Rabu, 16 Desember 2009

EPISODE 3 & 4 - SINOPSIS(SUMMARY) SINETRON TASBIH CINTA PADA 16 DISEMBER 2009 PUKUL 2.00 PETANG DI TV3 - Laudya Chintya Bella sebagai Bella


Sinopsis Tasbih Cinta Episod 3 dalam slot sinetron TV3 pada 16 Disember 2009

**********************************************************************
Sila klik di sini untuk mengikuti sinopsis(summary) sinetron Tasbih Cinta Episode 4 pada 17 Disember 2009

**********************************************************************
Sinetron: Tasbih Cinta
Terbitan: MD Entertainment
Lagu Pembukaan Tema: Menyesal oleh Ressa Herlambang
Penutup Tema: Menyesal oleh Ressa Herlambang
Jumlah episode: 105


Dibintangi oleh:

Laudya Chintya Bella sebagai Bella
Andrew Andika sebagai Jo
Bayu Kusuma Negara sebagai Rafi
Helsi Herlinda
Dicky Chandra
Nella Anne
Benny Ruswandi
Nenny Triana
Alessia Cestaro
Bobby Rakhman sebagai Elsye

**********************************************************************


Video klip Menyesal (Lagu Tema OST Tasbih Cinta) - Ressa Herlambang


Pembukaan Tema Tasbih Cinta/Opening Theme Song Tasbih Cinta


Lirik Lagu Menyesal (Lagu Tema Tasbih Cinta) - Ressa Herlambang

semula ku tak yakin
kau lakukan ini padaku
meski di hati merasa
kau berubah saat kau mengenal dia

reff:

bila cinta tak lagi untukku
bila hati tak lagi padaku
mengapa harus dia yang merebut dirimu

bila aku tak baik untukmu
dan bila dia bahagia dirimu
aku kan pergi meski hati tak akan rela

* terkadang ku menyesal
mengapa ku kenalkan dia padamu

repeat reff [2x]
repeat *

**********************************************************************
Sambungan sinopsis sinetron Tasbih Cinta Episode 3 pada 16 Disember 2009


Jojo: Kamu berdua buat apa di sini?Kamu ingat tempat ini maksiat?

Suara hati Bella: Aku nak cakap apa pada Pak Jojo. Aku tak boleh berterus terang. Tetapi aku tak tahu nak cakap apa. Aku harap aku tak dipecat.
Rafi: Jo, tadi aku ke sini nak jumpa dengan kau. Tapi kakiku terseliuh. Dan aku terjatuh ke atas setiausaha kau. Benar kan?
Bella: Ya, Pak.
Jojo kepada Rafi: ahh...Kau ikut aku sekarang..

Babak yang lain: Di luar bilik mesyuarat


Jojo: Aku tahu tentang kenakalan kamu. Aku tahu kamu ke sana cuma pura-pura terseliuh untuk memikat setiausaha aku. Kamu boleh goda sesiapa pun di sini tapi bukan pekerja kita. Pekerja kita tidak boleh.. Aku tidak mahu nanti Bella tidak dapat bekerja dengan baik hanya kerana kamu. Bila masanya kamu boleh bersikap profesional?
Rafi: Dengar cakap aku dulu, jangan marah-marah saja.. Tadi, aku masuk ke pejabat kamu bukan nak goda setiausaha kamu.
Jojo: Sebab apa? Sekarang aku sedang fikir nak belajar cara untuk menguruskan hotel ini. begitu.. Kamu selalu bersangka buruk kepadaku.
Jojo: Serius?
Rafi: Serius..
Jojo: Aku gembira akhirnya kamu sedar. Tunggu aku di bilik mesyuarat. Aku akan jelaskan dari A hingga Z.
Rafi: Sekarang?
Jojo: Sekarang.



Jojo mahu Bella bersihkan meja pejabatnya. Katanya kepada Bella dia mahu Bella kemaskan hingga bersih dan apabila dia sampai semula ke pejabatnya dia mahu melihat semuanya sudah teratur dan
kemas.


Jojo mendapat panggilan pada waktu itu.
Jojo: Saya sudah terima kontraknya. Saya akan baca sekarang.

Di bilik mesyuarat, Rafi kata semua itu disebabkan oleh gadis kampung itu. Katanya sendirian lagi, dia akan gila sekiranya duduk seharian di bilik mesyuarat seperti itu. Kerja itu tidak sesuai langsung dengannya..


Rafi beredar dari bilik mesyuarat sewaktu Jojo sedang sibuk memberi arahan pada pekerja lain.



Rafi: Kenapa kamu buang semua surat-surat penting Jo?
Bella: Pak Jo yang suruh. Dia mahu mejanya bersih. Jadi sekarang saya mahu bersihkan.
Rafi: Dengar yah, kalau Jo suruh kamu bersihkan mejanya bukan bererti kamu buang semua surat-surat penting. Itu ertinya kamu harus kemas mejanya.
Selepas itu Bella baru sedar apa yang dimaksudkan Rafi dengan bersihkan meja kerjanya. (Matilah aku)
Rafi: Sekarang masukkan surat-surat ini ke dalam fail.
Bella: Ya, Pak.


Rafi: Sekarang kamu kemaskan meja Jo dan semua surat-surat ini sebelum dia datang ke sini. Aku terpaksa pergi sekarang. Nanti aku telefon kamu.


Jojo: Atur mesyuarat dengan pelabur-pelabur dari Jepun itu. Saya mahu mereka selesa tinggal di hotel kita. Berikan yang terbaik yang kita ada. Okey!




Jojo hairan ke mana perginya Rafi. Jojo fikirkan Rafi cuma hendak pikat setiausahanya saja dan beri alasan ingin belajar tentang pengurusan hotel.

Di hospital:




Juleha: Bagaimana keadaan anak kami?
Jururawat: Selepas kamu balik, keadaan Lina menjadi teruk.
Supri: Terus apa yang terjadi?
Jururawat: Alhamdulillah, keadaannya semakin baik. Sekarang dia berehat di biliknya.


Juleha: Jururawat kata semalam kamu sakit lagi. Kalau begitu ibu tak akan balik.
Lina: Ya bu, mujur ada Bella dia jaga semalaman menjaga saya. Lina kasihan juga dengannya.
Juleha: Ibu kasihan juga pada dia. Walaupun budak itu lalai... tapi dia baik. Kepada suaminya: saya mahu tolong Bella, kasihan dia sendirian. Lapi pun semalam saya tengok kedai sate kita terbiar begitu saja, biar saya tolong.
Supri: Bapak saja yang bantu, takkan kamu saja yang jaga gerai.
Juleha: Cuba pegang lengan saya. Walaupun kecil saya kuat seperti Wonder Woman. Ramai orang berniaga di sana. Mereka boleh tolong saya dan Bella.



Rafi memberitahu kawannya bahawa baru kali ini dia jumpa gadis sebodoh dia.

Rafi: Apa pun yang dia buat tak pernah betul. Lagi satu kerjanya selalau lalai tak ada satu pun yang betul.
Kawan Rafi: Kamu nak buat apa? Kamu nak pecat dia?
Rafi: Budak itu bodoh sangat. Gadis kampung yang tak tahu apa-apa. Itu sebabnya aku jadi bengang seperti ini.
Kawan Rafi: Kenapa kamu tak hantar dia pergi kursus? Kursus setiausahaan pada malam hari kan ada. Kalau tidak kamu saja yang ajar dia.
Rafi: Kamu bergurau ya? Tidak, lebih baik aku berenang dengan gadis-gadis cantik. Atau aku berseronok -seronok dan berpesta dari mengajar dia. Aku boleh mati sendiri.
Kawan Rafi: Kalau berenang dengan gadis-gadis cantik aku juga mahu. Tapi pada pendapat aku, kalau kamu mahu cepat, kamu mesti ajar dia sendiri. Kalau pergi kursus mengambil masa yang lama.
Rafi: Mahu tak mahu, aku mesti ajar dia sebelum Jo tahu dia adalah gadis kampung yang tidak tahu apa-apa.


Rafi: Hello, saya Rafi, tolong siapkan bilik hotel untuk malam ini. Terima kasih.




Jojo: Bella, besok ada tetamu dari Jepun. Mereka adalah tetamu yang sangat penting. Aku mahu kamu menyambut mereka dengan baik. Pastikan mereka selesa tinggal di hotel kita. Okey?
Bella: Baik, Pak.
Bella: Ada apa lagi Pak.
Jojo: Apa, kamu tak catat apa yang aku cakap tadi?
Bella: Ya Pak, saya catat.
Suara hati Jojo: Aneh banget ini anak. Udah dikasi komputer dari kantor masih catatnya di kertas.


Jojo: Bela... Mana barang-barang aku. Mana fail dan dokumen-dokumen? Itu kan penting, Bella.
Bella: Ada Pak. Semuanya aku simpan di sini, Pak.
Jojo: Kenapa kamu letak semuanya di situ. Aku kan dah pernah cakap. Jangan pernah sentuh barang-barangku di sini. Semuanya penting.
Bella: Tapi Pak, kan Pak yang suruh aku kemaskan barang-barang atas meja kamu. Ya, aku cuma ikut perintah bapak aja, Pak. Semuanya bersihkan. Pasti kamu senang deh..
Jojo: Kamu lulus sekolah kesetiausahaan mana? Kamu lulus atau tidak?


Staff hotel: Pak Suria tunggu kamu di lobi.
Jojo: Okey, terima kasih.
Staff hotel: Ya, Pak.







Bella: Ya, bu, ada apa bu.. Adakah terjadi sesuatu pada Lina?
Juleha: Tidak ada apa-apa. Ibu mau tanya kamu di mana? Ibu hairan, ibu cari tapi tak jumpa.
Bella: Bella lagi sama Elsye. Ibu, nanti Bella telefon ibu lagi ya, Bella ada banyak kerja.





Bella: Hello, Selamat Pagi. Ada bisa saya bantu.
Rafi: Boleh tak kamu cakap elok-elok?
Bella: Pak Rafi, maaf Pak. Aku ingat siapa tadi, Aku sangat takut ni.
Rafi: Apabila balik dari kerja, aku akan tunggu kamu di depan hotel. Kamu jangan pulang dulu.
Bella: Hotel? Kita nak buat apa, Pak?
Rafi: Aku nak ajar kamu jadi setiausaha profesional. Kerana apa, kerana kalau sikap kamu terus begini, Jo akan marah kamu akan dimarahi oleh Jo dan dia akan pecat kamu. Mulai sekarang kamu mesti menjadi setiausaha yang baik.
Bella: Ya, Pak... aku mahu banget Pak. Aku mahu belajar jadi setiausaha yang baik. Kalau begitu nanti sore bila aku pulang dari kerja aku akan jumpa kamu di depan hotel. Ya, kita bertemu di depan hotel. Terima kasih Pak.
Bella berkata sendirian: Mudah-mudahan saja aku akan jadi setiausaha yang baik. Jadi aku tak akan dipecat oleh Pak Jojo.



Bella: Ini kan telefon Pak Jojo.



Jojo: Maaf saya terlambat.
Surya: Jo, Ini mereka, bakal pelabur kita. Kita nak buka cawangan di luar kota.
Jojo: Bagus, pa menurut saya sudah saatnya kita buka cawangan pa... reputasi hotel kita bagus.



Rafi: Pasti tidak akan susah untuk memperkenalkan cawangan baru kita.
Ibu Sari: Nenek juga yakin kamu mampu uruskan cawangan baru.
Surya: Jo, perkenalkan, Ini Pak Rudi dan Pak Chandra. Sila duduk.







Bella terus masuk pada ketika itu dan... mereka merenung ke arah Bella.
Bella: Maaf Pak. Saya datang sini cuma...
(Jojo merampas kembali handfonenya daripada Bella)
Jojo: Bella sekarang kamu keluar dari bilik ini. Cepat..
(Suara hati Ibu Sari): Jadi nama gadis ini, Bella. namanya sama dengan nama cucuku.


Bella meminta maaf lalu beredar meninggalkan bilik itu


(Suara hati Surya: Bella... namanya sama dengan nama anak Andi. Suatu kebetulan yang tidak menyenangkan)
Jojo: Pa, nenek... saya tinggal dulu.


Kepada mereka semua: Maaf, saya keluar dulu ya, nanti ibu datang semula.

Di pejabat:



Suara hati Bella: Kenapa aku mengalami kejadian yang memalukan ini? Lagipun kenapa Pak Jojo marah sangat sama aku? Bukan salah aku. Siapa yang nak jatuh? kalau aku tak boleh kerja di sini ini semua bukan salah aku juga. Aku tahu aku bersekolah hingga Darjah 2 saja. Mujurlah aku masih tahu membaca dan menulis. Dari kecil, aku cuma tahu buat sate. Jadi memang wajar kalau aku tak mampu jadi setiausaha di sini.



Bella tidak tahu lagi apa yang harus dia lakukan. Dia tidak tahu bagaimana caranya supaya Pak Jojo tidak marah padanya lagi.



Jojo minta staffnya bawa fail peribadi Bella ke biliknya.


Suara hati Jojo: Gadis itu tak bersopan langsung. Padahal dia itu setiausaha.


Bella terus menangis kesedihan mengenangkan itu saja caranya untuk mendapatkan wang. Wang untuk buat pembayaran bil Lina.


Bella: Ya Allah... berilah aku kesabaran untuk hadapi semua ini.



Ibu Sari: Nak.... ternyata tekaan ibu benar. Kamu ada di sini.
Bella: Ibu...
Ibu Sari: Sabar ya... ibu yakin semuanya akan baik-baik saja. Ibu kenal baik siapa Jojo. Dia orangnya memang tegas dan kaku banget kalau masalah disiplin. Tapi sebenarnya dia anak yang baik.





Ibu Sari: Lama-lama juga dia akan melihat kalau kamu sebenarnya juga adalah seorang yang baik. Kamu harus sabar ya, Bella.
Bella: Dari mana Ibu bisa tahu kalau nama saya Bella?
Ibu Sari: Tadi kan Jojo yang bilang?
Ibu Sari: Bella, dulu sebenarnya Ibu juga punya seorang cucu namanya Bella. Kalau dia masih hidup tentu usianya sama dengan kamu. Tapi, sayang... dia meninggal sama anak menantu Ibu dalam sebuah kecelakaan.

Jojo: Ternyata gadis ini jauh lebih pintar dari yang aku sangkakan sebelumnya. Dia ambil kesempatan atas kebaikan nenek untuk meraih simpati.









Rafi:Ikut aku sekarang. Ayuh, cepat...

(Bella kemudiannya terpaksa mengikut Rafi ke bilik hotel untuk belajar cara-cara untuk menjadi seorang setiausaha yang lebih baik tetapi ada dua orang staf yang lalu pada waktu itu ternampak Rafi dan Bella dan mereka salah sangka)






Bella: Bagus banget bajunya.
Rafi: Bella, mulai besok, kamu harus pakai baju seperti ini supaya kamu tidak kelihatan seperti gadis kampung lagi. Tadi aku di sini kan kerja. Dan aku juga nggak punya uang. Mana mungkin aku pakai kasut seperti ini. Kamu jangan nak membantah. Aku akan mengajar kamu berjalan, bercakap dan makan. Sekarang kamu pakai kasut itu dan jalan.

Babak yang lain:

Jojo: Kamu tahu tak Rafi di mana?


Staf hotel: Pak Rafi ada di kamarnya, Pak. Di tempat yang biasa dia guna.
Jojo: Jangan-jangan dia bersama perempuan lagi.
Kenapa kamu diam? Atau jangan-jangan saya kenal siapa perempuan yang berada di bilik Rafi. Siapa lagi yang ada di bilik Rafi?


Staf hotel: Sama.... sama sekretaris Bapak.


Jojo: Berani sungguh gadis itu.







Rafi: Bella, boleh tak kamu jalan dengan lebih lembut? Jalan kamu macam robot.
Bella: Kasut ini terlalu tinggi untuk aku.
Rafi: Kamu guna buku ini. Kamu letak buku ini atas kepala kamu dan jalan. Dan jangan sampai jatuh.






Aku dah cakap aku tak pernah pakai kasut seperti ini.
Rafi: Aku tak mau tahu. Yang pasti kamu harus boleh.

Babak yang lain:

Jojo: Ada adik, tapi tak bisa diharap. Setiausaha aku pun dia ambil.

Babak yang lain:


Bella: Oh... ini kan namanya ko...ko...ko.....
Rafi: Komputer.








Rafi: Bell, kamu ni lembab sangat. Apa pun yang aku ajar kamu mengambil masa yang lama untuk menerimanya.
Bella: Aku tahu aku memang bodoh. Dari tadi kamu ajar tapi aku masih tak faham. Agaknya aku tak sesuai jadi setiausaha.
Rafi: Aku tahu kamu lahir dari keluarga yang miskin tidak berpendidikan dan bercakap dengan kasar dan kamu tidak mempunyai sopan santun. Jadi aku yakin kalau sesiapa pun yang ajar kamu... kamu tak akan berubah. Jadi tak ada gunanya aku ajar kamu terus menerus kalau kamu sendiri tak pernah berusaha untuk berubah, Bell.
Bella: Kamu benar. Aku juga tak malu. Aku memang dilahirkan dari keluarga yang miskin. Keluarga yang kasar. Tapi kamu harus ingat satu hal. Aku yakin bahawa aku akan bakal jadi orang yang berjaya. Dan aku akan belajar. Sekarang juga aku minta sama kamu ajar aku supaya aku boleh guna komputer. Dan aku yakin dengan diri aku sendiri. Kalau aku bakal menjadi orang yang sukses. Aku mesti berjaya.














(Gambar-gambar dari petikan Episode 3 di mana Rafi mengajar Bella dengan bagaimana untuk menggunakan komputer)

Babak yang lain:

Jojo berkata sendirian: Kenapa semua orang boleh suka gadis sperti itu? Padahal kerjanya tak pernah betul. Rafi dan nenek sudah mulai suka padanya. (Jojo imbas kembali ketika Bella memeluk Ibu Sari,neneknya dan sewaktu Jojo nampak Rafi bersama Jojo pada suatu pagi di pejabatnya.)




Jojo: Gadis itu tak sebodoh penampilannya. Dia pandai juga meraih simpati orang.


Suara hati Bella: Sekarang aku sudah pandai guna komputer, mudah-mudahan saja besok, Pak Jojo tak marah padaku lagi.


Bella: Hello.
Supri: Kamu ada di mana?
Bella: err... Bella dalam perjalanan mahu ke rumah sakit.
Supri: Kamu jangan datang ke rumah sakit. Ibu marah pada kamu. Jadi kalau kamu datang ke sini, nanti kamu akan kena marah.
Bella: Ibu kenapa marah-marah sama Bella, Pak. Kalau begitu, Bella terus balik ke rumah saja.
Supri: Ahh.. itu baru pass... soalnya kalau kamu tak akan jumpa ibu. Ibu tidur di hospital.



Elyse: Hello Bella, ini aku, Elyse.
Bella: Elyse? Ada apa, Elyse?
Elyse: Bella, ada perkara penting ni. Penting penting sangat. Jadi Bell....
(selepas itu Bella tidak lagi kedengaran suara Elyse kerana bateri handfonenya sudah kehabisan)


Rafi: Ma... kenapa mama tidur di sini?
Mama Rafi: Mama tunggu kamu, Rafi.
Rafi: Ma... kenapa mama tunggu Rafi? Dari mama menunggu Rafi, yang tak tentu bila akan balik, lebih baik mama istirehat.
Ibu Rafi: Kamu tak akan mengerti kerana kamu bukan seorang ibu. Mama cuma bimbangkan sama kamu, sayang. Sekarang kamu sudah besar. Mama yakin, kamu pasti kamu sudah bisa memilih jalan hidup kamu sendiri. Pasti kamu tahu mana yang baik dan mana yang buruk. Mama cuma ingin kamu lebih bertanggungjawab dan lebih berhati-hati dalam melangkah. Coba kamu contoh kakak kamu. Dia bertanggungjawab, baik dan...
Rafi: Jojo lagi.... Jojo lagi... Kenapa sih semua orang bandingkan Rafi sama Jo? Ma... Rafi ya Rafi... Jo ya Jo.. Kita tu beda, ma...
(Rafi kemudian naik ke tingkat atas dengan perasaan kurang senang hati tentang mamanya yang bandingkan dia dengan Jojo)

Pada keesokan hari:


Bella: Aku tak boleh terlambat. Aku harus sekarang juga pergi.






Okey Bella kamu harus pergi sekarang, kata Bella pada dirinya.



Juleha: Bella... Kamu nak berjualan?
Bella: Ya Bu.. Bagaimana keadaan Lina? Lina dah tak ada apa-apakan? Lina dah baikkan Bu..
Juleha: Ya... ya... keadaaannya sudah baik(Juleha hairan kenapa Bella berpakaian seperti itu untuk pergi berjualan)
Juleha: (pada dirinya) Cantiknya baju dan kasut Bella. Waduh... jangan-jangan dia buat kerja yang tak elok. Dari aku fikir yang tidak-tidak lebih baik aku ikut dia.




Bella: Hello
Jojo: Aku sudah sediakan kereta di depan hotel. Sekarang kamu mesti jemput tetamu-tetamu kita yang baru datang dari Jepun. Jemput mereka dari lapangan terbang ya.. Baik Pak. Saya sekarang ke sana.


Juleha terus mengikut ke mana Bella pergi.

Babak yang lain: Di pejabat Jojo







Staf: Sebaiknya saya letak fail peribadi Bella di sini saja. Biar langsung diperiksa oleh Pak Jojo.

Babak yang lain:



Juleha: Kenapa Bella berada di depan hotel?


Juleha: Kenapa dia masuk dalam kereta. Dia mahu ke mana? (Juleha nampak Bella masuk dalam kereta dan kereta itu beredar dari situ.) Budak itu memang jahat. Dia bukannya jual sate tapi jual diri.


Bagaimanakah kisah selanjutnya dan apakah reaksi Juleha setelah dia nampak Bella naik ke dalam kereta di depan hotel? Semuanya akan terjawab dalam epsisode yang seterusnya iaitu Episode 4 pada 17 Disember 2009.

Sekian, kemas kini daripada shinystar untuk kali ini. Hingga berjumpa lagi dalam kemas kini sinopsis sinetron Tasbih Cinta Episode 4.

***********************************************************************
Sinopsis sinetron Tasbih Cinta Episod 3





Gambar-gambar dari petikan Tasbih Cinta Episode 3 (sinopsis Tasbih Cinta Episode 3 versi gambar)

JOJO marah sekali melihat RAFI dan BELLA bersama. JOJO menuduh RAFI ingin mendekati sekertarisnya. Namun RAFI berdalih kalau dia ingin belajar ilmu perhotelan dari JOJO. JOJO percaya dan menyuruh RAFI untuk mulai belajar.

Selain harus menghadapi RAFI, JOJO juga merasa cukup dipusingkan oleh BELLA yang nyaris sama sekali tidak bisa mengerjakan pekerjaan sekretaris. Karena itu JOJO merasa kalau BELLA itu sangat-sangat bodoh.

Saat JOJO menyuh BELLA membersihkan ruangan, BELLA benar-benar menyingkirkan semua barang-barang sampai benar-benar “bersih” alias dibuang. JOJO marah besar dan nyaris putus asa menghadapi BELLA.

Di lain pihak, JULEHA mulai curiga pada BELLA. JULEHA mengatahui kalau ternyata BELLA sudah membohonginya dan ternyata BELLA tidak kembali jualan. JULEHA bahkan melihat penampilan BELLA yang berubah seratus delapan puluh derajat. JULEHA yang curiga lalu mengikuti BELLA.

JULEHA sangat shock menerima kenyataan melihat BELLA yang pergi ke hotel dan kemudian dijemput dengan menggunakan mobil mewah. JULEHA berprasangka macam-macam pada BELLA. Padahal sebenarnya BELLA menjemput tamu-tamu dari jepang seperti yang diperintahkan oleh JOJO.

Sementara itu, RAFI memutar otak bagaimana membuat BELLA lebih terampil mengerjakan pekerjaan sekretaris agar JOJO tidak curiga kalau BELLA bukan sekretaris. RAFI berhasil merubah dandanan BELLA menjadi sangat-sangat cantik sampai JOJO benar-benar terpesona pada kecantikan BELLA.

***********************************************************************
Video klip sambungan Sinetron Tasbih Cinta Episode 3


Sambungan kisah sinetron Tasbih Cinta Episode 3 Part 1


Sambungan kisah sinetron Tasbih Cinta Episode 3 Part 2


Sambungan kisah sinetron Tasbih Cinta Episode 3 Part 3


Sambungan kisah sinetron Tasbih Cinta Episode 3 Part 4


Sambungan kisah sinetron Tasbih Cinta Episode 3 Part 5

***********************************************************************
(Terima kasih dan kredit diberikan kepada MD Entertainment, http://www.indosiar.com, TV3, http://id.wikipedia.org dan semua sumber atas maklumat dan gambar Tasbih Cinta)

(Thank you dan kredit diberikan kepada skoogie Channel, sayangsayangku Channel untuk lagu tema & rannia2009 Channel untuk video klip Episode 3)

Tidak ada komentar:

Posting Komentar