaktu dia minta diri untuk pergi bekerja.Gisha mengetuk pintu kamar, Atikah keluar dan menafikan dia sakit. Gisha tanya kenapa muka ibunya begitu pucat dan tangannya juga sejuk. Gisha mahu menghantar ibunya ke doktor tetapi Atikah enggan. Kata ibunya dia cuma masuk angin saja. Selepas minum air panas dia akan sembuh. Atikah minta anaknya pergi kerja sahaja kalau tidak terlambat nanti. Sebenarnya sakit Atikah sudah tenat tetapi dia tidak mahu anaknya mengetahui tentang penyakitnya itu.
Faris dibebaskan kerana dia didapati tidak bersalah dan polis sudah tangkap perlaku yang sebenar. Dalam hati Faris dia terfikir, jangan-jangan ayahnya sudah ditangkap. Polis menunjukkan pada Faris perlaku tersebut. Faris diberitahu dia pemandu trak yang menabarak Gilang. Diketahui dia memandu mobil dalam keadaan mabuk. Faris bersyukur dia dibebaskan akhirnya. Pram begitu senang hati melihat anaknya, Faris sudah dibebaskan.
Dalam Episode ini muncul seorang lelaki yang mirip sekali dengan Gilang. Aliya yang kebetulan juga berada di rumah sakit ternampak lelaki itu dan dia memanggil-manggil nama Gilang. Namun dia tidak dibenarkan menjenguk lelaki itu kerana dia bukan ahli keluarganya.
Aliya pergi ke rumah Wisnu untuk memberitahu Shinta tentang lelaki yang mirip Gilang. Tetapi Aliya dihalau oleh Wisnu disangkakannya dia ke situ untuk meminta wang daripada Shinta lagi. Shinta sempat keluar dan mendapat tahu dari Aliya dia melihat Gilang. Aliya memberitahu Shinta dia melihat Gilang di rumah sakit tempat mamanya dirawat. Shinta mahu ikut Aliya ke rumah sakit tetapi Wisnu menarik tangan Shinta masuk ke rumah. Dia cuba yakinkan yang Gilang sudah meninggal. Sekiranya Shinta mempercayai Aliya itu bermakna Shinta juga gila seperti gadis itu, Aliya pasti bohong kata Wisnu lagi. Shinta memberitahu suaminya, walaupun dia baru mengenali Shinta tetapi dia tahu Shinta bukan seorang pembohong. Setelah itu dia terus pegi ke rumah sakit tanpa mengendah suaminya. Wisnu dan Anjar mengikut mobil Shinta. Wisnu tidak mahu hingga kehilangan jejak isterinya.
Shinta, Wisnu dan Aliya tidak dibenarkan masuk ke Ruang Falmboyan (108) untuk mendapat kepastian apakah lelaki itu adalah Gilang kerana mereka bukan ahli keluarganya. Kata suster itu lagi hanya ibu dan doktor saja yang boleh melawat pasien tersebut.
Aliya berasa gembira apabila dia melihat Faris sudah dibebaskan lalu Aliya terus memeluknya tanpa disedari. Dana memberitahu Faris dia sudah memecatnya. Ternyata Aliya tidak memberi Faris surat pemecatan itu. Faris memberitahu Aliya seandainya dia tahu dia dipecat dia tidak akan ke hotel itu lagi.
Aliya ingin memulangkan kalung itu kepada Gisha tetapi Gisha buru-buru mahu ke rumah sakit. Di rumah sakit, Gisha mendapat tahu ibunya dalam keadaan kritikal. Menurut doktor, kansernya sudah merebak. Bersambung dalam episode seterusnya pada 5 Disember 2012 waktu yang sama.
Terlebih dahulu saya ingin meminta maaf kerana terdapat banyak kesilapan dalam ejaan, struktur ayat dan tatabahasa sewaktu saya menulis sinopsis ini. Terima kasih kepada semua yang telah singgah di sini.
Sinetron Aliya Episode 8
Sinetron Aliya Episode 8 Part 1
Sinetron Aliya Episode 8 Part 2
Sinetron Aliya Episode 8 Part 3-3
sumber sinopsis mulai Episode 1
(Special thanks and credits to/Terima kasih dan kredit diberikan kepada: dinna:
http://niazuramaria.blogspot.com/
http://pangeran229.wordpress.com/ dan lain-lain
sumber: (Terima kasih dan kredit diberikan kepada
http://www.sctv.co.id
http://www.tv3.com.my/
http://id.wikipedia.org/
SenCy_TVkoe: http://www.lautanindonesia.com/
http://clorofilawards.wordpress.com
http://pangeran229.wordpress.com/
http://niazuramaria.blogspot.com/
azmitabalkis13 Channel
dan semua pihak atas sumber maklumat dan gambar)
Tidak ada komentar:
Posting Komentar