Selasa, 08 Januari 2013
Sinopsis Episode 28 (8 Januari 2013) - Sinetron Aliya menemui penonton di Slot Sinetron TV3 pada 21 November 2012 jam 2.00 petang setiap Isnin - Khamis
Pemain Sinetron Aliya
Dea Annisa sebagai Aliya
Irwansyah sebagai Gilang/Galang
Billy Davidson sebagai Faris
Afifa Syahira sebagai Marina
Gege Elisa sebagai Gisha
Shandy Isabella sebagai
Jihan Fahira sebagai Shinta
Restu Sinaga sebagai Wisnu
Gunawan sebagai Anjar
Natasha Dewanti sebagai Winda
Marini Burhan sebagai Laila
Lagu Tema: Menyambut Janji
Penyanyi: Letto
Cerita & Skenario: Ina Rosamaya
Sutradara: Maruli Ara & Doddy Djanas
Produser: Titin Suryani
Produksi: Verona Pictures © 2011
Tayang: Mulai 21 November 2012
Jadwal Tayang: Setiap hari Isnin - Khamis di Slot Sinetron TV3
Sinopsis Global
ALIYA adalah sosok gadis baik dan jujur yang lahir dari pernikahan Anjar dan Shinta. Sayang, kisah hidup Aliya tidaklah semanis wajahnya. Berbagai konflik selalu menghiasi perjalanan hidup Aliya, termasuk masalah keluarga dan cerita kisah cintanya yang tragis.
Gadis malang itu harus merasakan kehidupan dalam penjara, karena dituduh membunuh Gilang, kekasihnya. Aliya menganggap lika liku kehidupan itu adalah sebuah pengorbanan untuk ibundanya. Di sisi lain, karena Gilang telah tiada, Aliya menganggap tidak ada lagi laki-laki lain yang dia cintai.
Bagaimana kisah selanjutnya? Apakah Aliya akhirnya mengetahui bahwa Shinta adalah ibu kandungnya? Mungkinkah Shinta akan kembali bersatu dengan Anjar? Lantas, kepada siapa Aliya akan melabuhkan cintanya? Fariz yang benar-benar mencintainya atau Galang yang mirip Gilang mantan kekasih Aliya?
Sambungan sinopsis sinetron Aliya pada 8 Januari 2013
Kisah Aliya bersambung dengan menceritakan tentang Shinta memberitahu Gisha ayah kandungnya adalah Pak Anjar. Gisha seperti tidak dapat mempercayainya. Kemudian Gisha imbas kembali tentang Pak Anjar dan dirinya. Gisha bingung mengetahui hal itu. Gisha tanya mamanya apakah ayah kandungnya sekali lagi untuk kepastian. Kata Shinta menceritakan pada Gisha tentang peristiwa yang telah berlaku 18 tahun yang lalu di mana dia mendapati papanya mempunyai isteri yang lain dan telah meninggalkan mamanya. Tanya Gisha kenapa papanya tega seperti itu dan bersikap jahat seperti itu pada mamanya. Jelas Shinta waktu itu isteri pertama Pak Anjar sedang mengandungkan Aliya. Shinta juga menceritakan pada Gisha betapa sakit hatinya apabila dia teringat tentang hal itu tetapi kini dia sudah mempunyai Gisha yang telah mulai mengubati hatinya yang sakit. Gisha minta maaf pada Shinta kerana dia telah membuat mamanya sedih.
Shinta harap Gisha tidak memberitahu sesiapa pun tentang hal itu terutama sekali papanya Wisnu. Anjar mahu menghantar ke mana Gisha pergi tetapi menurut Gisha dia ingin ke rumah sakit dan bersikap dingin apabila bertutur dengan Anjar. Sampai di rumah sakit, Aliya tanya apakah dia ingin melawat Faris namun Gisha jawab itu bukan urusannya dan katanya Aliya cuma berpura-pura berbaik dengan mamanya Shinta. Bahkan Gisha juga menuduh Aliya yang bukan-bukan bahawa Aliya mendekatkan dirinya dengan Shinta kerana dia adalah orang kaya.
Anjar mendapat tahu Gisha sudah tahu semuanya bahawa dia adalah ayah kandungnya. Gisha tidak mahu mendengar sebarang penjelasan dari orang seperti Anjar. Gisha marah-marah pada Anjar dan tanya apakah Anjar tidak ada harga diri. Gisha sarankan Anjar keluar dari kehidupan mamanya dan juga keluarganya bahakan dia juga mengatakan bahawa kehadiran Anjar telah menganggu keluarganya.
Kata Gisha meskipun dia anak kandung Anjar dia tidak rela dengan semua itu dan dia tegaskan pada Anjar sekali lagi untuk menjauhkan dirinya dari keluarganya.
Gisha mencari Mutia dan menceritakan pada Marina bahawa dia adalah anak kandung Shinta dengan Pak Anjar. Marina terkejut mendengar hal itu dan dia bercadang untuk merosakkan hubungan Wisnu dengan Shinta. Rancangan pertamanya adalah menemui Mutia untuk bekerja sama dengannya. Mutia menelefon Wisnu untuk mohon kerja sebagai pembantu di rumah Wisnu. Anjar mahu berhenti kerja sebagai supir Wisnu dan dia minta Mutia untuk memulakan hidup baru bersamanya namun Mutia enggan dan berkata padanya semuanya sudah terlambat.
Wisnu memperkenalkan Mutia pada Shinta. Shinta kaget melihat Mutia di rumah mereka.
Mutia sedang mengupas kulit timun dengan sebilah pisau. Shinta masuk ke dapur. Pada waktu itu Marina merakam perbualan antara Mutia dan Shinta (Tidak tahu bagaimana Marina dapat masuk ke rumah Shinta dan merakam perbualan tersebut) Shinta tanya apa tujuan Mutia bekerja di rumahnya. Jawab Mutia tujuannya cuma satu iaitu dia akan membuat hidup Shinta menderita.Shinta menganggap Mutia begitu lancang sekali.
Mutia: Apa ibu bilang saya lancang?
Sambil Mutia mencucuk pisau tersebut ke papan memotong, menyebabkan Shinta agak gementar sebentar.Sambung Mutia lagi siapa yang lancang di antara mereka berdua. Katanya lagi siapa yang telah merebut suaminya 18 tahun yang lalu. Marina terus merakam perbualan mereka. Jawab Mutia rasa sakitnya tidak akan pernah padam dan dia masih dapat merasakan sakit hatinya.
Shinta: kalau saya tahu Anjar sudah punya istri, saya nggak akan mau menikahi dia, Mutia karna saya nggak mungkin mengambil suami orang. Saya juga korban seperti kamu, Mutia. Jadi saya minta kamu keluar dari rumah saya. Bawa suami kamu pulang. Jangan ganggu saya karna saya nggak pernah ganggu kamu.
Namun Mutia menggelengkan kepalanya sambil berkata "nggak mau" dan dia nggak akan keluar dari rumah Shinta. Shinta balas dengan menjawab yang rumah itu adalah rumahnya dan dia berhak mengusir Mutia. Shinta terus mengusir Mutia. Mutia tidak mengendahkan kemahuan Shinta tetapi dia bersetuju akan keluar setelah dia menceritakan semuanya pada suami Shinta yang baik itu dan tanya apakah agaknya raut wajah suaminya Shinta nanti setelah mengetahui kebenaran tentang hal Anjar dan Shinta. Mutia dapat membayangkan sudah tentu Pak Wisnu akan marah sekali dan Shinta akan diusir dari rumah yang indah itu. Dengan itu, rumah tangga Shinta akan jadi berantakan seperti rumah tangganya. Marina berhenti merakam.
Kembali pada babak seterusnya di mana Shinta pergi menemui Anjar. Shinta fikirkan Anjar telah membawa Mutia ke rumahnya dan tanya pada Anjar apa tujuan sebenarnya. Tetapi menurut Anjar dia tidak tahu-menahu tentang hal itu kerana Mutia ke sana secara tiba-tiba tanpa pengetahuan Anjar. Shinta tidak mahu mendengar penjelasan Anjar dan dia mahu Anjar keluar dari rumahnya dengan membawa Mutia bersamanya. Namun Anjar bingung memikirkan cara untuk membawa Mutia keluar kerana Pak Wisnu sendiri yang telah menyuruh Mutia untuk kerja di situ. Anjar serba salah. Shinta kata Anjar dan Mutia sama saja yang telah menganggu hidupnya dan Shinta tidak tahu apa tujuan mereka berdua. Shinta menganggap mereka berdua sepakat untuk menghancurkan dirinya. Tanya Shinta pada Anjar apakah dia mahu melihat Shinta hancur di rumahnya sendiri. Apakah Anjar mahu lihat Shinta terbakar di rumahnya sendiri. Shinta stress.
Shinta: Semuanya kerana kamu. Kalau kamu nggak datang ke kehidupan saya lagi, istri kamu nggak mungkin muncul. Dosa saya apa sih sama kamu? Dosa saya apa Anjar? Sampai kamu tega menyeksa saya kaya gini. Saya semakin benci sama kamu, Anjar. Kamu tahu itu, saya sangat benci sama kamu.
Di kamar tidurnya, Shinta asyik memikirkan tentang perbualannya dengan Mutia di mana dia minta Mutia keluar dari rumahnya dengan membawa suaminya bersama dan jangan ganggunya lagi kerana dia tidak pernah ganggu Mutia selama ini. Kemudian Shinta juga terkenang kata-katanya pada Anjar sebentar tadi.
Di penghujung episode menceritakan Marina pergi menemui Aliya dan tanya khabarnya. Marina tanya Aliya apakah dia telah fikirkan tentang soal yang dibincangkan semalam. Apakah Aliya akan membiarkan mereka bongkar makam Gilang atau tidak. Tetapi jawab Aliya dia tidak menghasut mereka. Kata Aliya mereka sendiri yang dapat idea itu. Marina mengancam akan bongkar segalanya pada Pak Wisnu tentang masa lalu papanya dan Tante Shinta. Aliya serba salah.
Sambung Marina pada Aliya itu pasti akan menjadi cerita yang seru banget. Marina menunjukkan pita rakaman yang telah dirakamkannya. Aliya merosakkan pita rakaman tersebut tetapi Marina berkata padanya dia masih mempunyai salinannnya lagi. Aliya tanya Marina apa untungnya buat begitu dan apa sebenarnya yang Marina mahu. Marina mahu Aliya batalkan rancangan mereka untuk bongkar makam Gilang. Marina mengancam pada Aliya kalau dia enggan berbuat demikian, jangan salahkan dia kalau pita rakaman itu sampai kepada Pak Wisnu.
Sewaktu Wisnu sedang meeting bersama kliennya dia menerima panggilan daripada Sandra minta untuk menemuinya tengahari nanti. Pada mulanya Wisnu fikirkan Sandra ingin dia menjenguk Marina tetapi ternyata itu bukan sebabnya Sandra ingin bertemu dengannya. Kata Sandra pertemuan tersebut itu lebih penting dari itu. Wisnu diminta untuk pergi ke rumahnya tengahari nanti. Sandra mahu Wisnu panggil Shinta sekali untuk pergi ke rumahnya.
Wisnu hairan kenapa tiba-tiba dia mengajaknya dan Shinta. Malah Sandra juga hantar sms kepada Galang:
Galang.. siang ini tolong kamu pulang ke rumah krn ada rapat besar yg hrs kamu hadiri, ini melibatkan papa kamu, istri papa kamu dan Marina. Jadi tolong kamu pulang!!
Galang panasaran sebenarnya ada apa mamanya suruh dia pulang ke rumah. Bersambung dalam episode seterusnya keesokan hari.
Sinetron Aliya Episode 28 pada 8 Januari 2013
Sinetron Aliya Episode 28 Part 1
Sinetron Aliya Episode 28 Part 2
Sinetron Aliya Episode 28 Part 3-3
Terlebih dahulu saya ingin meminta maaf kerana terdapat banyak kesilapan dalam ejaan, struktur ayat dan tatabahasa sewaktu saya menulis sinopsis ini. Terima kasih kepada semua yang telah singgah di sini.
sumber: (Terima kasih dan kredit diberikan kepada
http://www.sctv.co.id
http://www.tv3.com.my/
http://id.wikipedia.org/
SenCy_TVkoe: http://www.lautanindonesia.com/
http://clorofilawards.wordpress.com
http://pangeran229.wordpress.com/
http://niazuramaria.blogspot.com/
azmitabalkis13 Channel
lynnalynn01 Channel
dan semua pihak atas sumber maklumat dan gambar)
Tidak ada komentar:
Posting Komentar