Selasa, 15 Desember 2009

EPISODE 2 & 3 - SINOPSIS(SUMMARY) SINETRON TASBIH CINTA PADA 15 DISEMBER 2009 PUKUL 2.00 PETANG DI TV3 - Laudya Chintya Bella sebagai Bella



Sinopsis Tasbih Cinta Episod 2 dalam slot sinetron TV3 pada 15 Disember 2009:

**********************************************************************
Sila klik di sini untuk mengikuti sambungan sinetron Tasbih Cinta Episode 3 pada 16 Disember 2009


**********************************************************************
Sinetron: Tasbih Cinta
Terbitan: MD Entertainment
Lagu Pembukaan Tema: Menyesal oleh Ressa Herlambang
Penutup Tema: Menyesal oleh Ressa Herlambang
Jumlah episode: 105


Dibintangi oleh:

Laudya Chintya Bella sebagai Bella
Andrew Andika sebagai Jo
Bayu Kusuma Negara sebagai Rafi
Helsi Herlinda
Dicky Chandra
Nella Anne
Benny Ruswandi
Nenny Triana
Alessia Cestaro
Bobby Rakhman sebagai Elsye

**********************************************************************


Video klip Menyesal (Lagu Tema OST Tasbih Cinta) - Ressa Herlambang


Pembukaan Tema Tasbih Cinta/Opening Theme Song Tasbih Cinta


Lirik Lagu Menyesal (Lagu Tema Tasbih Cinta) - Ressa Herlambang

semula ku tak yakin
kau lakukan ini padaku
meski di hati merasa
kau berubah saat kau mengenal dia

reff:

bila cinta tak lagi untukku
bila hati tak lagi padaku
mengapa harus dia yang merebut dirimu

bila aku tak baik untukmu
dan bila dia bahagia dirimu
aku kan pergi meski hati tak akan rela

* terkadang ku menyesal
mengapa ku kenalkan dia padamu

repeat reff [2x]
repeat *

**********************************************************************
Sambungan sinopsis sinetron Tasbih Cinta Episode 2 pada 15 Disember 2009



Rafi: Sekarang kita dah tahu kau gadis jenis apa?



Bella terpaksa menerima wang daripada Rafi untuk membiayai kos perubatan Lena yang sedang sakit di hospital.



Babak yang lain: Bella meminjam baju daripada Elsye untuk mula bertugas di hotel sebagai setiausaha Jojo


Bella berkata sendirian: .Seiausaha? Bolehkah aku jadi setiausaha? Masuk pejabat pun tidak pernah. Apa lagi nak jadi setiuasha. Bella, kau pasti boleh.



Juleha: Ibu terpaksa banyak urut dada dengan kamu.
Bella: Melampau kamu ya. Lina berada di hospital dan kamu pula berdandan habis. Kau mahu ke mana? Ini baju siapa? Kamu mahu berpesta?
Bella: Ini baju dari Elsye, bu. Saya bukan ke pesta.
Juleha: Kalau bukan ke pesta ke mana kamu mahu pergi?
Bella: Saya mahu berjumpa dengan kawan Elsye yang beri kita pinjam wang semalam. Dan dia janji sama saya dia akan pinjam lagi.
Juleha: Jika begitu, cakaplah dari tadi.
(Jam di dinding menunjukkan sudah pukul 8.00 pagi dan Bella khuatir dia akan terlambat pada hari pertama dia bekerja)


Bella: Mana Elsye?
Elsye akhirnya tiba tetapi kebetulan terdapat sebuah kereta yang lalu di situ dan....









Bella berasa geram lalu:
Bella: Gara-gara kau, baju aku kotor dan basah.
Jojo: Maaf saya tak sengaja.
Bella: Dasar orang kaya. menyombong.
(Jojo keluar dari keretanya setelah mendengar kata-kata yang dilafazkan oleh Bella itu) Bella kata dia tahu bahawa dia adalah seorang yang miskin tetapi Jojo tidak boleh buat sesuka hatinya.)
Bella: Kau mempunyai mata kan? Lain kali guna mata ketika memandu.

Bella menyuruh Jojo berhenti apabila dia sangkakan Jojo hendak mengeluarkan wang dari koceknya. Bella kata jangan dia fikirkan dengan wang semua masalah akan selesai. Jojo jawab dia cuma mahu memberinya sapu tangan untuk bersihkan bajunya saja. Jojo kata "sudah sekiranya tidak mahu" lalu pergi meninggalkan Bella di situ.



Elsye tertawa sendirian melihat gelagat Bella yang telah salah sangka terhadap Jojo.


Jojo: Setiausaha saya yang baru sudah tiba ke belum?
Pengawal Keselamatan: Belum

Sampai di pejabat, Jojo berasa geram kerana gara-gara gadis itu tadi dia berasa malas untuk memulakan kerjanya.



Bella tiba di pejabat Jojo dan dia terkejut melihat Jojo di situ kerana dia tidak sangka bahawa dia adalah abang kepada Rafi dan bukan itu saja, Jojo juga akan menjadi bosnya. Bukan itu saja, Jojo merupakan majikan di hotel ini dan lelaki yang harus dia dekati. Jojo juga tidak sangka setiausaha barunya adalah Bella yang telah marahkannya tadi.

Jojo pecat Bella kerana Bella terlambat kerja pada hari pertama dia mula bertugas. Walaupun Bella memohon agar dia diberi peluang lagi kerana dia amat memerlukan wang untuk membayar bil rawatan Lina. Bella tahu sekiranya dia tidak ikut arahan Rafi sudah pasti Rafi tidak akan memberinya wang lagi. Bella meminta maaf kepada Rafi, tetapi Rafi tetap memecat Bella dan minta dia jangan minta belas kasihan daripadanya kerana walau dengan cara apa pun dia tetap tidak akan menerima Bella sebagai pekerja.


Rafi risau tentang hal itu kerana sekiranya Bella dipecat sudah tentu Bella tidak akan mempunyai peluang untuk mendekati Jojo. Jojo tanya siapakah yang telah menerima gadis seperti itu bekerja di sana tetapi semua staf yang lain cuma berdiam diri sahaja.



Jojo: Sana pintu keluar. Keluar dari pejabat aku.
(Suara hati Rafi berkata: Ini tak boleh terjadi. Jo pasti pecat gadis kampung itu. Habis rosak semua rancangan aku. Aku harus yakinkan Jo agar tidak pecat gadis itu. tapi bagaimana?)
Jojo: Kau dengar tak... keluar!!!


Rafi: Tunggu. Ada masalah apa, abang marah betul dengan gadis ini? Bukankah pada abang semua gadis sama saja? Hidup abang cuma buat perniagaan dan dapat wang? Abang pecat dia kerana dia terlalu cantik kan? Abang takut rasa terganggu dan jatuh cinta padanya? Jadi, semua cakap abang yang dulu cuma cakap kosong saja.

Bella risau keadaan akan menjadi lebih merisaukan lagi kerana pada pendapat Bella Rafi bukan hendak tenangkan abangnya malah membuat dia berasa lebih marah lagi. Jika itu berterusan sudah pasti abang Rafi tidak akan menerimanya bekerja di situ. Rafi memberitahu abangnya bahawa dia akan memberitahu semua pekerja hotel bahawa mulai sekarang, mereka cuma ambil pekerja wanita yang biasa saja. Jadi dengan cara begitu abangnya tidak akan mudah terjatuh cinta dengan pekerjanya.




Bella terus berjalan keluar dari pejabat itu dan dia sedih kerana sekarang dia sudah tidak mempunyai pekerjaan lagi. Bagaimana dia dapat bayar bil pembedahan Lina. Baru semalam sahaja dia terima tawaran daripada Rafi dan cuma Rafilah harapannya untuk mendapatkan wang. Bella tidak tahu apa yang harus dilakukannya sekarang.



Akhirnya Jojo terpaksa bersetuju untuk menerima Bella bekerja sebagai setiausahanya tetapi dengan syarat semuanya kena ikut peraturan Jojo. Bella lega dan bersyukur apabila Jojo tukar fikiran dan mengambilnya untuk bekerja lagi.



Jojo: Mungkin aku tidak bersikap adil pada kau. Biar aku jelaskan kenapa kau dipecat. Jika ada pekerja yang datang lewat pada hari pertama kerja, maknyanya pekerja itu tidak boleh bekerja dengan baik dan selalu timbulkan masalah, orang seperti itu tidak layak untuk bekerja di sini.


Bella: Kenapa tuan berani tuduh saya seperti itu? Saya tahu tuan di sini adalah bos dan berhak untuk mengambil atau memecat pekerja yang manapun tuan mahu. Tetapi tuan lupa seharusnya tuan ingat kenapa saya lewat datang bekerja. Pagi tadi kita bertembung. Dan sekiranya tuan masih ingat, saya bukannya pakai baju ini. Akhirnya saya harus pulang ke rumah dan saya harus tukar pakaian. Semua itu kerana kecuaian tuan memandu kereta.Jika saya tahu tuan adalah bos saya, mungkin saya akan terus datang ke pejabat dengan pakaian kotor saya.

Rafi: Oh... jadi dia terlambat disebabkan abang dan abang pecat dia pula.. Jo, aku tidak percaya kau lakukan ini semua padanya. Setahu saya, abang jujur dan mampu bersikap adil tapi ternyata aku salah.
Bella: Gara-gara kesalahan tuan, saya dipecat.
Jojo: Kejadian yang kau alami boleh terjadi bila-bila masa saja. Mungkin juga pada hari-hari yang berikut akan terjadi pada kau lagi. Faham?
Bella: Apa maksud tuan? Tuan mengancam saya?
Rafi cuba tenangkan keadaan dan minta perkara itu tidak dipanjangkan lagi. Namun demikian, Rafi memberitahu Bella bahawa dia adalah seorang pekerja di situ dan dia tidak boleh marahkan majikan dan menurut Rafi sebagai majikan, abangnya tidak boleh buat sesuka hati. Sekiranya demikan, malulah pekerja lain nampak.Jojo kata adiknya keterlaluan mengatanya begitu.


Bella berkata sendirian: Banyaknya kertas. Nak buat apa? Tapi tuan Jojo tidak memberitahu aku nak buat apa dengan kertas ini. Baik aku buang saja kertas itu. Tetapi setelah Bella fikir sekali lagi dia tidak membuangkannya tetapi meletakkannya dalam fail yang berasingan. Apabila Bella cuba menelefon Jojo tentang hal itu, Jojo jawab masukkan ke dalam fail atau apa saja dan dia tidak mahu diganggu. Bella kemudiannya simpan kertas-kertas itu dalam fail.



Supri menelefon Bella dan tanyakan kepadanya adakah dia berjaya untuk meminjam wang atau tidak kerana mengikut Supri doktor kata Lina perlu diberikan suntikan setiap hari.Bella minta maaf kepada ayahnya, Supri kerana dia masih belum berjaya meminjam wang lagi. Dia berjanji akan memberikannya kepada Supri setelah dia berjaya mendapatkan wang tersebut. Bella ingin pinjam wang daripada Rafi tetapi dia minta agar usah diganggu.

Jojo mencari kertas-kertas yang berada di atas mejanya. Apabila Bella ternampak Jojo, dia kata sebenarnya dia tidak membuat panggilan telefon tetapi agaknya tersalah sambung talian. Jojo minta Bella letakkan gagang telefon dan tanya adakah dia mengambil kertas-kertas dari fail itu.
Bella fikir sendirian kenapa sekarang dia terjebak di antara dua adik-beradik yang berlagak ini.



Ibu Sari melawat Jojo di pejabat dan tanya keadaannya di situ. Ibu Sari kata dia bangga Jojo mahu bergabung di hotel itu. Jojo minta pekerjanya batalkan meeting yang sepatutnya diadakan pada waktu itu kerana dia mahu tinggalkan neneknya sendirian.






Ibu Sari teringatkan cucunya apabila dia melihat Bella.

Bella: Maaf puan. Puan kenapa kelihatan sedih?
Ibu Sari: Kamu siapa?

Belum sempat Bella memberitahu Ibu Sari namanya adalah Bella, Jojo muncul dan memperkenalkan kepada neneknya bahawa dia adalah seitausaha barunya.

Jojo minta Bella ikutnya dan tanya dengan nada yang tinggi di mana dia telah meletakkan kertas-kertas di atas mejanya. Bella kata dia telah meletakkannya dalam fail. Ibu Sari yang lalu di situ terdengar Jojo meninggikan suaranya kepada Bella lalu meminta Bella jangan menangis dan menegur Jojo. Ibu Sari minta Jojo lihat baik-baik: Bella adalah seorang pekerja yang baik, solehah dan cantik lagi. Begitukah caranya Jojo melayan pekerjanya. Ibu Sari minta Bella ikut bersamanya.



Babak yang lain - Bella menemui Rafi di club yang biasanya Rafi pergi dan dia berjaya mendapat wang daripadanya.



Pada mulanya Bella memberitahu Rafi bahawa sekiranya dia tidak memberinya wang, dia akan membongkarkan rahsia bahawa Rafi yang merancangkan semua itu teatapi Rafi kata apabila Jojo ketahui tentang hal ini Bella saja yang akan rugi. Rafi kata dia akan beri Bella wang tapi bukan hari ini, mungkin besok atau hari-hari yang lain. Rafi tidak mahu kekasihnya lihat mereka berdua di situ dan mencurigai sesuatu. Kemudian Bella berkata:

Bella: Kalau kamu tak mahu beri aku wang, aku akan beritahu kekasihmu sekarang yang kau curang dengan aku. Akhirnya Rafi akur dan beri wang kepada Bella.



Rafi minta Bella pergi dari situ dan jangan ganggu dia setelah memberinya wang. Di luar club, Bella ternampak ibunya, Nadira dan Nadira tanya di mana wang yang dikatakan ingin dia pinjam.







Nadira memeluk Bella dengan gembira kerana Bella berjaya mendapatkan wang untuk membayar bil pembedahan Lina.



Di rumah, Jojo tidak faham kenapa dia asyik teringatkan tentang Bella.

Babak yang lain - Di hospital





Bella risau tentang keadaan adiknya, Lina di hosptial tetapi setelah membuat pemeriksaan dokotr, jururawat memberitahu Bella bahawa keadaan adiknya sudah stabil dan dia minta Bella mendapatkan rehat yang mencukupi.



Pada keesokan hari, Bella telefon Rafi dan minta Rafi hantar dia ke pejabat kerana dia terlewat bangun. Dia tidak mahu Jojo tiba pejabat sebelum dia tiba kerana sekiranya ia berlaku dia akan dipecat oleh Jojo. Bella minta pertolongan daripada Rafi.









Sekian, kemas kini sambungan sinopsis/rumusan sinetron Tasbih Cinta Episode 2 daripada shinystar untuk hari ini. Hingga berjumpa lagi dalam kemas kini Episode 3 pada hari esok.

***********************************************************************
Sinopsis Tasbih Cinta Episode 2





Gambar-gambar dari petikan Tasbih Cinta Episode 2 (sinopsis Tasbih Cinta Episode 2 versi gambar)

JOJO dan BELLA sama-sama tidak menyangka kalau mereka akan bertemu lagi di kantor JOJO. BELLA shock saat mengetahui JOJO adalah kakaknya RAFI, sekaligus bos yang harus dia dekati. JOJO tidak terima dengan perlakukan BELLA yang sudah memakinya di jalanan. JOJO kemudian memecat BELLA dengan alasan terlambat datang ke kantor.

BELLA yang sangat membutuhkan uang buat bayar pengobatan LINA terpaksa memelas dan memohon dihadapan JOJO. RAFI yang baru datang, ikut membela BELLA hingga BELLA kembali diterima sebagai asisten JOJO.

Hari pertama bekerja, BELLA tidak mengerti apa saja yang harus dia kerjakan di kantor. BELLA banyak membuat kesalahan hingga JOJO berkali-kali memakinya. BELLA yang tidak tahan dengan makian JOJO langsung sholat dan memohon pada ALLAH agar jalannya dimudahkan.

Setelah selesai sholat, BELLA bertemu dengan SARI. Mereka sama-sama tidak mengetahui bahwa sebenarnya BELLA adalah cucu kandung SARI. Sejak awal melihat BELLA, SARI langsung menyukainya. SARI bahkan tidak segan-segan membela BELLA ketika BELLA dimaki JOJO.

Setelah pulang kantor, BELLA masih harus berjuang mendapatkan uang dari RAFI. BELLA bahkan nekad menyelinap masuk ke dalam club yang biasa didatangi RAFI. Setelah berusaha dengan keras, akhirnya BELLA berhasil mendapatkan uang dari RAFI.

Keesokan paginya BELLA kembali terlambat datang ke kantor. BELLA langsung menghubungi RAFI dan meminta diantar ke kantor, sebelum JOJO sampai di kantor. RAFI dan BELLA berusaha sampai di kantor secepat mungkin agar BELLA tidak dipecat oleh JOJO. Apakah usaha mereka berdua akan berhasil?

***********************************************************************
Video klip sambungan kisah sinetron Tasbih Cinta Episode 2


Sambungan kisah sinetron Tasbih Cinta Episode 2 Part 1


Sambungan kisah sinetron Tasbih Cinta Episode 2 Part 2


Sambungan kisah sinetron Tasbih Cinta Episode 2 Part 3


Sambungan kisah sinetron Tasbih Cinta Episode 2 Part 4


Sambungan kisah sinetron Tasbih Cinta Episode 2 Part 5

***********************************************************************
(Terima kasih dan kredit diberikan kepada MD Entertainment, http://www.indosiar.com, TV3, http://id.wikipedia.org dan semua sumber atas maklumat dan gambar Tasbih Cinta)

(Thank you dan kredit diberikan kepada skoogie Channel, sayangsayangku Channel untuk lagu tema & rannia Channel untuk video klip Episode 2)

Tidak ada komentar:

Posting Komentar