Sutradara : Agusti Tanjung
Produser : Leo Sutanto
Cerita & Skenario : Hilman Hariwijaya
Desain Produksi : Heru Hendriyarto
Produksi : SinemArt (2012)
Lagu Tema : Separuh Aku
Penyanyi : Noah
Pencipta : David & Ihsan Nurrachman
Produksi : PT. Musica Studios's
Pemain Separuh Aku:
Asmirandah, Rezky Aditya, Miller Khan, Michella Putri, Kevin Andrean, Putri Anne, Ari Wibowo, Vira Yuniar, Adipura, Shueil, Malaki, Shelsi Valencia, Tengku Ryan, Tia Ivanka, Johan Jehan
Asmirandah sebagai Adara - (Anak Kandung Pak Sandy dan Bu Marni
Anak Tiri Sudiro)
Rezky Aditya sebagai Rama
Miller Khan sebagai Dennis
Michella Putri sebagai Maya
Kevin Andrean sebagai Reza - (Sahabat Andara)
Putri Anne sebagai Naning - (Pacar Reza)
Tia Ivanka - Bu Tia (Ibu Maya)
Ari Wibowo sebagai Pak Sandy - (Ayah Maya dan Andara)
Adipura sebagai Sudiro - (Ayah Adara)
Vira Yuniar sebagai Marni - (Ibu Adara)
Johan Jehan - Pak Eddy (Ayah Dennis)
Triningtyas - Bu Ida (Ibu Dennis)
Suhel Fahmi sebagai Andi - (Keponakan Rama)
Malaki sebagai - Adit (Keponakan Rama)
Shelsi Valencia sebagai Andien - (Keponakan Rama)
Sambungan sinetron Separuh Aku Episode 58 pada 26 Disember 2012
Doktor memberitahu Adara akibat dari kecelakaan itu, Rama mengalami kerosakan otak. Rama akan kehilangan sebahagian pengetahuan dan ketampilannya. Selain itu Rama juga kesulitan untuk menulis, membaca, menentukan arah dan juga berhitung. Marni yang memandang dari luar berasa kasihan pada Adara. Dalam hatinya berkata cobaan apa lagi yang harus Adara terima. Adara memberitahu Rama yang sedang koma bahawa apa yang dia butuhkan adalah dia inginkan Rama bangun dan dia berjanji akan menunggu Rama sedar kembali dari koma. Adara juga akan sentiasa menemani Rama di situ dan berada disampingnya hingga dia sembuh.
Sandy tanya Adara keadaan Rama. Adara memberitahu papanya yang Rama mengalami kerosakan otak. Jelas Adara pada papanya lagi mereka tidak mungkin melanjutkan pernikahannya bersama Rama memandang keadaan Rama. Sandy minta Adara konsentrasi tentang keadaan Rama dahulu dan usah difikirkan tentang Maya. Sandy juga membohongi Adara tentang keberadaan Maya yang kini berada di rumah sakit.Sandy beritahu Adara mungkin Maya butuh tenangkan diri dahulu dan dia sengaja menghilang dan soal anak-anak pula Sandy masih minta pertolongan daripada orang untuk teruskan pencarian mereka. Sandy tidak mahu Adara khuatirkan apa-apa kecuali Rama.
Sandy memberitahu anaknya, Maya bahawa doktor bilang Maya sudah sihat untuk pulang namun Maya enggan pulang. Sandy terpaksa menuruti kata Maya dan katanya lagi dia boleh tinggal di mana saja dia mahu, di apartmentnya atau di rumahnya terserah pada Maya saja. Adara pergi menemui Maya di kantornya dan menanya pada Maya di mana dia sudah sembunyikan mereka.
Namun sambil tersenyum Maya memberitahu Adara bahawa anak-anak manis itu sudah dia buang jauh-jauh. Kata Maya lagi kalau dia tidak dapat memiliki Rama begitu juga Adara. Tanya Adara pada Maya apakah maksud dia berkata begitu apakah Maya akan membiarkan Rama mati agar mereka berdua nggak bisa memiliki Rama. Dalam hati Maya dia serba ingin tahu apa yang dimaksudkan Adara dengan berkata begitu. Apakah Adara mahu memancing dia agar dia mengaku yang kecelakaan tersebut disebabkan olehnya. Adara dapat meneka yang kecelakaan itu adalah rencana Maya. Maya beri amaran pada Adara hati-hati kalau dia mahu omong sambil berkata bahawa dia bersumpah yang Adara tidak akan menikah sama Rama.
Adara pergi menemui Rama di ruangannya dan berkata pada Rama bahawa cinta Maya pada Rama lebih besar daripada apa yang mereka duga selama ini. Maya terobsesi sama Rama sehingga Maya sanggup melakukan apa saja untuk memisahkan mereka berdua. Sambil berlinangan air mata, Adara berkata seandainya dia tahu dari dulu lagi yang Maya itu adiknya, sudah pasti Adara nggak akan berani untuk jatuh cinta sama Rama. Sekarang setelah Adara tahu bahawa Maya adalah adiknya sendiri, Adara semakin rasa bersalah dan berat sekali menghadapi semuanya kerana Adara tahu dia sudah menghancurkan satu-satunya harapan Maya iaitu Rama.Menurut Adara lagi Rama merupakan satu-satunya sumber kekuatannya. Cuma Rama sajalah yang bisa membuat Adara kuat. Adara menangis teresak-esak kesedihan mohon agar Rama sedar kembali.
Dalam hati Sandy dia serba salah melihat keadaan Adara yang terpaksa membatalkan pernikahannya dengan Rama pada waktu itu semuanya demi Maya. dan semuanya sebetulnya ulahnya Maya. Maya menyamar sebagai doktor dan disuruhnya suster di situ tidak menunggu ahli keluarga Rama tetapi memindahkan Rama ke ruangan lain dari ruangan IICU. Dalam hati Maya, dia mempunyai rancangan tersendiri iaitu dia mahu menjaga Rama dengan caranya sendiri dan tidak mahu Adara atau siapapun menganggu Rama. Maya mahu memiliki Rama sepenuhnya.
Adara memberitahu Dennis rasanya dia melihat Rama, tetapi kata Dennis mungkin Adara terlalu memikirkan tentang Rama hingga menyebabkan dia terlihat Rama dengan sesiapa yang dia nampak. Adara dan Dennis tiba di ruangan IICU di mana Rama berada tetapi mereka terkejut apabila melihat Rama tidak berada di situ lagi. Salah seorang suster di situ juga tidak faham kenapa Rama hilang begitu sahaja dari ruangan IICU. Adara dan Dennis diberitahu bahawa Rama tidak dipindahkan ke mana-mana ruangan yang lain di rumah sakit. Adara mulai panik apabila dia mengetahui Rama hilang begitu saja dari rumah sakit.
Adara menelefon Maya mahu menemuinya tetapi Maya enggan, katanya dia malas mahu bertemu dengan Adara. Maya menunggu Adara tetapi Adara tidak muncul-muncul juga. Akhirnya Maya beredar dari situ. Sebenarnya Adara bercadang untuk mengikuti ke mana Maya akan pergi. Adara mendapat tahu di mana Maya menyembunyikan Rama.
Adara menyamar sebagai salah seorang suster di situ. Dia memikirkan cara bgaimana hendak mengambil data pasien tanpa dicurigai. Kemudian dia setelah dia mendapat data informasi Rama, Adara terus menyamar sebagai suster dan pergi ke ruangan Rama. Sewaktu dia ingin membuka pintu, doktor memanggil Adara. Pada waktu itu Maya juga bersama doktor tersebut. Maya mahu doktor mengelakkan suster itu daripada mendekati Rama agar tidak dijangkiti. Apakah reaksi Maya sekiranya dia tahu suster itu adalah Adara?
Akhirnya Rama sedar kembali tetapi Rama yang sudah hilang ingatan cuma dapat mengingati nama Maya. Maya mahu suapkan makanan buat Rama tetapi Rama enggan makan. Maya merancang untuk mengisi kenangan palsunya bersama Maya. Tetapi bagaimana caranya. Maya mula berfikir mungkin dia perlu menonton filem romantis untuk buat demikian supaya lebih efektif. Maya kemudian mula menceritakan kenangan palsu waktu pertama dia menemui Rama. Tba-tiba Rama imbas kembali tentang bagaimana dia bertemu dengan Adara. Rama hilang kawalan. Maya panik dan keluar mencari pertolongan daripada suster. Adara yang berada di situ pada waktu itu, masuk menemui Rama. Adara cuba tenangkan Rama. Tiba-tiba Rama menatap wajah Adara. Apakah dia ingat siapa Adara?
Kepala Rama kembali sakit kembali apabila imbas kembali tentang wajah Adara yang samar-samar. Rama mengambil pisau yang berdekatan untuk melindungi dirinya. Adara tidak mahu membuat Rama bingung apa lagi kaget. Adara tahu Rama pasti kebingungan mengingati masa lalunya. Doktor menjelaskan pada Maya semua itu terjadi munkin Rama trauma mengingati tentang masa lalunya. Maya, doktor dan suster terus ke ruangan Rama. Adara sempat mengelak daripada diketahui keberadaannya di situ oleh Maya.
Doktor menasihati Maya agar tidak putus asa dan coba dekati Rama agar dia mengingat memori masa lalunya. Supaya ingatannya cepat pulih. Maya pergi ke ruangan Rama semula tetapi Rama tidak berada di situ.
Fikiran Rama terus imbas kembali tentang masa lalunya bersama Adara dan anak-anak. Setiap kali itu berlaku, kepala Rama berasa sakit. Apabila Rama melihat Adara, wajahnya kembali dalam ingatannya waktu dia pertama kali menemuinya dalam keretapi. Kemudian wajah Adara dan anak-anak terus bermain di fikirannya. Kepala Rama kesakitan lagi. Adara begitu ingin memeluk Rama tetapi dia tidak boleh berbuat begitu kerana khuatir penyamarannya akan terbongkar. Adara tidak mahu dipisahkan daripada Rama. Adara tanya Rama siapakah Andien yang dipanggil Rama tadi. Jawab Rama siapa Andien. Rama terus memanggil nama Maya. Adara sedih kerana dalam ingatan Rama cuma ada Maya. Belum habis Adara berfikir dia menoleh ke belakang dan ternampak Maya sedang menuju ke arah Rama.
Adara terpaksa menyembunyikan diri lagi. Maya ingin menemani Rama ke kamar semula tetapi Rama cuba mengelak dan Maya terjatuh. Akhirnya dua orang suster membantu membawa Rama balik ke kamarnya. Maya terasa sesuatu yang aneh tentang Rama kerana Rama malah menuruti suster-suster itu daripadanya. Maya bimbang seandainya Rama dapat mengingati semuanya semula.
Adara yang sembunyi berdekatan di situ kasihani keaadaan Rama. Dalam hatinya berkata pasti Rama kebingungan sekarang dengan kondisinya. Adara harus melakukan sesuatu tetapi bagaimana dan Adara harus apa? Bersambung dalam episode seterusnya pada 27 Disember 2012 dalam Episode 59 nanti.
Kredit yang diberikan pada http://helloskyblu.blogspot.com/ sekiranya telah diambil sinopsisnya amat dihargai.
Terlebih dahulu saya ingin meminta maaf kerana terdapat banyak kesilapan dalam ejaan, struktur ayat dan tatabahasa sewaktu saya menulis sinopsis ini. Terima kasih kepada semua yang telah singgah di sini.
Layar Drama Indonesia: Separuh Aku Episode 58 pada 26 Disember 2012
Layar Drama Indonesia: Separuh Aku Episode 58 Part 1
Layar Drama Indonesia: Separuh Aku Episode 58 Part 2
Layar Drama Indonesia: Separuh Aku Episode 58 Part 3-3
sumber: (Terima kasih dan kredit diberikan kepada
http://www.sinemart.com/
http://www.rcti.tv/
http://id.wikipedia.org/
RCTIofficial Channel
MrSakti7799 Channel
crystle1987 Channel
emeraldL2009 Channel
lynnaandyou Channel
dan semua pihak atas sumber maklumat dan gambar)
Tidak ada komentar:
Posting Komentar