Sabtu, 19 Desember 2009

SINOPSIS EPISODE 7 - DRAMA LAGENDA "CUCU BETONG" MULA MENEMUI PENONTON PADA 14 DISEMBER 2009 SETIAP HARI ISNIN - KHAMIS DI TV3 & TV9


"Cucu Betong" sebuah Drama Lagenda yang mengandungi 20 episode terbitan J.S. Pictures mula bersiaran di TV3 & TV9 mulai 8 Disember 2009 - Episode 7 pada 17 Disember 2009

***********************************************************************

Barisan pelakon/Dibintangi oleh:

Ezany Nazarif sebagai Zaman
Fizz Fairuz sebagai Jagat
Sheila Ruslysebagai Malika
Mohd Naim Daniel sebagai Raqib (cucu betong)
Fimi Don sebagai Akmal
Daniel Zulkifle sebagai Irfan
Mohd Amir - Hafiz
Farisha Irwayu sebagai Melissa
Maya Matahari sebagai Naya
Sofia Jane sebagai Ratu Solowangi
Emilda Rosmila sebagai Katrina
Noorkhiriah sebagai Cikgu Diana
Shahrol Nizam sebagai Ustaz Shafie
Amir Raja Lawak siamang yang bernama Sayang
Ungku Faridah sebagai Ibu Melissa
Shanaross sebagai Bibik
Sheila Rusly kembali lagi memegang watak sebagai Malika dalam sambungan Drama Lagenda "Anak Betong" iaitu "Cucu Betong" - Pencarian Keris Bimasakti -

Kisah "Anak Betong" menceritakan Malika merupakan seorang manusia bertopengkan syaitan yang tidak pernah berputus asa untuk menghapuskan keturunan Hassan. Walaupun dia tidak berjaya memgpergunakan Jagat untuk melaksanakan rancangannya, Malika cuba mendekati dan mempergunakan anak Jagat pula, Raqib. Berjayakah Malika memiliki apa yang dihajatinya?

Sinopsis Drama Lagenda Cucu Betong

Malika meminta pertolongan daripada Ratu Solowangi untuk kembalikan wajah, tenaga dan ilmunya tetapi syarat yang diberikan oleh Ratu Solowangi sungguh berat. Malika terpaksa akur dengan syarat itu asalkan segala kemahuannya dapat dikembalikan.

12 tahun yang lalu, sikap Raqib (cucu betong) sungguh baik. Dia sering menjadi bahan buli oleh rakan rakan di sekolah yang diketuai oleh ketua pembuli iaitu Akmal. Ketika ini dia masih belum mempunyai ilmu silat. Malissa mengingatkan Zaman tentang perlunya menjaga Raqib betul betul sebagai pewaris Warisan Corp kerana keadaan mereka yang masih belum punya zuriat..
***********************************************************************
Sambungan sinopsis kisah Drama Lagenda Cucu Betong Episode 7 pada 17 Disember 2009







Malika begitu puas hati dengan kerja Raqib dan dia sangka dia telah berjaya mendapatkan keris sulung Bima Sakti.

Tetapi Malika kecewa setelah dia membukakan balutan berwarna kuning dan keris itu merupakan keris orang kahwin.

Raqib: Itu sajalah keris yang ada dalam bilik papa.
Malika: Pasti Zaman simpan keris itu secara ghaib.
Raqib: Tak faham lah.
Malika: Raqib, ketika Zaman mengubati Jagat, ada Raqib nampak keris muncul di mana-mana?
Raqib: Tak tahulah kak. Tapi rasa-rasanya kan papa mesti tahu.



Malika: Kalau begitu, Raqib harus berusaha untuk mengambil hati Zaman. Ya...
Raqib: Buat apa.. kak Malika kata papa tak sayangkan Raqib dah.
Malika: Tetapi Raqib boleh pura-purakan? Ya...
Raqib: (menganggukkan kepalanya)
Malika: Dan... jikalau Raqib mahu, Danau ini menjadi Danau Raqib. Raqib harus gandakan usaha dengan apa cara sekali pun yang pasti keris sulung Bima Sakti harus berada di tangan Malika. Ahh.. bagus cucuku. Bagus... Raqib mahu makan?
Raqib: Ahh... nak... lapar.

Babak yang lain:







Melissa: Bik, Raqib mana?
Bibik: Nggak tahu.
Melissa: Tak tahu? Maghrib tadi dia solat ke tak?
Bibik: Erm... baru lima minit naik ke atas. Dari siang hingga habis Maghrib tu nonton TV aja.
Melissa: Apa pasal Bibik tak tegur dia?
Bibik: Udah, saya udah bilang sama dia, bu tapi kalau dia nggak mahu saya gimana?
Melissa: Ha... Bibik ni... udah lah tu pergi siapkan makan malam. Saya nak jumpa dia kat atas sekejap.
Bibik: Bu.. jangan keras, keras ya bu...
Melissa: (tersenyum) ya lah, Bibik ni...
Bibik: Nanti dia merajuk lagi.
Melissa: Ya lah...

Babak yang lain: Di bilik Raqib




Zaman: Tak tidur lagi ke bang? Abang dah makan dah?
Jagat: Dah..
Zaman: Raqib mana? Senyap je..
(Zaman minta abangnya berehat supaya esok boleh bangun awal. Jagat mengangguk kepalanya)
Zaman: Saya dah nak masuk tidur ni. Abang nak masuk sama-sama ke?
(Jagat cuma senyum kepada adiknya)
Zaman: Tak apa lah kalau macam tu. Saya masuk dulu.




Babak yang lain




Melissa: Raqib dah solat Ishak ke belu?
Raqib: Belum.
Melissa: Sekarang dah pukul berapa dah ni?


Raqib: Ishak kan panjang? Sampai 10 subuh..
Melissa: Habis tu tak nak tidur. Nak tunggu 10 subuh esok baru nak solat Ishak?
Raqib: Ya lah ya lah... lima minit lima minit.
Melissa: Maghrib tadi solat ke tak?
Raqib: Mestilah..






Melissa: Simpan game ini. Dengar sini mama nak cakap. Raqib tahu tak apa hukumnya orang yang suka cakap bohong?





Raqib: Dosa.
Melissa: Hm.... tahu pun. Habis tu kenapa Raqib tipu mama lagi? Ingat mama tak tahu ke Raqib tak solat Maghrib tadi. Tipu mama pasal solat, pasal mengaji Quran.
Raqib: Mesti Bibik yang bagi tau kan?




Melissa: Memang. Memang mama suruh Bibik tengok-tengokkan Raqib. Bukan Raqib tak tahu kan mama selalu tak ada kat rumah. Mama nak hidup Raqib tu sempurna. Macam anak-anak orang lain. Ada mak bapak ada pendidikan ada disiplin. Lepas tu Bibik selalu bagi tau mama. Lepas sekolah aje Raqib hilang. Dengan baju, seluar, setokin kotor semua macam lembu berkubang dalam sawah. Apa ni hah? Raqib pergi mana? Tengok tu bila orang cakap jerk... jerk mulut tu... Raqib dengar sini ya.. walaupun Raqib tahu siapa mama dengan papa sebenarnya Raqib tak boleh buat macam ni tau. Tak boleh melawan cakap mama dengan papa. Pergi ambil wuduk. Solat sekarang.


Melissa: Cepat...





Rqib berasa marah dengan Bibik yang telah melaporkan apa setiap apa yang dilakukannya di rumah selepas pulang dari sekolah. Raqib kata Bibik tu ingatkan dia bagus sangat... melampau.. Raqib tunggu saja mamanya keluar dari biliknya.


Melissa: Lepas wuduk, lepas solat nanti turun makan kat bawah.
Raqib:... Hmmmm....(dengan nada yang kurang puas hati)












Zaman: Bukan ke dia tengah solat tu..
Melissa: Tak pe lah sayang. you pergi lah salin baju dulu.
Zaman: Ya lah.





Melissa: Tak sangka mama. Mama dah cakap dengan Raqib pun Raqib masih nak tipu dengan mama. Tak pe lah boleh lah tipu mama hari ini kan. Tapi kena ingat... Allah itu Maha Besar, Maha Mendengar, Maha Mengetahui.. Dengan Dia Raqib memang tak boleh tipu. Selagi tak solat selagi itu Raqib jangan turun makan.










Babak yang lain



Timah kata kepada Naya kerjanya adalah mencuci pinggan, sapu dan buang sampah. Kenapa pula Naya pergi ambil order pula katanya dan pandai nak berinai-inai ni..Timah tanya adakah dia ingat ada orang yang nak berkahwin dengannya. Timah minta Naya sedarkan diri dan cerminkan mukanya dulu. Sampai tua pun Naya tak akan dapat berkahwin menurutnya lagi.


Ayah Timah menegur anaknya supaya jangan kata Naya begitu. Tak baik... Kasihankan Naya. Timah pula jawab tak baik apanya pula. Semenjak ayahnya jumpa Naya entah dari mana, pelanggan mereka semuanya sudah berkurangan. Mereka rasa geli dan takut tengok muka Naya, nak order pun tak ada selera. kata Timah. Timah suruh Naya pergi ke belakang ambil lauk-lauk yang dipesan orang dan bawa masuk dalam van Timah untuk dihantar. Selepas itu Timah pula mengadu Naya tidak buat kerjanya elok-elok. Ayahnya nasihatkan Timah agar tidak buat begitu kepada Naya. Ayahnya kata macam mana Naya nak buat semua kerja pada waktu yang sama.




Naya memuji ayah Timah yang begitu baik hati kepadanya.



Malika: Di sini rupanya kau Naya. Kisahnya bersambung...




Gambar-gambar dari petikan Cucu Betong Episode 7 pada 17 Disember 2009

***********************************************************************
(Sumber: Terima kasih dan kredit diberikan kepada TV3, http://www.tv9.com.my dan semua pihak atas sumber maklumat dan gambar)

Tidak ada komentar:

Posting Komentar