Selasa, 01 Januari 2013

Sinopsis Episode 24 (1 Januari 2013) - Sinetron Aliya menemui penonton di Slot Sinetron TV3 pada 21 November 2012 jam 2.00 petang setiap Isnin - Khamis

Pemain Sinetron Aliya

Dea Annisa sebagai Aliya
Irwansyah sebagai Gilang/Galang
Billy Davidson sebagai Faris
Afifa Syahira sebagai Marina
Gege Elisa sebagai Gisha
Shandy Isabella sebagai
Jihan Fahira sebagai Shinta
Restu Sinaga sebagai Wisnu
Gunawan sebagai Anjar
Natasha Dewanti sebagai Winda
Marini Burhan sebagai Laila

Lagu Tema: Menyambut Janji
Penyanyi: Letto
Cerita & Skenario: Ina Rosamaya
Sutradara: Maruli Ara & Doddy Djanas
Produser: Titin Suryani
Produksi: Verona Pictures © 2011
Tayang: Mulai 21 November 2012
Jadwal Tayang: Setiap hari Isnin - Khamis di Slot Sinetron TV3

Sinopsis Global

ALIYA adalah sosok gadis baik dan jujur yang lahir dari pernikahan Anjar dan Shinta. Sayang, kisah hidup Aliya tidaklah semanis wajahnya. Berbagai konflik selalu menghiasi perjalanan hidup Aliya, termasuk masalah keluarga dan cerita kisah cintanya yang tragis.

Gadis malang itu harus merasakan kehidupan dalam penjara, karena dituduh membunuh Gilang, kekasihnya. Aliya menganggap lika liku kehidupan itu adalah sebuah pengorbanan untuk ibundanya. Di sisi lain, karena Gilang telah tiada, Aliya menganggap tidak ada lagi laki-laki lain yang dia cintai.

Bagaimana kisah selanjutnya? Apakah Aliya akhirnya mengetahui bahwa Shinta adalah ibu kandungnya? Mungkinkah Shinta akan kembali bersatu dengan Anjar? Lantas, kepada siapa Aliya akan melabuhkan cintanya? Fariz yang benar-benar mencintainya atau Galang yang mirip Gilang mantan kekasih Aliya?

Sambungan sinopsis ringkas Aliya Episode 24 pada 1 Januari 2013

 Hari ini kisah Aliya bersambung menceritakan Aliya minta maaf pada Gisha.

 
Shinta: Gisha, maafin mama ya, karna mama nggak bilang sama kamu dan mengajak kamu. Karna mama pikir kamu lagi istirahat dan ketemu Aliya cuma sebentar kok.
Gisha: Nggak ma, seharusnya Gisha yang minta maaf. Gisha begitu karna Gisha takut kehilangan mama. Gisha nggak mahu kalau mama direbut sama Aliya.
Shinta: Gisha, mama nggak akan tinggalin kamu. 
Gisha: Ma, janji ya sama Gisha,  jangan ketemu sama Aliya lagi.
Shinta memandang ke arah wajah Gisha serba salah.
Gisha: Please ma... Demi Gisha.

Shinta tiada pilihan lain dan terpaksa menuruti kehendak Gisha. Gisha memeluk Shinta sambil mengucapkan terima kasih padanya.

Marina berasa mual dan muntah-muntah di kamar mandi. Sandra tanya keadaan Marina. Jawab Marina dia rasa mual.
Sandra: Nama juga orang hamil. Ada kalanya kamu akan rasa mual dan kadangkala tidak. Yang penting kamu harus jaga kesihatan kamu. 
Marina mengadu dia berasa tidak enak. Sambung Sandra memang begitu di awal tempoh kehamilan. Kata Sandra lagi dulu dia juga seperti Marina sewaktu dia mengandung Galang dan Gilang. Malah lebih teruk kerana dia juga mula rasa gatal badan. Sandra tanya kenapa Marina sedih begitu. Jawab Marina dengan nada sedih dia tidak tahu sama ada dia dapat besarkan bayi itu atau tidak. Sandra kata Marina tidak boleh cakap begitu dan dia terus tanya Marina kenapa dia berfikiran demikian. Marina pura-pura berasa sedih dengan mengatakan tanpa Gilang dia berasa bingung. Jawab Marina seandainya Gilang masih ada. Marina pasti akan jadi perempuan yang istimewa. Kata Marina lagi dia pasti boleh jadi ibu kepada anak Gilang dan Gilang sebagai bapanya pun akan menemani Marina membesarkan anaknya. Sandra menasihati Marina jangan banyak berfikir. Kata doktor juga Marina nggak boleh stress. Sandra minta Marina istirahat dahulu.

Sandra menemui Wisnu dan dia mahu menjodohkan Galang sama Marina kerana walau bagaimanapun anak yang dikandung Marina adalah anak Gilang. Namun Shinta tidak setuju kalau Galang menikah dengan Marina kerana belum tentu anak yang dikandung Marina itu adalah anak Gilang. Shinta kenal sama Gilang dan Gilang nggak mungkin mengecewakan kedua orang tuanya kerana dia seorang anak yang baik.

Shinta pergi menemui Sandra untuk mohon pada Sandra agar tidak menjodohkan Galang dengan Marina. Tetapi Sandra kata Galang anak dia dan Wisnu dan dia itu tidak ada kena-mengena dengan Shinta. Sandra suruh Shinta jangan sok perihatian dalam hal itu. Shinta jelaskan pada Sandra dia tidak mengizinkan Marina tinggal di rumahnya kerana dia tidak yakin Marina mengandungkan anak Gilang.

Galang tanya mamanya apa maksud mamanya menjodohkannya dengan Marina. Galang enggan dinikahkan dengan Marina. Galang tidak mahu mamanya mengatur hidupnya. Shinta masih memikirkan tentang perbualannya dengan Sandra sebentar tadi tentang pernikahan yang diaturkan untuk menjodohkan Galang dengan Marina.

Aliya pergi berjumpa dengan Gisha. Aliya harap tiada masalah antara mamanya dengan Gisha. Gisha beritahu Aliya yang dia nggak suka Aliya dekat-dekat sama mamanya. Gisha tidak mahu Aliya ganggu dia dan mamanya dan Gisha juga beri mengingatkan Aliya yang papanya tidak suka sama Aliya. Gisha tidak mahu mamanya bertengkar dengan papanya gara-gara Aliya.

Aliya tanya papanya siapa orang kandungnya sebenarnya. Anjar tidak dapat menjawab pertanyaaan Aliya dia cuma dapat ingat bahawa seorang suster yang telah memberikan Aliya pada mereka untuk diadopsikan. Anjar dan Aliya pergi ke rumah sakit dimana Aliya dilahirkan. Namun mereka diberitahu bahawa Suster Atikah sudah tidak bekerja di situ lagi sejak lima tahun yang lalu.

Anjar ternampak Atikah di rumah sakit dan dia berasa senang hati lalu tanya pada Atikah tentang bayi yang diadopsi oleh mereka. Anjar memperkenalkan Aliya pada Atikah. Sudah tentu Atikah tidak akan memberitahu hal yang sebenar dan dia berkata dia tidak tahu tentang hal itu dan tidak mahu diganggu lalu dia terus beredar dari situ begitu saja.

Galang mahu Marina memberitahu Sandra tentang mereka tidak mahu dijodohkan tetapi Marina enggan kerana dia suka dengan pernikahan yang diatur oleh Sandra. Shinta kata pada Wisnu dia ada jalan penyelesaian tentang Marina. Shinta memberi cadangan untuk bongkar makam Gilang tetapi Wisnu setuju dengan Sandra untuk tidak berbuat begitu.

Wisnu dan Gisha bimbang di mana Shinta berada. Wisnu suruh Anjar bawa dia cari Shinta. Gisha pula sangkakan Shinta berada di rumah Aliya. Mutia berasa marah mendapat tahu Gisha anak Shinta dan dia terus menghalau Gisha dari rumahnya dengan segera.

Marina memberitahu Sandra tentang Shinta yang telah pergi dari rumah. Galang terdengar perbualan Sandra dengan Marina mengenai Shinta. Galang berasa marah dan dia mahu menemui Shinta untuk mengetahui lebih lanjut tentang kenapa Shinta lebih mengambil berat tentangnya berbanding dengan mamanya sendiri. Sekarang Galang juga syaki yang bayi dalam kandungan Marina adalah anak Gilang. 

Ibu Hendri memberi dokumen pada Hendri sebagai bahan pertimbangan Hendri dan sambil dia  mengatakan dia akan menarik balik semua sahamnya di hotel sekiranya Hendri tidak menerima Dana bekerja di hotel mereka semula. Namun menurut Hendri ibunya tidak boleh menarik saham tersebut hanya kerana hal seremeh itu. Tetapi ibunya menafikannya dan berkata itu merupakan masalah yang besar kerana Hendri lebih memilih orang lain daripada darah dagingnya sendiri.

Menurut Hendri dia lakukan semua itu demi kepentingan Dana. Dia amat menyayangi Dana maka dia lakukan itu. Kalau tidak Dana akan semakin teruk. Dana tidak akan siap untuk menanggung tanggungjawab yang lebih besar.
ibu Hendri: Kamu salah Hendri. Cara kamu memecat Dana di depan orang ramai itu sama saja kamu mengecilkan dia. Pokoknya sekarang ibu minta kamu pecat Faris dan terima Dana semula di jawatan itu. Atau kalau tidak ibu akan meminta semua saham ibu di hotel ini dan ibu akan menggunakan saham itu sebagai modal untuk bangunkan hotel buat Dana karna ibu yakin Dana pasti mampu.

Ibu Hendri mahu Hendri memecat  Faris dan memberi jawatan itu kepada Dana semula. Tetapi menurut Hendri ibunya tidak adil kerana di dalam saham ibunya itu ada nama Shinta. Ibunya tidak suka Hendri membawa-bawa nama Shinta. Kata ibunya, Shinta adalah anak haram. Dengan nada suara yang tinggi dia memarahi Hendri dan tidak mahu Hendri menyebut nama Shinta lagi kerana dia sudah menganggap Shinta sudah mati sejak bapa mereka meninggal.
Hendri: Ibu tidak boleh bicara seperti itu. Shinta bukan anak haram. Ayah, suami ibu juga menikahi Ibu Lela kan?
ibu Hendri: Iya. Hanya nikah siri dan itu tak sah di sisi undang-undang. Shinta, anak haram itu tidak berhak atas warisan yang ayah kamu punya. Kamu mengerti?
Hendri: Lalu bagaimana dengan surat yang ayah buat sebelum dia meninggal yang saat itu ibu musnahkan?
Ibunya kemudian memandang ke arah anaknya dengan wajah yang panik.

Faris terkejut melihat lokernya ada tulisan ancaman  menyuruh Faris Hati-hati.
Faris: Siapa yang melakukan ini?

Faris pulang ke rumah kelihatan bingung. Ayahnya, Pram tanya Faris ada apa dengan anaknya kerana Faris kelihatan tegang. Pram tanya Faris apakah atasannya, Dana menganggu anaknya lagi. Namun Faris menafikannya dan berkata dia cuma berasa penat saja.


Hendri mahu menemui Faris. Faris hairan kenapa Hendri tiba-tiba mahu bertemu dengannya.



Di rumah, Aliya menunggu Shinta pulang. Apabila Aliya ingin keluar menemui Shinta, Mutia menarik tangannya dan tanya ke mana Aliya mahu pergi. Aliya tidak tahu apa yang harus dijawabnya dan Mutia terus mengagak Aliya mahu pergi menemui Shinta. Mutia melarang Aliya pergi sambil berkata padanya, selama Aliya tinggal di rumah itu Mutia tidak akan mengizinkan Aliya pergi atau mencari Shinta. Mutia menarik tangan Aliya dengan kuat dan memaksanya masuk ke dalam kamar dan mengunci Aliya. Diya tanya Mutia kenapa dia mengurung Aliya.

Mutia melarang sesiapa pun memuka pintu untuk Aliya. Puas Aliya minta mamanya membuka pintu kamarnya tetapi Mutia tidak mempedulikan Aliya. Mutia memberitahu ibunya kalau Aliya tidak dikurung, pasti dia akan pergi menemui Shinta. Jadi Mutia tidak membenarkan ibunya buka pintu tersebut untuk Aliya.


Aliya cuma dapat doakan keselamatan Shinta. Tiba-tiba Aliya mendapat satu idea, dia akan keluar melalui jendela itu. Bersambung dalam Episode 25 pada 2 Januari 2013.

 Terlebih dahulu saya ingin meminta maaf kerana terdapat banyak kesilapan dalam ejaan, struktur ayat dan tatabahasa sewaktu saya menulis sinopsis ini. Terima kasih kepada semua yang telah singgah di sini.

Sinetron Aliya Episode 24 pada 1 Januari 2013
 
Sinetron Aliya Episode 24 Part 1

Sinetron Aliya Episode 24 Part 2

Sinetron Aliya Episode 24 Part 3

Sinetron Aliya Episode 24 Part 4-4

sumber: (Terima kasih dan kredit diberikan kepada
http://www.sctv.co.id
http://www.tv3.com.my/
http://id.wikipedia.org/ 
SenCy_TVkoe:  http://www.lautanindonesia.com/
http://clorofilawards.wordpress.com
 http://pangeran229.wordpress.com/
http://niazuramaria.blogspot.com/
Channel
lynnalynn01 Channel
dan semua pihak atas sumber maklumat dan gambar)

Tidak ada komentar:

Posting Komentar