Jumat, 25 Januari 2013

Sinopsis Episode 38 (24 Januari 2013) - Sinetron Aliya menemui penonton di Slot Sinetron TV3 pada 21 November 2012 jam 2.00 petang setiap Isnin - Khamis

Pemain Sinetron Aliya

Dea Annisa sebagai Aliya
Irwansyah sebagai Gilang/Galang
Billy Davidson sebagai Faris
Afifa Syahira sebagai Marina
Gege Elisa sebagai Gisha
Shandy Isabella sebagai
Jihan Fahira sebagai Shinta
Restu Sinaga sebagai Wisnu
Gunawan sebagai Anjar
Natasha Dewanti sebagai Winda
Marini Burhan sebagai Laila

Lagu Tema: Menyambut Janji
Penyanyi: Letto
Cerita & Skenario: Ina Rosamaya
Sutradara: Maruli Ara & Doddy Djanas
Produser: Titin Suryani
Produksi: Verona Pictures © 2011
Tayang: Mulai 21 November 2012
Jadwal Tayang: Setiap hari Isnin - Khamis di Slot Sinetron TV3

Sinopsis Global

ALIYA adalah sosok gadis baik dan jujur yang lahir dari pernikahan Anjar dan Shinta. Sayang, kisah hidup Aliya tidaklah semanis wajahnya. Berbagai konflik selalu menghiasi perjalanan hidup Aliya, termasuk masalah keluarga dan cerita kisah cintanya yang tragis.

Gadis malang itu harus merasakan kehidupan dalam penjara, karena dituduh membunuh Gilang, kekasihnya. Aliya menganggap lika liku kehidupan itu adalah sebuah pengorbanan untuk ibundanya. Di sisi lain, karena Gilang telah tiada, Aliya menganggap tidak ada lagi laki-laki lain yang dia cintai.

Bagaimana kisah selanjutnya? Apakah Aliya akhirnya mengetahui bahwa Shinta adalah ibu kandungnya? Mungkinkah Shinta akan kembali bersatu dengan Anjar? Lantas, kepada siapa Aliya akan melabuhkan cintanya? Fariz yang benar-benar mencintainya atau Galang yang mirip Gilang mantan kekasih Aliya?

Sambungan sinetron Aliya dari Episode 37

Sebagaimana yang diketahui sinetron Aliya terus menceritakan tentang Aliya yang masih belum mengetahui siapa ibu kandungnya yang sebenar. Babak penghujung episode 37 terhenti di mana Shinta bertemu dengan Aliya di rumah sakit Aliya dilahirkan. Shinta sedang melihat suster sedang merawat bayi-bayi yang berada di ruangan bayi.


Suara hati Shinta: Di sinilah aku berpisah dengan putriku 18 tahun yang lalu.
Shinta masih ingat dengan jelas suara tangisan anak kandungnya yang baru dilahirkan. Di bahu kanan belakang anaknya terdapat tanda lahir.

 Shinta tidak dapat menahan kesedihannya.



Aliya juga sampai di depan ruangan bayi dan Shinta hairan melihat Aliya berada di situ.
Aliya: Tante...
Shinta: Kamu apain di sini?

Sebelum Aliya menjelaskan bagaimana dia juga berada di situ, terdengar lagu tema menunjukkan kisah Aliya di hentikan di sini dan cuma akan bersambung dalam episode seterusnya pada 24 Januari 2013.

Sambungan sinopsis Aliya Episode 38


Aliya memberitahu Shinta hari ini ulang tahunnya dan dalam hati Shinta dia berkata Aliya sebaya dengan anaknya. Aliya tanya kenapa Shinta boleh berada di situ. Pada mulanya Shinta syaki Aliya adalah anaknya tetapi setelah seketika dia berkata pada dirinya bahawa tidak mungkin kerana Aliya adalah anak Anjar dan Mutia. Shinta menjelaskan pada Aliya 18 tahun yang lalu dia juga bersalin di situ. Shinta mengucapkan Selamat Ulang Tahun pada Aliya. Shinta mencium kedua belah pipi Aliya dengan kasih sayang seperti ibu dan anak tetapi mereka tidak mengetahuinya. Setelah itu mereka berpelukan. Tiba-tiba Shinta melepaskan pelukan itu dan tanya apakah dia mahu Aliya dihantarnya pulang namun menurut Aliya dia dihantar oleh papanya ke rumah sakit. Shinta pamit untuk pulang dahulu.


Dalam hati Aliya dia mendapat tahu hari ulang tahu Gisha sama sepertinya. Sepulangnya Shinta dari rumah sakit Gisha tanya kenapa dia ke rumah sakit. Sambung Gisha lagi apakah mamanya sakit. Kata Shinta dia tidak sakit. Apabila Gisha terus tanya kenapa mamanya ke situ, Shinta tidak tahu apa yang mahu dijawabnya.

Shinta keberatan mahu memberitahu Gisha tetapi akhirnya dia menjelaskan pada Gisha hari itu dia melahirkan anaknya. Gisha hairan mendengarnya dan Gisha tanya apakah benar hari itu Ulang Tahunnya? Shinta mengucapkan Selamat pada Gisha lalu memeluknya tetapi dalam hati Shinta dia terasa seperti bersalah membohongi Gisha.



Gisha mengajak mamanya pergi jalan-jalan bersamanya untuk meraikan Hari Ulang Tahunnya. Dana terdengar Hendri sedang bercakap dengan seseorang dan mengucapkan Hari Ulang Tahun dengan seseorang.

Dana terfikir tentang omanya yang telah memintanya selidik sesuatu untuknya bahkan papanya seperti mempunyai seorang teman dekat.  Dalam hati Dana dia fikirkan papanya punya selingkuhan. Dana bercadang untuk selidik tentang hal itu dengan segera. Dana mahu meminjam hp papanya. Kata Dana bateri hpnya mati dan kata Dana ia amat penting lalu Hendri terus meminjam hpnya pada Dana. Dana pura-pura bercakap dengan seseorang di telefon. Setelah itu dia selidik siapa yang selalu menghubungi papanya. Dana mendapatkan nombor Gisha dan disimpan ke hpnya.



Shinta meraikan Hari Ulang Tahun bersama Gisha. Shinta membeli kue Ulang Tahun buat Gisha. Kata Gisha sebelum Gisha tiup lilinnya "Gisha mau make a wish". Gisha berdoa semoga Tuhan memberikan kebahagiaan pada mamanya seperti mamanya membahagiakannya. Suara hati Shinta minta maaf pada Gisha kerana hari itu adalah Hari Ulang Tahun anaknya dan bukan Gisha. Shinta tidak sanggup memberitahu Gisha kebenarannya sekarang kerana Gisha begitu baik sekali padanya.

Shinta meminta maaf pada Gisha kerana dia telah membohongi Gisha namun Gisha tidak kedengaran kerana semua yang dilafazkan Shinta cuma dihatinya.


Hp Shinta berdering. Gisha tanya mamanya siapa yang menelefonnya. Kata Shinta dia adalah Marina. Marina cuba mengancam Shinta lagi tetapi Gisha yang menjawab bagi pihak mamanya dan kata Gisha dia tidak takut sama sekali dengan ancaman Marina. Sebelum Gisha menamatkan panggilan tersebut, sekali lagi Gisha memberitahu Marina yang mereka tidak takut sama ancaman Marina itu.


Shinta tanya kenapa Gisha bercakap begitu dengan Marina kerana dia risau Marina akan nekad nanti. Namun menurut Gisha biarkan saja kerana dia yakin bahawa Marina sedang menggertak saja.  Kata Gisha lagi Marina pasti tidak berani melakukannya. Shinta mulai risau kalau Marina buat begitu, gimana. Marina menelefon Wisnu dan dia ingin menjenguk Wisnu. Dalam hati Marina dia berkata bahawa Gisha salah sekali kalau dia fikir dirinya sedang mengancam saja. Marina merancang akan membuat Gisha dan Shinta keluar dari kehidupan Wisnu. Gisha minta mamanya tenang saja kerana Marina tak akan membongkar rahsia mamanya tetapi pada waktu itu juga Shinta menerima sms daripada Marina dan mereka harus cepat-cepat pulang untuk menghalang Marina.

Aliya pergi ke rumah Wisnu. Aliya mahu memberi hadiah buat Gisha kerana hari itu Hari Ulang Tahun Gisha. Aliya minta kebenaran untuk menunggu Gisha. Wisnu terpaksa membenarkan Aliya walaupun dia tidak suka dengan Aliya.


Aliya: Selamat malam, om.  Gishanya ada gak, om?
Wisnu: Apain kamu di sini?
Aliya: Saya mau kasi kado buat Gisha. Hari ini kan Gisha Ulang Tahun, om?
Wisnu: Gisha pergi sama mamanya untuk raikan ulang tahun.
Aliya: Saya boleh nunggu Gisha gak, om?
Wisnu: Ya, udah.


Dalam perjalanan, Shinta harap mudah-mudahan Marina tidak akan membongkar rahsia tersebut. Shinta hampir menabrak seseorang kerana Shinta berasa panik memikirkan tentang Marina. Gisha menelefon Gisha agar menghalang Marina kalau Marina sampai nanti. Anjar cuba menghalang Marina daripada masuk ke dalam rumah untuk menemui Wisnu. Kata Marina dia ke situ untuk membongkar semua rahsia tentang Anjar dan Shinta. Anjar tanya apa maksud dan tujuannya ke situ.


Wisnu terdengar bunyi bising di luar. Wisnu tanya Marina kerana dia menjerit-jerit seperti itu. Wisnu tanya Anjar kenapa dia melarang Marina masuk. Wisnu memberi kebenaran pada Marina untuk masuk. Anjar memberitahu Mutia dia bingung. Mutia tanya kenapa pula Anjar bingung.

Anjar memberitahu Mutia bahawa Marina mahu membongkar rahsianya dan Shinta. Mutia tanya di mana Marina.
Mutia: Kamu ni bingung kenapa sih?
Anjar: Marina mau membongkar hubungan saya dengan Shinta?
Mutia: Wow! Marina mau membongkar hubungan kalian?
Anjar: Iya, terus bagaimana?
Mutia: Di mana Marina sekarang?
Anjar: Bersama Pak Wisnu.
Mutia terus keluar dari kamar. Anjar bimbang Mutia akan membantu Marina membongkar rahsia masa lalu dia bersama Shinta.

Marina: Aliya? Apain kamu di sini?
Wisnu: Aliya ke sini dia mau bawa kado ke Gisha. Hari ini ulang tahunnya Gisha.
Marina: Oh.. ya bagus deh kalau gitu.. Berarti dia sekalian boleh mendengar rekaman yang aku bawa.
Wisnu: Rekaman?

Dalam hati Aliya dia berfikir: Jangan-jangan rekaman ini?
Wisnu: Kamu mau tanya apa, Marina?
Marina: Memang benar ya om? Tante Shinta kaya gitu?
Wisnu: Kaya gitu, kaya gitu apa? Kamu omong apa sih tentang istri saya?
Marina: Oh... jadi Om Wisnu belum tahu?
Wisnu: Belum tau apa, Rin?
Marina: Ya ampun, om.. kamu tau gak sih. Jadi selama ini Tante Shinta menyimpan rahasia besar sama om?
Wisnu: Rahasia? rahasia apa?
Marina: Selama ini Tante Shinta punya hubungan lain dengan laki-laki lain.
Wisnu: Apa??
Sambung Marina yang lebih ironi lagi, laki-laki itu dekat dengan Wisnu.
Wisnu: Marina, kamu jangan sebarangan fitnah istri saya, iya?
Marina: Fitnah? Ya ampun, om. Aku nggak pernah fitnah. Aku nggak suka bohong kok. Aku berani sumpah om.
Wisnu: Siapa? Siapa laki-laki itu?

Marina kata selain dari menjenguk Wisnu dia ada sesuatu yang hendak tanya pada Wisnu. Marina memberitahu selama ini Shinta menyimpan rahsia besar daripada Wisnu iaitu dia mempunyai hubungan dengan lelaki lain yang Wisnu kenali rapat. Wisnu tidak suka Marina fitnah Shinta tetapi Marina memberi rakaman itu untuk didengar Wisnu sebagai bukti. Kata Marina itu adalah rakaman pertengaran Shinta dan Mutia. Tanya Wisnu apa hubungan Mutia dengan hal itu. Marina suruh Wisnu dengar dulu dan dia akan tahu nanti.




Shinta dan Gisha sampai. Shinta terjatuh sewaktu dia ingin masuk ke dalam rumah. Wisnu menekan butang untuk mendengar perbualan Mutia dan Shinta. Hati Wisnu begitu terluka sewaktu mendengar dia mendapat tahu Anjar adalah mantan suami Shinta.


Wisnu tanya apa maksud Shinta. Wisnu meninggikan suaranya dan tanya apakah Anjar adalah mantan suaminya dan selama ini Shinta telah menyembunyikan hal itu darinya. Apabila Aliya cuba membela Shinta dan minta Wisnu jangan marahi Shinta malah Wisnu menyuruh Aliya diam dan uruskan masalahnya sendiri. Shinta mula mengeluarkan suara dan meminta suaminya jangan marah Aliya seperti itu. Sambung Wisnu lagi pada Shinta kalau begitu dia mahu Shinta memberitahunya apakah benar apa yang dikatakan Mutia dirakaman itu.


Wisnu: Apa benar kamu pernah nikah sama Anjar? Jawab, Shinta!!
Gisha: Papa..
Wisnu: Diam, Gisha!!
Wisnu terus meninggikan suaranya untuk Shinta jawab soalannya tadi.
Marina: Ayo, dong, Tante Shinta jawab.

Sebelum Shinta dapat menjelaskannya, Mutia muncul dan berkata semuanya bohong dan itu bukan suaranya.
Mutia: Semuanya bohong. Dalam rekaman itu semuanya bohong, Pak Wisnu. Itu bukan suara saya. Saya tidak pernah berbicara dengan Ibu Shinta sedikit pun. 
Kata Mutia dia tidak pernah bicara sama Shinta tentang hal itu.
Marina mula menyuara dengan memanggil "Ibu Mutia.." namun sambung Mutia lagi... Tanya Wisnu jadi ada apa dengan rakaman itu dan kata-kata Mutia di rakaman itu adalah apa.
Kata Mutia bahawa semua yang ada dalam rakaman itu adalah rekaan saja dan Mutia berkata Marina adalah seorang pembohong besar.
Mutia: Bahkan Non Marina sempat membayar saya, Pak Wisnu. Supaya saya mengikuti semua sandiwaranya.
Wisnu terus tanya apakah maksud Marina melakukan semua itu. Marina pula kata dia berani sumpah dia tidak pernah reka semua itu.
Wisnu tanya apakah Marina sengaja mencari masalah dengan dia dan Shinta atau Marina sengaja mahu merosakkan rumah tangganya.



Marina: Aku tak pernah niat kaya gitu, om.
Wisnu: Udahlah, Marina. Aku tahu kok kalau kamu nggak suka sama istri saya. Apa lagi pada saat dia menggagalkan perkahwinan kamu.
Wisnu memarahi Marina dan dia tahu Marina tidak suka tetapi itu tidak bererti dia boleh kerjakan isterinya seperti itu.
Marina: Tapi, om.. aku...
Kata Wisnu lagi pada Marina, sekarang dia tidak simpati dengan Marina lebih baik dia pergi dari situ. Wisnu mengusir Marina dari rumahnya.
Marina: Okey, aku akan keluar dari sini... permisi.

Shinta memanggil Wisnu tetapi Wisnu mahu tenangkan dirinya dan dia mahu dibiarkan sendirian. Marina beranggapan Mutia sebagai seorang gila. Marina tanya Mutia apakah dia mahu fitnahnya lagi lalu dia menolak Mutia. Anjar melihat kejadian itu lalu memapah Mutia bangun. Anjar tanya Marina kenapa dia berkasar dengan isterinya.


Marina menyesal kerana bekerjasama dengan perempuan selicik Mutia. Anajr berterima kasih pada Mutia kerana telah membelanya dan Shinta. Namun Mutia kata pada Anjar jangan perasan kerana dia tidak berfikir sedikit pun tentang Shinta.

Mutia: Kamu liat saja suatu hari nanti, saya pasti akan bikin hidupnya Shinta menderita. Suatu hari nanti. Kamu liat saja..
Mutia mahu membongkar rahsia itu sendiri pada Wisnu dan dia bercadang untuk memusnahkan hidup Shinta suatu hari nanti. Anjar baru tahu yang Mutia belum berubah.


Mutia tanya Shinta kenapa dia berada di kamarnya. Mutia dapat mengagak Shinta pasti mahu berterima kasih tetapi kata Mutia "tidak perlu". Sambung Mutia lagi dia tidak lakukan itu untuk selamatkan rumah tangga Shinta tetapi Mutia tidak mahu dihalau dari situ. Walau pun apa alasannya, Shinta tetap mahu berterima kasih pada Mutia kerana Mutia telah menyelamatkan pernikahannya.  Secara sindiran,Mutia suruh Shinta jaga dirinya baik-baik sambil tersenyum dengan hati yang berdendam.

Wisnu mendengar semula pita rakaman itu sekali lagi dengan hati yang sedih. Shinta berasa kasihankan suaminya kerana Wisnu terpaksa terlibat dalam masalah ini disebabkan masa lalunya dan Shinta berasa semakin terbeban dengan semua ini.
Shinta: Mungkinlah sekarang waktu yang tepat untuk aku menjelaskan semuanya ke Mas Wisnu. 
Tiba-tiba Wisnu membuang pita rakaman itu ke atas lantai hingga rosak. Melihat semua itu, Shinta terus meminta maaf pada Wisnu.
Shinta: Mas, aku minta maaf, mas. Maafin aku.. (Shinta menangis teresakesak)



Wisnu: Maafin aku, ya Shinta. Aku sempat meragukan kamu dan lebih percaya sama Marina. Sebagai seorang suami seharusnya aku gak boleh begitu. Sebagai seorang suami aku gak boleh emosi pada saat dengar omongan orang lain sebelum aku dengar kebenaran dari istri aku sendiri. Shinta, aku janji kejadian ini nggak akan berulang lagi. Aku pastikan itu. Aku lakuin ini semua karna aku cinta sama kamu, Shin.. Aku benar-benar cinta sama kamu.

Wisnu minta maaf pada Shinta kerana telah meragui Shinta dan mempercayai Marina. Kata Wisnu sebagai seorang suami dia tidak patut bersikap demikian sebelum dia mendengar kebenarannya daripada isterinya sendiri. Wisnu berjanji perkara itu tidak akan berulang lagi. Wisnu berkata pada Shinta dia benar-benar mencintai Shinta.




Wisnu: Jangan nangis lagi, Shinta. Aku nggak mau kamu nangis karna aku. Karna kesalahan aku. Maafin aku, ya.
Shinta mengangguk kepalanya, Shinta telah maafkan Wisnu. Namun apabila Shinta cuba jelaskan tentang tape recorder itu, rekaman itu tetapi Wisnu tidak mahu Shinta mengungkit hal itu lagi kerana Wisnu menganggap semua masalah itu sudah selesai. Wisnu memeluk Shinta dengan penuh kasih sayang. Dalam hati Shinta, dia meminta maaf kerana masih belum jujur dengan Wisnu.


Sandra marahkan Marina kenapa dia bersikap bodoh dan lakukan hal konyol seperti itu.
Sandra: Tante tau kamu gak suka sama Shinta, tapi bukan begitu caranya untuk menyingkirkan dia. Kamu nggak bisa menuduh dia membabi buta seperti itu.
Marina: Aku gak fitnah dia tante, malah Om Wisnu itu sudah percaya sebelum pembantu bodoh itu bilang aku pembohong.
Sandra: Mulai sekarang kamu harus dengarin omongan tante. Kamu harus bersikap seperti dewasa. Jangan bersikap anak-anakan. Kalau kamu berikap begini terus, Om Wisnu bukan saja akan membenci kamu Marina. Tapi Om Wisnu juga akan jauhi tante. Dan hubungan Om Wisnu dengan tante akan makin menjauh. Kalau sampai itu terjadi pernikahan kamu dengan Galang akan gagal total. Kamu gak mau, kan? Mulai hari ini kamu harus belajar menjaga sikap kamu. Tante gak suka kalau kejadian seperti itu terjadi lagi. Ngerti gak kamu?

Sandra mahu Marina bersikap seperti orang dewasa mulai saat itu. Sandra tidak mahu disebabkan hal Marina perhubungannya dengan Wisnu menjadi renggang. Marina hairan kenapa Sandra ikut memarahinya begitu. Kata Galang itu adalah hukuman buat orang yang selicik Marina. Marina tidak faham maksud Galang tetapi Galang mahu Marina fikirkannya sendiri. Kata Galang Marina akan terima akibat perbuatannya sendiri.

Shinta: Kamu liatkan Anjar. Kamu tunggu apa lagi sih, Anjar? Aku dah bilang berkali-kali sama kamu tolong pergi, Anjar. Tinggalin aku, kamu ngerti gak sih? Kamu pulang sana, bawa Mutia. Urus anak istri kamu jangan urusin saya.Kamu tunggu apa lagi? Kamu tunggu bencana apa yang menimpa saya? Apa yang kamu mau liat, Anjar? Kamu mau liat pendarahan baru kamu mau pergi?
Shinta mohon Anjar agar meninggalkan rumah itu dengan segera dan Shinta tidak mahu dia diganggu lagi.
 Anjar: Tidak Shin, saya tidak akan meninggalkan rumah ini. 
Shinta: Anjar, mau sampai kapan kamu mau diam di sini?
Namun menurut Anjar dia tidak akan meninggalkan rumah itu. Shinta tanya apakah dia mahu melihat rumah tangganya hancur berantakan baru dia akan pergi. Tetapi Anjar menafikannya dan dia sama sekali tidak ada niat seperti itu. Kata Anjar, dia mahu terus tinggal di situ kerana dia mahu membantu mencari anak mereka yang hilang.

Shinta: Kamu itu benar-benar keras kepala, ya Anjar? Saya bilang sama kamu kalau saya bisa cari anak saya sendiri tanpa bantuan kamu.
Anjar: Saya ayahnya, saya wajib untuk membantu mencari anak saya yang hilang.
Shinta: Bagaimana dengan Aliya? Dia kan darah daging kamu juga, Anjar? Gimana perasaan dia kalau dia tahu ayahnya mencari anaknya yang lain? Gimana perasaannya, Anjar? Kamu pulang sana. Urus Mutia dan Aliya. Jangan urusin saya. Saya bisa cari anak saya sendiri tanpa bantuan kamu.
Anjar: Shinta, Aliya bukan anak...
Shinta tanya Anjar bagaimana pula dengan Aliya. Anjar hampir memberitahu Shinta bahawa Aliya bukan... tetapi Anjar berubah fikiran...
Shinta: Bukan apa? Bukan apa, Anjar?
Anjar cuba tukar tajuk perbualan dengan berkata bahawa dia tidak akan melupakan Aliya begitu saja tetapi dia ingin tahu siapa anak kandungnya yang sebenar.
Anjar: Jadi saya mohon sama kamu, saya harus tinggal di sini sampai saya menemukan anak saya. Dan saya ingin melindungi kamu dari Mutia kalau Mutia melakukan tidak diinginkan.
Shinta: Kamu itu keras kepala, ya.. Anjar.
Shinta tidak tahu apa yang harus dicakapkan dengan Anjar. Kata Shinta mungkin Anjar akan senang melihat dia mati dibunuh Mutia. Apabila itu terjadi barulah Anjar akan pergi, begitulah kata-kata Shinta pada Anjar.
Shinta: Itu yang kamu tunggu, terserah. Terserah kamu, Anjar. Setelah itu Shinta beredar dari situ.


Sinopsis beberapa minit sebelum tamat episode hari ini: Aliya pergi menemui Gisha. Gisha tanya Aliya kenapa dia masih berada di rumahnya. Aliya memberi kado ulang tahun buat Gisha.
Gisha: Kamu tau di mana kalau aku ulang tahun?
Aliya: Dari mama kamu.
Gisha: Mama aku? Memangnya kapan mama aku kasi tau?
Aliya: Tadi aku ketemu mama kamu di rumah sakit aku dilahirin. Ternyata kita dilahirin di tempat yang sama lo.. terus ulang tahun kita juga sama. Hari ini aku juga ulang tahu juga lo.. kebetulan banget, ya?
Gisha: Jadi tadi kamu ketemu sama mama aku?
Aliya: Iya..


Gisha: Kalau gitu kamu ambil balik kado kamu. (Gisha membaling kembali kado itu pada Aliya) karna aku gak butuh. Aku kan bilang sama kamu berkali-kali untuk jauhin mama aku?
Dengan nada marah, Gisha tanya pada Aliya apakah dia mahu tunjukkan bahawa dia lebih dekat dengan mamanya berbanding dengan Gisha, anaknya sendiri.
Aliya: Tidak Gisha, aku gak ada niat gitu.
Gisha: Bohong kamu.. Okey kalau kamu memang mau kasi aku kado, aku minta satu hal sama kamu. Jauhin mama aku, pergi dari kehidupan mama aku.

Gisha memaksa Aliya untuk keluar dari kehidupan mamanya. Episode 38 terhenti di sini dan episode seterusnya akan bersambung pada 28 Januari 2013 nanti.

Sinetron Aliya Episode 38 pada 24 Januari 2013

Sinetron Aliya Episode 38 Part 1

Sinetron Aliya Episode 38 Part 2

Sinetron Aliya Episode 38 Part 3

Sinetron Aliya Episode 38 Part 4-4

Terlebih dahulu saya ingin meminta maaf kerana terdapat banyak kesilapan dalam ejaan, struktur ayat dan tatabahasa sewaktu saya menulis sinopsis ini. Terima kasih kepada semua yang telah singgah di sini.

sumber: (Terima kasih dan kredit diberikan kepada
http://www.sctv.co.id
http://www.tv3.com.my/
http://id.wikipedia.org/ 
SenCy_TVkoe:  http://www.lautanindonesia.com/
http://clorofilawards.wordpress.com
 http://pangeran229.wordpress.com/
http://niazuramaria.blogspot.com/
Channel
lynnalynn01 Channel
dan semua pihak atas sumber maklumat dan gambar)


Tidak ada komentar:

Posting Komentar