Sinopsis Tasbih Cinta Episod 5 dalam slot sinetron TV3 pada 21 Disember 2009
Sinetron: Tasbih Cinta
Terbitan: MD Entertainment
Lagu Pembukaan Tema: Menyesal oleh Ressa Herlambang
Penutup Tema: Menyesal oleh Ressa Herlambang
Jumlah episode: 105
Dibintangi oleh:
Laudya Chintya Bella sebagai Bella
Andrew Andika sebagai Jo
Bayu Kusuma Negara sebagai Rafi
Helsi Herlinda
Dicky Chandra
Nella Anne
Benny Ruswandi
Nenny Triana
Alessia Cestaro
Bobby Rakhman sebagai Elsye
**********************************************************************
Video klip Menyesal (Lagu Tema OST Tasbih Cinta) - Ressa Herlambang
Pembukaan Tema Tasbih Cinta/Opening Theme Song Tasbih Cinta
Lirik Lagu Menyesal (Lagu Tema Tasbih Cinta) - Ressa Herlambang
semula ku tak yakin
kau lakukan ini padaku
meski di hati merasa
kau berubah saat kau mengenal dia
reff:
bila cinta tak lagi untukku
bila hati tak lagi padaku
mengapa harus dia yang merebut dirimu
bila aku tak baik untukmu
dan bila dia bahagia dirimu
aku kan pergi meski hati tak akan rela
* terkadang ku menyesal
mengapa ku kenalkan dia padamu
repeat reff [2x]
repeat *
**********************************************************************
Sambungan sinopsis sinetron Tasbih Cinta Episode 4 pada 17 Disember 2009
Episode 5 bermula dengan Bella mengenangkan nasibnya kenapa semua itu boleh terjadi. Apa yang dia mahu cuma membantu Lina saja.
Bella: Aku sayang sama Lina dan aku sanggup buat apa saja tapi ibu pula salah faham dan Rafi juga tak mau bantu aku buat penjelasan untuk ibu. Padahal dia satu-satunya orang yang dapat bantu aku. Sekarang aku tidak tahu hendak buat bagaimana lagi.
Babak yang lain: Di rumah keluarga Supri/Juleha
Juleha: Kamu istirehat ya agar cepat sembuh.Pak kita keluar ya agar Lina istirehat dan tak terganggu.
Juleha: ... sudah malam begini si Bella masih belum pulang-pulang juga ya..
Juleha: Pak, saya patut cegah Bella supaya kelakuannya tak menjadi semakin buruk. Mungkinkah semua ini terjadi kerana saya tidak didik dia betul-betul.
Supri: Jangan buruk sangka dan fikir yang bukan-bukan. Bella bukan anak yang begitu. Tidak seperti yang dikatakan ibu. Saya memang yakinlah Bella tak sanggup dapatkan wang dengan cara menjual...
Juleha: Sudahlah Pak ya... Bapak tak usah nak belakan Bella. Lagipun jika dia seorang gadis yang baik, kenapa malam-malam begini dia belum pulang? Lagi.. bapak tahu dia di mana sekarang? Tahu bapak... tahu?
Supri: Kalau nak bicara silakan. Nak bicara apapun bebas, tapi tolong jaga suaranya jangan tinggi-tinggi, jangan keras-keras kalau Lina bangun gimana?
Babak yang lain - Di gerai makan
Kawan Jualan: Neng Bella mau ke mana? Kamu cari Elsye? Warung Neng Elsye sudah tutup dari tadi.
Bella: Terima kasih ya..
Kawan Jualan: Ya, Neng Bella. hati-hati ya.
Bella: Elsye.. kenapa sih harus kamu nggak ada? Aku ingin sangat cerita pada dia.
Aku bingung aku nggak tahu harus cerita sama siapa? (sewaktu Bella sedang berjalan seorang diri, kedengaran waktu azan...) Ya, Allah tiada tempat lain lagi selain daripada Kau. Sebaiknya malam ini aku tidur di mesjid aku bakal mohon sama Allah untuk tunjukkan jalan keluar bagi masalah aku. Aku yakin Allah pasti bisa membantu aku. Besok pagi baru aku pulang ke rumah. Mungkin aja besok ibu jauh lebih tenang dan bisa diajak berbincang.
(Jangan pernah menyerah kerana sesungguhnya Allah tidak menyukai orang yang mudah menyerah... dan Allah tidak akan menolong seseorang kecuali orang tersebut berusaha untuk menyelesaikan masalah dirinya sendiri.... Allah tidak akan mengubah nasib dari sekelompok kaum apabila mereka tidak berusaha untuk mngubahnya sendiri....)
Bella amat bersyukur kepada Tuhan kerana telah memberikan jawapan kepadanya.
Babak yang lain: Di rumah
Surya: Jo, Rafi mana? kenapa dia tidak pulang bersama kamu? Pasti dia pergi beseronok lagi. Dasar anak tak berguna.
Jo: Tidak pa, Rafi masih di pejabat. Katanya ada beberapa laporan yang dia harus periksa. Pa, papa jangan khuatir ya.. Rafi telah banyak belajar tentang selok- belok perniagaan.
Surya: Dia belajar perniagaan? Seseorang mampu bekerja sebab gunakan otak. Adik kamu apa? Selama ini otaknya tak pernah digunakan.
Selepas itu papanya terus beredar dari ruang tamu.
Jo pada dirinya sendiri: Rafi..... dia selalu beri masalah saja....(Jojo cuba menghubungi adiknya tetapi Rafi tidak mengangkat telefon) Lihat saja, aku harus ajar dia untuk bersikap matang dan bertanggung jawab. Agaknya aku tahu dia berada di mana.
Babak yang lain:
Suara hati Bella: Lihat saja... Rafi aku akan buat kamu dengar cakap aku. Bella menarik tangan Rafi dan memaksanya ikut dia pulang ke rumah untuk menjelaskan cerita yang sebenarnya kepada ibubapanya.
Babak yang lain: Di rumah
Ibu Sari: Jo... kamu kenapa? Kamu cari Rafi ya.. Sudah jumpa Rafi?
Jojo: Tidak, Rafi masih keluar dengan gadis itu.
Ibu Sari: Gadis yang mana? Gadis yang nenek kata baik dan suci. Bella... sekarang nenek sedar yang Bella tak sebaik dan sesuci yang nenek sangka selama ini. Dia cuba memerangkap dan merayu dan perangkap Rafi... Jo letih (Jojo beredar meninggalkan neneknya di situ.)
Babak yang lain: Di rumah Juleha
Juleha: heh... Bella tolong jelas pada ibu siapa dia...
Juleha: Dia... dia mahu menjelaskan kesemuanya ibu... dia yang akan menjelaskan semuanya.
Bella: Rafi, bangun... kamu bangun.. Jelaskan semuanya pada ibuku.
Rafi tidak dapat menjelaskan apa-apa pada Juleha kerana dia telah mabuk.
Babak yang lain: Di rumah Ibu Sari
Ibu Sari pada dirinya: Tak mungkin. Gadis sebaik Bella nak ambil kesempatan pada cucuku, Rafi?
Di rumah Juleha:
Jadi maksud kamu apa? Si pemabuk ini nak beri penjelasan bagi pihak kamu?
Bella: Bukan itu bu, Bella boleh jelaskan semuanya.
Juleha: Dosa apa hingga nasibku begini. Lina pula sakit dan kamu pula buat kerja yang tak baik untuk dapatkan wang.
Bella: Tidak bu... tidak... ibu jangan salah sangka. Saya tak pernah buat begitu. Ibu harus percayakan pada Bella.
Juleha: Kamu dengar baik-baik ya.. ibu tak peduli lagi dengan cakap kamu. Kamu buat apa sajalah. Terpulang! Aturlah hidup kamu sendiri. Ibu tak peduli pasal kamu lagi.
Bella: Ibu.... (Tetapi Juleha sudah pergi dari situ meninggalkan Bella dan Rafi yang masih mabuk)
Babak yang lain: Di rumah Ibu Sari
(Jojo risaukan Rafi masih berada di rumah. Sudah pukul 6.00 pagi dia masih belum pulang lagi)
Babak yang lain: Di rumah Juleha
Bella: Aihhh... kenapa kamu di sini. Keluar...
Rafi: Kamu kenapa, bising sangat?
Bella: Ini kamar aku.. Keluar....
(Bella terpaksa keluar dari biliknya apabila dia tidak berjaya bangunkan Rafi)
Bella pada dirinya: Lelaki menjengkelkan. Asyik bawa masalah. (Bella amat berharap semua itu cuma mimpi)
Rafi terjaga dan dia tidak tahu di mana dia berada.
Rafi tanya pada dirinya sejak bila pula dia berada di sana? Dia tidak ingat langsung apa yang telah berlaku pada dirinya. Akhirnya apabila Rafi melihat Bella sedang solat, dia mendapat tahu itu adalah rumah Bella dan Bella yang telah menyebabkan hingga dia sampai ke rumah itu.
Rafi marah pada Bella yang telah membawanya pergi ke rumah Bella tanpa meminta kebenarannya dahulu dan rumah Bella pula jauh dari rumahnya.
Bella hairan bagaimana Rafi boleh hilang begitu saja. Bella anggap orang kaya seperti Rafi memang sombong. Dah tahu hal dia dan Rafi belum selesai tetapi Rafi pergi begitu saja.
Bella: Bu, ibu lihat Pak Rafi tak bu?
Bella: Kenapa dia tak ada ya?
Juleha: Rafi... Rafi..siapa dia? Oh lelaki pemabuk yang kamu upah untuk menipu ibu? Eh... kamu fikir ibu akan percaya cakap kamu?
Babak yang lain: Di rumah Jojo
Rafi ke mana saja.. sampai sekarang masih belum pulang?
Jojo: Rafi!!!!! Kamu dari mana saja?
Ibu Sari: Jo, kamu keluar sekejap. Biar nenek cakap dengan dia.
(Dalam hati Jojo, dia berkata: Aku akan buktikan siapa Bella sebenarnya)
Rafi: Terima kasih nenek sebab selamatkan saya daripada Jojo. (Satu tamparan sampai ke muka Rafi, nenek Rafi menamparnya)
Ibu Sari: Seharusnya nenek tampar kamu dari dulu lagi.
Bella: Ibu percaya pada Bella bu.. Bella nggak...
Juleha: Cukup..... mahu Ibu cakap bagaimana lagi? Berapa kali ibu dah cakap ibu tak mau dengar alasan kamu lagi. Ibu dah muak.
Bella: Tapi bu, Bella sama sekali tak bohong.
Juleha: Tak ada tapi-tapi lagi. Ibu dah letih.
Supri: Bu...bu kenapa pagi-pagi dah teriak-teriak dan marah-marah. Ibu kan tahu Lina lagi sakit. Lina perlu istirehat...
Juleha: Tak payah menangis lah.. Kamu sangka ibu percaya jika lihat kamu menangis begini? Ingat ya, sekarang kamu tak boleh keluar rumah. Pergi masuk ke dalam bilik.
(Dalam bilik Bella)
Bella pada dirinya: Aku harus cuba telefon Rafi.Kalau aku tak bisa menelefon dia, aku nggak tahu gimana nasibnya Lina.. (Bella berdoa agar Lina sembuh) Aku yakin kalau aku beri wang pada ibu pasti ibu tak akan terima wang pemberian aku. Selagi ibu masih sangkakan aku buat kerja kotor.
Babak yang lain: Di rumah Rafi
Nenek: Katakan pada nenek, kamu buat apa pada Bella? Nenek yakin dia tak serahkan kehormatan dia pada kamu begitu saja.
Rafi: Saya mahu angkat telefon, ini penting.
Bella: Akhirnya kamu angkat telefon aku. Dari tadi aku cuba telefon kamu. Pak Rafi, sekarang lagi aku ada masalah. Dan masalah itu berpunca daripada kamu. Kamu kena tolong aku selesai masalah aku ini.
Bella: Datang ke rumah aku sekarang dan jumpa ibuku. Kamu katakan pada ibu aku kerja sebagai setiausaha. Bukan kerja nggak benar. Kalau kamu tak mau aku janji aku akan beritahu semua rahsia ini pada Pak Jojo.
Rafi: Kamu jangan ugut aku.
Bella: Ya.. terserah.. cepat atau lambat aku akan beritahu semuanya. Sekarang juga aku tunggu kamu datang ke rumah aku.
Rafi: Okey okey aku ke sana sekarang..
Rafi: Nenek, maaf saya harus pergi. Nanti saya jelaskan pada nenek. Minta maaf.
Ibu Sari: Rafi..... nenek belum selesai... tunggu.... (tetapi Rafi sudah meninggalkan rumah itu untuk berjumpa dengan Bella)
Ibu Sari: Ini pasti ada apa-apa. Dia nak ke mana? Aku mesti ekori dia.
Babak yang lain: Di rumah Juleha
Tiba-tiba keadaan Lina menjadi tenat, dia meminta pertolongan dan memanggil nama ibunya. Mereka berasa panik dan Juleha kata meeka harus bawa Lina ke hospital. Supri kata semua itu terjadi kerana gara-gara isterinya. Katanya sekiranya Juleha mahu menerima wang daripada Bella pasti semua ini tak akan berlaku. Menurut Supri, Lina masih perlukan rawatan di hospital tetapi Juleha paksa untuk bawa Lina pulang ke rumah. Juleha tidak mahu mendengar apa yang disampaikan Supri dan terus menyuruh suaminya cepat menghantar Lina ke hospital sebelum terlambat.
Bella: Bu.. Lina kenapa bu.. nak bawa Lina ke mana? Lina mahu di bawa ke mana Pak..
Supri: Penyakit Lina menyerang kembali. Kita mahu bawa Lina ke hospital.
Bella: Bella ikut ya Pak..
Juleha: Kamu jangan ikut. Disebabkan kamu Lina jadi begini. Kami boleh uruskan dia tanpa menggunakan wang kamu.
Babak yang lain:
Bella amat berharap agar Lina tak apa-apa. Bella terus berdoa kepada Tuhan selamatkan Lina. Bella risaukan keadaan Lina dan dia juga pergi ke hospital.
Rafi dalam perjalanan menuju untuk berjumpa dengan Bella. Dia tidak suka Bella memberi arahan kepadanya dan kata Rafi pada dirinya dia akan memberitahu Bella siapa sebenarnya bos dia. Rafi menyedari bahawa neneknya sedang mengikut keretanya dari belakang dan dia ingin mengelak daripada neneknya mengikutnya.Rafi tidak mahu neneknya tahu dia akan pergi ke rumah Bella.
Juleha: Bagaimana keadaan anak kami?
Doktor: Lina harus diberi ubat dengan secepat mungkin. Sekarang, baik awak berdua beli ubatnya. Jika dalam satu jam ini Lina tidak diberi ubat, keadaan Lina akan menjadi parah.
Juleha: Jadi Lina perlukan ubat secepat mungkin?
Doktor: Ya, bu.. Baik saya permisi dulu. Nanti kalau ibu sudah membeli ubatnya tolong segera berikan kepada saya.
Bella: Ibu bagaimana keadaanya Lina? Pak... Lina baik-baik aja kan?
Juleha: Bella... Tak payah bertanya. Mulai dari sekarang jangan ambil tahu lagi. Ibu tak mahu dosa kamu bertambah kerana mahu cari wang untuk ubati Lina.
Bella: Cukup bu, ibu jangan menuduh Bella nggak-nggak terus bu... Sampai saat ini Bella tahu mana yang baik dan mana yang buruk. Dan Bella kerja ini semua buat Lina.
Juleha: Bella kamu masih tak faham. Ibu tak mahu terima wang haram kamu. Masukkan semula wang kamu dalam tas.
Babak yang lain: Rafi tiba di rumah Bella
Rafi mencari Bella di rumahnya tetapi rumah itu ternyata sunyi dan tiada sesiapa pun yang ada di rumah. Rafi hairan ke mana semua orang sudah pergi.
Salah seorang jiran yang tinggal berdekatan memberitahu Rafi ke mana mereka telah pergi. Kata jiran itu Bella dan keluarganya sudah pergi ke hospital kerana penyakit Lina menyerang kembali.
Di hospital
Bella: Bu ini bukan wang haram. Saya pinjamkan wang ini daripada kawan.
Juleha: Ibu tidak mahu Lina dirawat dengan menggunakan wang kamu. Nanti penyakitnya tambah parah.
Supri: Ambil saja wang itu.
Juleha: Sudah Pak, jangan nak membela dia.
Bella: Tak usah ibu fikirkan apa kerja saya. Yang sekarang kita harus fikirkan adalah cara untuk sembuhkan Lina. Tolong bu.. tolong terima wang ini...bu wang ini beli ubat Lina.
Supri: Bella betul ibu.. Tergamak ibu terus membiarkan keadaan Lina begitu. Ibu sanggup tengok keadaan Lina tambah parah gara-gara kita terlambat belikan ubat.
Rafi: Ibu bukan wang haram. Bella telah bekerja keras untuk mendapatkan wang itu. Dan saya minta maaf sebab saya tak sempat berikan penjelasan. Malam tadi saya mabuk teruk. Beberapa hari ini Bella bekerja di perusahaan abang saya sebagai setiausaha. Dan wang itu adalah gaji dia. Jadi saya mohon kepada bapak dan ibu untuk bersedia menerima wang itu kerana Bella bekerja di tempat yang halal.
Supri: Cepat ambil keputusan bu, kita kesuntukan masa. Dalam setengah jam ini kita harus beli ubat untuk Lina. Kalau tidak, keadaan Lina akan semakin parah.
Akhirnya Juleha menerima wang itu daripada Bella. Juleha mengucapkan terima kasih kepada Rafi kerana telah membantu Bella. Supri dan Juleha pergi membeli ubat. Rafi kata pada Bella kini masalah dia sudah selesai dan minta dia pergi bekerja dengan segera sebelum terlambat sampai ke pejabat.
Kawan Rafi: Mahu apa? aku sedang tidur ni.
Rafi: Begini.. Dengar dulu. Aku mahu cerita sama kamu. Kamu mesti dengar. Ceritanya seru banget. Kamu harus dengar.
Kawan Rafi: Raf, malam tadi abang kamu cari kamu. Dia kelihatan marah.
Rafi: Jojo, adik aku? Dia mahu apa?
Kawan Rafi: Semalam, dia nampak foto kamu bersama gadis itu dalam handfone aku.Nampaknya "permainan" kamu mesti diakhiri.
Rafi: Kenapa tak beritahu awal-awal?
(Rafi mematikan talian handfone perbualan mereka begitu saja setelah dia dengar apa yang kawannya telah beritahunya lalu naik ke dalam kereta dan menuju ke pejabat)
Bella: Maaf Pak saya terlambat.
Jojo: Saya mahu memperkenalkan setiausaha baru saya yang sangat pintar dan cekap.
Jojo: Bella, kamu pernah bekerja sama mereka?
Bella: Kamu pernah bekerja di perusahaan mereka kan?
Bella: Er... ya...
Jojo: Kamu duduk..
Jojo: Eh.. kamu fikir kamu itu siapa. Aku tahu siapa kamu. Kau bukan bekas setiausaha Pak Gunawan. Kamu itu cuma seorang penipu. Wanita ini sangat pandai berpura-pura jadi orang lain tapi dia tak sepintar yang dia sangkakan. Dia itu cuma bodoh dan tolol. Sekarang kamu cakap siapa yang telah hantar kamu ke sini untuk mengintip kami? Jawab... jawab!!!!!!!
Rafi: Aku yang telah hantar dia ke sini dan aku juga yang bayar dia untuk kerja di sini.
Jojo: Apa??
Rafi: Kalau kamu memang nak tahu alasannya kenapa aku bayar dia di sini, ayuh cepat... Bell.. kamu juga ikut aku sekarang.
Jojo: Raf... Tak guna kamu bela dia. Dia bersalah. Kamu masih nak bela dia. Aku tak akan maafkan kamu sebab berkomplot dengan dia. Kamu bawa orang yang tak berpendidikan dan tolol ke perusahaan kita. Aku tidak tahu fikiran kamu ada di mana.
Rafi: Lebih baik kamu diam sekarang. Sebentar kamu juga akan tahu alasan aku masukkan dia dalam perusahaan kita. Dan kamu harus lihat sendiri... Jo.
Jojo: Kenapa kamu ni?
Bella: Bagaimana keadaan Lina, bu?
Juleha: Kamu tenang saja ya.. Dia dah stabil.
Rafi: Sekarang kamu lihat sendiri. Kenapa aku beri kerja kepada dia. Kamu juga lihat sendirikan kerja dia. Dia cekap dan semua klien senang bekerja sama dia. Saya tahu Bella tiada pengalaman tapi bagaimana dia akan dapat pengalaman kalau tiada orang yang beri dia peluang. Terpulang kepada kamu, Jo... untuk maafkan dia atau kamu boleh terus pecat dia. Kalau saya, saya akan tetap cari kerja baru untuk dia. Sekarang terpulang kepada kamu, Jo. Saya telah jelaskan semuanya. Semua keputusan ada di tangan kamu.
Sekian, kemas kini Episode 5 "Tasbih Cinta" daripada shinystar. Hingga bertemu lagi dalam kemas kini sinopsis/summary Episode 6 pada 22 Disember 2009 waktu yang sama.
***********************************************************************
Sambungan sinopsis sinetron Tasbih Cinta Episod 5
BELLA shock dan sedih sekali mendengar ucapan RAFI yang bilang kalau dia tidak akan membantu BELLA menjelaskan apapun kepada JULEHA karena itu bukan urusannya. BELLA hampir putus asa mencari cara bagaimana meyakinkan JULEHA kalau ia tidak seperti yang JULEHA tuduhkan.
Di tengah keputus-asaannya, akhirnya BELLA menemukan jalan keluar untuk menyelesaikan masalahnya. BELLA kembali mendatangi RAFI dan memaksa RAFI menjelaskan semuanya kepada JULEHA.
Tapi malang, RAFI mabuk berat dan tidak bisa menjelaskan apa-apa. Bukannya selesai masalah BELLA, malah makin bertambah parah. JULEHA makin marah dan kecewa pada BELLA karena mengira BELLA malah membawa temannya yang mabuk ke rumah. Saking marahnya JULEHA melarang BELLA keluar rumah dan ikut mengantar LINA yang sekarat ke rumah sakit. BELLA sedih sekali.
Apalagi walaupun kondisi LINA kritis, JULEHA tetap menolak menerima bantuan uang dari BELLA untuk mengobati LINA. BELLA makin putus asa. BELLA yang nekad, lalu menemui JOJO untuk mengatakan yang sebenarnya agar JULEHA percaya pada BELLA.
Tapi ternyata semua berjalan di luar skenario BELLA. RAFI yang sudah mengetahui kalau JOJO melihat RAFI pulang bersama BELLA dari pub kemarin, langsung mengantisipasi keadaan. RAFI menunjukan keadaan keluarga BELLA yang sebenarnya kepada JOJO.
RAFI bilang karena alasan LINA, saudara BELLA yang sakitlah, RAFI mau menerima BELLA bekerja di kantor mereka. JOJO terhenyak mendengar itu. JOJO merasa bersalah sekali karena sudah menuduh BELLA dan RAFI macam-macam.
Lantas bagaimanakah akhirnya? Apakah JULEHA akhirnya percaya pada BELLA dan mau menerima uang dari BELLA untuk mengobati LINA?Gambar-gambar dari petikan sinetron Tasbih Cinta Episode 5
***********************************************************************
Video klip sambungan sinetron Tasbih Cinta Episode 5
Sambungan kisah sineron Tasbih Cinta Episode 5 Part 1
Sambungan kisah sineron Tasbih Cinta Episode 5 Part 2
Sambungan kisah sineron Tasbih Cinta Episode 5 Part 3
Sambungan kisah sineron Tasbih Cinta Episode 5 Part 4
Sambungan kisah sineron Tasbih Cinta Episode 5 Part 5
***********************************************************************
(Terima kasih dan kredit diberikan kepada MD Entertainment, http://www.indosiar.com, TV3, http://id.wikipedia.org dan semua sumber atas maklumat dan gambar Tasbih Cinta)
(Thank you dan kredit diberikan kepada skoogie Channel, sayangsayangku Channel untuk lagu tema dan rannia2009 Channel untuk video klip Episode 4)
Tidak ada komentar:
Posting Komentar