Selasa, 08 Desember 2009

EPISODE 43 (Putri Si Buruk Rupa) - SAMBUNGAN KISAH SINETRON SI CANTIK DAN SI BURUK RUPA PADA 9 DISEMBER 2009 PUKUL 2.00 PETANG DI TV3


Sinopsis Si Cantik dan Si Buruk Rupa pada 9 Disember 2009 - Putri Si Buruk Rupa

Rupa Kania menjadi buruk setelah nenek Wara iaitu seorang yang mengetahui ilmu sihir melakukan kutukan atas Kania. Kutukan itu akan menjadi kekal apabil Runa menyatakan cintanya kepada Wara. Nenek sihir itu akan kabulkan semua permintaannya iaitu membuatnya berubah menjadi Kania.





Tia dan Arjuna diminta bersiap-siap kerana mereka diperlukan untuk menolong orang di desa lagi. Kania bertembung dengan Tia dan Arjuna yang hendak ke sungai. Kania hairan mereka berdua memanggilnya nenek. Kania terkejut melihat rupanya menjadi hodoh. Kania tidak tahu kenapa rupanya berubah seperti itu. Dia memberitahu mereka bahawa dia tidur dengan nyenyak hingga dia terjaga seperti biasa. Arjuna kata ada seseorang yang membuat Kania begitu dan mereka harus selidik tentang hal itu.



Runa sangkakan Wara adalah Kania yang sebenar dan kata dia ada hal penting yang ingin dikatakan padanya. Runa tidak dapat melafazkannya pada waktu itu dan mereka buat temu janji dengan Kania/Wara pada waktu malam.

Kania terkejut melihat KaniaWara yang menyerupai rupanya. Wara(Kania palsu) berkata sungguh kasihan kini Kania sudah menjadi hodoh. Tia dan Arjuna memberitahu Kania mereka sentiasa berada di sisinya untuk menolongnya. Kania palsu ketawa sendirian mengatakan Runa akan menjadi miliknya tidak lama lagi. Arjuna beritahu Tia dan Kania dia terdengar Wara berkata Kania akan menjadi hodoh buat selama-lamanya setelah Runa melafazkan cintanya kepada Wara. Runa pergi ke rumah Wara tetapi Kania tiba di situ dan cuba menghalang dari sesuatu yang tidak diingini berlaku. Kania berkata kepada Runa dia adalah Kania. Wara membawa Runa pergi dari situ. Runa tanya kenapa nenek tua itu mengakui dia adalah Kania.

Pada waktu Runa ingin melafazkan cintanya kepada Wara(Kania Palsu) Nenek kepada Wara berjaya mencegah Arjuna, Tia dan Kania daripada menghalang Runa. Nenek Wara mengikat Tia dan Arjuna dan membawa dia pergi bersamanya.


Wara(Kania Palsu) sungguh gembira dan lega apabila Runa telah melafazkan cintanya kepadanya. Arjuna minta Runa sedar bahawa Wara bukannya Kania yang sebenar. Tetapi Runa memberitahu mereka dia percaya Wara adalah Kania. Nenek sihir itu membawa Kania dan mengikatnya di sebuah rumah di pohon. Runa menghantar Wara pulang dan memberitahunya dia akan bertemu dengannya pada hari esok. Wara memberitahu neneknya bahawa Runa telah meluahkan perasaannya kepadanya dan Kania akan menjadi hodoh buat selmanya.

Arjuna cuba menceritakan hal yang sebenarnya kepada Runa tetapi Runa serba salah. Akhirnya Runa bersetuju. Mereka bertiga mencari Kania. Kania cuba dengan sedaya upaya melepaskan dirinya dan akhirnya dia berjaya dan menjerit nama Runa. Kania tanya di mana Runa berada. Tia terdengar suara Kania. Runa percaya dia adalah Kania. Malangnya Kania berkata semua itu sudah terlambat. Dah pukul 12.00 malam dan Kania membeirtahu Runa dia akan menjadi hodoh buat selamanya. Tetapi kutukan itu hilang pada tepat 12.00 tengah malam. Ini bermakna kutukan itu gagal. Kutukan itu gagal disebabkan Runa benar-benar mencintai Kania dengan hati yang ikhlas. Wara dan neneknya sudah menyakiti Kania kata Runa. Dia ingin melakukan sesuatu kepada mereka. Nenek Wara kata setelah dia minum ramua yang dibuatnya, Runa akan terus mencintai Wara. Wara terkejut melihat Kania yang telah pulih rupanya. Kisahnya bersambung...
***********************************************************************
Sambungan kisah sinetron Si Cantik dan Si Buruk Rupa Episode 43 - Putri Si Buruk Rupa


Sambunngan kisah sinetron Si Cantik dan Si Buruk Rupa Episode 43 Part 1


Sambunngan kisah sinetron Si Cantik dan Si Buruk Rupa Episode 43 Part 2


Sambunngan kisah sinetron Si Cantik dan Si Buruk Rupa Episode 43 Part 3


Sambunngan kisah sinetron Si Cantik dan Si Buruk Rupa Episode 43 Part 4


Sambunngan kisah sinetron Si Cantik dan Si Buruk Rupa Episode 43 Part 5

***********************************************************************
(Terima kasih dan kredit diberikan kepada TV3, http://sinemart.com, dan semua pihak atas sumber maklumat dan gambar)

Tidak ada komentar:

Posting Komentar