Drama Lagenda yang mengandungi 20 episode berjudul ‘Nenek Kebaya’ akan tiba di penghujung Episode pada minggu hadapan: Episode terkini: Episode 19 dan 20 (Episode Akhir). Drama ini mula menemui anda pada 3 November ini. Ia merupakan sebuah drama terbitan Suhan Movies Sdn Bhd dengan barisan pelakon-pelakon seperti berikut:
Gambar pelakon-pelakon yang membintangi Drama Lagenda Nenek Kebaya:
Diana Rafar sebagai Samsiah
Raisuddin Hamzah sebagai Tuan Adam
Amyza Adnan sebagai Mastura
Zed Zaidi sebagai Shafie
Pekin Ibrahim sebagai Hazami
Mariani sebagai Nenek Putih
Izreen Azminda sebagai Marini
Zazly Majid sebagai Imran
Nadia Kesuma sebagai Mairah
Kamal Mukhriz
Alisha Azreen
Syazana Firas
Ghazali Abu Noh sebagai Pak Salleh
Sinopsis Global:
‘Nenek Kebaya’ bermula dengan kisah purba mengenai tuduhan percintaan cucu Mak Inang, Indera Laksamana dengan Puteri Sinar Cahaya diketahui oleh Raja Negara Kembayat Cahaya. Indera Laksamana sudahpun bertunang dengan cucu angkat Mak Inang , Intan Sari yang kemudiannya memusuhiPuteri Sinar Cahaya kerana dianggap perampas kekasihnya.
Dendam mula membara apabila Sultan menjatuhkan hukuman mati kepadaIndera Laksamana kerana bermain cinta dengan puterinya yang ingindinikahkan dengan Putera Wira Satria.
Mak Inang yang menjadi orang tengah dibutakan matanya dan dibuang ketengah rimba. Intan Sari mengambil keputusan untuk membalas dendam ataskematian tunangannya itu dan dia telah menuntut ilmu daripada SangPertapa yang memiliki ilmu yang membawa kejahatan. Bagaimanapun, IntanSari hanya mempunyai satu pilihan jika ingin membalas dendam iaituterpaksa menunggu sehingga tujuh keturunan.
**********************************************************************
Video Klip Pembukaan Tema Drama Lagenda Nenek Kebaya
Lirik Lagu Pembukaan Tema Drama Lagenda Nenek Kebaya
Tersebut kisah dahulu kala
Kasih terpisah dalam sengketa
Biar tersimpan sumpah dan dendam
Tujuh keturunan tidak terpadam....
Intan Sari menuntut bela
Nenek Kebaya menjadi mangsa
Biar kesumat membujur tiba
Kuasa Tuhan tiada bandingnya...
**********************************************************************
Sinopsis lengkap/Full synopsis Drama Lagenda Nenek Kebaya Episode 19 pada 3 Disember 2009**********************************************************************
Samsiah terdengar suara yang memberitahunya:
Mak Inang: "Kau cemari ilmu yang aku betulkan kepadamu, ilmu itu bukan untuk kejahatan melainkan kebaikan dan kesejahteraan dan...(benefit and peace of human beings..)
Samsiah: Nenek...... (selelepas itu suara Inang Sari tidak kedengaran lagi)
Telefon berbunyi:
Samsiah menerima panggilan daripada Abang Mail bahawa neneknya sudah sembuh dan tanya adakah Samsiah akan pulang. Samsiah kata dia tidak dapat pulang kerana anak Tuan Adam baru meninggal dan Pak Salleh pula juga meninggal dua tiga hari yang lepas. Kata Siah, sebab itulah Tuan Adam tidak mahu tinggalkan rumah sekarang ini. Samsiah beritahu Abang Mail, tengoklah dua tiga hari lagi macam mana.
Nenek Putih: Kau telefon siapa tu, Mail?
Mail: Mail telefon Siah, nek. Siah kirim salam.
Nenek Putih: Kau bagi tahu aku dah sembuh?
Mail: (Mengangguk) Mail yang bagi tahu. Ah.. kalau Siah tahu nek dah sembuh, dia tak susah hatilah nek.
Nenek Putih: Jadi kaulah yang bagitau semuanya pada dia. Kenapa kau bagi tahu siapa suruh bagi tahu? Kalau dia tak tahu lagi bagus.
Mail: Habis macam mana nenek. ah.. Siah dah bagi upah Mail. Dia suruh Mail jaga nenek. Kalau jadi apa-apa kat nenek dia suruh bagi tahu kat dia. ah.. jadi Mail bagi tahu lah..
Nenek Putih: Aku tak sukalah. Aku tak suka dia tahu hal-hal aku.
Mail: Ish... nek... tak kanlah Siah tak boleh tahu hal nenek kot. Apa salah kalau dia tahu nek?
(A different scene/babak lain):
Tuan Adam: Mesti ada apa-apa ni. Mesti ada rahsia yang Siah simpan dari abang.
Samsiah: Rahsia apa bang.. Tak adalah abang tu agaknya syak Siah yang bukan-bukan dengan Hazami kot.
Tuan Adam: Kalau abang dah mati bolehlah dia kahwin dengan Siah.
Samsiah: Kalau dia tak kena hukum mati, boleh lah kot..
Tuan Adam: Kesian budak tu.
Samsiah: Kesian abang cakap? Abang, dia dah bunuh anak abang tau? Kalau orang lain nak sebut nama pun tak nak. Abang ni kenapa. Tengok-tengok Siah ni kenapa?(What's wrong with you why are you staring at me like that?)
Tuan Adam: Abang bukan apa. Memang sejak akhir-akhir ni abang selalu fikirkan pasal Siah.
(A different scene/babak lain):
Shafie: Nampaknya sekarang Ustaz ayah dah semakin keliru. Dia dah tak marah-marah dah macam dulu.
Ustaz Malim: Hm.. bagus.
Shafie: Saya dapat rasakan yang Samsiah dia perasan dengan perubahan ayah. Rasa-rasa Ustazlah Samsiah tu tahu tak yang ayah tahu pasal dia?
Ustaz Malm: Samsiah memang tahu. Dia juga tahu yang Tuan Adam tidak berapa yakin dan percaya dengan apa yang kitakan selama ini. Samsiah, sedang berhati-hati sekarang. Kalau boleh dia nak bunuh Tuan Adam secepat yang boleh. Tapi, ada yang menghalangnya, Ustaz. Selain daripada zikir dan Al-Quran.
Shafie: Tapi macam mana pulak dengan Nenek Kebayan? Macam mana pulak Ustaz boleh tahu pasal semua itu?
(A different scene/babak lain):
Tuan Adam by himself: (No one who's been dead for 7 generations could rise again to seek revenge. This is insane. )Mana ada orang mati tujuh keturunan. Boleh bangun balik nak balas dendam konon. Gila punya kerja.
Tuan Adam berkata sendirian: Salleh dah gila. Ustaz Malim pun (Salleh is insane and so is Ustaz Malim, Everyone's out of their mind) Tiba-tiba seperti ada angin yang kuat tetapi apabila Tuan Adam pandang ke atas, kipas angin tidak bergerak. Tuan Adam berasa aneh.
(A different scene/babak lain):
Tuan Adam: Maksud saya begini Ustaz. Bukan soal saya percaya atau tidak pada perkara apa yang Ustaz ceritakan tentang Samsiah kepada saya. Soalnya sekarang keyakinan saya tentang nashkah itu. Kalau ditengokkan pada apa yang telah saya teliti, nashkah itu dongeng saja.
Ustaz Malim: Memang susah kita nak percaya dalam perkara ini, Tuan. Terutama dalam hal-hal yang melibatkan... ( especially when it comes to the seven-generation part) Pada logik akal lah mengatakan mana ada orang yang dah lama mati boleh hidup semula datang pulak nak balas dendam. Saya pun faham.(I see your point)
Tuan Adam: Jadi, apa yang membuatkan Ustaz begitu yakin dengan nashkah itu?
Ustaz Malim: Satu perkara yang saya pegang, tuan... (One thing that I believe in when Allah wants it to happen, it will happen. It is not impossible to Allah) Di sisi Allah tidak ada yang mustahil, Tuan.
Tuan Adam: Okey, boleh tak Ustaz tunjukkan saya apa-apa bukti supaya saya boleh yakin dengan nashkah itu?
Ustaz Malim: Ada Tuan...(If God willing you will see)
(A different scene/babak lain):
(Ustaz told Tuan Adam that since Intan Sari killed two people, Pak Salleh and Marini, Inanga Sari came to stop her next agenda.)
Ustaz Malim: Mungkin Tuan tak perasan, yang Samsiah selalu berjumpa dengan Inang Sari. Dan Inang Sari pulak selalu datang untuk mengawasi Samsiah ataupun Intan Sari. Inang Sari dikenali sebagai Nenek Kebayan tu. Sebenarnya dah lama dah dia nak menghapuskan syaitan itu.(Inang Sari who is known as Nenek Kebayan has been meaning to destroy that evil woman, but so far she is not successful. Look at your bedroom window, she is there. Hold my hands)
Tuan Adam: (What for?) Pegang tangan tu buat apa, Ustaz?
Ustaz Malim: Supaya Tuan boleh nampak yang selama ini Tuan tak nampak. (So you can see what you haven't been able to see).
Tuan Adam: Nanti kalau saya nampak benda yang bukan-bukan macam mana, Ustaz? Tak nak lah saya.
Ustaz Malim, Tuan kalau Tuan nak lihat kebenaran elok Tuan lalui pengalaman, Tuan. Tapi nak diingatkan juga, kalau Tuan nampak yang bukan-bukan, Tuan jangan takut pulak sebab dia pun makhluk Allah macam kita juga.(don't be afraid because they are also Allah's creation like us)
Tidak lama kemudian, Tuan Adam ternampak Inang Sari. Tiba-tiba...Tuan Adam tanya kepada Ustaz Malim.
Tuan Adam: Ustaz, betulke Ustaz tak pakai ilmu sihir? (Are you sure you are not using black magic?)
Ustaz Malim: (They use black magic, I am only borrowing knowledge from Allah.) You know what's happening inside the room? Do you want to know what Samsiah really looks like?)
Tuan Adam: Saya tak sanggup Ustaz. Buat masa ini saya tak sedia lagi. (Please I can'g go through it. For now I am not ready)
Ustaz Malim: Apa yang tuan nampak nanti, samalah macam Munirah nampak. (What you will see is what Munirah is seeing, From what Munirah has described maybe you can imagine how she looks like.) Berdasarkan kata-kata Munirah mungkin Tuan boleh bayangkan macam mana rupa Samsiah yang sebenar.
(A different scene/babak lain):
Tuan Adam naik ke tingkat atas dan sewaktu dia cuba membuka pintu bilik, Mastura muncul.Matura tanya kenapa, adakah dia tiada kunci. Tuan Adam kata kepada Mastura bahawa dia memanggil nama maknya tapi dia tidak menyahut. Mungkin dia sedang tidur, menurut ayahnya lagi. Mastura tahu apa yang sebenarnya berlaku pada ayahnya dan dia minta ayahnya anggap semuanya seperti biasa saja. Kata Mastura, dia pun makhluk Allah juga (Just act normal, remember...she's also Allah's creation. Peace be with you, ayah. Good night. Peace be with you.)
Tuan Adam mendapat mimpi buruk dan terjaga tiba-tiba. Tuan Adam panggil Samsiah. Samsiah pura-pura tanya apa yang berlaku. Tuan Adam kata tidak ada apa-apa cuma dia berasa panas saja. Samsiah minta Tuan Adam tidur saja kerana sudah lewat malam.
(A different scene/babak lain):
Intan Sari cuba membunuh Nenek Puteh tetapi dia tidak berjaya berbuat demikian.
Inang Sari kemudian muncul di depan Intan Sari.
Inang Sari: Intan Sari, apa yang kau cuba lakukan kepadanya. Aku tak kan izinkan kau sentuh dia. Dan aku tak benarkan kau apa-apakan dia.
Intan Sari: Mak Inang Sari, jangan kau cuba nak halang aku. Kau memang tak guna.
Inang Sari: Jangan kau cuba menderhaka kepadaku, Intan Sari. Ilmu yang kau miliki tidak setanding dengan apa yang aku ada. Dan kau tak kan boleh menewaskan aku.
Intan Sari: Kau tak guna(dengan nada marah).
Kedua-dua Inang Sari dan Intan Sari bersilat lagi. Tetapi Intan Sari sekali lagi tewas di tangan Inang Sari kerana di keris Inang Sari terdapat ayat-ayat suci.
(A different scene/babak lain):
Inang Sari: Kau tewas, Intan Sari.(Inang Sari is in Samsiah's body)
Intan Sari: Kau tidak boleh buat aku begini, Inang Sari. Samsiah milik aku. Aku yang memiliki dia. Aku akan hapuskan kau, Inang Sari. Aku akan hapuskan kau.
Keesokan pagi, Tuan Adam fikirkan bahawa Intan Sari sudah meninggalkan rumahnya dan mungkin Samsiah sudah pulang ke rumah. Tuan Adam telefon Ustaz Malim dan mereka berjumpa. Tuan Adam beritahu Ustaz Malim bahawa semua itu adalah mainan sihir semata-mata dan tak ada kena mengena langsung dengan nashkah. Tuan Adam hairan bagaimana Samsiah boleh lepas macam itu saja. Tak masuk akal katanya.
Tuan Adam: Saya rasa Ustaz, ini mainan sihir daripada musuh-musuh perniagaan saya.
Ustaz Malim: Tuan, sebenarnya Samsiah belum bebas lagi.. yang Tuan nampak dan anak-anak Tuan juga bukanlah Samsiah. Dia adalah Inang Sari ataupun Nenek Kebayan.
Tuan Adam: Samsiah bukan Samsiah? Dia bukan isteri saya?
Ustaz Malim: Benar Tuan, dia bukan isteri Tuan. Dia sebenarnya Inang Sari ataupun Nenek Kebayan yang akan menyelamatkan keluarga Tuan.
Tuan Adam: Pening saya Ustaz, pening saya Ustaz, pening. Kalau macam ini Ustaz, saya boleh jadi gila tau!
Ustaz Malim: Bersabar Tuan, Bawa bertenang.(If God willing, Ustaz Shafie and I will try to make things right)... saya dan Ustaz Shafie akan cuba memulihkan keadaan. Kalau boleh saya nak pujuk Intan Sari supaya pulang ke tempat asalnya.
(A different scene/babak lain):
Mastura: Aiman, tak ada pun papa kat sini.
Aiman: Agaknya, papa kat sebelah sana tak, mak?
Mastura: Kat mana lagi sayang. Tadi Aiman kata kat sebelah sini. Sekarang kata kat sebelah sana pula. Sebenarnya ada kat mana, Aiman?
Ina: Mak, jom kita balik, Ina lapar.. Adik ni kalau nak bagi tau, bagi tau lah betul-betul.
Mastura: Aiman, Ina... kita balik dulu okey! (If God willing, one day papa will come home to us. Let's go back now) satu hari nanti pasti papa akan balik jumpa kita. Kita balik dulu ya!
Gambar di mana Imran masih berada di kawasan itu tetapi tidak ditemui oleh Mastura dan anak-anaknya
(A different scene/babak lain):
Mastura memberitahu anak-anaknya mereka tak dapat cari papa hari ini. Esok saja mereka pergi cari lagi. Apabila Ina dan Aiman minta nenek mereka, Samsiah bercerita kerana sudah lama nenek mereka tidak bercerita untuk mereka, Mastura berasa hairan kerana Samsiah sudah berubah menjadi baik semula. Mairah fikirkan Samsiah sudah dilepaskan dan dia memberitahu Masura tentang hal itu.
Mastura: Itu bukan hantu atau Intan Sari ke?
Mairah: Itu mak kita, Mas.
(A different scene/babak lain):
Intan Sari: Nenek, Siah balik nenek. Abang Mail, buka pintu. Nenek...
Nenek Putih: Itu bukan Siah, bukan Siah. Jangan buka pintu.
Mail: Siah balik nek.. ahh cuba nenek dengar, suara Siah.
Nenek Putih: Bukan, itu bukan Siah. Jangan buka aku cakap.
Mail: Kalau bukan Siah, siapa nek.
Nenek Putih: Aku cakap jangan buka, jangan buka.
Walaupun Nenek Putih cuba menyakinkan Mail bahawa itu bukan Samsiah tetapi Mail tetap pergi membuka pintu untuknya. Mail terkejut melihat orang itu bukan Samsiah. Tiba-tiba Intan Sari menghilangkan diri dari situ apabila dia tidak berjaya membunuh Nenek Puteh.
Mail: Nenek, benda apa ni nenek?(What was that)
Nenek Putih: Itu syaitan, Mail. Itu bukan Siah.
Mail: Tapi... Mail dengar suara Siah, nek.
Nenek Putih: Itu syaitan yang boleh menyerupai siapa pun (That's the devil that can choose the resemble anyone. You might not believe it. I am Siah, I am not Nenek Putih.) Kau tak percaya Mail. Aku Siah, aku bukan Nenek Putih. Aku Siah.
Mail: Nenek Siah? (You're Siah, are you for real)
Nenek Putih: Aku Siah, Mail. Siah yang kena aniaya (I've been cursed, I'm Siah, Mail)
Mail: Siah??
(Mail terus jatuh pengsan mendengar penjelasan daripada Nenek Putih mengatakan dia sebenarnya Samsiah)
(A different scene/babak lain):
Samsiah(Intan Sari) pergi berjumpa dengan Hazami di penjara.Hazami kata dia datang juga akhirnya dan beritahunya dia amat rindukannya. (I miss you why haven't you come to visit me?)
Hazami: Aku rindukan kau, Samsiah.
(Kemudian Intan Sari cekik Hazami hingga dia menghembuskan nafasnya yang terakhir)
(A different scene/babak lain):
Tuan Adam: Siah tak tidur lagi? Hari dah larut malam. Esok mengantuk pula.
Samsiah(Inang Sari): Tidak, sudah tidak ada lagi perasaan mengantuk untuk saya, Tuan. (I don't feel sleepy anymore, Sir. I can only be awake) Melainkan berjaga sepanjang masa. Sudah tidak ada rasa penat atau lelah untuk saya, Tuan. (I don't feel tired anymore, Sir.
Tuan Adam: Walaupun berhari-hari berjaga perasaan mengantuk itu tak ada lagi? Begitu, Siah? (Though you're awak for days, you don't feel sleepy?)
Inang Sari: Saya tahu, Tuan sudah tahu siapa saya yang sebenarnya. Datang beralih tempat untuk menyelamatkan Tuan dan segala isi rumah (you've found out who I am. I came to save you and your family)
Tuan Adam: Saya memang tahu kamu ini, Nenek Kebayan. ( I know you're Nenek Kebayan. You've chased Intan Sari away) Nenek telah singkirkan Intan Sari. Benarkan? (Am I right?)
Inang Sari: Tuan memang arif yang tersurat. ( You can see the obvious)
(You don't understand the hidden. You don't know who I am)
Tuan Adam: Kalaulah benar apa yang tercatat dalam nashkah Kerajaan Kembayat itu (If what's written in King Kembayat's manuscript is true, upi're Inang Sari who was punished by the sultan for being the mediator of love between the princess and the young man, your own grandson ) neneklah Inang Sari yang telah dihukum oleh sultan kerana menjadi jabatan jalinan cinta di antara sang puteri dan juga anak muda itu iaitu cucu nenek sendiri.
Inang Sari: Benar, Tuan. Tetapi tidaklah saya menyimpan dendam (But I never hold grudge I want only goodness in life) saya cuma mencari kebaikan. Jika diizinkan Tuan(If you permit me, I want to stay here for awhile until Intan Sari's revenge is erased ) saya ingin berada di sini untuk beberapa ketika sehinggalah terhapusnya dendam Intan Sari.
Tuan Adam: Silakan ( You may. Make yourself at home. Samsiah is my wife) Nenek jadikan lah rumah ini seperti rumah nenek sendiri. Samsiah isteri saya, nenek juga ada pertalian keluarga dengan Samsiah (You have blood relation with Samsiah) Ini bermakna (That means you're apart of my family) nenek juga sebahagian daripada keluarga saya.
Inang Sari: Terima kasih, Adam.
(A different scene/babak lain):
Samsiah/Inang Sari: Ada apa, Mastura?
Mastura mencari ayahnya dan apabila Mastura nampak ayahnya, dia memberitahu ayahnya bahawa dia baru saja menerima panggilan daripada polis mengatakan Hazami sudah meninggal dunia. (He died just like Pak Salleh did by commiting suicide)
Inang Sari: Dia tidak mencederakan dirinya sendiri, Mastura. Kita semua tahu apa sebabnya. (If God willing, she will not secceed)
(A different scene/babak lain):
Ustaz Malim: Sayang sungguh. Kita terlambat menyelamatkan Hazami. Akhirnya dia menjadi mangsa...
Tuan Adam: Dia tidak sepatutnya menerima hukuman ini, Ustaz.n Tak sepatutnya. Dia tak bersalah. Hazami tak bersalah, Marini tak bersalah, yang salah saya. Kalaulah saya tak dengar bisikan iblis semua ini tak kan berlaku. Dan saya tak akan kehilangan anak dan menantu. saya. Dan saya tak akan kehilangan seorang driver yang setia pada saya.
Ustaz Malim: (Pak Salleh was not only your driver. He was trusted to watch after your family tree drawing. Just as how his ancestors has done for hundred of years)Tuan, kenangkan lah Allahyaham, Tuan.(Remember the late Pak Salleh) Dia seorang pekerja yang baik dan banyak jasanya (He was a noble man and did many good deeds)
(A different scene/babak lain):
Pak Imam: (You've scared of ghost? Is that why you passed out the whole day? You are lucky he came to bring Mak Putih's stuff. If he didn't then we wouldn't have known you have passed out)
Setelah Amir sedar, dia terkejut melihat Nenek Putih. Apabila ditanya kenapa Mail takut apabila melihat Nenek Putih, katanya jangan-jangan dia ada darah tinggi. Mail jawab dia tidak ada darah tinggi dan dia sihat walafiat.
Mereka hairan bagaimana Mail boleh pengsan dan bercadang untuk membawa Mail ke klinik.
Dalam perjalanan:
Pak Imam: Cakaplah apa pasal kau boleh pengsan semalam?
Mail: Mail dengar, suara Siah masa Nenek Putih mengaku dia adalah Siah. Suara Nek Putih sebiji macam suara Siah. Dia punya suara punya lah merdu, manja (her voice was melodious and captivating) dia punya kata kata tu, kalau Pak Imam dengar, memang cairlah. Tapi masa tu, Pak Imam... suara Nek Putih kelam timbul kelam timbul macam radio (but Nek Putih's voice was barely audible like broken radio) tak dapat stesyen. (Mereka ketawa mendengar apa yang dikatakan Mail) Tapi suara Siah sebulat-bulat (but I can hear Siah's voice clearly coming out from Nek Putih's mouth) keluar daripada mulut Nek Putih tu. Mahu... Mail dah pengsan.(anyone could pass out)
Pak Imam: Baguslah tu. Kalau dia dah mengaku diri Samsiah. betul lah dia Samsiah.
Mail: Pak Imam, apa maksud sebenarnya Pak Imam/(What actually is happening?)
Kisah Drama Lagenda Nenek Kebaya akan tiba di penghujung Episode iaitu Episode 20 pada hari Isnin, 6 Disember 2009. Sekian kemas kini sinopsis Nenek Kebaya Episode 19 untuk hari ini.
Sambungan sinopsis Drama Lagenda Nenek Kebaya Episode 20 (Episode Akhir/Last Episode) pada 7 Disember 2009, Isnin.
Tuan Adam, Shafie dan Ustaz Malim pergi menziarahi Samsiah. Samsiah rasa segan untuk berjumpa dengan suaminya dalam keadaan begitu, tua dan buruk. Tetapi akhirnya Samsiah memberanikan dirinya untuk menemui mereka.
Ustaz Malim: Samsiah, kami tahu. Samsiah mungkin malu nak berjumpa dengan Tuan Adam disebabkan Samsiah bukan Samsiah yang Tuan Adam lihat seperti biasa. Tapi kami dah maklum dah Samsiah apa yang terjadi kami telah tahu. Nenek Putih (Samsiah): Tidak. Aku tak boleh, aku tak boleh berdepan dengan keadaan ku yang macam ni. Buruk aku tua. Ustaz Malim: Keluarlah Samsiah, apa salahnya kamu nak berjumpa dengan suami? Kan baik? Keluarlah Samsiah.
Tuan Adam minta Samsiah banyak bersabar banyak-banyak dan semoga perkara yang terjadi atas diri Samsiah adalah sementara saja dan Samsiah akan pulih seperti sedia kala. Tuan Adam bercadang untuk membawa Samsiah pulang ke Kuala Lumpur bersamanya tetapi Samsiah enggan pulang dengan keadaan begitu lagipun Samsiah tidak mahu susahkan keluarga Tuan Adam.
Samsiah: Bang janganlah risaukan pasal Siah. Siah tahu jaga diri. Abang baliklah dulu.
Samsiah minta suaminya pulang dahulu. Tetapi Tuan Adam risaukan keadaaan Samsiah kerana dia tidak mempunyai kawan di situ dan musuh mereka masih bebas. Bila-bila masa saja dia akan hancurkan keluarga mereka. Tuan Adam minta Samsiah fahamkan keadaan seperti itu. Tetapi menurut Siah dia dapat menjaga dirinya. Lagipun menurut Samsiah dia tahu apa yang sedang berlaku sekarang . Biarlah Nenek Kebayan selesaikan semuanya. Selepas itu barulah Samsiah balik.
Mail berkata sendirian: Aku dah cakap dah. Siah mesti balik punya. Selepas itu Mail masuk ke dalam.
Mail: Mail dah cakap dah. Siah mesti balik punya. Lepas ni nenek tak payahlah berangan-angan nak jadi Siah. ah.. Siah sudah balik dah. Mana Siah, nek? Tadi Mail dengar suara Siah.
Tuan Adam: Dengar cerita kambing Mail dah bertambah ya? (I heard your goat farm is growing big)
Mail: Alhamdulillah lah Tuan. (Thank Allah) Reseki saya. Pasaran susu kambing pun menggalakkan, Tuan. Banyak permintaan.
Tuan Adam: Hmm.. baguslah kalau macam tu cuma tingkatkan usaha ya...(You should work harder, you'll find success soon)
Mail: Tuan datang sini, Tuan hantar Siah ke Tuan nak bawa Nek Putih ke Kuala Lumpur.
Tuan Adam: Tak Tahu lagi, Mail.
Mail: Hah... nek... nek macam mana. Nek nak ikut ke Kuala Lumpur? Kalau nek tinggal di sinipun nek tinggal seorang. Kalau nek tinggal di Kuala Lumpur tu ada juga teman. Nek, nek.. susah betul nek nak tinggalkan rumah ni, Tuan. Mana Siah? Tadi Mail ada dengar suara dia.
Nenek Putih (Samsiah): Siah ada di sini Abang Mail.
Mail terkejut mendengar suara yang dikeluarkan oleh Nenek Putih adalah suara Samsiah. Dia pengsan. Setelah dia sedar Mail kata dia tidak percaya kepada semua itu. Tak masuk akal menurut Mail. Pak Imam kata terpulang kepada Mail atau tidak tetapi kuasa jahat itu memang ada dan dia menanti waktu saja untuk memusnahkan keluarga Tuan Adam. Mail pun menceritakan kepada mereka bahawa malam itu, malam yang dia pengsan ada kejadian pelik telah berlaku. Mail nampak seorang perempuan.... dia... Ustaz Malim minta Mail bersabar(calm down) Baguslah kalau macam itu. Setidak-tidaknya apa yang kita ceritakan tu...(i's good that you saw it. At least you know that we are telling the truth.)
Babak yang lain/A different scene:
Cucu-cucu Tuan Adam sedang bermain bola. Inang Sari senyum memandang dari jauh di rumah. Pada waktu yang sama, Intan Sari muncul dan dia memanggil Aiman. Intan Sari baling bola ke jalan raya dan dia minta Aiman ambil. Mujur pada waktu itu Inang Sari dapat menyelamatkan Aiman tepat pada waktu itu. Mereka mengucapkan terima kasih kepada Samsiah(Inang Sari).
Inang Sari dapat tahu itu adalah angkara Intan Sari. Intan Sari kata pada dirinya dia akan musnahkan Nenek Kebayan/Inang Sari.
Babak yang lain/A different scene
Pak Imam: Sekarang ni dia tidak boleh menumpang dengan sesiapa lagi. Dia telah bebas. (Right now she can'g possess anyone. she is free to go anywhere. Tapi dia sangat bahaya. Sebelum apa-apa berlaku, samada kita nak hantar dia ke alamnya kembali atau pun nak memusnahkan dia. Apa cadangan kamu?
Ustaz Malim: Kalau dinamakan keturunan iblis, dia tidak ada hati lagi nak bertaubat dalam firasat saya, sebaik-baiknya kita lemahkan kuasanya dulu. Lepas itu kita musnahkan terus. Pak Imam, takut suatu ketika nanti dia akan datang berdendam pula.
Pak Imam: Ya, kita mesti musnahkan dia. Tapi dengan satu syarat.
Ustaz Malim: Apa syaratnya Pak Imam?
Pak Imam: Begini. Kita mesti tahu kelemahannya. Cuma Nenek Kebayan saja yang tahu rahsianya. Pada pendapat saya, kita cuma boleh melemahkannya. Nenek Kebayan yang memusnahkan. Tapi soalnya sekarang kita tak tahu di mana Nenek Kebayan.
Tuan Adam: Soal itu, Pak Imam jangan bimbang. Kita tahu Nenek Kebayan berada di mana sekarang.
Pak Imam: Kalau macam itu, memudahkan kerja-kerja kita. Bolehlah kita bertindak sekarang. (Kesemua mereka bersetuju dengan cadangan Pak Imam)
Babak yang lain/ A different scene:
Intan Sari: Tak guna punya manusia.Jangan kau harap kau boleh musnahkan aku. Nenek Kebayan. Jangan kau ingat kau boleh musnahkan aku. Aku akan musnahkan kau (dengan nada yang begitu marah) Aku akan musnahkan kau... Hey Inang Sari.......... marilah kau. Aku mahu membuat perhitungan denganmu. Kau menghalang niat dendamku, Inang Sari...
Inang Sari: Wahai Intan Sari... maka hari ini akan ku sempurnakan janjiku kepadamu. Bukan kerana kebencianku maka ku lakukan ini. Tapi kerana kejahatanmu. Mahukah kau bertaubat wahai Intan Sari. Memohon keampunan Tuhan, jika ku lepaskan kau.
Intan Sari: Jangan kau harap, Inang Sari. Aku tidak akan mengaku kalah.(Intan Sari semakin lemah dan megalami kecederaan dalaman) Tidak......
Intan Sari berasa marah dan dia memanggil-manggil nama Nenek Kebayan/Inang Sari dan kata dia ingin membuat perhitungan dengannya kerana telah menghalangnya membalas dendam.
Inang Sari muncul. Intan Sari menggunkan ilmunya untuk menentang Inang Sari. Intan Sari cuba bertindak dari belakang tetapi berjaya dihalang oleh Inang Sari dan dengan kekuatan kuasa yang diperolehi oleh Inang Sari, Intan Sari mengalami kecederaan dalaman. Inang Sari memberitahu dia ingin buktikan kata-katanya kepada Intan Sari. Dia tanya adakah Intan Sari akan taubat sekiranya dia melepaskannya tetapi Intan Sari enggan mengaku kalah. Inang Sari menggunkan kuasa sepenuhnya dan akhirnya Intan Sari kalah dan dimusnahkan oleh Inang Sari. Pak Imam dan Ustaz Malim bersyukur kepada Tuhan kerana akhirnya Intan Sari dapat dimusnahkan.
Pada keesokan hari, Nenek Puteh(Samsiah) pulih seperti biasa. Samsiah amat bersyukur kepada Tuhan kerana semua masalah telah diselesaikan. Mastura memberitahu Samsiah dia adalah Mastura dan Umairah pula berkata dia adalah Umairah, isteri Shafie. Tuan Adam gembira melihat isterinya yang telah pulih semula seperti sedia kala.
Pak Imam beritahu Shafie dan Ustaz Malim dia kena pergi menjenguk Mak Putih. Katanya mungkin Mak Putih perlukan pertolongan mereka. Mereka tiba di tempat Mak Putih. Ustaz Malim dan Pak Imam nampak apa yang telah kepada Mak Puteh. Mak Puteh sudah meninggal dunia dengan rupa yang menakutkan.
Tuan Adam memberitahu Samsiah semuanya sudah selesai dan selepas ini tiada lagi gangguan dalam hidup mereka. Tuan Adam meminta Samsiah pulang bersamanya dan neneknya sudahpun selamat mereka semadikan. Samsiah berasa amat sedih dengan kematian neneknya. Inang Sari muncul di depan Samsiah.
Inang Sari: Memang benar Samsiah. Setiap yang hidup pasti akan mati. Ada yang kematiannya sangat pantas sehingga kita tidak sempat menikmati hidup dan ada yang diberi kehidupan yang sangat panjang usianya. (some are given long life so we can be grateful for the pleasures He gives.) Singkat atau panjang usia seseorang tujuannya adalah sama... (no matter how long the journey is our aim is the same. To be a good servant to Allah) Jika singkat usiamu bersyukurlah dan jika panjang usiamu bersyukurlah kerana semua ini ada hikmah dan rahmat di sebaliknya. Hulurkan tanganmu Samsiah. Hulurkan...
Babak yang lain/A different scene:
Rahimah: Mak Bedah, Mak Bedah bangun Mak Bedah. Imah dah siapkan bubur dengan susu untuk Mak Bedah. Mak Bedah: Eh tak nak lah aku makan bubur ini. Ingat aku budak kecil ke? Rahimah: Mak Bedah dah sedar? Mak Bedah: Memanglah aku dah sedar. Aku tak sakit, Apa, kau ingat aku pengsanke? Tak nak makan bubur ini. Aku nak makan nasi. Aku nak masak nasi nak buat sambal ikan.
Babak yang lain/A different scene
Abang Mat: Aih budak ini. Ikut suka hati dia nak tidur mana-mana. Macam tak ada rumah. Nak marah pun ada. Kesian pun ada. Amirul, bangun, bangun... Pergi tidur rumah engkau. Kau ni apa.. Tidur merata-rata ni? Amirul: Bila masa saya tidur merata-rata, Abang Mat. Saya tidur kat rumah saya lah ni.
Tiba-tiba Amirul perasan yang dia bukannya tidur di rumahnya tetapi di luar. Amirul mencari-cari handphone dia. Abang Mat tanya dia nak telefon siapa.
Amirul: Telefon Samsiah lah.
Abang Mat: Amirul, dia dah kahwin.
Amirul: Abang Mat, kalau dia dah kahwin sekali pun dia dah ada anak, dah ada cucu, saya tetap kawan dengan dia Abang Mat.
Abang Mat: Baguslah dah sihat dah kau.
Amirul: Abang Mat, apa pasal baju saya dah jadi macam ni Abang Mat?
Babak yang lain/A different scene:
Imran pergi ke balai polis. Polis di situ tanya apakah masalahnya ke situ.
Imran: Er... nama saya Imran Majid.
Polis: Ya.. Tak apa.. Perlahan-perlahan. Fikir betul-betul apa masalah.
Imran: Duit... err.... dompet... saya nak balik, encik.
Polis: Nak balik ke mana tu?
Imran: Berhubung dengan isteri saya, boleh tak?
Polis: Boleh, macam mana nak berhubung dengan dia? Ada tak nombor telefon dia ke? Atau macam mana kita boleh berhubung dengan dia?
Imran: Er.. boleh minta pen tak?
Polis: Boleh.
(Setelah Imran fikir sebentar, dia menulis sesuatu di atas kertas)
Di rumah, Aiman minta mamanya telefon Samsiah dan tanya bila neneknya nak pulang sebab mereka nak dengar cerita. Mastura memberitahu Aiman bahawa Nenek Kebaya(Samsiah) dah balik kampung sebab nenek kepada Nenek Kebaya dah meninggal dunia. Aiman tersilap dengar ingatkan mamanya kata Nenek kebaya yang meninggal. Katanya tak dapatlah mereka dengar cerita macam kalau macam tu. Selepas itu, Mastura mendapat panggilan telefon daripada suaminya. Imran pulang ke rumahnya untuk menemui keluarganya yang amat dirinduinya dan berjanji tidak akan meninggalkan mereka lagi.
Babak yang lain/A different scene:
Tuan Adam: Awak boleh datang ke rumah kita. Bila-bila masa saja.
Mail: Betul ke ni Tuan?
Tuan: Betul lah.
Mail: Inilah yang Mail tunggu-tunggu. Daripada tadi Mail tunggu Siah ataupun Tuan jemput Mail ke Kuala Lumpur. Mail nak bagi satu kertas cadangan. Kita ternak kambing, kita ternak kambing susu sahaja.
Tuan Adam: Bunyinya macam bagus saja. Macam inilah Mail... awak datang ke rumah saya, jumpa saya kat sana... bawa sekali apa nama tu... kertas cadangan tu kan? Lepas itu kita bincang. Kalau jadi kita jalan project. Macam mana okey? (Mail gembira mendengar apa yang telah diberitahukan Tuan Adam kepadanya, mereka berjabat tangan tanda setuju. Kata Mail kepada Tuan Adam: We are partners)
Mak Bedah: Mak Bedah minta maaf ya. Hari nenek meninggal, Mak Bedah tad dapat datang. Dia orang kata Mak Bedah tak sihat.(Mak Bedah menangis sambil meluahkan kata-kata itu)
Samsiah: Nenek dah tak ada, Mak Bedah.
Mak Bedah: (it's her time to go) ...dah sampai ajalnya. Samsiah jangan sedih ya. Mak Bedah ada. Nanti kalau Samsiah balik ke kampung ini jumpa Mak Bedah ya! Tuan, kalau ada orang gaji kosong bolehlah saya bekerja dengan Tuan Adam balik. Boleh jaga Tuan Adam, jaga Samsiah.
(Mendengar kata-kata Mak Bedah, Samsiah dan Tuan Adam tersenyum)
Amirul: Mak Bedah, betul ke ni? Rosaklah plan kita kata nak kahwin.
Mak Bedah: Ahhh... Tuan Adam, erm.. tak lama lagi saya nak kahwin.
Samsiah dan Tuan Adam tersenyum mendengar Mak Bedah nak kahwin dan tumpang gembira.
Mak Bedah: Mail, carikan jodoh untuk Mak Bedah. Nanti bila Mak Bedah dah kahwin, Mak Bedah nak jaga suami pulak. Eh, kau tak bagi tau ke Samsiah? Jemputlah Samsiah sekali.
Samsiah kepada Amirul: Kahwin? Ya ke?
Mak Bedah: Amirul pun nak kahwin dengan Rahimah. Mak Bedah rekomen kan. (Mak Bedah jemput Samsiah dan Tuan Adam untuk menghadiri majlis perkahwinan mereka.)Mak Bedah memberitahu mereka bahawa dia akan kahwin pada hari yang sama dengan Amirul. Nak bersanding berempat katanya.
Babak yang lain/A different scene
Samsiah pulang ke rumah dan cucu-cucu Tuan Adam terus minta Samsiah bercerita untuk mereka. Mereka tidak sabar-sabar lagi hendak mendengar Samsiah bercerita. Imran minta maaf kepada Tuan Adam tetapi menurut Tuan Adam tiada apa yang perlu dimaafkan kerana itu semua bukan salah Imran. Tuan Adam beritahu Imran bila ada masa esok dia akan ceritakan semuanya pada Imran.
Babak yang lain/A different scene
Ustaz Malim kata sudah tiba masanya dia menyerahkan nashkah lama itu kepada orang yang berhak untuk menerimanya. Ustaz Malim memberi nashkah lama tersebut kepada Shafie. Katanya kepada Shafie bahawa dia amanahkan kepada Shafie nashkah lama itu...(I trust you with this manuscript so you can watch after the family tree, please accept this) terima lah.. Shafie berjanji akan cuba menjaga amanah itu sebaik mungkin. Tuan Adam mengucapkan jutaan terima kasih kepada Tuan Adam daripada dia dan keluarganya. Kata Tuan Adam, selama ini Ustaz Malim telah banyak berkorban untuk keluarganya.
(Tuan Adam: From now onwards don't forget to come by and visit us... datanglah Ustaz jenguk-jenguk kami. Pintu rumah ini sentiasa buka untuk Ustaz.One more thing...I've made a wish.I'd be honoured if you can do this for me.)
Ajarlah saya Al-Quran Besar hati saya kalau Ustaz dapat tunaikan hajat saya. Saya nak Ustaz bimbing saya, Ustaz...lebih mendalam lagi dengan taksirannya sekali(Teach me the Koran in depth, If God Willing. Its a humbling that I don't know much about Koran) Bantulah saya, Ustaz....
(Setelah Ustaz meminta diri... babak yang lain/A different scene)
Aiman: Atuk, ceritalah pasal cucu Nenek Kebayan, Indera Laksama bercinta dengan...
Tuan Adam: Dengan siapa?
Aiman: Dengan anak raja.
(Mereka semua ketawakan Aiman dah pandai bercinta-cinta... Selepas itu, Tuan Adam tanya adakah dia mempunyai makwe di sekolah. Aiman kata tiada tetapi Ina pula kata namanya adalah Najwa... mereka bergurauan selepas itu dengan riang)
Di penghujung Episode Akhir Nenek Kebaya: (Inang Sari, pulanglah ke tempat asalmu. Kau telah tunaikan janjimu menghapuskan segala sumpahan. Sejahteralah kini keturunanmu dan waris Raja Kembayat. Hadirkan lah dirimu apabila mereka memerlukan pertolonganmu kelak. (Go to them when they need your help in the future) TAMAT
Drama Lagenda Nenek Kebaya akan digantikan dengan Drama Cucu Anak Betong mulai 8 Disember 2009. Sekian kemas kini daripada shinystar.
**********************************************************************
Sumber: Terima kasih dan kredit diberikan kepada TV3,TV9, http://malay.cari.com.my,, atai5015 Channel, http://liriksemualagu.blogspot.com dan semua pihak atas sumber maklumat dan gambar)
Tidak ada komentar:
Posting Komentar