Senin, 14 Desember 2009

SINOPSIS EPISODE 4 & 5 DRAMA LAGENDA "CUCU BETONG" MULA MENEMUI PENONTON PADA 14 DISEMBER 2009 SETIAP HARI ISNIN - KHAMIS DI TV3 & TV9


"Cucu Betong" sebuah Drama Lagenda yang mengandungi 20 episode terbitan J.S. Pictures mula bersiaran di TV3 & TV9 mulai 8 Disember 2009 - Episode 4 pada 14 Disember 2009

***********************************************************************

Barisan pelakon/Dibintangi oleh:

Ezany Nazarif sebagai Zaman
Fizz Fairuz sebagai Jagat
Sheila Ruslysebagai Malika
Mohd Naim Daniel sebagai Raqib (cucu betong)
Fimi Don sebagai Akmal
Daniel Zulkifle sebagai Irfan
Mohd Amir - Hafiz
Farisha Irwayu sebagai Melissa
Maya Matahari sebagai Naya
Sofia Jane sebagai Ratu Solowangi
Emilda Rosmila sebagai Katrina
Noorkhiriah sebagai Cikgu Diana
Shahrol Nizam sebagai Ustaz Shafie
Amir Raja Lawak siamang yang bernama Sayang
Ungku Faridah sebagai Ibu Melissa
Shanaross sebagai Bibik
Sheila Rusly kembali lagi memegang watak sebagai Malika dalam sambungan Drama Lagenda "Anak Betong" iaitu "Cucu Betong" - Pencarian Keris Bimasakti -

Kisah "Anak Betong" menceritakan Malika merupakan seorang manusia bertopengkan syaitan yang tidak pernah berputus asa untuk menghapuskan keturunan Hassan. Walaupun dia tidak berjaya memgpergunakan Jagat untuk melaksanakan rancangannya, Malika cuba mendekati dan mempergunakan anak Jagat pula, Raqib. Berjayakah Malika memiliki apa yang dihajatinya?

Sinopsis Drama Lagenda Cucu Betong

Malika meminta pertolongan daripada Ratu Solowangi untuk kembalikan wajah, tenaga dan ilmunya tetapi syarat yang diberikan oleh Ratu Solowangi sungguh berat. Malika terpaksa akur dengan syarat itu asalkan segala kemahuannya dapat dikembalikan.

12 tahun yang lalu, sikap Raqib (cucu betong) sungguh baik. Dia sering menjadi bahan buli oleh rakan rakan di sekolah yang diketuai oleh ketua pembuli iaitu Akmal. Ketika ini dia masih belum mempunyai ilmu silat. Malissa mengingatkan Zaman tentang perlunya menjaga Raqib betul betul sebagai pewaris Warisan Corp kerana keadaan mereka yang masih belum punya zuriat..
***********************************************************************
Sambungan kisah Drama Lagenda Cucu Betong Episode 3 -Sinopsis Episode 4


Ratu Solowangi kata Malika harus sentiasa memerhati rumah Zaman kerana Zaman tidak akan membiarkan abangnya lemah sebegitu lama. Pada firasatnya Zaman sudah pasti akan menggunakan Keris Bima Sakti untuk mengubati abangnya itu dan pada waktu itu juga Malika harus mengetahui di mana sembunyinya keris tersebut. Malika tanya kepada Ratu Solowangi bagaimana pula dengan Raqib. Sudah banyak perkara yang dilakukan ke atasnya tetapi dia masih berjaya membuat Raqib tanya padanya. Pada Jumaat itu juga Ratu Solowangi kata dia akan menghantarkan hamba-hambanya untuk mengiringi Malika sehingga selesainya tugasan Malika.Malika lega mendengar tentang itu semua.

Babak yang lain: Di rumah Zaman


Bibik: Bapak udah ganteng ni. Benar tak?



Raqib yang belum pernah lihat Jagat sebelum ini tanyakan kepada bibik siapakah dia. Bibik memberitahu Raqib bahawa dia adalah Pak Cik Jagat. Raqib hairan kenapa nama dia sama dengan nama ayahnya sendiri.



Zaman kemudiannya menceritakan apa yang berlaku. Katanya kepada Raqib dia tidak berkata apa-apa tentang Jagat kerana semuanya adalah kerana Raqib masih kecil lagi. Oleh itu Zaman tiada alasan untuk menceritakan perkara yang sebenarnya kepada Raqib. Zaman bercadang untuk memberitahu semuanya kepada Raqib apabila Raqib lebih besar dan dewasa, matang dan tahu apa itu kehidupan dan pada waktu itulah dia akan menceritakan perkara yang sebenarnya kepada Raqib.



Melissa berkata pada Raqib mereka minta maaf kepada Raqib kerana mereka tidak menyangka perkara sebegitu akan timbul sekarang ini. Zaman juga minta maaf kepada Raqib dan katanya dia memang ikhlas untuk menjaga Raqib. Zaman tidak rela tengok sekiranya Raqib terasa hati dan bersikap rendah diri cuma disebabkan ayah kandungnya agak kurang siuman. Hingga sekarang pun ayahnya tidak ingat kepada sesiapapun termasuklah dirinya sendiri menurut Zaman. Raqib tidak salahkan papanya, Zaman kerana dia faham.


Raqib: Raqib sayang papa
Zaman: Papa pun sayang Raqib


Raqib mengalirkan air mata lalu memeluk kedua-dua ibubapanya. Melissa meminta maaf kepada Raqib sekali lagi.







Raqib: Ayah ini Raqib. Anak ayah. Ayah... Raqib, ayah...









Babak yang lain: Bibik sedang memasak bubur untuk Jagat di dapur




Bibik minta Jagat sabar menunggu kerana bubur masih belum masak lagi.



Mendengar Jagat memanggilnya bibik menuju ke arah Jagat. Tiba-tiba Malika muncul dengan begitu saja. Bibik mendapat tahu Jagat mahu minum. Bibik tanya Jagat samada dia mahu air yang sejuk ataupun yang hangat. Bibik minta Jagat tunggu sebentar sementara dia pergi mengambil air yang sejuk untuknya.




Malika membuat bubur itu hangit.


Sekali lagi bibik terasa sesuatu yang aneh berlaku lagi di rumah itu. Bibik dapat mencium bau yang sama sekali lagi dan dia menjadi semakin takut. Bibik ternampak suatu lembaga hitam muncul di belakan Jagat lalu dia menjerit sekuat hatinya.

Babak yang lain: Raqib sedang makan bersama Melissa di luar.


Raqib tanya Melissa kenapa papanya jarang meluangkan waktu bersama mereka. Melissa menjelaskan kepada Raqib bahawa kebelakangan ini papanya sibuk, mempunyai banyak tanggung jawab. Malam itu pun papanya terpaksa pergi ke Melaka untuk membuka gelanggang silat. Lewat malam nanti baru dia pulang ke rumah. Kata Melissa kepada Raqib lagi.


Melissa menasihatkan anaknya untuk belajar silat. Katanya kadang-kadang dalam hidup seseorang tidak akan tahu apa yang penting atau tidak. Selagi mereka tidak tahu keperluannya begitu juga dengan Raqib. Kata Melissa mengetahui seni mempertahankan diri adalah penting dalam kehidupan. Lebih-lebih lagi sekiranya perkara itu ada berkaitan dengan seseorang itu dan dari situ mereka akan dapat tahu asal usul mereka itu.


Melissa: Mama nak tanya Raqib something ni. Masa Raqib sakit, mama tengok kerja sekolah Raqib. Lepas tu mama jumpa buku rakan-rakan sekolah Raqib. Raqibke yang buat kerja-kerja sekolah dia orang tu? (Raqib cuma berdiam diri sahaja apabila Melissa tanya dia)

Babak yang lain: Di rumah






Melissa minta anaknya pergi mandi dan solat Isyak sekali. Lagipun esok dia harus pergi ke sekolah.


Melissa mencari bibik di biliknya. Bibik memberitahu Melissa rumah itu sudah ada banyak hantu dan syaitan tetapi Melissa tidak mahu mempercayainya dan tanya kenapa bibik cakap yang bukan-bukan. Tetapi bibik kata dia bersumpah dan tidak berbohong. Melissa kata dia tidak mahu mendengar semua perkara yang merepek lagi. Melissa tanya bibik adakah dia percayakan "Allah". Bibik jawab sudah tentu dia percaya. Oleh itu Melissa kata sekiranya dia percaya, bibik sepatutnya yakin dan sepatutnya beriman. Mesti yakin bahawa tiada satu pun makhluk dalam dunia ini yang dapat menandingi kuasa Allah. (Melissa to bibik: You should have faith that no other being in the world is more powerful than Allah. So stop with the nonsense and have faith and there's no other creator than Allah) Melissa dapat bau sesuatu macam sudah hangit.

Babak yang lain: Di tempat Malika



Melissa: Wahai Raqib, bangkit bersama Malika. Wahai Raqib anak Suria dan Jagat, bangkit bersamaku. (Rise and be my follower) Dan aku akan meletakkan kau di tempat manusia yang paling tinggi di kalanganku(I will place you with the highest level of humans in my world) Bangkit Raqib... teruskan bangkit... (Malika dah hampir berjaya membangkitkan Raqib untuk bersamanya, tiba-tiba Melissa pergi menjenguk Raqib di biliknya. Malika tidak senang dengan munculnya Melissa ketika rancangannya hampir berjaya.








Melissa teringat kata-kata maknya samada dia mempunyai keinginan untuk memakai tudung adalah disebabkan oleh kekasih pertama suaminya yang pakai tudung ataupun dia memang mahu berpakai tudung dengan sendiri. Kisahnya bersambung...

***********************************************************************


Gambar-gambar dari petikan Drama Lagenda Cucu Betong Episode 4 (sinopsis Drama Lagenda Cucu Betong versi gambar)
***********************************************************************


Malika: Demi sumpahanku kepada sangnya Ratu Solowangi demi nyawanya dan nyawaku demi keris kembar Dima Sakti aku akan terus menyeru nama kau, Raqib dan kau tidak akan keseorangan...

Selepas itu tidak lama kemudian Raqib seperti kena rasuk dan menjerit sekuat hati. Zaman, Melissa dan bibik pergi ke biliknya dan akhirnya Zaman dapat tenangkan fikiran Raqib.


Melissa meminta maaf kepada bibik kerana tidak mempercayainya sebelum ini. Kini dia pun terasa seperti ada sesuatu yang tak kena berlaku di rumah mereka sejak Hari Jadi Raqib. Zaman memberitahu mereka jangan-jangan semua itu adalah kerja Malika. Bersambung...

***********************************************************************
Sambungan sinopsis kisah Drama Lagenda Cucu Betong Episode 5

Permulaan Episode 5:

Bibik tidak faham kenapa kelakuan Raqib sudah berubah dan tidak seperti dulu lagi. Misalnya cawan bersepah saja setelah dia minum dan kebelakangan ini, Raqib menjadi semakin nakal, hati Bibik fikirkan lagi. Jagat masih lagi belum sihat.

Di sekolah:




Akmal, Hafiz dan Irfan dihukum oleh guru lagi apabila mereka tidak dapat menyiapkan kerja sekolah yang diberikan.


Hafiz mengoyakkan kertas lukisan Raqib apabila dia enggan menolongnya lagi.



Malika yang berada di situ ketika itu menolong Raqib menghalau mereka bertiga.





Malika memberitahu Raqib sekiranya dia ingin mempunyai kuasa sepertinya, caranya mudah saja iaitu menjadi kawan Malika dan Raqib tidak akan diganggu oleh sesiapapun lagi untuk seumur hidupnya.


Raqib memberitahu Malika bahawa papanya kata akan mengajarnya silat agar tidak ada orang yang akan buli dia. Malika tidak senang mendengar apa yang baru saja Raqib katakan. Malika ketawa dan mengatakan silat itu memenatkan dan membuang masa saja. Malika terus menyakinkan Raqib sekiranya dia ingin kuasa sepertinya senang saja iaitu pergi ke Danau Malika. Malika juga menggunakan kuasa mencantumkan semula lukisan Raqib yang telah dikoyakkan oleh Hafiz.



Selain daripada itu juga, Malika juga meminta Raqib seru nama mereka bertiga dan tepuk tangannya. Sesuatu akan berlaku pada mereka. Setelah Raqib mengikut apa yang dikatakan Malika, tiba-tiba titisan air keluar dan ini membuat Hafiz dan Irfan takut. Raqib gembira melihat gelagat mereka berdua. Jika Raqib ikut segala syarat Malika tiada sesiapapun yang akan menggangu Raqib lagi.Raqib bersetuju dan dia berjanji.

***********************************************************************





Gambar-gambar dari petikan Episode 5 "Cucu Betong" - sinopsis Cucu Betong Episode 5 versi gambar

***********************************************************************
Penghujung Episode 5:




Ratu Solowangi meminta Malika mencampurkan ramuan yang diberikannya ke dalam setiap hidangan Raqib.

Ratu Solowangi: Selagi ia sebati dengan tubuhnya, anak itu akan mendengar segala perintah kamu.




Di rumah Zaman:




Malika muncul dan tanya kepada Raqib adakah dia sudah bersedia untuk mengikutnya pergi ke Danaunya. Raqib kata ya dan dia akan habiskan kerja sekolah yang selebihnya pada waktu malam nanti. Raqib kata dia terpaksa pulang semula ke rumah sebelum mama dan papanya pulang dari pejabat. Malika bersetuju dan minta Raqib usah bimbang tentang hal itu. Katanya masa dan waktu bukan menjadi masalah di Danau Malika.








Menurut Malika Raqib boleh pulang ke rumah pada bila-bila masa dan yang pasti itu merupakan rahsia mereka berdua. Selepas itu Malika membawa Raqib menghilangkan diri dan menuju ke Danau Malika.




Bibik masuk ke bilik Raqib kerana curiga sesuatu yang tidak kena sudah berlaku. Tetapi Raqib tidak ada di dalam biliknya lagi. Bibik mulai berasa takut dan dia terasa bau itu datang lagi. Bibik menjadi takut dan keluar dari bilik itu.












Malika tanya Raqib adakah dia suka Danaunya? Raqib jawab dia suka dan Malika mengingatkan Raqib lagi bahawa tempat itu adalah rahsia mereka berdua.



Raqib minta kebenaran daripada Malika untuk mandi di sungai. Malika membenarkannya dan

Malika: Raqib mandi dahulu, sebentar saja lagi makanan akan Malika sediakan...






Sambungan kisah Drama Lagenda Cucu Betong pada 16 Disember 2009 dalam Episode 6

***********************************************************************
(Sumber: Terima kasih dan kredit diberikan kepada TV3, http://www.tv9.com.my dan semua pihak atas sumber maklumat dan gambar)

Tidak ada komentar:

Posting Komentar