Pemain Sinetron Aliya
Dea Annisa sebagai Aliya
Irwansyah sebagai Gilang/Galang
Billy Davidson sebagai Faris
Afifa Syahira sebagai Marina
Gege Elisa sebagai Gisha
Marchia Caroline sebagai Bu Mutia
Primus Yustisio sebagai Pak Hendry
Shandy Isabella sebagai Dita
Jihan Fahira sebagai Shinta
Restu Sinaga sebagai Wisnu
Gunawan sebagai Anjar
Natasha Dewanti sebagai Winda
Marini Burhan sebagai Laila
Lagu Tema: Menyambut Janji
Penyanyi: Letto
Cerita & Skenario: Ina Rosamaya
Sutradara: Maruli Ara & Doddy Djanas
Produser: Titin Suryani
Produksi: Verona Pictures © 2011
Tayang: Mulai 21 November 2012
Jadwal Tayang: Setiap hari Isnin - Khamis di Slot Sinetron TV3
Sinopsis Global
ALIYA adalah sosok gadis baik dan jujur yang lahir dari pernikahan Anjar dan Shinta. Sayang, kisah hidup Aliya tidaklah semanis wajahnya. Berbagai konflik selalu menghiasi perjalanan hidup Aliya, termasuk masalah keluarga dan cerita kisah cintanya yang tragis.
Gadis malang itu harus merasakan kehidupan dalam penjara, karena dituduh membunuh Gilang, kekasihnya. Aliya menganggap lika liku kehidupan itu adalah sebuah pengorbanan untuk ibundanya. Di sisi lain, karena Gilang telah tiada, Aliya menganggap tidak ada lagi laki-laki lain yang dia cintai.
Bagaimana kisah selanjutnya? Apakah Aliya akhirnya mengetahui bahwa Shinta adalah ibu kandungnya? Mungkinkah Shinta akan kembali bersatu dengan Anjar? Lantas, kepada siapa Aliya akan melabuhkan cintanya? Fariz yang benar-benar mencintainya atau Galang yang mirip Gilang mantan kekasih Aliya?
Sambungan sinopsis Aliya Episode 41
Menceritakan Aliya cuba keluar dari perigi itu tetapi tidak terdaya. Shinta, Anjar, Mutia dan Galang teruskan pencarian mereka.
Anjar memberitahu Galang tempat itu satu-satunya tempat untuk menuju ke perigi yang dikatakan Marina namun jalan itu ditutup dan mereka terpaksa berjalan kaki ke situ. Tiba-tiba Galang ternampak tanah runtuh akibat hujan lebat dan mereka cuma mengelak. Apabila Anjar terluka, Mutia mahu mereka pergi dari situ sahaja tetapi Anjar tetap mahu mencari Aliya.
Mereka tiba di perigi tersebut tetapi Aliya sepertinya tidak kelihatan di situ. Anjar mulai risau tentang keselamatan Aliya. Aliya terlalu keletihan dan dia menjadi semakin lemah. Air hampir menutupi muka Aliya.
Anjar tanya apakah benar itu tempatnya kenapa pula Aliya tidak berada di situ. Jawab Mutia mana dia tahu kerana Marina yang kata Aliya berada di situ. Sambung Mutia lagi, Anjar juga dengar sendiri tentant hal itu. Galang mendapat tahu mereka sudah dikerjakan oleh Marina.
Dita menuangkan minyak di lantai rumahnya dan menunggu ketibaan Marina. Marina sampai di rumah Dita. Marina terjatuh akibat lantai yang licin itu. Kata Dita dia tidak sengaja menumpahkan minyak ke atas lantai itu. Marina terjatuh diikuti dengan Dita. Dita menyuruh Marina lebih berhati-hati. Marina tanya kenapa lantainya licin dan basah begitu. Dita membohongi Marina, katanya lantai itu licin kerana dia tertumpah minyak bayi tadi dan terlupa hendak lap. Dita pura-pura prihatin dengan keadaan Marina. Jawab Marina dia dalam keadaan baik-baik. Sewaktu Marina ke toilet, Dita berasa geram kerana gagal kenakan Marina tetapi dia tahu dia masih mempunyai kesempatan lagi.
Hp Marina berdering di tasnya. Dita membuka tas Marina dan mengambil hp Marina. Dita serba ingin tahu kenapa Galang menelefon Marina. Marina tanya apakah hpnya berdering. Dita pura-pura berkata bahawa dia ingin memberi hp itu pada Marina ke toilet.
Marina menjawab panggilan Galang. Galang mahu tahu di mana dia menyembunyikan Aliya. Sambung Galang lagi itu perbuatan jenayah dan Galang akan laporkan Marina ke polisi dan Marina pasti akan masuk penjara. Marina mengancam Galang kalau dia mahu tahu di mana Aliya Galang harus menjadi suaminya. Kata Marina lagi dia penat dengan semua itu. Galang tanya Marina apakah dia sakit jiwa? Jawapan Marina adalah dia memang Gila. Galang suruh Marina jangan ancam dia dan dia suruh Marina katakan saja di mana Aliya kalau tidak dia akan patahkan tulangnya. Namun Marina suruh Galang cari sendiri saja di mana Aliya setelah Galang enggan menikahinya. Marina mematikan panggilan hp tersebut.
Dita tanya ada apa dengan Marina. Jawab Marina dia cuma ada sedikit masalah dengan calon suaminya. Suara hati Dita berkata "enak aja dia panggil Galang calon suami dia". Dita berencana untuk membuat Marina kehilangan Galang buat selamanya.
Aliya yang hampir lemas terus memanggil nama "Tante Shinta". Shinta berasa seperti Aliya berada di situ lalu dia memecahkan rantai kuncinya. Aliya ternampak kasut Aliya dan Shinta nampak sebuah perigi usang di situ. Aliya menuju ke perigi tersebut. Ternyata Aliya benar-benar berada di situ. Shinta memanggil nama Aliya sambil meminta Aliya bertahan. Aliya tidak sedarkan diri dan dia tenggelam dalam air. Aliya tidak kelihatan lagi. Shinta menelefon Anjar. Kata Shinta dia telah menemui Aliya. Anjar amat bersyukur dan berasa terharu apabila mengetahui di mana Aliya di jumpai. Anjar beritahu Galang dan Mutia yang Aliya sudah ditemukan. Mutia tanya bagaimana Shinta boleh tahu di mana keberadaan Aliya.
Galang turun ke dalam dibantu oleh Anjar dan Shinta ke bawah. Galang membantu Aliya yang naik ke atas. Mutia pula cemburu apabila Shinta mendekati suaminya sewaktu membantu Galang dan Aliya naik ke atas. Anjar dan Mutia cuba sedaya yang boleh untuk membantu mereka.
Akhirnya Galang dan Aliya terselamat. Namun Aliya masih belum sedarkan diri lagi.
Shinta memanggil nama Aliya. Mutia tidak suka Shinta mendekati Aliya. Galang memberitahu mereka bahawa Aliya tidak bernafas. Shinta terus berdoa agar Aliya diselamatkan. Anjar dan Mutia terus minta Aliya bangun. Galang memberi bantuan pernafasan untuk membangunkan Aliya, setelah dicubanya Galang untuk kali ketiga, akhirnya Aliya sedar semula.
Mutia tanya Aliya kenapa dia selalu buat orang tua risau. Walaupun Aliya begitu ingin untuk memeluk Shinta tetapi dia harus memeluk ibunya, Mutia. Mutia berkata pada Shinta bahawa anak akan tetap mencari ibunya. Galang minta mereka menjaga Aliya sementara dia uruskan Marina. Shinta hairan kenapa nama Marina disebutkan. Galang menjelaskan pada Shinta bahawa Marina yang menyebabkan semua itu.
Mutia duduk mahu duduk di depan bersama Shinta sewaktu Shinta cuba menghidupkan enjin mobil. Galang tanya apakah Shinta lupa tutupkan lampu tadi.
Galang: Baterinya pasti habis. Mobil nggak mungkin bisa jalan.
Mutia: Bodoh banget sih kamu, Shinta.
Galang: Pak Anjar, kita harus ke mobil kita.
Anjar mengiyakan kata-kata Galang. Mereka semua turun dari mobil dan mula berjalan. Galang memapah Aliya. Tiba-tiba Aliya terjatuh dan kepalanya terhantuk batu hingga menyebabkan kepalanya terluka hingga tidak sedarkan diri. Tanpa membuang masa, Galang terus mengendong Aliya ke mobilnya. Disebabkan jalan curam yang begitu licin itu, Mutia dan Shinta pula tergelincir dan hampir terjatuh ke dalam jurang. Anjar suruh Galang bawa Aliya ke rumah sakit terlebih dahulu sementara Anjar akan tolong Mutia dan Shinta.
Anjar minta Shinta bertahan sementara dia akan tolongnya naik ke atas semula. Tetapi Mutia yang juga minta Anjar tolongnya kerana dia isterinya sambil tanya pada Anjar kenapa dia tolong Shinta pula. Mutia terus mengingatkan Anjar bahawa dia adalah isterinya. Mutia mahu Anjar tolong dia, katanya lagi dia dah nak mati. Shinta suruh Anjar tolong Mutia dahulu. Setelah Mutia naik ke atas dia menawarkan diri untuk menolong Shinta. Tiba-tiba tangan Mutia terlepas dari tangan Shinta. Anjar marahkan Mutia tetapi menurut Mutia tangannya licin. Anjar menghulurkan tangannya dan disuruh Shinta pegang tangannya. Shinta sudah tidak kuat lagi namun akhirnya Shinta terselamat.
Galang menghidupkan enjin mobil dan dibawanya Aliya ke rumah sakit. Pada waktu itu Aliya sudah kehilangan banyak darah. Sewaktu Anjar mahu naik semula ke atas setelah dia membantu Mutia dan Shinta, perutnya terluka dicucuk oleh ranting tajam di situ. Kata Shinta pada Anjar biar dia saja yang bawa mobil itu memandangkan Anjar masih kesakitan akibat terluka parah di perutnya. Pada mulanya Anjar enggan katanya dia masih kuat, tetapi kata Mutia berikan saja kunci itu pada Shinta kenapa pula dengan Anjar. Anjar terpaksa menurut. Anjar mahu duduk di depan tetapi dilarang oleh Mutia. Kata Mutia pada Anjar mereka berdua duduk di belakang sahaja kerana dia juga tidak mahu duduk di depan.
Di rumah sakit, Galang minta Aliya jangan sia-siakan pengorbanan mereka. Aliya dikejarkan ke ruangan darurat. Galang ingin menemani Aliya di dalam tetapi menurut suster itu, Galang harus tunggu di luar sahaja.
Shinta minta Anjar telefon Galang dan tanya di mana mereka berada sekarang.Galang memberitahu Galang bahawa dia telah membawa Aliya ke rumah sakit Medika Dharma Bhakti.
Wisnu mencari Gisha di kamarnya tetapi Gisha tiada di situ. Wisnu menemui surat Gisha untuk Shinta. "Ma... kalau memang mama nggak butuh Gisha dan nggak perduli dengan Gisha, lebih baik Gisha pergi agar tidak jadi beban keluarga ini... Gisha" Wisnu terus menelefon Shinta dan disuruhnya Shinta pulang. Wisnu beritahu Shinta Gisha itu... tiba-tiba panggilan terputus. Wisnu berasa geram dengan sikap Shinta. Katanya... Shinta asyik memikirkan Aliya saja. Wisnu juga seperti tidak mengenali Shinta lagi.
Gisha berjalan keseorangan dalam kesedihan setelah dia pergi dari rumah. Namun dalam hati Gisha dia terus fikirkan tentang ibunya, Atikah dan merinduinya. "Meski ibu bukan ibu kandungku, tapi aku merasa lebih tenang bersama ibu." Dana dan Ibu Puspa ternampak Gisha sewaktu dalam perjalanan. Ibu Puspa ingin Dana melakukan sesuatu terhadap Gisha. Dana memukul Gisha hingga pengsan dan dimasukkan Gisha ke dalam but mobil mereka.
Hendri tiba-tiba terkenangkan Gisha. Hendry hairan kenapa hp Shinta tidak aktif. Apabila Hendri telefon rumah Shinta, juga tiada orang yang mengangkatnya. Hendri mulai risau apabila dia gagal menelefon Gisha juga.
Dana tanya omanya apakah hpnya berbunyi. Tetapi bukan hp omanya yang berbunyi tetapi hp Gisha. Dana berasa ada sesuatu yang aneh. Mungkin dia rasa seperti terdengar deringan telefon.
Di rumah sakit, Anjar terus tanya pada Galang bagaimana keadaan Aliya. Kata Galang, doktor sedang merawatnya. Suster keluar dan tanya di mana orang tuanya Aliya. Anjar mengaku dia adalah ayahnya. Anjar diberitahu bahawa Aliya kehilangan banyak darah akibat gigitan lintah yang menghisap darah. Mereka diberitahu agar Aliya harus segera dimasukkan darah. Apabila Shinta menawarkan dirinya untuk mejalankan transfusi darah, kata suster itu lagi golongan darah Aliya susah didapati, golongan darahnya B negatif. Anjar mahu donor darahnya, kata Anjar golongan darah Aliya sama dengannya. Tetapi Anjar tidak dapat begitu kerana dia sedang terluka. Anjar tanya memang kenapa kalau dia terluka. Menurut suster itu Anjar tidak dapat menjalankan transfusi darah.
Suster: Kalau ibunya?
Sinetron Aliya terhenti di sini dan sambungannya dapat diikuti pada keesokan hari dalam Episode 42 waktu yang sama. Sekian sinopsis untuk kali ini.
Sinetron Aliya Episode 41 pada 30 Januari 2013
Sinetron Aliya Episode 41 Part 1
Sinetron Aliya Episode 41 Part 2
Sinetron Aliya Episode 41 Part 3
Sinetron Aliya Episode 41 Part 4-4
Terlebih dahulu saya ingin meminta maaf kerana terdapat banyak kesilapan dalam ejaan, struktur ayat dan tatabahasa sewaktu saya menulis sinopsis ini. Terima kasih kepada semua yang telah singgah di sini.
sumber: (Terima kasih dan kredit diberikan kepada
http://www.sctv.co.id
http://www.tv3.com.my/
http://id.wikipedia.org/
SenCy_TVkoe: http://www.lautanindonesia.com/
http://clorofilawards.wordpress.com
http://pangeran229.wordpress.com/
http://niazuramaria.blogspot.com/
azmitabalkis13 Channel
lynnalynn01 Channel
dan semua pihak atas sumber maklumat dan gambar)
Tidak ada komentar:
Posting Komentar